Lihat saja setiap gambar selebriti kita di laman Instagram! Semuanya sudah makin aktif berbasikal. Ia juga menjadikan kita cenderung untuk mencuba aktiviti yang dikatakan dapat memberi kebaikan pada tubuh badan! Aktiviti berbasikal sudah menjadi salah satu trend hari ini apabila ramai yang memilih untuk menjadikannya sebagai sebuah aktiviti kecergasan. Ia juga sudah menjadi simbol kepada status kerana bukan murah ya untuk membeli barangan basikal ini! Namun, apa yang penting, aktiviti berbasikal ini sudah terbukti dalam memberi kesihatan yang baik kepada tubuh badan.

Sumber gambar: Instagram Bella Dally
Sumber gambar: Instagram Bella Dally

Terdapat pelbagai kategori basikal yang perlu diketahui sebelum membeli basikal, namun ia bergantung kepada keselesaan pembeli untuk membawa basikal sama ada di atas jalan raya mahupun di kawasan berbukit atau cerun. Antara kategori basikal tersebut adalah basikal jenis off road, basikal jenis on road,basikal trek, basikal downhill dan basikal ulang – alik (dari rumah ke tempat kerja dan sebaliknya).

IKLAN

Antara fakta penting yang wajib anda tahu mengenai kebaikan berbasikal adalah:

IKLAN
Sumber gambar: Instagram Dato Sri Siti Nurhaliza
  1. Tahukah anda, berkayuh selama 15 minit boleh membuang atau membakar 185 kalori? Cuba bayangkan jika kita mampu untuk mengayuh selama 30 minit, anggaran kalori yang dapat kita bakar ialah sebanyak 341 kalori! Banyak tu! Bila jumlah kalori dari tubuh berkurangan, badan jadi ringan dan lemak ikut sama dibakar.
  2. Bukan hanya untuk golongan muda, malah aktiviti berbasikal ini juga dapat memberi manfaat kepada golongan emas yang berusia antara 60 tahun ke atas seperti meningkatkan kekuatan, keseimbangan dan koordinasi tubuh badan. Senaman yang dikategori sebagai “non-weight bearing” ini mampu memberi tekanan yang sedikit ke atas sendi terutama di bahagian kaki namun ia tidak seperti senaman yang lain seperti berlari dan bersenam.

    Sumber gambar: Instagram Hanez Suraya
  3. Antara salah satu kebaikan berbasikal yang dapat kita perolehi sudah tentu ia dapat menghilangan lemak di badan. Sesuai utnuk anda yang ingin tampil kurus dan memiliki bentuk badan yang ideal, lakukanlah aktiviti ini selalu! Kiraannya, setengah jam berbasikal pada kadar sederhana dengan berat 155 paun di atas basikal mampu membakar 260 kalori. Jika anda mempunyai berat badan yang lebih dan berbasikal pada intensiti yang lebih tinggi, anda akan membakar lebih banyak kalori.
  4. Bukan hanya dapat meningkatkan stamina dan menurunkan berat badan, aktiviti berbasikal juga dapat membina otot – terutamanya di sekitar glutes, hamstrings, quads, dan betis. Jadi, untuk anda yang baru sahaja ingin mencuba untuk membina otot, apa kata lakukan aktiviti berbasikal ini!

    Sumber gambar: Nabila Razali
  5. Percaya atau tidak, aktiviti berbasikal juga mampu untuk memberi kesihatan paru-paru yang baik! Ini adalah kerana kadar pernafasan yang digunakan saat berbasikal menjadikan aliran pada paru-paru lebih longgar dan paru-paru bekerja dengan cergas! Tetapi, untuk kesan yang baik, apa kata anda berbasikal di kawasan taman yang kurang kenderaan kerana asap kenderaan tidak elok pada kesihatan kita!
  6. Berbasikal meningkatkan kadar degupan jantung anda dan mengalirkan darah dengan baik ke seluruh tubuh anda. Oleh kerana ia dapat membakar kalori, ini  juga mengurangkan risiko peningkatan berat badan. Oleh kerana itu, ia antara inisiatif terbaik untuk mengelakkan penyakit utama seperti penyakit jantung dan kanser. Para penyelidik mengkaji lebih 260,000 individu dalam tempoh lima tahun, mendapati bahawa berbasikal ke tempat kerja boleh mengurangkan risiko pengayuh untuk mengalami penyakit jantung atau kanser kepada separuh.

 

IKLAN

https://www.youtube.com/watch?v=Ca_rTNDgFXs

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI