Setiap individu tentunya mahu makan apa sahaja makanan dalam kuantiti yang banyak tanpa perlu bimbang berat badan naik. Kebanyakan wanita tidak mahu makan banyak kerana takut gemuk. Tetapi, tahukah anda bahawa sebenarnya ada sahaja makanan berkhasiat dan sedap yang boleh elakkan berat anda daripada meningkat naik.
Hijabista kongsikan 7 makanan buat anda yang selalu lapar. Lepas ni, tak perlu risau lagi tentang berat badan. Malah, anda kini boleh miliki bentuk badan idaman anda.
1. Avokado
Avokado bukan sahaja mempunyai sumber asid lemak yang sangat baik, malah asid oleik yang terdapat di dalamnya boleh membuatkan anda rasa kenyang dan tidak makan banyak.
2. Ikan Merah
Tidak dapat dinafikan bahawa ikan merah sangat baik untuk kesihatan. Terdapat banyak kandungan protein dan asid lemak omega-3 dalam ikan merah. Gabungan nutrien ini akan membuatkan anda kenyang lebih lama. Bukan itu sahaja, ia juga boleh membantu anda mengurangkan risiko obesiti, diabetes dan penyakit jantung.
IKLAN
3. Chia Seed
Chia seed boleh menyerap air 11 hingga 12 kali. Selain itu, chia seed juga dapat membantu anda isi perut dan memberi rasa kenyang serta mengurangkan selera makan.
4. Kopi
IKLAN
Kafein yang ada di dalam kopi dapat membantu membakar kalori dan lemak, dalam masa yang sama ia juga dapat mengawal selera anda. Jika anda minum kopi 30 minit hingga 4 jam sebelum makan, ia boleh mempengaruhi selera anda. Untuk menurunkan berat badan, anda disarankan untuk minum 2 cawan kopi setiap hari.
5. Telur
Telur memang murah dan mengandungi sumber protein yang memberi rasa kenyang yang berpanjangan. Kajian menunjukkan bahawa individu yang makan telur ketika sarapan pagi, mereka akhirnya akan turun berat badan dan hanya ambil sedikit kalori.
IKLAN
6. Bayam
Bayam mengandungi thylacoids yang mampu meningkatkan tahap hormon leptin. Hormon ini akan mengawal rasa lapar dan pertukaran tenaga. Keadaan ini merupakan cara thylacoids mengawal selera makan yang boleh menyebabkan penurunan berat badan. 100 gram bayam setiap hari sudah cukup untuk memiliki berat idaman anda.
7. Oatmeal
Oatmeal biasa (bukan oat segera) memiliki kandungan fiber yang tinggi dimana ia mampu buat anda kenyang lebih lama. Satu kajian menyatakan bahawa individu yang makan oat semasa sarapan akan buat mereka rasa kurang lapar dan makan 31% kurang kalori pada makan tengahari berbanding individu yang tidak ambil oat semasa sarapan pagi.
Sama ada anda lakukan berseorangan, berkumpulan ataupun bersama yang tersayang, memang tidak dinafikan bahawa ramai yang suka akan aktiviti ‘hiking’ kerana ia banyak memberi manfaat pada tubuh badan dan juga minda.
Aktiviti ‘hiking’ merupakan salah satu aktiviti kembara berjalan kaki dengan mendaki bukit hingga ke puncak. Lokasi terkenal seperti Bukit Broga, Bukit Putih dan juga Gunung Kinabalu menjadi salah satu tempat wajib bagi mereka yang sukakan aktiviti ini.
Aktiviti seumpama ini mampu menguatkan serta meningkatkan tahap kecergasan anggota fizikal serta menjimatkan perbelanjaan kerana tidak memerlukan peralatan atau kelengkapan khas. Jarak perjalanan kembara ‘hiking’ yang dilakukan adalah bergantung kepada kemampuan seseorang, khususnya fizikal badan serta kekuatan tenaga dan perbafasan.
Pelbagai kebaikan ataupun manfaat yang dapat kita perolehi dari aktivi ini. Antaranya adalah:
Apabila mendaki bukit, jantung anda akan bekerja dengan lebih kuat untuk menyalurkan darah ke badan anda. Anda akan lebih cepat berpeluh dan dapat membakar lebih banyak kalori. Bebanan badan yang di angkat dan berjalan kaki dengan melalui laluan yang tidak rata (iaitu bukit) semestinya menghasilkan peluh yang banyak dan seterusnya membawa kepada pembakaran kalori dalam badan Kalau selalu mendaki bukit, jantung anda pasti akan sihat.
Membentuk tubuh badan yang menarik
Selain berlari, mendaki bukit juga dapat membakar kalori yang banyak. Menaiki bukit dapat menguatkan otot-otot kaki dan otot gluteus anda. Pendakian semestinya memerlukan tenaga yang banyak, khususnya kaki kerana ia berfungsi untuk mengangkat serta keseimbangan badan semasa bergerak. Ini dapat menganjalkan bahagian pinggul, peha dan kaki anda. Mereka yang selalu mendaki bukit mempunya kaki yang kuat dan pinggul yang anjal.
Ya! Memang benar mendaki gunung penuh dengan risiko bahaya seperti kekejangan, tanah runtuh, tergelincir dan sebagainya. Tetapi jika anda mendaki, Ia akan menguji kekuatan fizikal dan mental anda. Anda akan lebih kuat untuk menghadapi segala cabaran di masa akan datang. Cabaran ketika mendaki bukit dapat menguji cara pengendalian masalah anda. Stamina badan akan lebih sihat dan cergas sekiranya kerap atau sekurang – kurangnya seminggu sekali melakukan aktiviti hiking. Badan akan terasa ringan dan lincah untuk bergerak khususnya semasa melakukan kerja harian.
Menurut kajian, sembilan puluh minit melakukan aktiviti panjat bukit ataupun gunung dan berada di sisi alam semulajadi boleh mengurangkan rasa depresi pada otak.
Mengurangkan stres
Berjalan jauh, menolong rakan-rakan dan mendaki bukit boleh menjadi punca positif pada kepada minda dan hati yang stres akibat pelbagai masalah.
Wanita dan solekan sememangnya sahabat karib yang tak boleh dipisahkan. Malah, sesi menatarias wajah tidak akan sempurna jikan tidak mengoleskan pemerah bibir atau gincu yang mampu menaikkan lagi seri solekan sekiranya hijabi bijak menyesuaikan warnanya!
Tetapi lambakan rona warna gincu di pasaran sering membuatkan perempuan menjadi runsing, kerana tak tahu warna yang bagaimana sesuai digayakan dengan pelbagai jenis solekan dan menaikkan seri wajah.
Senang Je Sis, Jom Semak Cara Pilih Gincu Ikut Tona Kulit, Confirm Naik Seri!
Sebagai panduan anda, di sini Hijabista senaraikan beberapa tip yang boleh diaplikasikan ketika memilih warna gincu, mengikut kesesuaian warna kulit, sekaligus menaikkan seri wajah anda!
Tahukah anda, bahawa warna dan tona kulit seseorang sebenarnya memainkan peranan yang amat penting dalam menatarias wajah dan solekan. Ramai yang sering mengabaikan ‘fakta’ ini dan gagal memilih warna gincu yang tepat untuk disuaipadan dengan tona kulit.
Justeru, langkah pertama yang sis perlu lakukan untuk mendapat lipstik yang bersesuaian adalah, kenal pasti terlebih dahulu, warna dasar kulit anda!
Warna dasar kulit wanita di Asia khususnya boleh dibahagikan kepada tiga kategori tona warna iaitu tona sejuk (Cool Tone), Tona panas (Warm Tone) dan Neutral.
Tona-tona ini dapat diklasifikasikan dan ditentukan dengan mudah, caranya anda hanya perlu melihat pembuluh darah yang ada pada tangan masing-masing je.
Tona Kulit Sejuk
Bagi mereka yang mempunyai tona kulit sejuk, biasanya mempunyai pembuluh darah yang jelas kelihatan berwarna biru. Mereka dengan pembuluh darah berwarna ini, umumnya mmepunyai kulis yang putih dan cerah serta adakalanya berkulit pucat kerana terlalu cerah.
Oleh itu, jika anda mempunya tona kulit yang sebegini dan mendambakan ‘natural look’ dalam solekan anda, penggunaan warna gincu yang semula jadi seperti warna merah jambu, merah jambu-pastel atau merah jambu-belacan merupakan pilihan yang paling tepat!
Namun, sekiranya anda inginkan ‘extra look’ yang lebih seksi bak mira Filzah, bolehlah memilih gincu berwarna merah darah ataupun merah kecoklatan dan juga merah hati kerana ia mampu memberi impak classy kepada solekan anda!
Tona Kulit Neutral
Kulit bertona neutral adalah warna dasar kulit kebanyakkan wanita Asia. Pemilik warna dasar kulit ini, mempunyai pembuluh darah yang samar-samar tidak terlalu biru mahupun hijau.
Warna tona kulit neutral bermula dari warna kulit yang terlihat yang boelh dikategorikan sebagai ‘kuning langsat’ hinggalah kepada tina warna lebih gelap yang dikategorikan sebagai ‘sawo matang’.
Bagi si kuning langsat, rona gincu dalam tona merah jambu tua dan merah jambu-pic adalah pilihan warna yang mampu menaikkan seri wajah anda jika mahu tampil minimalis dalam solekan natural seperti Yuna ini.
Tetapi jika anda juga boleh mengoles bibir dengan warna yang lembut, seperti soft-peach hingga pic gelap untuk mendapatkan soft looks dalam penampilan ringkas seharian.
Malah, jika inginkan kelainan dan berani tampil ‘bold’, Hijabi disarankan untuk memilih warna merah menyala atau oren terang pula, kerana rona warna ini mampu menyerlahkan lagi sisi memukau dan berani si pemakai!
Jika sis memiliki kulit sawo matang pula, adalah amat digalakkan memilih gincu berwarna merah tetapi ke arah yang lebih gelap contohnya seperti, warna merah beri dan warna coklat koko kemerahan. Pastikan anda menjauhi warna-warna yanh terlalu terang seperti oren ataupun merah jambu.
Ini demikian kerana, warna-warna yang terlampau terang akan membuatkan anda kelihatan lebih gelap dan solekan kelihata kelam membosankan dan tidak bermaya.
Tona Kulit Panas
Bagi pemilik warna dasar kulit panas pula, mereka mempunyai pembuluh darah yang tidak terlalu kelihatan samada berwarna biru ataupun hijau.
Tona warna kulit jenis ini, dapat dikategorikan dalam beberapa tona warna gelap seperti tan, coklat gelap dan hitam. Malah, jika anda pandai menatarias wajah dengan solekan yang tetap warna kulit ini tetap tidak menghalang anda untuk menyerlah dan kelihatan cantik persis finalis Dewi Remaja yang sorang ini, Eiman.
Anda disarankan untuk menggunakan gincu berwarna merah jambu-pastel yang gelap, warna ini bakal menyerlahkan lagi sisi semulajadi dalam penampilan anda. Anda akan terlihat ‘Efforless Natural Beauty’. Jika ingin serlahkan keanggunan dan keayuwan wajah anda pula, gunakan warna coklat muda atau pic gelap amatlah disarankan!
Bagi yang mempunyai warna kulit yang lebih coklat tua hingga hitam pula, jangan risau sis! Masih ada pewarna bibir yang sesuai untuk anda lengkapkan solekan pada wajah tu.
Pilihlah warna ungu muda atau ungu tua kerana ia merupakan pilihan terbaik bagi penampilan natural look anda. Pemilihan warna ungu kemerahan dan merah bata terang pula, boleh membantu membuatkan sisi seksi anda lebih menyerlah dan ketara tau.
Dah tau cara nak pilih gincu mengikut tona kulit kan? Jangan lupa aplikasikan setiap kali membeli lipstik nanti tau!
Kita makan macan-macam makanan setiap hari. Selalunya kita banyak makan makanan yang tidak seimbang dan ini tentunya akan memberikan risiko peningkatan berat badan selain pelbagai jenis penyakit. Supaya badan tak lesu, perut tak buncit dan tiada lagi lemak sana-sini, buatlah detoks!
Oleh itu, kita disarankan untuk detoks. Tujuannya ialah untuk menghilangkan toksin daripada tubuh. Tahukah anda bahawa lemak terbentuk adalah salah satu contoh toksin dalam badan.
Jika kita tidak melakukan detoks, ia akan serang perut dahulu. Memboroi. Diikuti dengan bahagian belakang. Hunchback. Selepas itu bahagian lengan dengan dagu.
Maka, bergelimpanganlah kawah berbentuk busut pada muka. Ada sesetengah pada belakang badan. Atau pada bahagian kulit kepala. Bintil merah. Bila kupas jerawat rupanya. Menunggu masa meletup. Kemudian tinggalkan parut. Kulit tidak anjal. Kendur dan kering. Masalah bertapak dalam usus. Toksin berlegar-legar.
Tak perlu suplemen
Perut kerap rasa tak selesa. Kembung. Sekali ‘melepas’. Paling padu yang tak berbunyi. Itu bahaya. Memang ‘aniaya’ orang sekeliling. Melepas pula bukan sekali dua.
Dalaman tak sihat akan refleksi luaran tak sihat. Toksin adalah bom jangka dalam tubuh. Jadi kita perlu buang toksin. Tak perlu suplemen yang overclaimed itu. Apa yang diletaknya dalam itu. Guna sahaja sumber semula jadi. ‘Founder’ Sang Pencipta. Tak perlu was-was.
Perkara berkenaan dimaklumkan Nora menerusi satu muatnaik hantaran di laman Instagram miliknya, sebagai satu hantaran penghargaan kerana Betty merupakan sahabat yang sering menganjurkan majlis-majlis ilmu.