Menteri Hal Ehwal Agama, Idris Ahmad telah mengingatkan umat Islam supaya tidak mengambil bahagian dalam perayaan musim panas tahunan masyarakat Jepun, Bon Odori kerana mendakwa bahawa perayaan itu mempunyai pengaruh unsur agama lain.
Idris berkata penyelidikan yang dijalankan oleh Jabatan Kemajuan Islam Jakim telah mengesahkan kehadiran pengaruh sedemikian dalam sambutan tersebut.
“Oleh itu, kami menasihatkan umat Islam agar tidak menyertai perayaan atau program lain yang bertentangan dengan akidah mereka,” jelasnya.
Ads
foto: japantravel.com
Perayaan tahunan Bon Odori anjuran masyarakat Jepun di Malaysia kini kembali semula selepas berehat selama dua tahun kerana Covid-19. Ia akan diadakan di Shah Alam pada 16 Julai dan di Pulau Pinang pada 30 Julai.
Sebelum ini, poster promosi untuk festival tersebut memaparkan ilustrasi anime yang melibatkan karakter seorang wanita berhijab memakai kimono. Hal itu telah menyebabkan wujudnya beberapa kritikal warga di media sosial.
Ads
Perayaan tahunan Bon Odori anjuran masyarakat Jepun di Malaysia kini kembali semula selepas berehat selama dua tahun kerana Covid-19. Ia akan diadakan di Shah Alam pada 16 Julai dan di Pulau Pinang pada 30 Julai.
foto: istockphoto.com
Festival yang mendapat sokongan kerajaan negeri Selangor itu akan dibuka pada pukul 4.30 petang dan akan menampilkan persembahan gendang, tarian Bon Odori dalam tiga bahagian, persembahan “wadaiko” Jepun serta tetamu jemputan manakala acara persembahan pula akan diadakan di antara jam 7 dan 9.30 malam.
Viral bulan lalu yang menyaksikan beberapa selebriti yang pada mulanya berhijab kemudian telah membuka tudung. Namun tidak semua mereka yang telah diberikan hidayah oleh Allah untuk bersikap ‘turning back’ pada kehidupan lalu. Biarpun diuji pelbagai dugaan, namun mereka masih kekal teguh berhijab kerana rasa cinta tidak berbelah bagi pada Tuhan yang satu.
Begitu juga bagi selebriti yang juga seorang penyanyi, Sharifah Hadijah Wan Moss, atau dikenali dengan Deja Moss. Dia yang diduga oleh kisah perceraian dengan bekas suaminya sejak dua tahun lalu tetap teguh berhijab biarpun ada terdetik untuk membuka tudung.
“Menipu kalau saya kata tidak terdetik sikit pun dalam hati untuk ke arah itu. Tetapi saya teguhkan hati. Saya dekatkan diri bersama Maha Pencipta dengan bersolat dan berzikir.
“Saya amalkan zikir Astagfirullahaladzim 1000 kali pagi dan petang, kemudian Selawat pula 1000 kali pagi dan petang juga dan lafazkan Bismillah 100 pagi dan petang serta sebelum tidur. Itu yang saya amalkan dalam dua tahun ini dan alhamdulillah ia memberi seribu ketenangan.
“Tidak dinafikan soal perceraian itu memang beri tamparan hebat dalam hidup saya. Selepas bercerai saya rasakan hidup jadi kosong. Maklum sahaja sebelum itu hubungan kami sangat baik dan tidak berlaku apa-apa pergaduhan berlaku antara saya dan bekas suami. Dan ia (perceraian) berlaku secara tiba-tiba.
“Pada mulanya memang saya tak boleh terima, saya terkejut dan tak tahu apa nak buat. Ketika itu saya just shutdown hidup saya. Enam bulan saya tak bercakap dengan orang, tak tengok TV dan lebih banyak lock myself dalam bilik. Bila kita rasa kehilangan memang sangat terasa kekosongannya,” ungkap Deja Moss yang kemudiannya mencari kekuatan berdepan saat sukar itu.
“Saya cuba bangkit dan cari kekuatan dengan menghambakan diri pada Allah. Saya minta Allah untuk memberi saya kekuatan menghadapi dugaan itu. Alhamdulillah Allah dengar permintaan saya dan sedikit demi sedikit saya mula bangkit semula.
“Selepas melalui fasa perceraian itu saya mula mencari sesuatu yang boleh mengisi naluri. Dan ketika itu saya rasakan dengan melakukan charity yang paling dekat dengan diri saya. Sebelum itu memang sudah lama terdetik dalam hati tetapi tidak tahu cara lakukannya.
“Saya melihat ramai kawan-kawan yang lost bila berlaku perceraian begini. Malah ada yang buka hijab atau mula pergi ke tempat tidak sepatutnya. Tetapi saya memilih jalan untuk rapat dengan Maha Pencipta. Dulu saya pernah lost dan inilah masanya untuk saya gantikan dengan perkara berfaedah (melakukan perkara kebajikan).
“Sesungguhnya Allah atur perjalanan kita itu dengan bersebab. Malah saya tidak pernah rasa sebahagia ini selepas perceraian. Saya isi masa dengan membantu anak-anak yatim, orang asli, ibu tunggal serta golongan yang memerlukan.
“Malah saya juga turut kongsi pengalaman saya sebagai seorang usahawan kepada pelajar jika dijemput memberikan ceramah motivasi,” tambah Deja yang sudah 10 tahun bergelar usahawan Kek Lapis Sarawak.
Menurutnya yang bakal keluar dengan single terbaru bertajuk ‘Menepis Rawan’ ini begitu teruja berkongsi pengalamannya menjalin kolaborasi dengan Teratak Che Dah iaitu sebuah rumah anak yatim yang terletak di Kundang.
“Saya tiada duit untuk beri tiap-tiap bulan dan di kampung itu ada komuniti ibu tunggal. Jadi saya salurkan ilmu buat Kek Lapis Sarawak dengan mereka. Kita buat, jual dan sebahagian keuntungan disalurkan kepada rumah anak yatim berkenaan.
“Kalau ada rezeki lebih, kita juga turut salurkan pada rumah anak yatim lain, golongan ibu tunggal serta golongan asnaf yang memerlukan. Di tempat itu ada station seperti sebuah kilang untuk ibu tunggal ini bekerja dan cari pendapatan bulanan.
“Saya tidak kisah berkongsi ilmu ini kerana bagi saya biarlah legasi kek lapis saya ini berkembang maju. Kita tidak tahu bila kita akan mati, jadi saya mahu orang terus mengingati kek lapis ini dan inilah yang yang saya berikan balik pada komuniti,” ujar Deja yang memerlukan RM18 ribu sebulan untuk keseluruhan operasi di Teratak Che Dah berkenaan.
Justeru untuk memastikan segalanya berjalan lancar, Deja turut turun padang mengutip dana bagi membantu golongan anak yatim ini. Pada mulanya agak sukar tetapi dia bersyukur segala urusan dipermudahkan Allah.
Deja Moss yang popular dengan lagu ‘Asmara’ masih lagi meneruskan aktiviti dalam bidang seni melalui nyanyian.
“Kalau dulu memang saya hambakan diri ini pada seorang lelaki (bekas suami) selama 10. Akan tetapi setelah berpisah, saya letakkan diri saya semuanya pada Allah. Hidup dan mati saya kerana Allah.
“Saya bersyukur setiap hari kerana Allah memberi pinjaman nyawa ini. Setiap pagi saya bersyukur kerana masih lagi bernafas kerana tak tahu apa yang akan berlaku selepasnya.
“Allah beri pinjam nyawa pada kita. Dan semua yang ada di dunia ini hanya pinjaman. Semua milik Allah dan kita patut bersyukur atas kurniaan-Nya. Oleh sebab itu apabila saya hambakan diri pada Allah (selepas bercerai) saya rasa cukup tenang sekali.
“Saya reda dan terima dengan hati terbuka apa yang berlaku sebelum ini. Kata orang sudah ‘move on’ dan paling penting kena kerja keras untuk capai segala impian,” katanya yang sudah enam tahun kekal berhijab, sebelum akhiri perbualan.
Sudah mendirikan rumah tangga selama lima tahun bersama Shaheizy Sam, Syatilla Melvin akhirnya buka cerita bahawa dia sudah jatuh cinta pandang pertama kepada suaminya sewaktu melihat lakonan Sam dalam filem Adnan Sempit.
Perkara ini dikongsi Syatilla sendiri di laman instagramnya dan bersyukur dengan perancangan hidup yang Allah telah tetapkan untuknya.
“Dulu masa aku tengok wayang Adnan Sempit 1, keluar panggung terus jatuh cinta dengan karakter ‘Adnan’. Masa tu umur 18 tahun.
“Tak lama lepas itu, Adnan jadi teman lelaki aku, lepas itu sekarang ini suami aku. Lima kali dah mengandungkan anak dia,” jelas pengasas produk Kekasih ini.
“Hebat sungguh rancangan Allah. Lagi satu, kita kena yakin dengan apa yang kita nak dalam hidup kita. Kerja keras dan usaha ke arah itu.
“Macam Tilla, kalau aku nak sesuatu, aku kerja atau buat sampai dapat! Bukan harap doa semata tanpa usaha okay,” tambahnya.
Sebagai informasi, Syatilla telah mendirikan rumah tangga bersama Shaheizy Sam pada tahun 2016. Mereka telah dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy,4 dan Sarima Samheizy,2.
Baru-baru ini tular di aplikasi Tik Tok berkenaan seorang gadis yang sekaan mempromosikan sebuah ‘Trend’ walaupun tak berjaya dalam pendidikan tetapi masih boleh berjaya dan kaya. Malah, gadis itu seolah berbangga akan dirinya yang tidak mempunyai pendidikan tinggi.
Tindakan gadis ini telah memberikan rasa kurang senang sekaligus mengundang kecaman dan perdebatan dikalangan netizen yang tidak bersetuju sekiranya pendidikan ditolak menjadi aspek kurang penting jika mahu meraih kejayaan.
Perkara berkenaan dimuatnaik dalam sebuah hantaran menggunakan akaun TikTok @paahcantekk lebih memualkan lagi, gadis tersebut dengan beraninya mendedahkan bahawa dirinya pernah dicerca guru, kononya tiada masa depan sekiranya tidak mempunyai pendidikan yang baik.
“Pernah dibilang tiada masa depan oleh guru sendiri, apa khabar murid target? Dah jadi CEO?” tulisnya pada hantaran video tersebut.
Dalam hantaran video berkenaan terpapar sebuah kereta jenis Mercedes AMG A45 yang menjadi latarbelakang gadis berkenaan yang sengaja dipaparkan sebagai simbolik terhadap kejayaan yang dikecapinya.
Bagaimanapun, trend tak perlu belajar yang dipromosikan oleh gadis ini dilihat bakal memberi pengaruh buruk kepada anak muda dalam negara.
Lebih membimbangkan lagi apabila generasi muda kini dilihat begitu kerap memuat naik trend sama seumpanya di media sosial hingga menjadi bualan hangat dan mencetuskan perdebatan dikalangan orang ramai dan para cendekiawan.
Meninjau ke ruangan komen, Hijabista mendapati rata-rata wargamaya meluahkan rasa kesal dan tidak puas hati terhadap kenyataan provokasi yang dibuat oleh gadis berkenaan.
Justeru, beberapa bekas murid harapan sekolah telah tampil membidas kenyataan gadis berkenaan dengan kenyataan berbaur ‘sindiran’ keras, malah kenyataan berekenaan turut mengundang pelbagai reaksi netizen.
Rata-ratanya turut sama menyelar dan tidak bersetuju terhadap kenyataan yang diberikan oleh gadis tersebut!
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.