Kata orang, wanita dan solekan berpisah tiada. Pun begitu, ramai yang mengalami masalah apabila solekan tidak tahan lama. Ini menjadikan wajah nampak bertompok, tidak rapi dan kurang kekemasan. Jika tidak dijaga dengan betul, ini mungkin menyebabkan keseluruhan solekan anda ‘comot’. 

SUmber gambar: Cottonbro

Pemakaian solekan mata seperti eyeshadow dan eyeliner kadang kala tidak tahan lama. Lebih-lebih lagi bila kamu seharian di luar, hilang terus solekan yang pada awalnya cantik, terus menjadi ‘kosong’. Ini panduan untuk anda mengekalkan solekan lebih lama:

Sumber gambar: _tapique

1. Kenali jenis kulit wajah terlebih dahulu. Kebiasaannya, masalah solekan tidak tahan lama ini terjadi kerana kulih anda jenis berminyak.

2. Pilihfoundation’ yang bebas minyak. Sapukan pada kelopak mata dan biarkan ia kering, kemudian ambil tisu kering dan lekapkan pada kelopak mata untuk menyerap lebihan minyak.

IKLAN
Sumber gambar: Cottonbro

3. Gunakan krim pembayang mata dan biarkan kering selama seminit. Kemudian sapukan pembayang mata yang biasa.

  • Tip mudah: Gunakan dua jenis pembayang mata yang berbeza kerana, krim mampu menyerap kedalam kulit dan tahan lebih lama manakala pembayang mata berbentuk serbuk akan membantu menyerap lebihan minyak pada kelopak mata.

4. Untuk ‘eyeliner’ pula, anda disarankan menggunakan liquid eyeliner yang kalis air berbanding pensel kerana ia mudah comot.

5. Gunakan solekan bebas minyak. Hal ini kerana, solekan yang mengandungi minyak akan membuatkannya cepat hilang. Untuk jenis kulit berminyak, sebaiknya gunakan solekan yang mengandungi ‘non-comedogonic’ supaya pori-pori tidak tersumbat.

IKLAN
Sumber gambar: Cottonbro

6. Jangan selalu sentuh muka. Ia merupakan salah satu sebab solekan tidak tahan lama dan bahayanya, tangan kita mempunyai banyak bakteria. Oleh kerana itu, ia boleh menyebabkan iritasi dan minyak di wajah meningkat. Jadi, anda mestilah menjauhkan tangan dari muka supaya solekan anda tahan lebih lama.

7. ‘Setting spray’! Langkah terakhir ialah dengan menggunakan setting spray pada seluruh wajah dan tunggu sehingga ia menyerap pada kulit. Setting spray berfungsi untuk membuatkan solekan anda tahan lama. Oleh itu, anda tidak perlu risau jika solekan akan terlihat cakey setelah seharian memakainya.

IKLAN

Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.

Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI