Penceramah terkenal negara, Ebit Lew atau nama sebenar Ebit Irawan Ibrahim Lew berkongsi kisahnya membantu seorang wanita memeluk Islam.
Seorang wanita bernama Miss Paweena mengucapkan syahadat hari ini. Ustaz Ebit bercerita di Facebook tentang seorang wanita yang bertanya kepadanya tentang Islam di aplikasi tersebut.
“Alhamdulillah baru bawa Miss Paweena memeluk Islam. Ucap syahadah dan terus daftarkannya. Allah sayang Paweena. Tiadalah yang lebih berharga di dalam hidup melebihi dapat dekat dengan Allah.
Ads
“Katanya inilah hari paling bahagia dalam hidupnya. Tidak pernah rasa begini. Dia hubungi melalui Facebook tanya soalan berkenaan Islam.
Ebit bercakap dengan seorang wanita di Facebook yang mempunyai beberapa soalan tentang Islam. Dia kemudian berkata dia mahu menjadi seorang Muslim.
Ads
“Dia contact melalui Facebook tanya soalan berkenaan Islam. Syukur pada Allah. Saya ajar syahadah dan Islam kemudian terus dafarkan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.
“Semoga Allah bantu Paweena untuk terus belajar Islam,” katanya.
Kita perlu kekal aktif untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan dan bagi mengelakkan pelbagai penyakit. Kita disarankan berjalan 10 ribu langkah sehari atau melakukan aktiviti fizikal sederhana seperti berjalan laju, berkebun atau berbasikal selama 150 minit seminggu. Pada lazimnya, aktiviti fizikal adalah dilakukan di luar rumah.
Keadaan berjerebu sekarang menyebabkan kita menyekat aktiviti luar rumah kerana semua kegiatan luar perlu dielakkan jika Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 100 bagi mengelakkan masalah-masalah kesihatan yang berkaitan dengan menyedut dan terdedah kepada udara berjerebu yang tercemar.
Ini secara tidak langsung boleh mengurangkan aktiviti fizikal kita. Ia tidak semestinya begitu!
Berikut adalah tip bagaimana untuk meningkatkan aktiviti fizikal kita walaupun keadaan berjerebu:
1.Kegiatan fizikal dan sukan di dalam bangunan boleh diteruskan seperti menghadiri gimnasium, sukan futsal, skuash dan badminton.
2.Gunakan tangga berbanding lif di tempat kerja dan di dalam mana-mana bangunan.
3.Mop lantai dan kemas rumah anda.
4.Menari di dalam rumah.
5.Berjalan sambil membeli belah di pusat membeli-belah atau sekadar ‘window shopping’.
Jangan lupa minum air yang mencukupi iaitu 2 liter sehari dan tidak merokok ketika keadaan berjerebu. Pemasangan penghawa dingin dan alat penapis udara adalah digalakkan. Aktiviti fizikal diluar boleh diteruskan jika IPU kurang daripada 100.
Walaubagaimanapun, bagi mereka yang menghidap asma atau sedang mengalami batuk selesema dan iritasi kulit, mereka disarankan supaya mengelakkan diri dari keluar dari rumah dan bangunan sehingga IPU mencapai kurang dari 50.
Berikut dikongsikan juga beberapa tip penting ketika musim jerebu.
1.Tingkatkan pengambilan cecair kepada 6 hingga 8 gelas air atau lebih mengikut keperluan untuk mengelakkan dehidrasi.
2.Minum jus serta makan buah – buahan dan sayur- sayuran yang kaya dengan antioksida, vitamin, mineral dan serat bagi membantu melawan penyakit.
3.Elakkan pengambilan minuman yang mengandungi banyak kafein seperti kopi dan minuman beralkohol yang boleh menyebabkan pembuangan air kencing yang kerap dan boleh menyebabkan dehidrasi.
4.Digalakkan masak dan makan di rumah.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Adakah sikap manja merupakan sesuatu yang negatif? Tidak sama sekali. Orang selalu rasa kasihan dengan anak bongsu menganggap mereka selalu dibuli abang dan kakak.
Namun, jangan ingat anak sulung saja yang baik kerana selalu memberi tunjuk ajar kepada adik-beradik yang lebih kecil. Anak bongsu ada juga kebaikannya, malah sains membuktikan mereka mempunyai personaliti yang lebih positif dan mengembirakan!
Anak bongsu lebih kepada anak manja keluarga dan mempunyai sifat yang agak susah untuk difahami dengan jelas. Mungkin 10 Sifat Anak bongsu ini dapat membantu untuk lebih memahami sifat sebenar anak bongsu atau persiapan untuk kahwin dengan pasangan anak bongsu. Semoga manfaat.
Anak bongsu biasanya sangat bergantung kepada ahli keluarga yang lain. Walau apa pun yang dilakukan, terutamanya dalam membuat satu keputusan yang besar dan boleh memberi kesan kepada kehidupannya, dia akan suka untuk merujuk kepada ibu, bapa, kakak, atau abangnya.
Ini tidak bermakna bahawa dia tidak mampu untuk membuat keputusan sendiri. Namun lebih kepada sikap yang suka mendengar pandangan orang lain dan mendapatkan sudut pandangan yang berlainan sebelum membuat keputusan.
Kerana pernah nampak abang akak mak ayah bersusah payah dulu. Pengalaman adik beradik menjadikan anak bongsu ini suka pendamkan diri apabila ada masalah dan rasa kecewa.
Walaupun anak bongsu lambat matang, tetapi mereka ini pandai berdikari. Kebanyakkannya mereka ini merujuk kepada pengalaman abang dan kakak terdahulu.
Fakta anak bongsu yang seterusnya ialah mereka sangat sukakan cabaran. Anak bongsu kebiasaannya mempunyai ciri-ciri seperti sukakan cabaran, suka mencuba sesuatu yang baru, tidak konvensional, tidak takut untuk mengambil risiko dan suka menegaskan bakat serta identiti mereka sendiri.
Ini berlaku kerana sebagai yang paling kecil dan muda dalam keluarga, anak bongsu perlu mencari identiti unik dan tersendiri yang tiada pada ahli keluarga yang lain. Seolah-olah mereka cuba untuk membuktikan bahawa mereka juga bagus dan hebat seperti ibu, ayah, abang, dan kakaknya.
Anak bongsu cenderung untuk bersikap terbuka. Mereka bersedia untuk menerima sesuatu yang baru dan tidak konservatif. Bersikap terbuka juga bermakna mereka sudi mendengar pendapat dan pandangan orang lain dengan baik. Ini merupakan salah satu daripada sikap positif yang ada pada diri anak bongsu.
Anak bongsu biasanya seorang yang kelakar, ceria, dan happy go lucky. Ciri ini menjadikan anak bongsu seorang yang lucu dan selalu menghiburkan mereka yang ada bersama. Anak bongsu selalu menganggap diri mereka sebagai seorang yang kelakar manakala anak sulung selalunya merasakan diri mereka lebih serius. Betul jua!
Mereka mudah mendapat kawan baru memandangkan mereka mempunyai personaliti yang kelakar, tenang, happy go lucky dan berfikiran terbuka.
Kedudukan sebagai adik dan anak paling muda dalam keluarga menjadikan anak bongsu mendapat layanan istimewa dari ahli keluarga yang lain. Malah kebiasaannya apa sahaja yang dipinta oleh anak bongsu akan ditunaikan dengan segera menjadikan anak bongsu menjadi manja.
Pegangan anak bongsu “Harta boleh cari, kasih sayang hanya pada manusia”. Selalunya keluarga akan memberi apa sahaja kepada anak bongsu, ini adalah satu kelemahan anak bongsu mereka akan menggunakan duit tanpa memikirkan perancangan masa hadapan. Akan tetapi mereka ini suka belanja kawan maklumlah sumber duit dari ibu bapa.
Sebab sentiasa melihat kepayahan orang sekeliling semenjak kecil lagi, anak bongsu nampak senang tapi kesenangan untuk dikongsi. Anak bongsu nampak susah, tapi susah demi kesenangan masing-masing.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Video produk kecantikan TikTok sangat meyakinkan, mereka akan membuatkan anda mudah terpengaruh dengan serta-merta ingin mencubanya. Walaupun anda benar-benar tidak pernah mencubannya.
Anda tahu kekuatan dan kelemahan anda dan kelemahan terbesar pastinya aplikasi aneh ini, terima kasih kepada semua produk solekan TikTok yang viral, penjagaan kulit TikTok, gaya rambut terkenal TikTok dan godam solek TikTok yang membuatkan anda terus menatal selama berjam-jam. Jom lihat senarai produk kecantikan TikTok viral yang sesuai dengan bajet anda.
Concealer-slash-serum ini menepati gembar-gembur, dan anda ingin tahu mengapa? Produk yang selalu laris, sememangnya berbaloi. Dikatakan sesuai untuk menyembunyikan kedua-dua jerawat dan lingkaran hitam bawah mata, formula penghidratan ini benar-benar menutupi tanpa mengelupas.
Serum niacinamide adalah kunci untuk memudarkan hiperpgimentasi, membersihkan pori-pori dan kemerahan yang menenangkan, tetapi produk penjagaan kulit dan solekan pelbagai guna TikTok ini, khususnya, melangkah lebih jauh dan menyerlahkan kulit anda untuk kulit yang berseri dan berkaca. Bersama-sama vitamin B3), formula ini mengandungi asid hyaluronik untuk penghidratan dan ekstrak buah tembikai untuk kecerahan dan perlindungan antioksidan tetapi tidak mempunyai sebarang kilauan tambahan. Dalam erti kata lain, cahaya yang anda dapat adalah yang asli, bukan yang berkilauan.
Jika anda mempunyai kulit berminyak kertas penyerap minyak bukan jalan penyelesaian. Hey si kulit berminyak anda pasti menyukai produk ini, diperbuat daripada batu gunung berapi, roller yang boleh diguna semula dan boleh dibasuh menyerap lebihan minyak dan berasa selesa.
Anda yang tidak tidak terlalu teruja dengan pemerah pipi, pasti pemerah pipi cair yang popular uber ini telah muncul di FYP anda berkali-kali dan anda tidak mempunyai pilihan selain mencubanya. Sangat berpigmen, anda hanya memerlukan titik paling kecil, pemerah pipi cair ini sebenarnya kekal sepanjang hari dan tidak hilang dalam foto.
Peminat tegar sabun kening dan menggunakan gam bulu mata untuk menggayakan kening anda, namun masih mahu bajet, nah lilin kening ini solusinya. Testimoni TikTok untuk gel kening berlilin ini yang jelas boleh menahan walaupun kening yang paling lebat di tempatnya.
Formula pengelupasan ini telah menjadi kegemaran penggemar kecantikan untuk selama-lamanya dan terima kasih kepada TikTok, ia mendapat kebangkitan semula dalam populariti baru-baru ini. Diperbuat dengan 2% asid salisilik, ia berfungsi untuk meminimumkan dan membuka liang-liang tersumbat, menanggalkan sel-sel kulit mati dan memperbaiki tekstur kulit. Tak perlu kata apa-apa!
Anda tahu bagaimana produk jerawat yang viral semasa anda remaja? Ia kasar dan keras dan sangat menyengat. Syukurlah, skincare viral masa kini tidak seperti itu. Pencuci muka berjerawat ini, yang mengandungi asid salisilik, niacinamide dan ceramides, digemari oleh pakar dermatologi dan kimia kosmetik terkenal TikTok kerana ia tidak menanggalkan kulit, bebas wangian dan tidak mengganggu halangan pelindung kulit.
Peminat tegar scrub badan lembut untuk keratosis pilaris ini, jadi tidak hairanlah TikToker juga menyukainya. Formulanya mengandungi asid laktik dan glikolik yang menanggalkan kulit mati dengan lembut dan membuatkan badan anda berasa bebas lebam.
Sembang dibanjiri perbualan mengenai TikToker ini yang mempunyai 31 Juta tontonan dan hasil yang sukar dipercayai? Seperti yang dikatakan dalam nama, kesan pemegaran krim mata ini hanya sementara, tetapi masih berguna. Mengagumkan! Formula mengandungi silikat dan peptida yang sama sekali menyumbang kepada kesan pengetatan yang luar biasa.
Jika anda seorang jenis bedak asas, ini mesti menjadi produk seterusnya yang anda cuba. Dan menurut TikToker, ia akan menjadi produk terakhir yang anda cuba kerana anda akan sangat menyukai liputan penuh dan kemasan matte. Ia kalis air dan kalis peluh dan video di atas adalah bukti yang anda perlukan untuk mencubanya.
Rambut anda berwarna? Perapi ini sebenarnya, segala-galanya daripada baris ini sangat disyorkan pada TikTok kerana keupayaannya memulihkan rambut anda dan menghidupkan kembali walaupun helaian yang paling rosak.
+++ Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.