Tarikh 1.10.2019 menjadi tarikh yang sangat bermakna buat pelakon terkenal iaitu Elfira,25, yang mesra disapa El dan suaminya, Faris Khairol Anuar apabila El telah selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka.
Ramai rakan artis yang mengucapkan tahniah buat pasangan ini. Ruang komen di laman instagram El juga dibanjiri lebih 12 ribu komen daripada pengikutnya yang memberikan ucapan tahniah buatnya.
Meskipun El belum mengumumkan jantina anaknya itu, namun ramai yang mengandaikan ia seorang bayi lelaki.
Ibu mana yang tidak bangga bila melihat anaknya berjaya di puncak menara gading. Itulah yang dirasai oleh pelakon dan juga penghibur ternama iaitu Didie Alias apabila melihat anak keempatnya, Dayini Ahza berjaya menggenggam segulung ijazah.
Kejayaan Dayini mendapat Diploma Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL) di Kolej Universiti Poly-Tech MARA Kuala Lumpur (KUPTM) membuatkan ibunya itu berasa gembira dan membuatkannya lebih bersemangat lagi untuk terus bekerja.
Didie meluahkan rasa terharu di laman Instagramnya apabila menghadiri hari graduasi anak gadisnya itu.
Muka ibu yang sangat bahagia bile anak menghadiahkan segulung ijazah. Alhamdulillah terima kasih Allah, walaupun badan nie kadang tak mampu lg nak mengayuh utk mencari rezeki, kerana dorang jgklah semangat mummy tak pernah luntur mencari rezeki untuk mereka mencapai cita2 hingga ke menara gading. Tahniah @yodaney_ mengikut jejak kakak @niyardzn dan abg #dhanjohn we are so proud of u.
Ramai yang mempunyai masalah untuk mandi pagi menggunakan air sejuk dengan alasan tidak tahan sejuk. Sudahnya, air panas juga yang menjadi pilihan.
Mungkin anda tidak tahu bahawa mandi pagi menggunakan air sejuk sebenarnya punya banyak kelebihan tersembunyi. Malah, boleh jadi terapi untuk ubati penyakit.
1. Tingkatkan Imunisasi Badan
Mandi air sejuk dikatakan boleh menjadi penawar untuk demam dan jangkitan kuma pada badan.
2. Lancarkan Aliran Darah
Aliran darah yang baik penting untuk kesihatan jantung. Apabila mandi dengan air sejuk, arteri darah akan mengecut dan menjadikan darah mengalir dengan lebih lancar.
3. Boleh Kurus!
Ini yang paling disukai oleh wanita! Lemak perang dalam badan berguna untuk pembakaran tenaga dalam badan. Apabila badan terdedah dengan sejuk, lemak perang akan terbentuk. Sel-sel lemak ini akan membakar glukosa dalam badan untuk penghasilan haba badan.
4. Kawal Suhu Badan
Mandi air sejuk dapat mengawal haba dalam badan dan mengaktifkan sistem pemulihan badan. Jika anda mempunyai penyakit kaki atau tangan yang mudah berpeluh, cuba mandi air sejuk.
5. Kurangkan Tekanan Perasaan
Satu kajian mendapati air sejuk boleh merangsang titik biru pada otak yang menjadi sumber utama noradrenaline untuk badan. Noradlinaline membantu mencegah tekanan perasaan.
6. Kuatkan Pernafasan
Setiap kali anda mahu mandi air sejuk, anda pasti akan menarik nafas dalam-dalam terlebih dahulu. Ia merupakan tindak balas badan supaya cuku oksigen untuk memanaskan badan dan mengurangkan renjatan kejutan akibat terkejut. Ia akan membantu menguatkan paru-paru.
7. Rambut & Kulit Jadi Lebih Sihat
Air sejuk akan membuatkan rambut tampak lebih berkilat dan kulit juga akan menjadi lebih siha. Pori-pori dan kutikel kulit akan mengecil lalu mengurangkan potensi tersumbat dengan kotoran dan mendatangkan jerawat.
8. Semakin Bertenaga
Mandi air sejuk akan menyebabkan anda lebih bertenaga kerana jantung akan mengepam darah dengan lebih aktif seterusnya darah akan mengalir lancar ke seluruh badan.
Sejak akhir-akhir ini, ramai artis wanita yang memilih untuk mengenakan hijab. Peminat juga semestinya memberikan sokongan yang padu dan mendoakan yang terbaik untuk artis kesayangan mereka.
Penampilan pelakon terkenal iaitu Amyra Rosli juga kini menjadi perhatian ramai memandangkan dia baru sahaja pulang dari mengerjakan umrah bersama suaminya, Amar Bahrin dan anak lelaki mereka iaitu Aqeef Anaqi.
Ramai yang merasakan Amyra kini memilih untuk berhijab dan penampilan di rancangan Meletop bagi mempromosikan drama lakonan terbarunya iaitu Cemburu Seorang Perempuan menguatkan lagi andaian itu apabila dia tampil bertudung seiring dengan wataknya dalam drama tersebut.
“Saya tak nak umum secara rasmi saya sudah bertudung. Biarlah ia daripada saya sendiri. Kalau orang tengok dan merasakan ia adalah untuk karakter Dhiya, okay biarkan.
Namun nanti sudah masuk sebulan dan saya masih bertudung, orang ramai boleh fikir sendiri. Buat masa sekarang saya memilih untuk tidak kecoh soal ini. Apa yang saya rasa dan dapat semasa berada di tanah suci biar saya teruskan.”
“Saya berasa sangat selesa ketika bertudung. Untuk penggambaran drama ini sendiri memerlukan saya mengenakannya dan selepas itu saya terus mengerjakan ibadah umrah.”
Cantik betul apabila melihat penampilan Amyra yang bertudung ini. InsyaAllah kita sama-sama doakan yang terbaik buat si jelita Amyra ini. Amin.
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.