Umum tahu, pelakon serba boleh, Aida Khalida telahpun berhijrah pada tahun 2008. Sejak itu dia tidak lagi menoleh ke belakang dan terus istiqamah.
Menurutnya dalam satu temu bual bersama Media Hiburan, kehidupannya kini lebih tenang selepas mendalami ilmu agama dan berhijab.
“Alhamdulillah Allah beri saya nikmat yang sangat baik dan tenang. Syukur, inilah impian saya. Tiada apa yang diinginkan dalam hidup melainkan memperoleh ketenangan daripada-Nya”.
Biarpun berhijab, rezeki pelakon yang kini berusia 50 tahun tetap murah. Namun dia peka sebelum menerima sebarang tawaran berlakon.
Jika membabitkan dirinya terpaksa bersentuhan dengan bukan muhrim, Aida Khalida akan menolaknya dengan cara baik.
Ads
Pada masa sama, pelakon filem Hijabista Ballet ini berkata pembabitannya dalam lakonan adalah salah satu cara dia berdakwah kepada masyarakat umum.
“Saya berlakon boleh tapi kena jaga syariat. Jadi selagi Allah SWT bagi rezeki, mesti ada sebabnya dan mungkin ini juga cara berdakwah,” katanya.
Walaupun sibuk berlakon, tetapi Aida tetap mengisi masa terluang mengikuti kelas pengajian agama daripada pelbagai medium.
Ads
“Kita perlu sentiasa pastikan ada ilmu agama supaya menjadi landasan kepada kita dalam mendekatkan diri kepada-Nya. Jadi sebagai umat Islam, kita perlu belajar pelbagai ilmu.
“Saya juga bersyukur kerana Allah SWT masih sudi pinjamkan lagi umur kepada saya untuk membuat persiapan menuju ke alam akhirat,” jelasnya lagi.
Ads
Dalam pada itu, pelakon ini menyambut baik sambutan World#QuranHour dan Merdeka #QranHour yang julung kali di adakan secara serentak.
Menurutnya, Al-Quran bukanlah sekadar dibaca tetapi juga untuk dihayati, difahami dan diamalkan dalam kehidupan seharian.
“Saya pun masih belajar ilmu tajwid supaya dapat baca Al-Quran dengan betul,” ujarnya yang akan turut serta jika berkelapangan nanti.
Untuk tahun ini sambutan World #QuranHour yang akan disambut pada 9 Zulhjjah 1438H jatuh pada tarikh sama negara menyambut Hari Kemerdekaan ke 60.
Semakin ramai kita melihat selebriti yang tampil berhijab. Terbaru adalah pelakon Ardell yang sebelum ini terkenal dengan watak tomboy. Hidayah Allah itu hadir tanpa mengira siapa dan memang beruntung bagi yang mendapatnya. Seperti juga penyanyi Farihah Mohamed Arshad ataupun popular dengan nama Farra yang cukup terkenal dengan lagu ‘Bagaikan Puteri’. Dia bukan setakat berhijrah dari zaman kejahilannya tetapi juga turut mengambil keputusan untuk berniqab. Sudah hampir 20 tahun beliau berhijrah menjadi Muslimah yang diredai Allah dan masih terus kekal istiqomah.
Dalam artikel yang disirkan di Sinar Harian Online, Farra berkata cabaran ketika berhijrah tidaklah seserius ketika beliau mengambil keputusan untuk berniqab.
“Semasa saya berkeputusan untuk berniqab. Saya melalui cabaran getir kerana ramai yang tidak menggemarinya. Namun, bila saya baca beberapa buku dan mengikuti kelas, saya berasakan tujuan pemakaian niqab, sama ada wajib atau harus, sebenarnya adalah untuk mengelakkan fitnah.
“Kalau dalam hukum wajib, niqab ini dipakai kerana perempuan itu menjadi sumber ujian kepada lelaki dan untuk memuliakan serta menjaga perempuan itu sendiri. Kalau hukum harus pula, niqab dipakai kerana mengelakkan fitnah kepada diri dan orang sekeliling.
“Contohnya kalau dia terlalu cantik, maka dia perlu memakai purdah agar kurang sedikit perhatian orang kepadanya. Ditakuti, perhatian orang itu akan menimbulkan fitnah.” katanya.
Jelas Farra, sebab itulah beliau berasakan masyarakat perlu lebih peka dan memahami mengapa seseorang itu berniqab dan jangan terus menghukum dan melabelkan mereka memakai sekadar untuk menunjuk-nunjuk.
Menurutnya, beliau berharap agar dirinya dan juga Muslim yang lain terus diberikan petunjuk daripada ALLAH untuk terus mempelajari ilmu dan memahami al-Quran dan Sunnah Rasulullahlah.
Jika dilihat dalam laman instagram Farra, beliau juga turut berdakwah kepada followernya secara aktif. Ada sahaja perkongsian kata-kata berunsur nasihat kepada pengikutnya.
Dalam pada Itu, Farra kini giat menggali dan menuntut Ilmu serta aktif dengan kerja-kerja dakwah. Buat masa ini dia begitu aktif dengan Pertubuhan Quran Daily Malaysia (PQDM) dan pembabitannya adalah secara tanpa sengaja.
“Sekitar tahun 2014, semasa mengikuti sesi daurah tafsir al-Quran, saya dijemput oleh pengasas PQDM, Puan Rahana Ab Rahim bersama suaminya, Hj Mustapa Omar untuk bersama menjayakan misi PQDM iaitu menjadikan al-Quran untuk dibaca, faham dan amal.
“PQDM bermula dengan mewujudkan Quran Daily (QD) pada Mei 2014. Aktiviti QD diperlengkapkan lagi dengan aktiviti amal melalui Projek Infak Quran Daily (PIQD) dan aktiviti ilmu melalui Biro Ilmu Quran Daily (BIQD). Saya bermula sebagai admin grup, setelah berjaya khatam al-Quran. Saya menjadi mentor dan dalam masa yang sama turut mengendalikan BIQD, kursus jenazah dan kursus solat,” cerita ibu tiga anak ini.
Bukan itu sahaja penyanyi yang pernah bersama-sama dengan ratu Rock Ella ini juga turut terbabit dengan kumpulan Pengurusan Jenazah Muslimah (PJM) aktif mengadakan kursus jenazah yang juga dikendalikan di bawah PQDM.
Selain terbabit dengan kerja-kerja dakwah ini, Farra juga turut aktif dalam menjalankan perniagaan, Farra Apparel menerusi dalam talian. Objektif Farra Apparel adalah untuk menawarkan rangkaian busana Muslimah yang aktif, selesa dan bergaya, serta menepati syariat.
Baru-baru ini bekas finalis Miss Universe Philippines 2021, Jamine Umali telah mengejutkan dunia ratu cantik serantau apabila tampil dengan penjelasan yang dia kini bergelar seorang mualaf.
Memilih untuk memeluk agama Islam, dia tampil lebih manis dengan busana tertutup dan dilihat mula berjinak-jinak dengan penampilan berhijab. Bahkan dalam satu hantaran terkini di Instagram, gadis cantik berusia 25 tahun ini menggayakan niqab rona putih dan hanya menampakkan bahagian mata dan dahi.
Menerusi hantarannya itu, dia menerangkan mengenai pemilihannya untuk menggayakan niqab. “Saya mengenakan niqab berbanding pelitup muka, dan ia memberi perasaan yang sangat bagus. Walaupun saya melakukan kerja peragaan dan menyertai Miss Universe Philippines, jauh di dasar hati setiap kali turun dari pentas saya berasa sangat sedar dan cemas.
“Ada banyak sebab kukuh dan penjelasan yang masuk akal mengapa Allah SWT menyuruh kita menutup kepala dan menjaga aurat serta memakai pakaian yang longgar. Namun sebab mengapa saya memilihnya adalah kerana saya cintakan Allah dan Islam,” ujarnya panjang lebar.
Ketika mula-mula dia mengumumkan mengenai pengislamannya, bekas ratu cantik ini turut menampilkan sepotong ayat Al-Quran beserta dengan kapsyen ‘tawakul’ di Instagramnya.
Memilih untuk memeluk Islam, bekas ratu cantik yang mewakili daerah Manila ini tidak sekadar hangat-hangat tahi ayam. Sebaliknya dia mendapatkan nasihat daripada rakan mualaf yang lain serta meminta tunjuk ajar daripada yang pakar tentang ajaran Islam.
“Tawakkul ialah perkataan untuk konsep Islam iaitu pergantungan kepada Allah atau percaya kepada perancangan Allah. Ia dilihat sebagai kepercayaan yang sempurna kepada Allah dan pergantungan kepada-Nya sahaja. Salah satu sebab mengapa saya memeluk agama Islam adalah kerana prinsip dan juga falsafah Islam dan Al-Quran,” kongsinya lagi mengenai nilai-nilai dalam Islam yang menjadikan dia lebih dekat dengan agama ini.
Setelah memilih untuk menjadi seorang mualaf, nampaknya wanita ini telah memadam banyak foto di laman Instagramnya yang sebelum ini menampakkan penampilan yang terlalu seksi dan terdedah. Dalam tinjauan Hijabista, kini dia hanya mengekalkan beberapa gambar sebagai model dan juga gambar kenangan ketika menjadi finalis Miss Universe Philippines.
Untuk pengetahuan pembaca, ibu bapa Jasmine merupakan seorang verteran dalam dunia pageant di Philippnes. Bapanya, Vincent Pinto merupakan juara Manhunt International Philpinnes 1997 manakala ibunya pula merupakan pemenang tempat ketiga Mutya Ng Pilipinas.
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Mommy Deve atau pemilik nama lengkap Vanessa Ziandry Putri A berhadapan dengan pelbagai tentangan ketika memutuskan untuk bergelar mualaf. Salah seorang ‘penentang’ ialah ibunya sendiri.
Keputusan wanita berusia 30 tahun ini untuk memeluk Islam bukanlah tanpa sebab.
Memetik perkongsian di portal Vivo.co.id, bapanya menjadi asbab utama dia memeluk Islam apabila bapanya kembali kepada ajaran Islam setelah berpisah dengan ibunya akibat rusuhan di Lombok sekitar tahun 2000.
Bukan itu sahaja, Mommy Deve juga semakin yakin kerana banyak persoalannya terjawab menerusi al-Quran.
“Apabila berlaku kekecohan di Lombok, ibu dan ayah berpisah. Kemudian ayah kembali menjadi seorang Islam.
“Sebelum ini ayah telah bertukar kepada agama ibu. Dan saya ingin belajar bagaimana Islam itu,” kata Mommy Deve.
Keazaman Mommy Deve untuk memeluk Islam semakin kuat selepas berpindah ke Surabaya dan bertemu dengan Sigit Pradigta, lelaki yang kini bergelar suaminya.
Mereka bertemu di sebuah majlis Ramadan. Suaminya mendedahkan, keputusan Mommy Deve untuk memeluk Islam bukanlah mudah.
Mommy Deve tidak pernah berputus asa untuk memeluk Islam. Selepas melafazkan syahadah, dia memutuskan untuk berhijab serta mendalami ilmu keislaman yang sebenar.
“Saya masuk Islam pada 2011. Bagi saya, tidak semua orang boleh mendapat pahala (hidayah) itu. Macam kertas putih, kebaikan itu tetap dikira sejak lahir sehingga kita masuk Islam.
“Peluang ini hanya datang sekali dan saya sedar akan kewajipan seorang Muslimah. Jadi selepas syahadah saya segera berhijab dan mendalami Islam,” kata Mommy Deve.
Kini Mommy Deve berasa lebih tenang dan menemui jawapan kepada persoalannya. Dia berharap penghijrahannya ini diterima oleh keluarga besarnya.
“Semoga dikuatkan iman, tunjuk ajar ini kekal, diberikan kesihatan sekeluarga, dan hubungan dengan keluarga bertambah baik,” katanya.
Menyentuh tentang permulaan kerjayanya sebagai pempengaruh, minatnya dalam bidang penciptaan kandungan digital bermula daripada hobinya yang gemar melancong dan staycation.
Mommy Deve sering mengabadikannya melalui video dan kemudian memuat naik di platform media sosial, salah satunya YouTube.
“Harapan saya agar semua kandungan digital saya menghiburkan, bermaklumat dan berilmu seterusnya memberi rahmat kepada semua,” katanya.
Kredit Foto: Instagram Mommy Deve
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Solekan natural Hari Raya untuk hijabi yang mahu nampak fresh tanpa makeup tebal. Ikuti 10 teknik mudah agar wajah kekal segar, manis dan berseri sepanjang beraya.