Kita buat dosa, tapi Allah tutup aib kita. Allah masih pelihara aib kita, walaupun kita berkali-kali melakukan dosa yang sama. Syukurlah pada Allah kerana segala aib kita tersimpan rapi.
Jika Allah senantiasa menutupi aib (dosa) kita, masih memuliakan kita dengan menutupnya, itu tandanya Allah memberi kesempatan untuk memperbaiki dan bertaubat atas keburukan-keburukan kita. Oleh itu janganlah malah kita membukanya.
Menyembunyikan dosa dan tidak menampakkan aib diri kita pada manusia, ia sangat dituntut, dengan melihat daripada beberapa sebab. Diantaranya, jika tidak ada yang mengetahui dosa/maksiat yang telah dilakukan, maka kita tidak boleh membukanya.
“DOA MENUTUP AIB”
Sebagai manusia biasa tentu kita banyak memiliki kesalahan dan khilaf yang dilakukan secara sengaja ataupun tidak.
Ads
Mungkin tidak sedikit kesalahan kita yang apabila diketahui orang, adalah aib yang sangat memalukan.
Terlebih lagi apabila misalnya kita sedang diberikan amanah oleh Allah.
Maka itu, Rasulullah S.A.W. mengajarkan kita berdoa agar Allah SWT tidak memalukan kita di hadapan orang ramai dengan membuka aib kita.
Ads
Dalam Sahih Ibn Hibban, doa ini diriwayatkan dari Abdullah bin ‘Umar yang mendengar bahawa Rasulullah S.A.W. selalu membaca doa ini pada waktu pagi dan petang.
Allahumma inni as’alukal ‘afiyah fid dunya wal akhirah, Allahumma inni as’alukal ‘afwa wal ‘afiyah fi dini wa dunyaya wa ahli wa mali. Allohummastur ‘aurati wa amin rau‘ati. Allohummahfazhni min baini yadayya wa min khalfi wa ‘an yamini wa ‘an syimali wa min fawqi. Wa a‘udzu bi ‘azhamatika an ughtala min tahti.
(HR Ibnu Hibban)
“Ya Allah, aku memohon keselamatan dunia dan akhirat pada-Mu. Aku memohon ampunan dan keselamatan agama, dunia, keluarga, dan hartaku. Tutupilah segala keaibanku, dan amankanlah ketakutanku, jagalah depan, belakang, kanan, kiri, dan atasku. Aku berlindung pada-Mu dari musibah yang tak terduga.”
Doa merupakan ungkapan permohonan atau permintaan yang ditujukan kepada Allah SWT semata-mata, dalam usaha untuk memenuhi hajat atau keperluan tertentu. Restu dan reda Allah sentiasa dipohon untuk menghidupkan semangat atau harapan bagi menjamin kekuatan rohani dan jasmani insan.
Jodoh dan pertemuan adalah perkara misteri yang tidak diketahui oleh manusia, namun semuanya adalah ketentuan Allah SWT yang maha mengetahui.
Setiap dari kita mempunyai perjalanan hidup yang berbeza apabila dikaitkan dengan jodoh. Kehadiran jodoh adalah sesuatu yang tidak terduga dan tidak disangka-sangka.
Namun bagi yang masih sendiri dan menanti jodoh, usahlah bersedih hati. Berdoalah kepada Allah agar dipertemukan pasangan hidup. Ada beberapa doa yang boleh diamalkan dalam usaha ‘mendekat’kan jodoh.
Dua ayat yang boleh diamalkan ialah dari Surah Yusuf dan Surah Taha.
TATACARA MENGAMALKAN SURAH YUSUF DAN SURAH TAHA
1.Untuk mengamalkan doa ini yang paling penting bersihkan hati. Niat dengan hati yang ikhlas.
2.Niatkan untuk tujuan yang baik.
3.Amalkan baca Surah Yusuf ayat 4 dan Surah Taha ayat 39 selepas mandi atau selepas mengambil wuduk. Tiupkan pada kedua telapak tangan dan sapukan pada wajah.
4.Bacalah kedua-dua ayat ini sebanyak tiga kali setiap kali selepas selesai solat lima waktu.
5.Berdoalah untuk memohon apa yang dihajati. Walau bagaimanapun janganlah bersedih hati jika hajat tidak dimakbulkan. Hanya Allah sahaja yang tahu apa yang terbaik untuk hambaNYa. Mungkin Allah merencanakan sesuatu yang lebih baik. Bersikap positif dan yakinlah pada kuasa Allah.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Haji adalah rukun Islam yang terakhir. Sebagai seorang Muslim yang taat sudah tentu anda ingin melakukan semua rukun Islam iaitu syahadah, solat, zakat, puasa dan menunaikan haji.
Walau bagaimanapun umat Islam yang tidak dapat mengerjakan ibadah haji tahun ini dinasihatkan tidak bersedih mahu pun risau. Biarpun tidak mampu menunaikan ibadah haji kerana kekangan peraturan, umat Islam akan tetap mendapat pahala daripada Allah SWT.
KHABAR BAHAGIA BAGI YANG SEDANG DUKACITA TIDAK DAPAT MENUNAIKAN IBADAH HAJI
Seseorang yang telah bersungguh-sungguh melakukan persediaan dan menanam azam yang tinggi untuk menjadi tetamu Allah namun tidak dipanggil menjadi tetamu-Nya, sesungguhnya Allah SWT menerima niat mereka untuk melaksanakannya dengan ganjaran pahala yang sempurna.
Di dalam satu hadis qudsi, ada menyebutkan bahawa Allah SWT telah berfirman:
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah telah menetapkan nilai kebaikan dan kejahatan, kemudian Dia menjelaskannya. Maka siapa berniat mengerjakan kebaikan tetapi tidak dikerjakannya, Allah mencatatnya sebagai satu kebaikan yang sempurna. Jika ia berniat untuk berbuat kebaikan lalu ia mengerjakannya, Allah mencatatnya sebagai 10 sampai 700 kali kebaikan atau lebih banyak lagi. Jika ia berniat melakukan kejahatan, tetapi ia tidak mengerjakannya, Allah mencatatkan padanya satu kebaikan yang sempurna. Jika ia berniat melakukan kejahatan lalu dikerjakannya, Allah mencatatnya sebagai satu kejahatan” (HR Bukhari & Muslim, hadis sahih)
SubhanAllah, mudahnya Allah SWT nak berikan kita pahala, hanya dengan niat melakukan kebaikan sudah diberikan ganjaran. Tak semua yang kita hajatkan itu baik untuk kita, namun akhirnya takdir Allah jualah yang terbaik buat hamba-hambaNya.
Maksudnya: “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (Surah Al Baqarah: 216)
Benarlah, kita hanya mampu merancang, tapi Allah yang menentukan segalanya. Berbaik sangkalah kepada-NYA. Pasti ada hikmah di sebaliknya.
Walaupun tak dapat ke Tanah Suci Mekah dan Madinah, tapi sebenarnya ada banyak amalan yang ganjarannya umpama pahala haji yang boleh kita lakukan. Antaranya adalah:
SOLAT SUBUH BERJEMAAH
Daripada Anas bin Malik beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Siapa yang solat subuh berjamaah kemudian duduk berzikir sehingga matahari terbit kemudian diikuti dengan solat dua rakaat, maka dia mendapatkan pahala seperti pahala haji dan umrah.” Beliau (Anas r.a.) berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Sempurna, sempurna, sempurna.” (HR Tirmizi, hadis hasan)
Maksudnya: “Seorang lelaki datang kepada Nabi Muhammad SAW berkata: “Aku ingin berjihad tetapi aku tidak mampu.” Baginda SAW bertanya kembali: “Adakah ibu bapamu masih hidup?” Lelaki itu berkata: “Ya, ibuku.” Lalu, baginda SAW berkata: “Berbuat baiklah kepada ibumu kerana ALLAH, engkau akan dapat pahala haji, umrah dan jihad jika ibumu redha kepadamu. Bertakwalah kepada Allah dan berbuat baiklah kepadanya.” (HR at-Tabrani, hadis hasan)
MENGHADIRI MAJLIS ILMU DI MASJID
Daripada Abu Umamah r.a., Nabi Muhammad SAW bersabda:
Maksudnya: “Siapa yang pergi ke masjid dengan tujuan untuk mempelajari sesuatu kebaikan atau mengajarkannya, maka baginya pahala seperti orang yang menunaikan haji dengan sempurna.” (HR al-Thabrani di dalam al-Mu’jam al-Kabir, hadis sahih)
MEMBACA UCAPAN TAHMID, TAKBIR DAN TASBIH SELEPAS SOLAT FARDHU
Maksudnya: “Pernah datang sahabat yang miskin kepada Nabi SAW lalu berkata, “Orang-orang kaya, dengan harta benda mereka itu, mereka mendapat kedudukan yang tinggi, juga kenikmatan yang abadi. Mereka melaksanakan solat seperti juga kami melaksanakan solat, mereka puasa sebagaimana kami juga puasa. Namun, mereka memiliki kelebihan disebabkan harta mereka, sehingga mereka dapat menunaikan ibadah haji dengan harta tersebut, dapat melaksanakan umrah bahkan dapat berjihad dan bersedekah.” Maka Rasulullah pun bersabda: “Mahukah aku sampaikan kepada kamu sesuatu yang apabila kamu ambil (sebagai amal ibadah) kamu akan dapat mengatasi (darjat) orang yang sudah mengalahkanmu. Dan tidak akan ada yang dapat mengalahkanmu dengan amal ini sehingga kamu menjadi yang terbaik di antara kamu dan di tengah-tengah mereka, kecuali apabila ada orang yang mengerjakan seperti yang kamu amalkan ini. Iaitu kamu membaca tasbih (Subhanallah), membaca tahmid (Alhamdulillah) dan membaca takbir (Allahu Akbar) setiap selesai solat sebanyak tiga puluh tiga kali.” (HR Bukhari, hadis sahih)
SOLAT FARDHU JEMAAH DI MASJID
Daripada Abu Umamah r.a., Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Sesiapa yang keluar dari rumah dalam keadaan suci untuk menunaikan solat fardu, pahalanya seperti menunaikan haji.” (HR Abu Daud, hadis hasan)
Semoga dengan melakukan amalan ini dapat memberikan ganjaran serta memujuk hati para jemaah yang telah bersedia menunaikan haji namun tidak direzekikan untuk menjadi tetamu Allah SWT pada tahun ini.
Perkongsian dalam entri terkini di Instagram (IG) mengejutkan peminat kerana Zulin tampak begitu langsing dengan pinggang secekak.
Sebelum ini memang Zulin berusaha keras menurunkan berat badannya. Menurut Zulin atau nama sebenarnya Farah Azleenda Abdul Aziz dia mengalami susut berat badan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan Mac lalu.
"Saya tak makan nasi sejak tahun lalu. Ketika berbuka puasa, saya hanya menjamah buah kurma dan meneguk air.
"Beberapa minit kemudian barulah saya makan lauk-pauk. Sahur pula saya hanya makan pisang," katanya.
Tidak berahsia, Zulin mengaku mengamalkan sejenis minuman yang mana dirinya menjadi testimoni kepada produk berkenaan.
"Ketika mula mengambilnya, berat badan saya 85 kilogram. Selepas mengamalkannya, berat menyusut kepada 70 kilogram dan sekarang 60 kilogram," katanya.
Zulin menepis dakwaan tubuhnya menyusut kerana 'makan hati'.
"Saya buat semua ini untuk diri sendiri, bukan untuk sesiapa. Semuanya untuk kepuasan sendiri," katanya.
Sumber kredit: Instagram Zulin Aziz
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.