Kita buat dosa, tapi Allah tutup aib kita. Allah masih pelihara aib kita, walaupun kita berkali-kali melakukan dosa yang sama. Syukurlah pada Allah kerana segala aib kita tersimpan rapi.
Jika Allah senantiasa menutupi aib (dosa) kita, masih memuliakan kita dengan menutupnya, itu tandanya Allah memberi kesempatan untuk memperbaiki dan bertaubat atas keburukan-keburukan kita. Oleh itu janganlah malah kita membukanya.
Menyembunyikan dosa dan tidak menampakkan aib diri kita pada manusia, ia sangat dituntut, dengan melihat daripada beberapa sebab. Diantaranya, jika tidak ada yang mengetahui dosa/maksiat yang telah dilakukan, maka kita tidak boleh membukanya.
“DOA MENUTUP AIB”
Sebagai manusia biasa tentu kita banyak memiliki kesalahan dan khilaf yang dilakukan secara sengaja ataupun tidak.
Ads
Mungkin tidak sedikit kesalahan kita yang apabila diketahui orang, adalah aib yang sangat memalukan.
Terlebih lagi apabila misalnya kita sedang diberikan amanah oleh Allah.
Maka itu, Rasulullah S.A.W. mengajarkan kita berdoa agar Allah SWT tidak memalukan kita di hadapan orang ramai dengan membuka aib kita.
Ads
Dalam Sahih Ibn Hibban, doa ini diriwayatkan dari Abdullah bin ‘Umar yang mendengar bahawa Rasulullah S.A.W. selalu membaca doa ini pada waktu pagi dan petang.
Allahumma inni as’alukal ‘afiyah fid dunya wal akhirah, Allahumma inni as’alukal ‘afwa wal ‘afiyah fi dini wa dunyaya wa ahli wa mali. Allohummastur ‘aurati wa amin rau‘ati. Allohummahfazhni min baini yadayya wa min khalfi wa ‘an yamini wa ‘an syimali wa min fawqi. Wa a‘udzu bi ‘azhamatika an ughtala min tahti.
(HR Ibnu Hibban)
“Ya Allah, aku memohon keselamatan dunia dan akhirat pada-Mu. Aku memohon ampunan dan keselamatan agama, dunia, keluarga, dan hartaku. Tutupilah segala keaibanku, dan amankanlah ketakutanku, jagalah depan, belakang, kanan, kiri, dan atasku. Aku berlindung pada-Mu dari musibah yang tak terduga.”
Doa merupakan ungkapan permohonan atau permintaan yang ditujukan kepada Allah SWT semata-mata, dalam usaha untuk memenuhi hajat atau keperluan tertentu. Restu dan reda Allah sentiasa dipohon untuk menghidupkan semangat atau harapan bagi menjamin kekuatan rohani dan jasmani insan.
Cara hidup masa kini yang lebih menjurus ke arah barat dan moden mungkin punca kita selalu lupa dan alpa akan ajaran yang diajar oleh baginda Rasullullah. Sebenarnya Rasulullah banyak memberi contoh kepada kita tentang bagaimana baginda menjalani hidup untuk kekal sihat.
Benarlah, menghidupkan sunnah nabi akan memberi banyak kelebihan dan memperbaiki kerosakan. Malah diberi pahala. Ini merupakan cara Rasulullah menjaga kesihatan diri agar tetap sihat.
1. SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH
Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardhu dan solat Subuh secara berjemaah. Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.
2. MENJAGA KESIHATAN ADALAH DENGAN AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN
Rasulullah sentiasa bersih dan rapi.Setiap Khamis atau Jumaat, baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.
“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (HR. Muslim)
3. JANGAN MAKAN BERLEBIHAN
Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan. Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.
Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)
4. BANYAKKAN BERJALAN KAKI
Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar. Ini penting untuk mencegah penyakit jantung.
5. JANGAN MARAH
Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali.
Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa. Terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring. Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wudhu’ dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilang kan gundah di hati.
6. SENTIASA OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA
Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakkal kepada Allah s.w.t.
7. TIDAK PERNAH IRI HATI
Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”
8. JADILAH PEMAAF
Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan. Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat.
Kehidupan akan jadi lebih bahagia jika dapat mengawal emosi, menjalani gaya hidup sihat dan sentiasa ingat pada Allah.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Masih ramai menantu perempuan yang tidak sebulu dengan ibu mertua disebabkan cara yang berlainan. Benar sekali kata pepatah yang hidup kita ini memang penuh cabaran dan tidak akan bermakna hidup seseorang itu, andai tidak disertakan dengan dugaan.
Jika tidak pun dari orang luar, keluarga sendiri yang menjadi punca. Namun semua itu harus ditangani dengan baik, ibarat menarik rambut dari dalam tepung, rambut jangan putus, tepung pula tidak berselerak.
Kisah pergolakan antara menantu dan mentua sangat sulit untuk diselesaikan. Isu ibu mertua dengan menantu perempuan memang tidak akan habis sampai bila-bila pun. Jika tidak ditangani secara bijak maka akan rosaklah rumah tangga yang dibina.
Hubungan antara ibu mertua dengan menantu perempuan seharusnya akrab seperti sahabat. Bagaimanapun, tidak ramai berpeluang menikmati persefahaman begitu.
Kerap kalinya hubungan antara ibu mentua dengan menantu perempuan dingin, penuh curiga dan cemburu.
Berikut perkongsian Imam Muda Hassan Adli.
SUSAHNYA NAK AMBIL HATI MERTUA
Nak tak nak, suami isteri kena terima hakikat bahawa perkahwinan bukan hanya melibatkan suami isteri sahaja, tapi melibatkan mertua dan ipar duai.
Cara mertua mungkin tak sama dengan cara ibu ayah kandung kita. Cara kemas baju, lipat kain, sidai baju, memasak, kemas rumah, waktu tonton TV, cara makan, cara basuh pinggan…. semua tu tak sama. So ingat, “jangan samakan cara keluarga kita dengan keluarga mertua”. Sebab apa tak sama?
Sebab Rules and Regulations berbeza setiap keluarga.
Suami wajib ikut rules keluarga isteri, isteri juga wajib follow rules family suami. Jangan terlalu cepat melatah and please stop complaining and comparing! Sebab bukan kerja kita nak ubah manusia, tugas kita “macam mana aku nak sesuaikan diri dalam family ni”.
INI ADA SIKIT TIP UNTUK AMBIL HATI MENTUA:
*Isteri tunjuk rajin masak di dapur, walau tak pandai masak sekalipun. Sebab fikiran ibu mertua, kalau isteri tak suka duduk dapur, dia akan susah hati memikirkan nasib anak lelaki dia, siapa yang akan masak untuk anak lelaki dia.
*Selalu berikan hadiah. Tak semestinya mahal-mahal. Mertua bukan tengok pada nilai hadiah, tapi dia suka tengok sikap menantunya yang baik suka memberi. Dan memang Nabi ajar kita supaya selalu beri hadiah sebab ia boleh menambat kasih sayang.
*Jangan asyik berkepit dengan pasangan. Ia mungkin merimaskan mertua. Kalau nak berkepit, berkepitlah 24 jam kat rumah sendiri.
*Jangan sesekali marah pasangan depan mertua. Ia akan menjadikan mentua mula susah hati dan tawar hati dengan menantunya.
*Angguk-angguk kepala tanda setuju. Apa yang mertua cakap, iyakan aje. Tak perlu bantah. Melainkan ianya memang betul-betul salah, dan cara nak betulkan statement mertua mesti dengan cara bahasa yang berlapik, jangan terlalu direct. Budi bahasa budaya kita!
Bulan Muharam adalah salah satu daripada empat bulan yang dihormati serta memiliki kemuliaan di sisi Allah SWT. Memang tidak dinafikan ianya merupakan satu bulan yang mulia. Terdapat banyak nas-nas daripada Al-Quran dan juga al-Sunnah yang menyebutkan berkenaan kelebihan bulan ini.
Jumlah bulan dalam setahun yang ditetapkan Allah SWT ada 12 bulan semuanya. Ia diciptakan sejak Allah SWT menciptakan langit dan bumi lagi.
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Ia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar larangan-Nya), dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya, dan ketahuilah sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bertakwa.” (Surah at-Taubah, ayat 36)
Imam Ibnu Kathir menyatakan, orang yang melakukan kemaksiatan dan kezaliman pada bulan itu akan ‘dilipatgandakan’ dosanya oleh Allah SWT.
Antara hari yang dianjurkan berpuasa adalah pada hari ‘Asyura iaitu puasa hari ke-10 pada bulan Muharam.
Syukur bagi mereka yang mengambil peluang berpuasa pada 10 Muharam, sehari sebelum itu yang dipanggil sebagai puasa Tasu’a.
.
Orang mukmin digalakkan menambah puasa sunat sehari sebelum puasa ‘Asyura bagi membezakan puasa orang Yahudi.
Berikut huraian lengkap tentang kelebihab bulan Muharram dan berpuasa pada bulan Muharram.
KELEBIHAN BULAN MUHARRAM
Di antara kelebihan bulan ini seperti yang dinyatakan di dalam al-Quran adalah berdasarkan firman Allah S.W.T yang berikut:
Maksudnya: Sesungguhnya bilangan bulan di sisi Allah S.W.T adalah sebanyak dua belas bulan sebagaimana yang terdapat di dalam kitabullah (Lauh al-Mahfuz) pada hari diciptakan langit-langit dan juga bumi. Di antaranya (bulan-bulan tersebut) adalah empat bulan haram. Demikian itulah agama yang lurus maka janganlah kalian menzalimi diri kalian di dalam bulan-bulan tersebut. Surah al-Taubah (36)
Rasulullah S.A.W telahpun memberikan penjelasan berkenaan dengan empat bulan haram tersebut dengan sabda baginda:
Maksudnya: Dalam setahun itu ada dua belas bulan dan di antaranya adalah empat bulan haram. Tiga bulan yang berturut-turut iaitu Zulkaedah, Zulhijjah, dan Muharram serta bulan Rejab yang berada di antara Jamadil Akhir dan juga Syaaban. Riwayat al-Bukhari (184)
Justeru, dua nas di atas jelas menunjukkan bahawa bulan Muharram dimuliakan kerana ia termasuk dalam kalangan empat bulan haram yang mana diharamkan untuk berperang pada bulan-bulan haram serta ianya sangat dihormati dari sudut amalan soleh di dalamnya menjadi besar ganjarannya manakala dosa dan maksiat juga turut menjadi lebih besar di dalam bulan-bulan haram.
GALAKAN BERPUASA DALAM BULAN MUHARRAM
Di antara amalan soleh yang sangat digalakkan untuk umat Islam lakukan pada bulan Muharram adalah dengan memperbanyakkan berpuasa sunat. Ini dapat dilihat berdasarkan sebuah riwayat daripada Abu Hurairah R.A beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
Maksudnya: Seafdhal-afdhal puasa setelah bulan Ramadhan adalah berpuasa pada bulan Allah al-Muharram dan sesungguhnya solat yang paling afdhal setelah solat fardhu adalah solat malam (Qiyamullail). Riwayat Abu Daud (2429)
Demikian juga terdapat sebuah hadis yang menceritakan berkenaan seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah S.A.W tentang bulan apakah yang Rasulullah perintahkan untuk dirinya berpuasa setelah bulan Ramadhan ? Maka jawab baginda S.A.W:
Maksudnya: Sekiranya kamu hendak berpuasa setelah bulan Ramadhan maka berpuasalah kamu pada bulan al-Muharram kerana sesungguhnya ia adalah bulan Allah. Riwayat al-Tirmizi (741)
Berdasarkan kepada dua hadis di atas, terdapat dua kelebihan yang terdapat pada bulan Muharram. Ianya seperti berikut:
Bulan Muharram disebut sebagai bulan Allah yang tidak disebut pada bulan-bulan lain. Umum mengetahui jika sesuatu perkara itu disandarkan kepada Allah maka ianya menjadi suatu yang mulia. Sama seperti Baitullah, Abdullah, Rasulullah, dan seumpamanya. Bulan Muharram adalah bulan paling afdhal untuk berpuasa sunat setelah bulan Ramadhan.
