Air nabeez adalah air rendaman (infused water) kurma / kismis (raisins). Kurma atau kismis di rendam dalam air masak semalaman (dalam bekas yang bertutup) dan diminum keesokkan paginya.
Sumber mengatakan air nabeez ini kegemaran Rasullah SAW. Nabi akan rendam beberapa butir kurma atau kismis (salah satu) di dalam air untuk semalaman (dalam bekas bertutup) dan minum air rendaman kurma itu pada waktu pagi. Air itu Nabi minum dan buah kurma yang sudah lembik itu, Nabi telan sekali. Oleh itu air nabeez ini dikatakan sebagai sunnah Nabi.
Elok minum untuk sahur esok. Insyaallah, perut mampu bertahan. Buat ini untuk sekali minum sahaja. Jangan simpan terlalu lama. Nanti masam sudah tidak boleh diminum lagi.
CARA-CARA:
Ads
1. Ambil kurma dalam bilangan ganjil. Anggaran air dalam 500 ml ke 1 liter. Ambil 3 biji kurma dan buang bijinya. Carik-carik isi kurma. Ada juga yang guna kismis tapi jangan campur ye. Kalau buat kurma, kurma sahaja. Kalau kismis, kismis sahaja.
2. Rendam isi kurma dalam air masak biasa malam sebelum tidur. Letak di luar sahaja. Tak perlu simpan dalam peti sejuk. Tutup bekas air tu jangan biarkan terbuka.
Sebagai manusia, kita sentiasa diberikan ujian oleh Allah SWT. Ujian merupakan tanda Allah SWT sayangkan hambaNya. Ada yang diuji dengan kegagalan, kesusahan mahupun penyakit.
Bila diuji dengan penyakit, pasti ada segelintir individu yang hilang harapan dan beranggapan bahawa mereka sudah tidak ada hala tuju melainkan berserah dengan segala ketentuan. Namun, ada juga yang berusaha sehabis baik melawan penyakit dan tetap menjalani hidup seperti biasa; seperti video yang tular di Tiktok baru-baru ini, dimana seorang wanita sanggup menerima seorang pesakit kanser sebagai suaminya.
Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok Siti Marha, dia dilihat tersenyum ketika bersanding dengan pasangannya hanya terlantar di atas pelamin pada majlis perkahwinan mereka di Iman Iris Grand Hall, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.
Difahamkan, suaminya menghidap penyakit kanser barah otot (Leiomyosarcoma) tahap empat. Sejak September lalu, suaminya tidak dapat dapat berjalan disebabkan kanser yang merebak ke tulang belakang.
Suaminya, Mohd Hashmi, 36, bahkan tidak mampu untuk bergerak menggunakan wheelchair kerana kaki yang bengkak dan tidak boleh bengkok. Disebabkan itu lah, mereka terpaksa menempah ambulans untuk memudahkan pergerakan di hari perkahwinannya.
“Memandangkan suami terlantar sejak September tahun lalu dan kerap keluar masuk pusat perubatan, maka kami buat persediaan ala kadar saja, malah tidak bertunang sebaliknya hanya mendahulukan yang wajib.
“Ikutkan, kami nak buat majlis sederhana saja dan akad nikah di pejabat kadi, tetapi jadi meriah pula dengan akad nikah serta persandingan diadakan pada hari yang sama.
“Saya beryukur kerana semuanya berjalan lancar walaupun saya perlu menemani suami menaiki ambulans untuk ke dewan majlis.” ujar Siti Marha melalui Harian Metro.
Membuka kisah bibit-bibit awal perkenalan mereka, Siti Marha yang juga jururawat berkata, dia berkenalan dengan suaminya sejak sembilan tahun lalu ketika Mohd Hashmi dimasukkan ke pusat perubatan tempatnya bertugas untuk mendapatkan rawatan akibat terbabit dalam kemalangan.
“Suami sebenarnya adalah pesakit lama saya kerana mengenalinya ketika dia dimasukkan ke wad untuk menerima rawatan pada 2013.
“Selepas dia (Mohd Hashmi) keluar wad, kami tidak berhubung langsung dan tak sangka akan bertemu semula di pusat perubatan sama selepas lapan tahun, malah kami masih kenal satu sama lain.
“Pada awalnya, saya tiada perasaan terhadapnya kerana niat awal ketika bertemu adalah untuk merawat, rawatan fisioterapi serta membuat dressing (cuci luka) namun lama-kelamaan timbul pula rasa sayang terhadapnya,” katanya.
Ketika dipersoalkan mengapa dia menerima suaminya itu meskipun serba kekurangan, Siti Marha berkata dia merupakan kekuatan suaminya ketika menghadapi detik-detik paling sukar dalam hidupnya.
“Semangat suami kuat walaupun ada ketikanya dia down dan baginya, saya hadir dalam ketika dia berada di titik terendah dalam hidupnya.”
“Jadi, selagi diberikan kudrat dan kekuatan, saya akan berusaha menjaga suami dengan sebaiknya dan memberinya keselesaan” ujarya lagi.
Usai video yang tular di Tiktok itu, rata-rata netizen mengucapkan selamat pengantin baru dan mendoakan agar rumah tangganya bahagia serta suaminya cepat sembuh. Video tersebut kini telah mendapat lebih 37.5K kesukaan.
“Assalamullaikum..apa2 banyak2 brsabar semua ini ujian dri Allah. Allah sayang kita sebab itu kita terima ujian darinya…”
“Semoga bahagia abg n kakak,amat2 terharu saya tengok.”
“Selamat pengantin baru Adik dan suami.semoga Jodoh dan kebahagian kekal hingga jannah. Syaafaqalkah semoga suami adik cepat sembuh Aamiin”
“Semoga cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan awak sekeluarga 🤲 Aamin”
MasyaAllah, besar sungguh hati wanita ini. Hijabista turut mendoakan agar rumah tangga yang dibina kekal sampai akhir hayat dan semoga diberikan kekuatan dan kesembuhan.
Sumber info dan gambar: Harian Metro dan TikTok Siti Marha
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Tahniah Hijabista ucapkan kepada penyanyi yang kini cantik berhijab, Zizi Kirana, yang sudah melangsungkan pernikahan sebentar tadi dan kini bergelar isteri kepada pelakon popular yang sedang meningkat naik, Yusuf Bahrin. Pasangan yang masing-masing berusia 36 dan 29 tahun ini telah selamat disatukan pada jam 10.40 pagi tadi di Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
Acara penikahan mereka telah disiarkan secara langsung menerusi aplikasi siaran langsung menerusi Instagram Zizi Kirana sebentar tadi. Menariknya tentang pasangan ini, bibit-bibit percintaan mereka sudah mula dihidu media dan warganet apabila Yusuf memanggil Zizi dengan panggilan sayang dalam satu hantaran video dan mereka dikatakan mula rapat setelah muncul bersama dalam rancangan All Together Now Malaysia yang diterbitkan oleh Astro.
Menerusi laporan mStar, pelantun lagu popular Eh ini telah menerima mas kahwin bernilai RM300 bersama senaskah Al-Quran, sebentuk cincin dan seutas gelang tangan manakala wang hantaran tidak pula didedahkan.
Dalam hantaran di Instagramnya, Zizi Kirana berkata, “Alhamdulillah Dengan Izin ALLAH , Kami Selamat Di Ijab Kabul Dengan Sekali Lafaz . Terima Kasih Untuk Doa Dari Keluarga , Sahabat Dan Kalian Semua , Semoga Allah Memberkati Kita Semua.”
BUSANA MENAWAN
Dalam sebuah majlis pernikahan pastinya busana yang digayakan menjadi perhatian. Biarpun dilangsungkan sederhana menepati prosedur standard operasi yang ditetapkan mereka tetap tampill anggun dan kacak dalam elemen tradisi.
.
Pasangan merpati dua sejoli ini tampil bagai pinang dibelah dua dalam persalinan serba hitam rekaan pereka fesyen, Shanell Harun. Zizi tampil menawan dalam rekaan busana penikahan potongan kurung Pahang rona hitam yang diserikan dengan sulaman dan perincian rona emas dan ditambahkan lagi dengan fabrik songket mewah. Yusuf pula kelihatan bak pahlawan dalam baju melayu klasik diserikan dengan samping songket sedondon dengan isterinya itu.
Wajah manis ratu sehari ini ditatarias oleh jurusolek, Datuk Alha Alfa manakala Yusuf pula ditaatrias oleh Chomel.
Semoga penyatuan dua jiwa ini kekal sehingga ke jannah. Amin.
Sumber gambar: Instagram Shanell Harun, Zizi Kirana & Alha Alfa
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Sejak melakukan penghijrahan dan memutuskan untuk berhijab empat tahun lalu, pelakon jelita Lisa Surihani mendedahkan ia bukanlah satu proses yang mudah.
Memandangkan iman yang turun naik, Lisa akui dia juga pernah rasa ‘tersungkur’ di dalam perjalanan hijrahnya itu. Malah ia menuntut pengorbanan yang besar untuk kekal istiqamah dalam menutup aurat dan kecekalan demi memperbaiki diri untuk agama.
“Kita ini manusia biasa, hati sangat rapuh. Apa juga keadaan sekali pun, saya cuba pertahan sesetengah prinsip. Ya, ini suatu pengorbanan yang berat, terutama untuk terus kekal istiqamah. Tetapi, saya harus mencuba sebaiknya.
“Ada momen ‘tersungkur’, tetapi perlahan-lahan saya bangkit agar tidak lekas berputus asa dalam perjalanan ini,” ujar Lisa.
Tegasnya lagi, disebalik prinsip yang diperjuangkan untuk menutup aurat dengan sempurna, Lisa turut menzahirkan rasa bimbang terhadap puji-pujian yang diterima berikutan penghijrahanya.
Menurut lisa, dia juga seorang manusia biasa yang mana jika menerima pujian akan merasa bangga, justeru dia amat takut sekiranya lemas dalam pujian hingga timbulnya sifat riak, takbur dan ujub.
“Macam mana sekali pun, semua ini datangnya daripada Allah. Sejujurnya, saya cukup takut dengan puji-pujian kerana bimbang lahir perasaan suka.
“Saya hanya cuba menjaga tingkah laku dan pertuturan. Tetapi, semua itu datangnya daripada Allah,” jelasnya.
Sekadar info, Lisa telah mendirikan rumah tangga bersama Yusry pada 23 Februari 2012 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Yahaira Leanne, Yusof Leonne, dan Yunos Laith.
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.