Semakin berusia, mata kita semakin kabur penglihatan. Betul, bukan? Majoriti dari masyarakat Malaysia mengalami masalah mata yang bermula dari awal usia. 

Sumber gambar: Iris Vision

Pun begitu, kesihatan mata kita sebenarnya boleh dijaga hanya di rumah! Tak perlu berhabisan duit untuk merawat mata kamu! Tapi ingat, kesihatan mata kita haruslah dipelihara sejak dari awal supaya akan terus terjamin biarpun meningkat usia.

Berikut adalah langkah-langkah terbaik untuk menjaga kesihatan mata hanya di rumah!

1. Amalkan pemakanan yang baik dan sihat 

Sumber gambar: Food Service Director

Ini merupakan aspek yang paling penting yang harus kamu lakukan. Pemakan yang baik dan berkhasiat membantu untuk menjaga kesihatan mata. Ini kerana, mata memerlukan beberapa nutrien tertentu untuk berfungsi sepenuhnya. 

IKLAN

Antara nutrien yang anda perlukan untuk mendapatkan sepasang mata yang sihat adalah protein, kalsium, zink, antioksidan, asid lemak omega-3, lutein dan zeaxanthin. 

 Berikut pula adalah contoh sajian yang baik untuk mata:

IKLAN
  • Sayur-sayuran hijau berdaun: Ia merupakan sumber lutein dan zexanthin semula jadi yang turut mengandungi serat, mineral dan pelbagai jenis vitamin.
  • Buah-buahan sitrus dan beri: Ia sangat kaya dengan vitamin C.
  • Kekacang: Sebagai contoh, kacang badam merupakan sumber vitamin E yang sangat tinggi.
  • Ikan: Salmon, tuna, ikan bilis dan ikan kembung sangat kaya dengan DHA.
  • Telur: Bahagian kuning telur juga adalah sumber lutein dan zeaxanthin.

2. Senaman mata untuk penglihatan yang baik

Sumber gambar: Narayana

Tahukah kamu, mata juga mempunyai senamannya tersendiri. Hanya dengan mengamalkan senaman mata yang ringkas boleh mengekalkan tahap penglihatan yang optimal. Lakukannya sebelum tidur, selepas bangun tidur atau pada bila-bila ketika mata anda berasa tidak selesa. Caranya adalah seperti berikut:

IKLAN
  • Tekapkan tapak tangan anda pada kedua belah mata dalam keadaan mata tertutup selama beberapa saat.
  • Pusingkan bebola mata anda dengan memandang ke atas, ke bawah dan putarkannya dengan perlahan mengikut arah jam beberapa kali.
  • Fokuskan pandangan mata anda terhadap sesuatu benda atau objek. Sebagai contoh, anda boleh menggunakan sebatang pen, dekatkan dan jauhkan ia beberapa kali untuk mendapatkan fokus yang baik.
  • Urutkan dahi anda. Lakukan ini dengan perlahan-lahan dalam gerakan membulat beberapa kali. Selepas dahi, urutkan juga bahagian kening, bawah mata dan sisi hidung.
  • Akhir sekali, sandarkan badan anda, pejamkan mata, rehat dan relaks selama beberapa minit.

3. Dapatkan waktu rehat untuk mata

Sumber gambar: Midwest Eye Consultants

Seperti anggota badan yang lain, badan anda juga memerlukan rehat. Ia sangat penting terutamanya jika anda merupakan individu yang kerap menghadap komputer setiap hari di pejabat atau di sekolah. 

Oleh itu, pastikan anda peruntukan waktu rehat untuk mata yang mencukupi. Alihkan pandangan anda sekurang-kurangnya 1 jam ke arah pemandangan yang menenangkan. 

Ketika malam pula, pastikan anda meluangkan masa untuk tidur dengan sebaiknya iaitu sekitar 8 jam setiap hari.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI