Kecantikan dan wanita ibarat irama dan lagu. Penjagaan kecantikan hanya dari segi luaran sahaja tetapi juga merangkumi penjagaan dalaman. Pengambilan jamu yang menggunakan bahan-bahan semula jadi membantu untuk melancarkan dalaman tubuh. Secara tidak langsung ia menaikkan seri wajah secara tidak langsung.

Jamu bukan hanya boleh dibeli di pasaran sahaja tetapi anda juga boleh membuatnya sendiri. Bahan-bahan untuk membuat jamu bokleh didapati hanya di dapur. Tentunya dalam keadaan sekarang ramai yang ingin berjimat cermat, jadi penggunaan bahan-bahan di dapur tentunya boleh dimanfaatkan bukan hanya untuk memasak sahaja tetapi juga untuk penjagaan kecantikan.

Photo by Olenka Sergienko from Pexels

Berikut dikongsikan resipi untuk membuat air rebusan yang sesuai untuk rejim penjagan kecantikan. Air rebusan ini bukan sahaja sesuai untuk diminum sebagai jamu tetapi juga boleh dijadikan mandian dan juga untuk bertangas.

BAHAN-BAHAN:
2 inci halia
2 batang serai
1 sudu kecil halba campur
1 sudu Kecil bunga cengkih
1 sudu kecil biji pelaga
2 batang kulit kayu manis
1 sudu kecil bunga lawang
1-2 sudu madu
Beberapa helai daun pudina

IKLAN

CARA-CARA MEMBUAT: 
1. Rebus semua bahan dengan 6 cawan air. Halia dan serai diketuk. Masukkan pudina dan rebus dalam 10 minit. Selepas itu tapis airnya.

2. Tuang air dalam cawan lalu masukkan 1 sudu besar madu. Kacau rata dan sedia diminum. Air jamu ini boleh di minum oleh sesiapa saja, juga sesuai diminum oleh anak remaja dan gadis. Diminum 1 cawan setiap hari.

IKLAN

Selain dijadikan minuman jamu, campuran rempah ini untuk meredakan selesema iaitu menyedut aroma panas (stim) rempah ini tanpa dicampur madu. Boleh juga buat air rendaman kaki dengan dicampur garam, tanpa madu juga.

Buat mandian pun boleh. Rebus bahan masuk dalam baldi. Tambah air supaya air menjadi suam. Selepas itu tambah 2-3 cawan garam. Seterusnya boleh mandi buat bilasan terakhir. Air ini juga boleh digunakan untuk mandi wap dan bertangas.

IKLAN
Photo by Taryn Elliott from Pexels

Memang banyak gunanya air rebusan ini kerana ia ia boleh digunakan untuk banyak perkara. Jika dibuat air minuman, badan akan rasa segar dan bertenaga. Mereka yang sering mengalami sakit kepala juga apabila mengamalkannya akan rasa sakit kepala itu semakin berkurang.

HIJABISTA: Bahan-bahan semula jadi di sekeliling kita banyak kegunaannya untuk penjagaan kecantikan. Bukan sahaja menjimatkan tetapi dalam masa yang sama tentunya menjimatkan belanja. 

Sumber kredit: Ana Mahabu Top image: Photo by Olga Mironova from Pexels

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI