Aida Gadis Melayu Cakap Bahasa Arab Di Madinah & Sebak Rasa Seolah-Olah Dapat Bertemu Rasulullah SAW

Share

Subhanallah betapa indahnya jika kita dapat menjejakkan kaki di rumah Allah atau Madinah dengan bercakap bahasa Al-Quran. Pengalaman ini dirasai Aida Gadis Melayu yang kini sedang berada di tanah Arab bersama keluarganya. Apa yang menarik perhatian apabila dia bercakap bahasa Arab ketika berada di Madinah dalam menggambarkan apa perasaan dialami ketika itu.

Menurut Aida ketika itu dia baru hari pertama berada di sana dan bersyukur atas rezekinya kerana dapat berlantaikan kota cahaya, Madinah.

Berada di Madinah membuatkan dia rasa sebak kerana terasa seolah-olah bertemu dengan Rasulullah SAW. Tidak putus-putus mulutnya mengucapkan zikir pada Allah atas kurniaan itu. Aida juga berdoa agar dipermudahkan urusan beribadah di sini terutamanya di Raudhah.

Dalam foto yang dimuat turun itu, Aida meletakkan subtitle untuk ucapannya itu dalam bahasa Arab agar dapat difahami followernya. Netizen juga turut teruja mendengar Aida dapat berbahasa Arab dengan sangat lancar ketika berada di sana.

Kali ni berlantaikan KOTA BERCAHAYA , sayu yg teramat sgt . Entah knp perasaan tu lain dgn kali pertama kesini bbrp tahun lalu . Suasana Allahurabbi dinginnn, tenang Subhanallah . Aida trus trfikir Ya Rasululluh layakkah aku bertemu , berkongsi setanah suci denganmu … moga kite semue beroleh syafaatnya

Ya Allah Subhanallah … Pertama & yg utamenye aida terima Ribuan Dms untuk kirim doa & ade yg smpat aida reply dan buka , Ya Allah sayu hati bilemane mostly yg titipkan agar beri kesihatan untuk yg sakit . Ade yg jugak kirim gambar baby tgh sakit etc . Allah allah . Insyaallah rezeki smp kesini akan aida manfaatkan bukan hanye untuk aida tp buat kalian smue juga

Cumenye aida takut x smpt nk buka satu2 doa kat dm aoda so aida mohon untuk yg berhajat untuk terus komen doa kalian disini ya .

Semoga Allah permudahkan segala urusan kite smue . Ameen Ya Allah

KREDIT FOTO: INSTAGRAM AIDA GADIS MELAYU

IKLAN