Nampaknya, pelantun lagu Ku Bersuara ini tidak sabar menanti detik manis untuk bergelar ibu kepada cahaya mata sulungnya. Penyanyi Ernie Zakri atau nama sebenar Nur Ernie Shahirah Zakri, 29, berkongsi debaran yang dirasainya bersama-sama dengan peminatnya di laman Instagram miliknya.
Baru-baru ini, penyanyi yang terkenal dengan kelunakan suaranya itu memuat naik sebuah gambar bersama dengan kapsyen bertanyakan kepada netizen mengenai cara untuk mengawal perasaan takut saat menanti momen melahirkan bayi.
para ibu, bagaimana anda mengatasi rasa takut apabila anda semakin hampir untuk melahirkan bayi anda?
Ernie Zakri yang baru sahaja melancarkan single terbaru, Korban, turut meminta netizen terutamanya kaum ibu untuk berkongsikan pengalaman mereka menanti detik-detik melahirkan bayi. Bersama-sama dengan #AdaOrangDahNervous, ramai peminat serta rakan selebriti yang memberikan pendapat kepadanya di ruang komen gambar itu. Ada yang menasihati untuk memperbanyakkan istighfar, zikir dan berdoa. Tidak kurang juga, ramai yang mendoakan agar segala urusan Ernie dipermudahkan oleh-Nya.
Ads
Ernie Zakri bersama pasangan yang juga seorang penyanyi popular, Syamel mendirikan rumah tangga pada 26 Mac 2021 di Masjid Tertutup Puncak Alam. Pasangan sejoli ini dikatakan bakal menimang puteri sulung mereka tidak lama lagi.
Team Hijabista mendoakan agar segalanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan segala urusan mereka. InsyaAllah..Amin YRB!
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Walaupun berada di luar negara, namun tidak membataskan anak Melayu yang merantau mencari rezeki di sana untuk membanggakan nama Malaysia. Seperti kisah wanita ini, Dr Eliesmaziah Alias, 45 tahun yang boleh tersenyum bangga kerana mampu mencipta nama di bumi asing, iaitu United Kingdom, (UK) apabila tudung rekaannya menjadi pilihan untuk dipakai polis wanita di negara berkenaan.
Menurut Dr Eliesmaziah atau lebih mesra dipanggil Dr Elies, idea untuk mencipta hijab yang digunakan polis wanita UK bermula ketika beliau bertemu berjumpa beberapa polis dalam satu pameran di UK.
“Ketika itu saya lihat uniform mereka dan beritahu material begini tak sesuai untuk anggota polis. Lalu saya berbincang dengan mereka dan dari situ bermulalah perbincangan seterusnya dengan pihak atasan.
“Ternyata tudung sukan jenama MoreSlim rekaan saya digunakan untuk polis wanita Muslim mereka yang biasa tetapi mereka meminta saya membantu untuk design hijab yg sesuai untuk polis wanita Muslim unit taktikal.
“Design saya juga banyak kali digunakan sebagai experiments antara pihak polis UK. Yang ini tudung lain dan sangat istimewa. Dan saya juga benar-benar berharap dapat membantu polis, askar dan anggota keselamatan lain di Malaysia pula satu hari nanti,” ujarnya ketika dihubungi secara dalam talian.
Beliau dan keluarga yang kini sudah 30 tahun berhijrah ke UK dan tinggal di Manchester. Menceritakan detik penghijrahannya di sana, Dr Elies berkata bermula sebaik tamat peperiksaan SPM dan mengambil A Level di sana.
“Pada asalnya saya ke UK setelah peperiksaan SPM untuk mengambil A level seterusnya meneruskan pengajian dalam bidang perubatan. Tetapi kemudiannya berpindah ke Mechanical Engineering sebelum meneruskan pula pengajian dalam MSc dalam bidang Medical Engineering.
“Setelah keputusan cemerlang, saya kemudiannya ditaja oleh kerajaan UK dan beberapa small companies untuk membuat PhD Biomaterial and Biomedical Engineering. Project student saya juga telah mendapat anugerah di Institute of Mechanical Engineering.
“Kemudian saya menjadi ResearchScientist di universiti dan bekerja dengan pakar bedah untuk mencipta alatan bagi pembedahan dan material untuk ditanam dalam tubuh manusia. Projek terakhir saya sebelum berhenti merupakan develop a sensor untuk detect penyakit jantung,” tambahnya yang kini senang dengan tuganya sebagai founder/owner Instant Hijabs UK selain menguruskan hal keluarga.
Menurutnya juga walaupun sudah lama tinggal di sana namun tiada kekangan dalam berhijab dan hidup sebagai wanita Muslim di rantau orang.
Malah menurutnya apa yang penning adalah pembawaan diri. Baginya Muslimah yang cerdik dan berpendirian adalah lebih dihormati.
“Saya dah tinggal di luar negara nak dekat 30 tahun. Sepanjang saya tinggal di sini, belajar di kolej, universiti dan bekerja di universiti, belum pernah lagi saya bertemu dengan soal diskriminasi pelajar kerana mereka bertudung.
“Seseorang pelajar itu akan berjaya sekiranya mereka menunjukkan prestasi pembelajaran yang baik, mengambil bahagian dalam sistem pendidikan dengan aktif (bukan hanya duduk diam. Ini kerana pakai tudung tak semestinya jadi tunggul kayu tak bercakap kalau cikgu tanya soalan). Ramai pelajar cemerlang yang terdiri dari mereka yang menutup aurat dengan betul.
“Saya juga sering mengetuai meeting bersama syarikat-syarikat dan penyelidik-penyelidik, dengan orang putih sekeliling dan saya seorang wanita Muslim bertudung di hadapan. Tiada masalah dan paling penting kita berilmu,” cerita Dr Elias lagi yang juga bergelar isteri kepada seorang doktor perubatan dan mempunyai tiga cahaya mata.
Beliau yang berasal dari Melaka ini juga turut menjelaskan mula belajar menjahit dalam bilik jahit sebagai kerja sambilan.
“Saya peniaga kecil, atau orang panggil start-up. Saya bermula tanpa bantuan dari mana-mana agensi setahun yang lalu. Mula belajar jahit di bilik jahit sendiri dan hanya saya buat sebagai part time.
“Bermula dari situ saya mula terfikir untuk mengisi career break saya. Jadi atas kapasiti yang agak terbatas saya telah mengeluarkan dalam 1000-2000 helai tudung. Tetapi sekarang saya telah mendapat jalan, lebih banyak dalam production disebabkan banyak permintaan. Alhamdulillah saya bersyukur atas rezeki kurniaan Allah ini,” tambahnya lagi yang memberitahu syarikatnya juga telah menerima anugerah baru-baru ini.
“Baru-baru ini syarikat saya telah mendapat shortlisted as one of the finalist for start-upbusiness of the year, di majlis prestijious Islam Channel Business awards 2019 yang telah berlansung di London.
“Saya sangat-sangat bersyukur dalam banyak start-up business di UK ini kami terpilih dan dalam majlis tersebut kami merupanya satu sahaja syarikat Melayu yang memasuki peringkat akhir,” jelasnya yang hanya menjalankan bisnes secara online.
Dan dalam masa sama juga turut menawarkan khidmat penghantaran percuma sekitar UK. Kebanyakan pembeli hijab keluaran syarikatnya adalah dari UK, Eropah dan juga Australia.
Sebagai orang baru yang berjinak-jinak dalam bisnes hijab ini Dr Elies turut memberi pesanan cukup berguna.
“Sebagai seorang saintist dalam bidang biomaterial, saya memang berhasrat memberi khidmat saya kepada Muslimah dengan ciptaan yang berkualiti, yang dikaji dan sesuai untuk keselesaan.
“Saya juga amat berharap agar komuniti kita menghormati hak cipta dan penat lelah orang lain. Pengalaman saya pertama kali memasarkan produk ke Malaysia, saya berasa sungguh kecewa apabila mandapat tahu beberapa peniaga yang tidak beretika meniru hasil cipta orang lain tanpa segan silu.
“Perkara ini tidak ada di barat. Untuk menjadi masyarakat yang maju dan mempunyai daya saing dan inovasi, kita sebagai masyarakat sepatutnya membidas perkara ini dan tidak menyokong mereka. Dan amatlah malang sekali, mereka menganiaya peniaga dari kalangan seagama mereka,” tegasnya yang mahu menjadi seorang Muslimah yang pandai dalam menilai.
“Saya ingin Muslimah jadi pandai dalam menilai. Jangan jadi hamba fesyen. Kadang-kadang cantik tidak semestinya sesuai. Kenali kualiti bukan benda yg menjadi ikutan. Sayangi dan hormati diri sendiri dan jadilah seorang yang kuat.
“Motto hidup saya adalah selalu memberikan segala yang terbaik dalam segala pekerjaan kita. Saya ada anak semasa belajar, tapi kita kena kuat hadapi segalanya,” ujarnya lagi yang juga merupakan mantan Pengetua Sekolah Komuniti Malaysia Manchester.
Tudung MoreSlim yang boleh dibeli menerusi laman web www.instanthijabs.co.uk itu dilancarkan di London pada April 2018. Ataupun boleh melayari laman facebook Page MoreSlim Malaysia bagi yang berminat untuk mendapatkan sport hijab ini.
Kita semua mengimpikan kulit yang sempurna dan bercahaya, tetapi dengan produk baru yang terus menerus menerjah rak dan nasihat penjagaan kulit yang kelihatan tidak berkesudahan di luar sana, tidak semestinya mudah untuk mengetahui rutin penjagaan kulit yang paling sesuai untuk anda.
Anda tahu asasnya minum banyak air, cukup tidur dan cuci muka. Tetapi bagaimana dengan semua perkara di antaranya? Nasib baik, tidak perlu mengeluarkan banyak wang untuk prosedur ajaib atau krim mahal untuk mencapai kulit tanpa cela.
Dengan perkongsian pakar dermatologi dan pakar kecantikan terkemuka untuk ini senarai beberapa petua penjagaan kulit terbaik. Ditambah dengan beberapa pilihan produk yang dipilih terbaik dari Hijabista akan membantu membimbing anda untuk kulit berseri dengan segera.
Untuk kulit berminyak atau rawan jerawat, pencucian gel salisilik atau benzoil peroksida berfungsi dengan baik, saran pakar dermatologi. Untuk kulit matang kering, gunakan pembersih glikolik atau pembersih susu. Untuk kulit bintik-bintik coklat atau melasma, gunakan pencuci yang mencerahkan, seperti pembersih asid hidroksi alfa.
Melakukan pelbagai produk penjagaan kulit sekaligus adalah tidak penting, Ia boleh menjadi keras pada kulit, mengakibatkan lebih banyak pecah dan pori-pori tersumbat.
Masa terbaik untuk melembapkan adalah tepat setelah anda keluar dari mandi dan sebaik sebelum anda tidur. Elakkan losen dengan pewangi yang kuat dan pastikan pelembap cukup lembut untuk penggunaan setiap hari tanpa kerengsaan sifar.
Mengelak menyentuh wajah anda sangat penting. Ia tidak hanya menyebarkan bakteria dan menyebabkan jerawat malah boleh menyebabkan parut, peningkatan kedutan dan juga selesema atau virus lain.
Setiap pakar kulit menekankan pentingnya penghidratan. Kekurangan air bererti kulit kurang cahaya dan lebih cepat kendur. Pakar demartologi mencadangkan memilih produk pembersih, pelembab dan anti-penuaan yang mempunyai formula penghidratan. Dan, tentu saja, minum sekitar lapan gelas air sehari.
Jangan hanya berjaga-jaga dengan cahaya matahariterlalu dekat dengan pemanas dan perapian juga boleh menyebabkan kerosakan pada kulit anda. Ia menyebabkan keradangan dan pemecahan kolagen. Anda harus berada sejauh sepuluh kaki. Oleh itu, pada masa akan datang anda memanggang makanan atau lebih dari api terbuka, mundur selangkah.
Anda kehilangan 50 juta sel kulit sehari dan tanpa sedikit dorongan, ia mungkin berkeliaran meninggalkan kulit kelihatan cemberut. Untuk mengatasi ini, anda harus memilih produk yang neutral pH sehingga tidak kering yang akan mengelupas. Bukuan kulit wajah anda sahaja, kulit di badan anda juga memerlukan pengelupasan.
Makanan seimbang adalah penting, tetapi ada lebih daripada satu cara untuk memberi vitamin kulit anda. Terdapat juga antioksidan topikal, iaitu serum dan krim yang mengandungi bahan-bahan yang menyuburkan kulit (serum mengandungi vitamin C).
PRODUK CADANGAN:
La Roche-Posay Vitamin C Serum
Nama Serum Vitamin C La Roche-Posay dengan jelas mengandungi asid askorbik 10 peratus formula. Tetapi lihat sedikit lebih dekat dan anda akan dapati cecair kaya ini memberikan lebih daripada sekadar manfaat pencerahan vitamin C: Asid salisilik membantu dengan kejernihan kulit dan asid hyaluronik memastikan peningkatan penghidratan.
Walaupun aroma kopi menggoda ketika anda bangun tidur, pilih minuman yang sebiji klorofil setiap pagi untuk mencerahkan, mengoksigenkan dan menghidrat kulit anda. Minum klorofil juga membantu menghilangkan bengkak dengan merangsang sistem limfa, jadi juga baik untuk selulit.
Jus hijau dengan banyak sayuran di dalamnya juga akan mengubah kulit anda dalam beberapa hari dan membantu mengoksigenkan kulit dan merangsang saliran limfa, jadi juga menghilangkan bau.
Kulit anda mempunyai penghalang semula jadi untuk mengekalkan kelembapan dan yang penting adalah asid lemak omega-3. Biji rami pada salad anda akan menjadi penambah cepat bagi omega-3 anda, juga meningkatkan kemampuan kulit untuk menahan kelembapan. Pastikan untuk makan diet rendah makanan dengan indeks glisemik tinggi (karbohidrat sederhana dan kompleks).
Untuk melawan jangkitan dan pori-pori yang tersumbat, pakar mengesyorkan mencuci concealer dan berus asas seminggu sekali. Untuk berus yang anda gunakan di sekitar mata, disarankan dua kali sebulan dan untuk berus lain, sebulan sekali adalah terbaik.
Ramai individu merasa mereka hanya perlu melindungi diri mereka pada hari-hari cerah atau ketika mengunjungi pantai. Tetapi yang sebenarnya adalah anda perlu melindungi kulit walaupun memandu kereta, di dalam kapal terbang atau menjalankan tugas di dalam pejabat. Ini adalah pendedahan UV setiap hari yang menyumbang kepada tanda-tanda penuaan yang dapat dilihat. Pelindung matahari jenis apa yang terbaik? Pilih pelindung matahari spektrum luas dengan SPF 30 atau lebih besar -dan ingat bahawa ia perlu digunakan semula setiap 2 jam.
PRODUK CADANGAN:
Supergoop Mineral Sheerscreen SPF 30
Formula yang sangat tipis dan hampir tidak kelihatan ini dengan mudah menyatu ke dalam kulit, meninggalkan kemasan semula jadi yang halus yang boleh berfungsi sebagai primer di bawah solekan. Diformulasikan dengan zink oksida bukan nano, losen mineral ini digunakan dengan konsistensi seperti pelindung ringan untuk perlindungan dari sinar UV. Tekstur lekapan unik serta merta menyatu dengan kemasan yang halus pada aplikasi. Rumusan itu dilengkapi Teknologi SheerMatrix inovatif yang menangguhkan aktif pelindung matahari dalam matriks sehingga selesai sepenuhnya, tidak seperti formula mineral lain, tanpa menjejaskan keberkesanannya.
Alat solek SPF, cermin mata hitam dan topi berbulu lebar. Mencegah kerosakan sinar matahari adalah sejuta kali lebih baik untuk kulit anda daripada merawatnya selepas.
Produk fesyen dan bahan-bahan mewah senang dicuba dan kadang-kadang ia berfungsi dengan baik. Cari pembersih dan pelembap yang anda tahu berfungsi untuk anda dan jadikan ia sebagai teras rutin anda.
Ia bukan sekadar mendapat lapan jam malam. Kulit juga akan mendapat manfaat daripada menggunakan sarung bantal sutera yang bersih. Bahannya meluncur dengan mudah dan mencegah kerutan dan kedutan. Sutera juga lebih mesra pada rambut ia membantu mengelakkan kekusutan dan kerosakan.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Kemurungan akibat tekanan perasaan, merupakan tanda-tanda yang menunjukkan seseorang individu itu mempunyai masalah kesihatan mental pada peringkat awal. Malah, hari ini ramai hijabi diluar sana yang menghidap depresi, anxiety kerana dihimpit pelbagai tekanan dalam kehidupan.
Sehubungan itu, Hijabista berkesempatan bertanyakan pandangan bidadari kepada Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Nur Shahida Mohd Rashid tentang bertapa pentingnya kesihatan mental ini kepada wanita khususnya Hijabi di luar sana.
Ketika ditanya, adakah penting bagi wanita mengekalkan keterampilan sentiasa cantik meskipun sebenarnya dia sedang dying inside kerana terbeban dek tekanan hidup, ini penjelasan Datin Shahida.
“Bagi saya sebenarnya kesihatan mental lah lebih penting, kalau cantik pun tapi mental tak betul tak berguna juga kan? Sebab serius zaman-zaman sekarang ni banyak orang yang mengalami masalah mental.
“Bukan sebab diorang gila, tapi kerana tekanan mungkin kadang-kadang mereka, khususnya wanita depress sebab kita penat kerja, jaga anak lagi, nak masak lagi, jaga rumah tangga lagi,” ujarnya.
Tambahnya lagi, wanita sering dibebani dengan pelbagai tugasan harian. Itu belum masuk menguruskan kerjaya dan sebagainya. Lebih buruk lagi, apabila seorang wanita mula dihimpit tekanan tiada support system yang membantu meredakan tekanan ini.
“Kadang-kadang mungkin suami tak sedar kita (isteri) kemurungan. Kadang-kadang kita pun tak sedar yang kita sebenarnya ada masalah mental seperti kemurungan, depresi, suka bersendirian melayan rasa sedih,” katanya lagi.
Oleh itu, adalah penting bagi wanita dan juga hijabi diluar sana, sekiranya ada mula merasa tekanan atau depresi. Jangan simpan atau pendam seorang diri
“Jadi sebenarnya kepada orang-orang terdekat seperti ahli keluarga, suami kalau nampak isteri-isteri tu kemurungan ataupun nampak dia macam tiba-tiba sedih.
“Ataupun kita sendiri yang rasa macam tu. Kena ambil tindakan sewajarnya. Mungkin boleh bawa pergi bercuti ke. Kena mendengar masalah dia ke dan sebenarnya kesihatan mental penting.
“Sebab pada saya, bila mental sihat automatik kita punya badan pun sihat, muka pun cantik, macam tu lah. Kiranya, kecantikan itu akan datang from within. Sihat mental, maka terserlahlah kecantikan seoramg wanita itu,” jelasnya.
Betul kata Datin tu, kalau kita depresi jangan bertangguh lagi, segera cari tempat atau orang yang dipercayai untuk luahkan perasaan. Biar rasa lega dan tenang je nak jalani kehidupan ni. Baru lah Hijabi dapat kekalkan kecantikan luar dan dalam sebagai seorang wanita!
Makeup hijabi tahan lama tanpa breakout boleh dicapai dengan rutin penjagaan kulit yang betul. Ketahui 10 tip penting untuk memastikan kulit kekal sihat, segar dan bebas jerawat walaupun bersolek sepanjang hari.