GALAKAN BERPUASA HARI ASYURA
Walaupun berpuasa pada sepanjang bulan Muharram adalah digalakkan, akan tetapi terdapat nas khusus yang menceritakan berkenaan kelebihan berpuasa pada 10 Muharram iaitu hari ‘asyura. Ini adalah berdasarkan beberapa riwayat berikut:
Antaranya adalah sebuah riwayat daripada Abu Qatadah R.A. bahawasanya Rasulullah S.A.W bersabda:
Maksudnya: Berpuasa pada hari ‘Asyura sesungguhnya aku mengharapkan kepada Allah supaya ia dapat menghapuskan dosa-dosa setahun sebelumnya. Riwayat Ibn Majah (1738)
Begitu juga sebuah riwayat daripada Abdullah Ibn Abbas R.anhuma yang berkata;
Maksudnya: Rasulullah S.A.W datang ke Madinah dan kemudian baginda melihat golongan Yahudi berpuasa pada hari Asyura. Lalu baginda berkata: “Apakah ini ?”. Mereka pun menjawab: “Ini adalah hari yang baik. Inilah harinya Allah menyelamatkan Bani Israel daripada musuh mereka maka Musa pun berpuasa pada hari tersebut. Lalu baginda bersabda: “Aku lebih berhak ke atas Musa berbanding kamu”. Maka baginda pun berpuasa pada hari tersebut dan memerintahkan supaya umatnya berpuasa pada hari itu. Riwayat al-Bukhari (2004)
Kedua-dua hadis di atas jelas menunjukkan bahawa puasa pada hari ‘Asyura adalah diperintahkan kepada umat Muhammad S.A.W dan hukumnya adalah sunat.
PERINTAH SUPAYA MENYELISIHI YAHUDI
Walaupun kita digalakkan untuk berpuasa pada 10 Muharram, akan tetapi kita juga turut diperintahkan untuk mengikutinya dengan berpuasa pada hari sebelum ataupun hari selepasnya. Ini adalah bertujuan untuk menyelisihi golongan Yahudi yang hanya berpuasa pada 10 Muharram secara tunggal. Hal ini berdasarkan sebuah riwayat daripada Ibn Abbas R.Anhuma beliau berkata bahawa Nabi S.A.W bersabda:
Maksudnya: Berpuasalah kalian pada hari ‘Asyura dan berbezalah dengan golongan Yahudi. Berpuasalah sehari sebelumnya ataupun sehari selepasnya. Riwayat Ahmad (2154)
Demikian juga sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Abbas R.anhuma, kata Nabi S.A.W:
Maksudnya: Sekiranya aku masih hidup pada tahun hadapan nescaya aku akan berpuasa pada hari yang ke 9 (Muharram). Riwayat Muslim (1134)
Demikian juga ketika Nabi S.A.W memerintahkan untuk berpuasa pada hari ‘Asyura, maka para sahabatnya berkata: “Wahai Rasulullah S.A.W, sesungguhnya ia adalah hari yang mana golongan Yahudi dan Nasrani membesarkannya”. Maka Rasulullah S.A.W menjawab:
Maksudnya: Apabila datangnya tahun hadapan Insha Allah kita akan berpuasa pada hari yang ke sembilan. Riwayat Muslim (1134)
Nas-nas di atas jelas menunjukkan bahawa Rasulullah S.A.W memerintahkan kepada kita untuk dilakukan juga puasa sehari sebelum 10 Muharram ataupun sehari selepasnya dengan tujuan untuk menyelisihi golongan Yahudi.
PENDAPAT PARA FUQAHA
Berikut dinyatakan beberapa pendapat para fuqaha berkenaan isu mengikuti puasa hari ‘Asyura dengan berpuasa sehari ataupun selepasnya. Sebahagian para ulama mengatakan bahawa cara mengerjakan puasa ‘Asyura itu ada tiga keadaan seperti berikut:
*Berpuasa sehari sebelumnya atau sehari selepasnya.
*Berpuasa padanya (10 Muharram) secara tunggal.
*Berpuasa sehari dan selepasnya.
Manakala cara terbaik serta paling lengkap untuk melakukannya adalah sebagaimana turutan yang disebutkan oleh Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah di dalam kitabnya Zaad al-Ma’ad (2/72) dengan cara seperti berikut:
*Berpuasa pada hari sebelumnya dan juga hari selepasnya.
*Berpuasa pada 9 dan 10 Muharram sahaja.
*Berpuasa pada 10 Muharram sahaja.
KESIMPULANNYA:
Disunatkan untuk berpuasa pada 9 Muharram atau pada 11 Muharram berserta dengan puasa hari ‘Asyura dengan tujuan untuk menyelisihi dan berbeza dengan golongan Yahudi. Semoga Allah S.W.T memberikan kefahaman yang jelas kepada kita semua di samping merezekikan kepada kita semua untuk mengikut petunjuk Rasulullah S.A.W di dalam kehidupan seharian kita.
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.