Walaupun pelbagai trend fesyen atau dunia kecantikan yang sedang hit sekarang, tetapi hakikatnya lelaki lebih senang melihat gaya pasangan mereka yang paling ringkas. Gaya ringkas bagaimana agaknya yang boleh menambat hati kaum lelaki. Adakah hanya berkain sarung sahaja ataupun polos tanpa solekan tebal. Gaya yang ringkas dan sederhana juga mampu membuatkan hati lelaki cair melihatnya.

Sebenarnya pakaian Muslimah itu adalah pakaian yang simple dan tidak terlalu berlebihan dan banyak perhiasan.

Apa yang penting mesti sesuai dengan ketentuan syariat Allah SWT. Inilah dia tujuh gaya sempurn seorang wanita yang boleh membuatkan hati lelaki atau suami cair.

1. Berpakaian Longgar & Labuh

Lelaki lebih suka melihat wanita yang berpakaian longgarrr   dan labuh.  Dan tidak menampakkan bentuk tubuh. Boleh memilih menyarung jubah atau dres yang kini diubah suai lebih menarik. Klik sini untuk lihat baju dan tudung menarik daripada UMMA 

Kredit: Pinterest

2. Tidak Berlebihan Berdandan

Berlebihan dalam berdandan merupakan suatu perkara yang juga dibenci. Tidak disenangi oleh pria bahkan Allah SWT pun tidak menyukai orang-orang yang berlebihan. Gaya mekap yang ringkas sudah memadai. Cukuplah sekadar sapuan bedak dan calitan gincu rona natural. Awas, jangan pakai gincu bibur rona merah bimbang menjadi mangsa kecaman suami.

IKLAN

3. Hijab Ringkas

Rasanya lebih menarik jika menyarung hijab dengan ikatan ringkas sahaja. Tidak perlu dililit keterlaluan kerana cukup mernyesakkan pandangan mata. Kata orang ‘less is more’.

Kredit: Pinterest

4. Sesekali Cuba Gaya ‘Old School’

Siapa kata gaya ini seperti ketinggalan zaman. Rasanya lebih anggun terampil anggun berbaju kurung polos atau corak bunga-bunga kecil. Sangat cantik digayakan dengan tudung bawal.

IKLAN

5. Pakai Stoking

Ini juga salah satu cara menutup aurat. Eloklah mengenakan stoking jika memakai kasut tidak tertutup. Kelebihannya jika anda mengenakan jubah dan stoking, senang untuk dibuat solat tanpa mengenakan telekung.

6. Tidak Ketat

Gaya berpakaian Muslimah lain yang disukai oleh lelaki juga adalah pakaian yang tidak ketat. Tidak menimbulkan lekuk tubuh. Tidak menampakkan bagian tubuh. Cara berpakaian yang ketat, juga dilarang oleh Nabi SAW. Ini kerana gaya berpakaian yang ketat, seperti orang yang berpakaian tetapi masih telanjang.

IKLAN
Kredit: Pinterest

7. Menjadi Diri Sendiri

Jangan disebabkan mahu mengikut gaya selebriti kegemaran membuatkan penampilan anda kurang disukai oleh lelaki. Jadilah diri sendiri dan gaya sebegini lebih digemari lelaki. Wanita yang dapat tampil percaya diri dengan kondisinya tentu akan sangat menarik perhatian, kan? Mereka yang mencintai dirinya sendiri akan lebih mudah dicintai oleh orang lain juga.

Perlu ambil tahu, antara trend atau stail seperti berkuku panjang, dandan berlebihan misalnya solekan mata berlebihan, berkuku panjang atau menggayakan lilitan tudung keterlaluan, tidak begitu digemari oleh kaum lelaki.

Kredit: Pinterest

Lelaki sejati meman gemar melihat pasangan mereka sederhana dalam berpenampilan. Bicara yang lembut dan senyuman manis juga bias mencairkan hati lelaki.

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI