Buah ini memiliki pelbagai khasiat seperti vitamin C, karotena mineral dan fitoalbumin kepada kesihatan termasuk melambatkan proses penuaan, mencegah kanser dan meningkatkan sistem imun badan? Kandungan serat yang tinggi di dalam buah naga membantu menstabilkan tahap gula dalam darah seseorang. Ia juga membantu merencatkan gula yang berlebihan ketika mengambil makanan yang tinggi indeks glisemik.

Tahap kandungan vitamin C yang tinggi di dalam buah naga membantu meningkatkan sistem imun selain merangsang aktiviti antioksidan lain. Kehadiran jumlah vitamin C, mineral dan fitoalbumin yang tinggi juga membantu melawan radikal bebas selain memiliki sifat antioksidan. Vitamin B1, B2, B3 dan kalsium, fosforus, zat besi, protein, niasin serta serat juga menyumbang kepada peningkatan fungsi sistem imun badan.

Pernahkah anda makan buah naga dan mendapati air kencing dan najis menjadi merah seperti mengalami pendarahan? Buah naga yang berwarna merah kaya dengan sejenis pigment yang dikenali sebagai betalains. Ia merupakan punca mengapa air kencing dan najis anda berwarna merah. Adakah ia merbahaya? TIDAK!

Seperti nama dan bentuknya yang cukup exotic, buah naga menyimpan 1001 khasiat yang bermanfaat untuk kesihatan. Ianya juga SELAMAT untuk di makan oleh wanita hamil dan wanita yang sedang menyusukan anak.

IKLAN

KHASIAT BUAH NAGA:
1. Melambatkan Proses Penuaan
Anda tanya sesiapa yang sentiasa tampak muda walaupun telah berusia. jawapan mereka pasti kerana pemakanan yang kaya dengan ulam dan buah buahan. Antioksida boleh membantu anda untuk kekal awet muda, kulit yang anjal dan mulus. Ia bertindak dengan melawan radikal bebas yang boleh menyebabkan kerosakan sel.
.
2. Mencegah Kanser
Selain dari Vitamin C, Buah Naga mengandungi karotene yang bertindak sebagai agen anti kanser. Selain itu, lycopene yang menyebabkan warna merah pada buah ini terbukti boleh mengurangkan risiko kanser kelenjar prostat

3. Kesihatan Jantung
Ia mengurangkan paras kolesterol yang ‘jahat’ dan meningkatkan paras kolesterol yang ‘baik”. Kajian menemui pengambilan buah ini mampu mengurangkan risiko serangan jantung dan mencegah masalah tekanan darah tinggi.

IKLAN

4. Kencing Manis
Kandungan serat yang tinggi buah naga mampu menstabilkan paras gula. Ia juga mampu mengelakkan peningkatan gula secara mendadak selepas pengambilan makanan manis.

IKLAN

5. Penghadaman.
Serat membantu melancarkan system penghadaman tubuh sekaligus mengurangkan risiko sembelit dan masalah penghadaman lain.

6. Meningkatkan Imuniti Tubuh
Kandungan vitamin dan garam mineral yang tinggi seperti vitamin c, B1, B2, B3, kalsium, phosphorus, zat besi, protin dan niacin membantu untuk meningkatkan paras imuniti tubuh badan.

7. Tulang Sihat
Jika anda tidak gemar minum susu untuk mendapatkan sumber kalsium, anda boleh cuba amalkan buah ini kerana kandungan kalsium yang tinggi serta bebas lemak.

Sumber kredit: Facebook Public Health Malaysia

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI