Sempena bulan suci Ramadan Al-Mubarak, satu inistiatif kempen derma amal telah dijalankan oleh perintis eDagang Asia Tenggara, Lazada. Inisiatif ini juga hasil kerjasama bersama rakan NGO, Islamic Relief Malaysia dan MyFundAction.

Siapa sangka setiap pembelian yang dilakukan oleh pelanggan Lazada! Sambil membeli ada juga yang menerima keperluan yang boleh membantu mereka yang memerlukan.

Artikel berkaitan: Hanya Berbaki 10 Hari Jadi ‘Tetamu Allah’, Warga Emas Ini Nekad Dermakan Semua Duit! Bantu Mangsa Gempa Bumi Turkiye

Membeli Untuk Memberi Kepada Yang Perlu

Kempen amal tersebut akan berlangsung sepanjang bulan Ramadan, bermula 20 Mac sehingga 21 April 2023, yang mana Lazada akan mendermakan kepada tabung dana amal Islamic Relief Malaysia dan MyFundAction menerusi setiap **pesanan lengkap di platform Lazada (**pesanan lengkap bernilai RM10 dan ke atas).

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MyFundAction (@myfundaction)

 Dana amal tersebut akan membolehkan rakan NGO untuk menyediakan dan mengagihkan set ‘Pakej Raya’ yang mengandungi beras, gula, makanan dalam tin, produk kebersihan dan beberapa keperluan asas yang lain kepada lebih 3,000 penerima sumbangan di seluruh Malaysia, termasuklah komuniti yang memerlukan di PPR, rumah jagaan prihatin dan rumah anak yatim.

“Lazada yakin bahawa teknologi mempunyai kekuatan untuk menambah nilai dan mencipta impak positif bagi membantu komuniti setempat. Ramadan dan Aidilfitri merupakan bulan yang mulia, maka amalan baik seperti menderma, saling bantu-membantu dan refleksi diri amatlah digalakkan,

IKLAN

“Justeru itu, ‘Membeli Untuk Memberi’ berhasrat untuk memberikan inspirasi ke arah amalan seperti bersedekah, bermurah hati dan beramal baik menerusi cara dan langkah semudah membeli-belah di platform kami,

“Lantaran rakyat Malaysia sedang sibuk membuat persiapan Raya, Lazada ingin memudahkan para pelanggan dengan menawarkan pelbagai promosi untuk produk seperti Baju Raya, barangan runcit, gadget digital, barangan elektrik dan elektronik, produk kelengkapan rumah untuk menghias kediaman menjelang sambutan Hari Raya, serta keperluan balik kampung,

“Ianya diharapkan dapat memudahkan proses membeli-belah dalam talian dan membolehkan para pelanggan untuk berjimat menerusi pembelian pada harga yang berbaloi, di samping menyumbang kepada inisiatif amal ‘Membeli Untuk Memberi’.” kata Alan Chan, Ketua Pegawai Eksekutif, Lazada Malaysia.

IKLAN

Artikel berkaitan: Derma Darah Sejak Tahun 1988 Lagi, Warga Emas Ini Diraikan Atas Jasanya

Lebih Ramai Dapat Merasai Kegembiraan Bersama

Semasa majlis penyampaian sumbangan ‘Memberi Untuk Memberi’ pada 30 Mac 2023, Lazada menyampaikan set ‘Pakej Raya’ kepada 60 penerima sumbangan yang telah bersama-sama berbuka puasa dengan rakan NGO dan media.

 Di samping itu, van dan lori Lazada Logistik juga telah dimobilisasikan ke seluruh negara untuk menghantar bantuan ‘Pakej Raya’ kepada penerima sumbangan di Kuantan, Kajang, Nilai dan Puchong pada bulan Mac.

IKLAN

Manakala pada bulan April, sumbangan akan disampaikan kepada komuniti yang memerlukan di Tanah Merah, Batu Pahat, Segamat, Kuala Nerang, Melaka, Teluk Panglima Garang, Klang, Beranang, Lembah Subang, Shah Alam, Gombak, Setapak, Pandan Perdana, Titiwangsa, Kota Kinabalu, Keningau, Kundasang, Semporna dan beberapa lagi daerah di seluruh Malaysia.

Menerusi kempen ‘Membeli Untuk Memberi’, Lazada berhasrat untuk membantu seramai mungkin keluarga dan komuniti yang memerlukan dan ianya pasti mampu direalisasikan dengan sokongan dan penglibatan para pelanggan yang bermurah hati menyumbang ke arah insiatif impak sosial dan derma amal tersebut.

+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI