Masa adalah wang dan semestinya kita tidak tidak mahu membazir wang ringgit terhadap produk kecantikan yang belum tentu baik untuk kita. Hijabista senaraikan pilihan produk kecantikan yang bukan saja akan membantu anda menjimatkan masa dan tenaga, tetapi juga menjadikan penampilan kelihatan hebat!
#1. 5 Bintang tidak cukup untuk RATE masker muka yang magis ini!
Aztec Secret Bentonite Clay Mask hypoallergenic bertaraf 5 bintang ini dibuat untuk menarik toksin keluar dari kulit, membersihkan liang-liang di muka anda dan membantu merawat jerawat di muka. Jika anda merancang untuk invest wang kepada produk kecantikan yang agak mahal tetapi dijamin bagus, item ini sangat sesuai jadi koleksi.
#2. Penggaris Mata Yang Sharp Untuk Sharp Looks!
Sumber Foto: Hollysales
Eyeliner stamp kalis air akan membuatkan garis mata anda sempurna! Ia adalah produk yang mudah digunakan dan tahan lama. Jika anda seorang yang suka memakai penggaris mata, item solekan ini perlu ada dalam koleksi anda.
Ads
#3. Dan 99.5% kotoran dalam kulit anda hilang!
Berus pembersih muka mini ini telah menjadi sangat popular dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Anda boleh dapatkan produk ini di Sephora. Ia adalah pilihan yang sempurna untuk pengelupasan lembut dan penyembuhan sonik. Berupaya membuang sehingga 99.5% kotoran pada semua jenis kulit. Selain itu, bentuk dan saiznya yang padat menjadikannya mudah dibawa ke mana sahaja.
#4. “Satu lap sehari boleh serap banyak minyak!”
Sekiranya anda mempunyai kulit berminyak, jangan bimbang lagi. Ini adalah produk Natural Bamboo Charcoal Oil Absorbing Tissues yang boleh menyerap minyak dimuka untuk kesan kulit yang bersih dan melegakan. Anda boleh menggunakannya dengan atau tanpa solekan. Produk ini bukan sahaja untuk wanita tetapi sesuai buat kaum lelaki. Sudah tiba masa untuk anda mengawal muka yang berminyak tanpa menggunakan sebarang serbuk.
Ads
#5. Perisai perlindungan untuk solekan tanpa smudge
Satu pek perisai bayangan mata atau Shadow Sheilds adalah satu perkara yang perlu anda lakukan sebelum mula menggunakan pembayang mata. Selain itu, anda juga boleh menggunakannya untuk bibir. Tampil sempurna bebas tanpa kesan smudge.
Ads
#6. “Shine bright like a diamond”
Masa untuk anda bersinar. Jangan bimbang jika senyuman anda tidak cukup besar, kerana dengan serbuk arang pemutihan gigi semulajadi akan membantu dirimu untuk senyum dengan lebih ceria. Anda mungkin kelihatan seperti zombie apabila memakai serbuk arang ini, tetapi hasilnya akan membuat anda terpegun.
Adakah anda ada menggunakan mana-mana produk di atas ini? Apakah produk kecantikan yang anda tidak boleh hidup tanpanya? Kongsi pendapat dan cadangan anda di bahagian komen di bawah.
Tidak semestinya kita perlu mengeluarkan bajet mahal untuk membeli item baru sedangkan dengan sedikit sentuhan kreativiti akan mengubah keseluruhan barang yang sedia ada. Malah hasilnya juga sangat mengujakan buat anda si hijabi.
Hanya satu tekapan atas butang pada baju untuk mengelakkan benang daripada tertetas. Aplikasi langkah ini jika anda tidak membawa masa kit menjahit.
Pastikan but anda disimpan menegak menggunakan ‘pool noodle’. Spesifikasinya bersaiz sempurna, ringan dan lebih murah daripada rak penyimpan but.
‘Skirt’ atau busana yang disangkut sering gelincir terutamanya baju ‘t’ berleher lebar. Untuk mengatasinya, lilitkan ‘pipe cleaner’ di hujung penyangkut baju. Kini, tugas menggantung busana makin mudah, bukan?
Buat pengumpul topi mandi atau ‘shower cap’, anda boleh menyarungkannya pada tapak kasut sebelum disusun bersama busana di dalam beg ‘travelling’ atau beg ke gim. Ini untuk mengelakkan kotoran daripada terkena pada item lain.
Kebiasaannya sukar untuk meratakan bahagian di antara butang pada blaus. Gunakan pelurus rambut untuk melangkaui bahagian yang sukar digosok dengan seterika biasa. Boleh juga digunakan untuk meratakan reben yang berkedut atau tali pinggang dari material fabrik.
Membalut skarf kesayangan dengan kadbod daripada berkedut sebelum diletakkan bersama beg perjalanan atau kertas pembalut agar lebih kemas. Mudah dan rapi, bukan? Wajib cuba!
Atau, anda jua boleh menggunakan PVC dipotong untuk menyimpan hijab, tali pinggang dan sebagainya.
Tangga menawarkan cara desa untuk storan termasuk menyimpan item fesyen yang tidak muat disimpan di dalam lemari.
Anda lupa untuk mengenakan butang, cangkuk dan menterbalikkan bahagian dalam ke luar atau zip sebelum membasuh jean? Cuba terbalikkannya…dan lihat hasilnya nanti.
Masukkan seluar denim ke dalam plastik dan simpan di dalam peti sejuk serta dibiarkan semalaman untuk menyingkirkan bau kurang enak.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Setiap wanita ini memang perlu menjaga kecantikan dalaman dan luaran. Walau sibuk sekalipun jangan jadikan alasan untuk malas bersiap. Penampilan yang cantik menambah keyakinan diri lebih-lebih lagi apabila berhadapan dengan orang ramai. Seperti perkongsiaan selebriti Mawar Rashid yang juga merupakan duta jenama Nurish Organiq yang begitu bijak menjaga penampilan setiap kali muncul di khalayak.
Biarpun kesibukan dengan jadual kerja yang padat, namun Mawar sentiasa mencari produk yang mudah digunakan tanpa memerlukan masa yang panjang.
Justeru beliau senang memilih jenama Nurish Organiq 24K Gold Krim CC SPF39 yang sangat sesuai digunakan untuk dirinya.
“Teksturnya yang ringan, tidak berminyak dan memberi sapuan yang licin dan sekata. Selepas rutin penjagaan kulit, saya hanya perlu menyapukan Krim CC dan sedia keluar untuk hari.
“Ianya bukan sahaja dapat melembap, memelihara, dan menyamaratakan tona kulit, malah mampu melindungi kulit daripada sinaran UVA dan UVB.
“Pembungkusannya memudahkan untuk dibawa ke mana-mana sahaja dan saya juga boleh mengguna semula pada bila-bila masa,” ujar Mawar yang memilih Solekan On-The-Go yang sesuai bagi dirinya yang sentiasa sibuk.
Selain itu apa yang penting Nurish Organiq 24K Gold Krim CC SPF39 ini juga turut mengandungi kebaikan 12-dalam-1 yang dirumus dengan anti-oksida dan ekstrak organik. Ianya 100% Halal dan memenuhi kehendak Syariah, tanpa pewarna tiruan, tanpa minyak mineral, tanpa SD-alkohol, tanpa lanolin, tanpa sulfat, tanpa paraben dan bebas komedogenik.
Krim CC ini juga diuji secara dermatologi yang mana ianya disahkan selamat dan sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif.
Mawar juga berkongsi salah satu langkah penting dalam rutin penjagaan kulit dia.
“Walaupun betapa sibuk, ia adalah sangat penting untuk menanggalkan solekan dengan bersih sepenuhnya pada penghujung hari. Oleh itu, selain daripada CC Cream, saya juga akan membawa bersama Nurish Organiq Micellar Cleansing Water.
“Ia adalah produk terbaik yang berupaya untuk membersih, menyegar dan melembapkan kulit wajah dengan satu sapuan sahaja. Ianya bukan sahaja halal dan diperkaya dengan 100% ramuan semulajadi, malah mampu membersihkan kulit wajah saya dengan pantas tanpa perlu dibilas dengan air.
“Kulit wajah saya menjadi lebih bersih, lembut dan terasa selesa. Kedua-dua CC Cream dan Micellar Water adalah solekan on-the-go yang perlu ada di dalam beg Mawar untuk dibawa ke mana-mana sahaja.” ujar Mawar dengan yakin.
Selaras dengan komitmen semua produk penjagaan kulit EIG, Nurish Organiq 24k Gold Krim CC SPF39 diuji secara dermatologi dan terbukti selamat untuk digunakan. Keberkesanan produk ini terbukti dan sesuai digunakan untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Berpeluang menuntut ilmu di negara orang adalah satu pengalaman yang sangat bermakna dan tidak dapat dilupakan buat sesiapa yang mendapat peluang sebegitu. Tidak semua di antara kita yang mendapat kesempatan begini jadi peluang yang sudah ada di depan mata haruslah dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya.
Begitulah yang boleh kita kaitkan dengan kisah Amira Alisha Azhan,23, pelajar perubatan tahun enam di Jordan. Mesra dipanggil Alisha, Rezeki menimba ilmu di sana ternyata membuka banyak peluang untuk dirinya dan rakan-rakan untuk menjelajahi banyak negara selepas tamat musim peperiksaan.
“Saya selalu melancong bersama sekumpulan rakan saya ke destinasi pilihan selepas pada cuti musim panas atau musim salju. Kebiasaannya pada musim salju. Jadi kita akan pergi bercuti bersama-sama untuk menghilangkan tekanan selepas penat menelaah untuk peperiksaan.
“Kami juga akan mencari kesempatan untuk bercuti sewaktu mahu pulang ke Malaysia. Kadang kala transit untuk menunggu penerbangan pulang ke tanah air boleh mengambil masa yang lama. Oleh itu, saya dan rakan akan meneroka dahulu negara orang sementara menunggu waktu berlepas. Contohnya, pada waktu itu kami sempat ke Qatar, bak kata orang, sambil menyelam minum air!” ujar gadis yang berasal dari Shah Alam ini.
Semakin banyak tempat yang diterokai maka semakin banyak jugalah cabaran yang perlu dihadapi. Alisha juga turut tidak terlepas daripada menerima dugaan sewaktu bercuti. Ceritanya, dia pernah dua kali mengalami insiden malang berkenaan si penyeluk saku dimana dia mengalaminya dua kali berturut-turut dalam satu trip percutian yang sama.
“Kejadian pertama yang berlaku sewaktu berada di Rome, Itali, saya memang tidak sedar beg duit saya yang mengandungi kad pengenalan, visa Jordan, wang, kad pelajar, kad bank semuanya hilang dikebas oleh si penyeluk saku. Itu sememangnya mengajar saya untuk menjadi lebih berhati-hati agar menjaga barang berharga dengan sebaik-baiknya dan tidak membawa beg duit ketika bercuti,” jelas anak sulung daripada empat beradik ini.
Namun, siapa sangka insiden malang itu berulang lagi dua hari selepas itu. “Saya tidak sangka kejadian sebegini menimpa diri saya sekali lagi. Ketika itu saya berada di stesen keretapi di Barcelona,Sepanyol. Saya sudah belajar daripada kejadian yan berlaku sebelumnya dengan memasang kunci pada beg tetapi entah bagaimana mereka ini terlalu licik.
“Mereka ini (penyeluk saku) membuat drama ataupun prank di situ seolah-olah keretapi itu tersekat hingga menimbulkan kekecohan. Ramai yang menjadi konco-konco mereka ini sebenarnya dan akhirnya mereka berjaya mencuri kaca mata hitam saya dari dalam beg tanpa saya sedari,” tambahnya lagi.
Bercerita mengenai kenangan manis, bagi Alisha itu sememangnya sukar untuk dijelaskan kerana terlalu banyak memori manis yang dilakar sewaktu bercuti ini. “Bagi saya, apa yang membuatkan saya gembira itulah kenangan manis. Misalnya apabila saya dapat melihat sesuatu yang baru, yang lain daripada apa yang ada di negara kita, benda yang boleh kita belajar seperti budaya masyarakat mereka, pemandangan negara yang cantik, jadi semua itu menjadi momen manis buat diri saya.
“Memang pengalaman sebegitu kita akan dapat juga jika kita melancong bersama keluarga tetapi ada sesetengah perkara yang keluarga kita tidak berminat atau tidak mahu lakukan contohnya menaiki permainan roller-coaster. Orang tua kita pasti agak keberatan untuk mencuba permainan sebegini berbanding dengan anak muda,” ujar hijabi yang bakal bergelar doktor ini.
Selain itu, Alisha juga turut menjelaskan banyak perbezaan dan cabaran yang dihadapi di antara melancong bersama kawan ataupun bersama keluarga. “Jika kita melancong bersama teman, kita haruslah betul-betul berdikari dan pastinya akan lebih berkira-kira mengenai soal bajet berbanding bercuti bersama keluarga.
“Jika bersama kumpulan rakan, kita harus berusaha dengan lebih lagi contohnya mencari tempat tinggal berpandukan alamat yang diberi, menjadi bagpackers, ataupun mengheret beg dari satu tempat ke satu tempat. Kita juga perlulah pandai dan tahu berkomunikasi dengan orang sekeliling dalam mencari arah makanan.
“Satu lagi cabaran jika kita travel bersama rakan pastinya berkenaan duit. Jika bercuti dengan keluarga, pastinya kita tidak perlu risau kerana ibu bapa akan menyediakan segalanya tetapi jika bersama teman, kita perlu bijak untuk menguruskan wang supaya boleh survive di negara orang. Inilah saat yang kita akan sedar besarnya nilai duit itu dan akan rasa sayang untuk menggunakannnya. Di sinilah kita akan mengeluarkan bajet mengikut kemampuan kita,” jelasnya lagi.
Mengenai peranan setiap individu dalam sesebuah kumpulan ketika bercuti, Alisha menjelaskan caranya mungkin berbeza dengan kumpulan lain di luar sana. Jika mengikut cara dia dan kumpulannya, mereka akan membahagikan tugas tersebut mengikut hari. Misalnya, setiap orang dalam kumpulan itu akan mengambil tugas sebagai ketua untuk sehari dan ketua inilah yang akan menentukan destinasi dan aktiviti yang akan mereka pergi dan lakukan pada hari tersebut.
“Ketua ini juga perlulah mengetahui cara dan bagaimana itu ke lokasi berkenaan. Seperti pengangkutan apa yang perlu dinaiki dan lain-lain. Bagi saya dan kumpulan saya, kami mewajibkan untuk seorang ketua ini mengetahui sedikit ilmu mengenai tempat yang akan diterokai. Sebagai contoh, sewaktu kami ke Granada, Sepanyol, ketua ini perlu mengetahui sejarah tempat itu dan menerangkannya kepada kumpulan. Itulah yang kami amalkan,” kata bekas penuntut MRSM Tun Ghafar Baba ini.
Sememangnya cara yang diamalkan oleh Alisha dan kumpulan rakan percutiannya ini sangat membuka mata semua. Tidak hanya sekadar bercuti, ilmu juga boleh dikutip sewaktu melihat kebesaran ciptaan Tuhan.
Banyak destinasi yang telah diterokai bersama rakan-rakannya seperti Turki, Sepanyol, Itali, Sweeden, Norway, Denmark, Qatar dan Saudi Arabia. Alisha juga mengakui sering bercuti dengan rakan-rakan yang sama kerana sudah selesa begitu dan kebiasaaannya hanyalah mereka bertiga sahaja.
“Saya selalu bercuti dengan orang yang sama kerana bila kita hendak bercuti ini kita perlulah mencari orang yang kita selesa bersama. Mereka yang sudah faham bagaimana perangai diri kita yang sebenar supaya percutian itu menjadi seronok kerana masing-masing sudah memahami antara satu sama lain.”
Tambahnya, dalam sesebuah kumpulan ini, perlulah ada banyak give and take untuk mengelakkan perselisihan faham. Disebabkan itu jugalah perlunya kita mencari teman bercuti yang betul supaya tiada masalah yang tidak dingini yang berpunca daripada seseorang individu itu berlaku di kemudian hari.
Alisha juga menjelaskan banyak manfaat yang boleh diterima sewaktu bercuti bersama kumpulan ini. “Menerusi cara ini, kita dapat belajar cara untuk berdikari di negara orang. Selain itu, kita juga akan lebih mengenali siapa rakan kita yang sebenar. Jujurnya, saya merasakan kita akan menjadi lebih rapat lagi dengan rakan kita selepas tamat waktu percutian itu.
“Seterusnya, kita akan belajar bagaimana untuk menguruskan duit dengan bijak tetapi pada waktu yang sama dapat menikmati waktu percutian itu dengan sebaik-baiknya. Kita juga akan menjadi lebih prihatin dengan keadaan rakan kita jika mereka kurang berminat dengan aktiviti yang dicadangkan. Inilah pentingnya komunikasi dan pentingnya untuk kita memahami perasaan orang sekeliling,” luahnya lagi.
Sebelum mengakhiri perbualan, peminat setia warna merah jambu ini sempat menitipkan pesanan buat hijabi di luar sana yang ingin merancang percutian bersama. “Nasihat saya untuk gadis-gadis di luar sana, rancanglah percutian dengan sebaik mungkin. Kita boleh juga untuk ‘redah’ sahaja tapi lebih baik kita merancang dahulu dengan menyediakan jadual.
“Namun, kita tidak bolehlah menjadi terlalu rigid dengan mengikut jadual itu bulat-bulat sebab kita perlu ingat kita tidak tahu apa, musibah yang akan tiba-tiba berlaku di sana. Jadi kita perlu pandai membuatkan masa kita lebih flexible.
“Sememangnya tiada masalah pun untuk kaum perempuan untuk bercuti bersama asalkan kita tahu menjaga dan mengawal diri. Tahu batas kita supaya tiada masalah yang akan timbul. Selagi ada peluang untuk melancong, pergilah. Melancong bukan hanya membuka mata tetapi mampu menjadikan kita menjadi seorang yang lebih matang. Yang paling penting sekali, ingatlah bahawa kita ini hanya mampu merancang namun sebaik-baik perancang hanyalah Sang Pencipta,” tuturnya menutup bicara.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.