Wajah yang segar dan berseri menjadikan penampilan seseorang itu tampak menawan. Namun kesibukan bekerja menjadikan kita sering mengabaikn soal penjagaan wajah. Bukannya tidak mahu tetapi kekangan masa menjadi halangan untuk berbuat demikian.

Kebanyakan wanita mengambil jalan mudah dengan cara merias wajah dengan solekan yang tebal. Walau bagaimanapun ia hanyalah penyelesaian sementara sahaja. Hakikatnya penjagaan wajah tetap juga perlu diberikan perhatian.

Berikut petua kecantikan yang dikongsikan oleh Fyza Shah. Cukup mudah untuk diamalkan di rumah.

Air sejuk berais jadi petua #magik naikkan seri wajah.

Air sejuk campur ais ketul. Bilas 2-3 kali macam tu lepas cuci muka. Make sure muka dah bersih baru bilas sekejap dengan air sejuk ni tau. Freshhh.
Nak Best campur dengan hirisan timun. Nanti Ai buat tutorial ya.

Kulit korang akan rasa lebih lembut selembut sutera Cina, rasa segar sesegar embun pagi.

Inilah tips 3-4 tahun lepas yang kak Fyza dapat dari seorang MUA famous masa masuk kelas make up dia. Kulit MUA tu sendiri sangat polos, sangat flawless without any make up.

Tak susah pun, lepas basuh muka dengan cleanser, bilas macam biasa.

Lepas tu ambil segelas air yang betul-betul sejuk bilas balik dalam 2-3 kali dah cukup. Macam kak Fyza akan campur dengan beberapa ketulan ais. Nak campur dengan kepingan timun lagi syok.

Amalkan setiap pagi, waktu terbaik. Sebab bila kita bangun tidur kalau perasan muka kita biasanya akan nampak sembap sikit, dengan kantung matanya lagi.

IKLAN

Tahu tak, sebenarnya ini terjadi disebabkan sel kulit kita mengalami regenerasi, dan liang pori kita mengembang sewaktu kita tidur.

Takkan kita nak bangun dengan muka sembap-sembap. Make up pun still nampak muka sembap tu.

So cara terbaik, kita cuci saja muka dengan air sejuk berais tu.

CARA-CARA MENGAMALKANNYA:

Nah, kat sini kak Fyza kongsi macam mana air sejuk berais ni menaikkan seri wajah kita pagi-pagi:

1- Air sejuk akan ketatkan pori. Pori yang rapat ketat, buat muka nampak licin sempurna. Flawless
.
2- Pori yang ketat akan buat make up kita lebih tahan lama. Lebih natural, tak bercapuk, tak merekah. Ni yang kita semua nakkan. Malu aihh, make up bercapuk.

3- Air sejuk berais ini akan bertindak sebagai ‘anti-wrinkle cream’. Ia akan tones kulit kita supaya jadi freshhh, dan lebih muda. Paling seronok ia slow down aging process. Kedutan semua beransur pergi.

IKLAN

4- Kurangkan kendur pada kulit. Salah satu sebab kulit mengendur ialah pori yang lebar atau kembang. Bila pori ketat, kulit lebih firm, dan kulit jadi lifting (terangkat)

4- Improve kita punya peredaran darah ke seluruh muka. Darah lebih lancar, wajah memang naik seri. Tak pucat tak kusam. Korang pun tengokkan, orang sakit muka selalu pucat darah dalam badan dia tak lancar. Sama juga orang yang letih tak cukup rehat, muka nampak lesu. Orang yang sihat muka nampak segar. So guna air sejuk macam ni untuk aktifkan perjalanan darah kita pada wajah. Proven.

Lepas tu boleh kurangkan keradangan dan bengkak pada jerawat, bengkak bawah mata, sembap seluruh muka.

Bengkak jerawat makin surut. Makin rata. Kulit lembut dan segar, walaupun letih tak cukup rehat banyak persiapan kenduri nak buat raya pertama nanti

Korang tengok 2-3 hari lepas jerawat kak Fyza besar gedabak atas dahi. Berbenjol. Sakit tau masa sujud atas sejadah.

Hari ni dah surut nak rata. Tak jadi nak bernanah pun. Hilang dah gatal-gatal dan berdenyut kat jerawat tu. Baru 3 hari bilas muka dengan air sejuk ni. Serta merta dapat result.

IKLAN

Bengkak jerawat makin surut. Makin rata. Kulit lembut dan segar, walaupun letih tak cukup rehat banyak persiapan kenduri nak buat raya pertama nanti

Yang penting korang cuci muka bersih-bersih ya. Ingat tips penting ni jugak:

1- Elak basuh muka dengan air sejuk dalam keadaan muka kotor, atau bersolek. Nanti kotoran, minyak, bahan solekan akan terperangkap dalam pori. Ingat tau, air sejuk untuk rapat kan pori. Dah kita tutup pori dengan sisa kotoran, bermakna kita perangkap kotoran dalam pori kita. Tersumbat kulit penyebab jerawat dan breakout.

2- Lebih bagus bila pagi-pagi korang bangun buat double cleansing. Cuci dengan oil cleanser dan soft cleanser. Betul-betul bersih.

Lepas tu bilas dengan warm water. Air suam akan buka pori dulu. Bila pori terbuka, so kat sini kita tarik keluar segala kotoran yang tertinggal dalam pori.

3- Kulit dah bersih, next baru kita bilas balik dengan air sejuk berais untuk tutup semula pori yang kita buka tadi. Tutup balik, ketatkan balik pori. This is good and complete facial procedure.

4-Dah siap facial. Baru go to next skincare routine yang biasa. Pakai essence untuk hydration, pakai serum untuk rawat kulit dan kurangkan cell damage dari radical bebas, pakai sunblock elak kulit burn dan kolagen pecah, lastly baru korang bersolek macam biasa

Less is more. Kak Fyza lebihkan penjagaan kulit. Biar leceh tak apa. Janji kulit kita sihat, segar. So that nak bersolek seringkasnya dah cukup. Solek just nak naikkan seri. Lebih berseri-seri bila kulit kita dah sedia seri dan segar.

Sumber kredit: Fyza Shah

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI