Bagi wanita yang telah meningkat usia, kedut bawah mata adalah salah satu tanda penuaan yang sering cuba untuk dielakkan. Terdapat macam-macam digunakan untuk hilangkan kedut bawah mata dan memastikan bahagian berkenaan menjadi lebih tegang. Terdapat beberapa cara mudah yang boleh kita amalkan di rumah untuk hilangkan kedut bawah mata tanpa mengeluarkan belanja besar.

9 Cara MUDAH Hilangkan Kedut Bawah MATA Tanpa Risau & Bajet Besar. No 8 Hanya Guna PETUA Lama!

Amalan #1 : Jauhi Sinaran Matahari

Caranya : Pelbagai kajian telah mencatatkan kesan matahari terhadap kedutan di wajah. Sinaran matahari adalah penyebab nombor satu yang menyumbang kepada kekedutan. Dalam satu kajian oleh di New York yang dilakukan terhadap kembar seiras, salah satu kembar yang dapat tidak terlalu terdedah kepada matahari nampak lebih muda dan kurang kedutan serta lebih muda berbanding kakak kembarnya yang gemar terdedah kepada matahari!

Amalan #2 : Pakai Sunscreen!

Caranya : Sekiranya anda harus keluar rumah atau bekerja di bawah cuaca panas, digalakkan untuk pakai sunscreen yang sesuai bagi mengurangkan kesan sinaran matahari kepada kulit.

9 Cara MUDAH Hilangkan Kedut Bawah MATA Tanpa Risau & Bajet Besar. No 8 Hanya Guna PETUA Lama!
Elakkan berjemur di bawah matahari.

Amalan #3 : Amalkan “Grape Seed Oil”

Caranya : Minyak grape seed mempunyai kualiti untuk melembabkan kulit, terutamanya untuk kulit di sekeliling mata dan juga untuk mengatasi masalah parut. Minyak grape seed sangat kaya dengan antioksidan (proanthocyanidins), yang membantu untuk melambatkan proses penuaan, salah satunya yang disebabkan oleh kedutan di sekeliling mata.

Ads
9 Cara MUDAH Hilangkan Kedut Bawah MATA Tanpa Risau & Bajet Besar. No 8 Hanya Guna PETUA Lama!
Juga boleh atasi masalah parut.

Amalan #4 : Tidur yang Mencukupi

Caranya : Menurut pakar kulit dari Yale, Dr Perricone, hormon kortisol yang memusnahkan sel kulit akan lebih banyak dihasilkan oleh badan sekiranya badan tidak dapat tidur yang mencukupi. Sel kulit yang musnah akan lebih mudah berkedut, katanya, jadi tidurlah secukupnya. Tidur yang cukup juga akan mengelakkan badan dari sentiasa lesu.

9 Cara MUDAH Hilangkan Kedut Bawah MATA Tanpa Risau & Bajet Besar. No 8 Hanya Guna PETUA Lama!
Tidur kena cukup.

Amalan #5 : Makan Lebih Soya

Caranya : Menurut WebMd, amalan pemakanan yang kaya dengan soya boleh membantu mengurangkan kesan matahari kepada kedutan wajah. Dalam satu kajian terbaru terhadap manusia yang diterbitkan dalam European Journal of Nutrition, pengambilan soya selama sekurang-kurangnya 6 bulan membantu memperbaiki tekstur kulit dan kedutan.

Ads
9 Cara MUDAH Hilangkan Kedut Bawah MATA Tanpa Risau & Bajet Besar. No 8 Hanya Guna PETUA Lama!
Ambil lebih banyak soya.

Amalan #6 : Berhenti Merokok!

Caranya : Sekiranya anda seorang perokok, kajian menunjukkan kandungan nikotin dalam rokok mengurangkan ke-elastik-an kulit, menyebabkan kedut lebih mudah untuk timbul dan lebih “visible!”.

9 Cara MUDAH Hilangkan Kedut Bawah MATA Tanpa Risau & Bajet Besar. No 8 Hanya Guna PETUA Lama!
Elakkan merokok.

Amalan #7 : Pastikan Kawasan Bawah Mata Sentiasa Lembap

Caranya : Sama ada gunakan moisturizer dengan teknik sapuan yang betul, atau sekali sekala gunakan terapi timun. Timun akan memberikan efek penyejukan kepada mata dan menyebabkan kedutan akan kurang kelihatan, dan mata akan nampak segar tanpa sembab.

Ads
9 Cara MUDAH Hilangkan Kedut Bawah MATA Tanpa Risau & Bajet Besar. No 8 Hanya Guna PETUA Lama!
Pastikan bawah mata sentiasa lembap.

Amalan #8 : Putih telur sebagai masker

Caranya : Ada juga amalan yang mengatakan bahawa sapuan sedikit putih telur sebagai masker di kawasan bawah mata boleh membantu menghilangkan kedutan.

Caranya : Selepas memecahkan telur, perasan kan masih ada buih-buih putih yang melekat di dalam kulit telur tu? Jangan buang! Calit dan sapu di kawasan sekitar mata yang berkedut dan bilas secepat mungkin sebaik sahaja putih telur kering. Putih telur mempunyai efek menegangkan kulit, jadi jangan biarkan mereka kering di bawah mata terlalu lama kerana kulit yang lembut di bawah mata boleh di”tarik” berlebihan dan menyebabkan eye-bag pulak nanti.

9 Cara MUDAH Hilangkan Kedut Bawah MATA Tanpa Risau & Bajet Besar. No 8 Hanya Guna PETUA Lama!
Putih telur boleh tegangkan kulit.

Amalan #9 : Jangan terlalu lama menghadap skrin gajet

Caranya :Komputer, telefon bimbit, iPad, TV? Kajian menunjukkan masa yang terlalu lama di depan gajet-gajet ni akan meletihkan mata dan menyebabkan kedutan lebih mudah hadir. Jika perlu, ambil masa rehat selepas 30 – 60 minit menghadap gajet dengan memandang kehijauan atau memejamkan mata seketika.

via GIPHY

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI