Dalam keterujaan kita mencuba pelbagai jenis produk skincare kita mungkin terlepas pandang tentang kesesuaian produk dengan kulit wajah. Memang menjaga kecantikan kulit wajah perlu dilakukan secara konsisten namun beberapa kesalahan tentang penggunaan skincare perlu diambil perhatian. Hasilnya barulah kulit cantik dan glowing menjadi realiti.

Berikut perkongsian Fyza Shah

Ada 7 kesalahan dalam penggunaan skincare yang ramai terlepas pandang:

1- Tak buat double cleansing- punca kepada banyaknya whitehead dan blackhead lebih lagi dihidung.

2- Cuci muka nak cepat-cepat. – Tak sempat kotoran yang melekat kuat dalam pori nak keluar habis.

IKLAN

3- Skip toner – pH kulit tak seimbang dan lari, kulit mesti duduk pada pH 5.5 iaitu sedikit berasid. Cari lah yang serasi.

4- Skip essence- terus jump to serum. Essence konvensional adalah berasaskan air macam SK11 , khas untuk bekal air dalam kulit. Yang local tu macam essence Herv.

Tak pakai, kulit kering tak cukup air atau dehydrated.

IKLAN

5- Skip Serum – Kulit rosak tak diperbaharui, kulit cepat ke arah penuaan, kendur, tak flawless, jeragat jerawat sibuk nak naik.

6- Tak pakai pelembap- ramai takut pakai sebab takut muka makin berminyak. Cari ikut kesesuaian jenis kulit.

Kulit minyak cari jenis waterbased, gel based. Kulit berminyak menandakan tak cukup dan tak seimbang lembapan , kering dari dalam.

IKLAN

7- Tak exfoliate- punca kepada banyak sel mati masih lekat atas muka, buat muka kusam tak berseri. Melambatkan kesan semua skincare kita pakai.

Kak Fyza pun ambil masa nak lengkapkan satu-satu. Nak cari yang serasi dengan keadaan kulit tu tak mudah juga.

Tukar sana tukar sini, keep searching. Macam kau orang dengan pasangan la, bukan sekali jumpa terus jadi kan. Kawan yang ke berapa baru rasa ngam, serasi pastu ajak kahwin.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI