Rahsia 6 Posisi Tidur Yang Ramai Tak Tahu & Ini Dapat Menentukan Sifat Sebenar Serta Karakter Diri

Share

Tahukah anda bahawa posisi tidur seseorang boleh menunjukkan keperibadiannya. Tidak hanya cara duduk, posisi tidur juga boleh menunjukkan sifat dan karakter seseorang itu. Terdapat 6 posisi tidur yang dapat dihubungkan dengan sifat seseorang.

#1. Starfish

Starfish adalah posisi tidur terlentang dengan kedua tangan berada di samping kepala dan kaki lurus ke bawah. Posisi tidur ini menunjukkan bahawa anda adalah:

  • Seseorang yang dapat menjadi teman yang baik.
  • Pendengar yang baik.
  • Suka membantu dan sederhana.

#2. Log

Log merupakan tidur menyamping dengan tangan dan kaki lurus pada sisi yang sama, menyerupai kayu. Posisi tidur ini menunjukkan bahawa anda adalah:

  • Seseorang yang mudah bergaul dan memiliki banyak teman.
  • Mudah mempercayai orang asing yang tidak dikenal, bahkan terkadang mudah tertipu.

#3. Yearner

Yearner adalah posisi tidur menyamping, dengan kaki lurus ke bawah, tetapi tangan lurus ke arah depan. Posisi tidur ini menunjukkan bahawa anda adalah:

  • Seseorang yang terbuka, waspada, dan kadang-kadang mudah curiga serta sinis.
  • Memerlukan waktu yang lama untuk mengambil suatu keputusan.
  • Sukar untuk berubah fikiran.

#4. Foetal

Foetal merupakan tidur dengan posisi menyamping, dengan menekuk kaki dan tangan menyerupai posisi bayi di dalam kandungan. Posisi tidur ini menunjukkan bahawa anda adalah:

  • Seseorang yang nampak tegas di luar, tetapi sebenarnya mempunyai hati yang lemah lembut dan sensitif.
  • Pemalu.
  • Memiliki kemampuan untuk tidur dengan cepat.

#5. Soldier

Soldier adalah posisi tidur terlentang, dengan kaki lurus ke bawah dan tangan terletak di samping badan. Posisi tidur ini menunjukkan bahawa anda adalah:

  • Seseorang yang pendiam dan suka memerhatikan tingkah laku seseorang.
  • Tidak menyukai suasana yang mempunyai ramai orang.
  • Memiliki standard yang tinggi, baik bagi diri sendiri mahupun orang lain.

#6. Free Faller

Free faller adalah posisi tidur meniarap dengan kedua tangan berada di samping kepala dan kaki lurus ke bawah. Posisi tidur ini menunjukkan bahawa anda adalah:

  • Seseorang yang kurang sopan.
  • Tampak seperti seseorang yang suka berteman.
  • Tidak tahu malu.
  • Tampak percaya diri.
  • Tidak dapat menerima kritikan dari orang lain.

Sumber Grid.Id

IKLAN