Saat berbuka puasa merupakan saat yang sangat-sangat dinantikan oleh kita semua. Sampaikan ada yang terlupa akan beberapa adab-adab yang perlu kita tahu mengenai berbuka puasa.
Walaupun ia bukanlah perkara yang wajib dilakukan tetapi dengan mengamalkan adab-adab ini, kita akan dapat pahala dan juga mampu mentarbiah diri dan orang sekeliling kita.
Mari kita lihat adab-adab berbuka puasa.
1. Menyegerakan berbuka apabila sudah masuk waktunya
Rasulullah S.A.W bersabda:
“Manusia akan sentiasa berada di dalam kebaikan selagi mereka sentiasa menyegerakan berbuka puasa.” (Hadis riwayat al-Bukhari)
2. Berbuka puasa secara sederhana
Firman Allah S.W.T maksudnya:
Ads
“Dan makan dan minumlah kamu, dan jangan berlebih-lebihan. Sesungguhnya Dia tidak suka orang yang berlebih-lebihan.” (Surah Al-Araf, ayat 31)
3. Berdoa ketika berbuka
Sabda Rasulullah S.A.W:
“Sesungguhnya doa yang tidak ditolak bagi orang yang berpuasa itu ialah ketika dia berbuka.” (Hadis riwayat Ibn Majah)
Ads
4. Berbuka dengan rutab, tamar atau air
Anas bin Malik R.A berkata:
“Rasulullah S.A.W berbuka puasa sebelum solat (Marghrib) dengan rutab. Jika tiada rutab, baginda akan berbuka dengan tamar dan jika tiada tamar, baginda akan meneguk beberapa teguk air.” (hadis riwayat Imam Al-Tirmizi)
5. Berdoa kepada mereka yang menjamu makanan untuk berbuka
Ads
Berkata Anas R.A:
“Baginda S.A.W pernah datang kepada (rumah) Saad bin Ubadah. Dia menghidangkan roti dan minyak. Baginda pun makan dan bersabda: ‘Telah berbuka puasa di sisi kamu mereka yang berpuasa, telah makan makanan kamu mereka yang baik dan telah berselawat ke atas kamu para malaikat’.” (Riwayat Abu Daud)
6. Bersegera mengerjakan solat Marghrib
Sabda Rasulullah S.A.W:
“Apabila seseorang dihidangkan makan malam sedangkan solat (jemaah) telah didirikan, utamakan makan malam. Janganlah seseorang itu tergopoh-gapah menghabiskan makanan itu sehinggalah dia selesai dalam keadaan tenang.” (Hadis riwayat al-Bukhari)
Jadikanlah adab-adab ini sebagai kebiasaan kita sehari-hari agar ia mengajar kita untuk menjadi Muslim dan manusia yang lebih baik, di samping menuai pahala yang melimpah-limpah.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Seawal pembabitannya dalam dunia seni lagi, ramai terpikat dengan kejelitaan Nur Fathia Abdul Latiff. Mana tidaknya, bukan hanya berbakat besar sebagai pelakon, dia juga bertuah kerana dikurniakan rupa paras cantik dan bijak orangnya.
Berusia 37 tahun, pelakon cantik bertubuh tinggi lampai ini merupakan anak kepada pasangan Abdul Latiff Tahir dan Badriyah Hassan. Fathia juga anak sulung daripada empat beradik iaitu Nur Farhana, Muhammad Ilham dan Dr Nur Fasiha.
Selain berbakat sebagai pelakon, wanita cantik ini pernah bergelar model dan ada bakat menyanyi.
Masih ingat lagi waktu Fathia dilantik menjadi Duta Haruman Avon sekitar tahun 2015. Dia mengejutkan hadirin dengan kelunakan suaranya pada majlis berkenaan. Talented sungguh!
Sekadar infor artikel ini merupakan artikel olahan semula dari NONA
Kebelakangan ini nama Fathia menjadi bualan warga maya dek kerana perubahan wajahnya selepas melakukan rawatan estetik.
Bagaimana pun, figura popular tersebut berbangga dan yakin dengan wajahnya hari ini selain enggan mengendahkan persepsi negatif masyarakat terhadap dirinya.
Graduan undang-undang dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) ini sudah hampir 14 tahun menjadi anak seni. Drama sulung lakonan Fathia ialah Nur Kasih dan dia turut pernah membintangi filem Nasi Lemak 2.0 dan Darah Panas.
Adik Fathia iaitu Dr Fasiha mendedahkan kepada Nona, kakak tersayang seorang yang pemurah dan tidak berkira dengan keluarga.
Tidak hanya itu, aktres berkenaan juga cukup mengambil berat mengenai adik-beradik, suka makan dan boleh bermain piano walau tidak pernah mengikuti kelas muzik.
Bersandarkan bakat yang ada, Fathia berjaya merangkul anugerah Pelakon Filem Wanita Popular menerusi filem Darah Panas di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-29.
Fathia juga pengasas jenama Manis by Fathia Latiff.
Sekadar infor artikel ini merupakan artikel olahan semula dari NONA
Kita sering membaca Surah Al-Faatihah ini berulang kali dan setiap kali kita mengerjakan solat, sama ada solat fardhu mahupun solat sunat.
Surah al-Fatihah adalah ummul kitab dan menjadi rukun dalam solat. Tidak sah solat sekiranya bacaan al-Fatihah tidak sempurna. Itu asas yang perlu kita tahu betapa pentingnya membaca al-Fatihah dengan betul.
Sejak pada usia kecil lagi, kebanyakan kita sudah diperkenalkan oleh ibu bapa dengan surah ini. Kita disuruh menghafalnya. Surah al-Fatihah umpama sebati di dalam diri.
Namun pernahkah anda terfikir untuk menghadiahkan bacaan Al-Fatihah kepada diri sendiri?
Al-FATIHAH UNTUK DIRI SENDIRI
Pernahkah anda menghadiahkan Al-Fatihah untuk DIRI anda sendiri…?
Jika belum, lakukanlah mulai hari ini kerana ini adalah makanan yang baik bagi ROH kita, iaitu zikir-zikir dan Al-Fatihah. Ia adalah sebaik-baik hadiah untuk rohani kita.
CARA MENGAMALKANNYA:
Setiap pagi apabila kita bangun dari tidur…
1. “Beri salam” pada diri sendiri dahulu.
2. Lalu panggil nama PENUH kita dengan lembut 3 kali.
3. Kemudian sentuh dada kiri kita (jantung) sambil mengucapkan: “ALHAMDULILLAH”
KEMUDIAN KATAKANLAH:
“Aku hadiahkan Al-Fatihah ini untuk diriku sendiri, lahir dan batinku, Yaa Allah jagalah hambaMu ini, lindungi hambaMu, jadikanlah hamba penjemput rezeki Allah yang berlimpahan seperti air sungai yang mengalir tiada hentinya.. Aamiin Ya Allah.”
LALU BACA SURAH AL-FATIHAH 1 KALI
Lakukan sekarang kerana mungkin sudah lama atau tidak pernah anda menghadiahkan Al-Fatihah pada diri sendiri, lakukan sekarang dan nikmatilah RASAnya…
Rasulullah S.A.W bersabda: “Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya,maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)
Pasangan ini memang boleh dilabel sebagai couple yang sangat romantik. Kemana sahaja pergi berdua dan mereka serasi melakukan pelbagai aktiviti bersama. Lebih-lebih lagi setelah penghijrahan Mizz Nina. Ternyata Noh Hujan berjaya mengubah isterinya menjadi Muslimah sejati yang cintakan Allah.
Baik Noh Hujan atau Miss Nina mereka begitu selesa bergerak bersama memandangkan masih belum dikurnia cahayamata. Sebelum ini, Noh pernah memberitahu orang luar agar tidak bertanya perihal itu kerana boleh menyebabkan dia bersedih.
“Saya tak tertekan dengan soal anak, cuma bila orang tanya baru ada tekanan itu. Lebih-lebih lagi bila kawan-kawan dah ada anak. Tak mahulah ditanya soal itu lagi, rasa macam nak menangis. Pinta saya soakan semoga kami dimurahkan rezeki ya,” katanya kepada sebuah portal hiburan.
Dalam pada itu penyanyi yang akan mengadakan siri jelajahnya di beberapa buah negeri ini juga ini mempunyai kisah cukup menyentuh hati sebelum bergelar penyanyi dan bertemu jodoh dengan Mizz Nina.
Menurut Noh, oleh kerana dia tak berpeluang masuk ke mana-mana IPTA selepas SPM, dia memilih menceburi bidang muzik. Namun rezekinya dalam bidang ini mengikut musim. Jika ada permintaan, ada duit dan ada hari hanya makan nasi lemak pagi, tengahari dan malam pula terpaksa berpuasa. Dia juga turut memberitahu pinangannya juga sebelum iini pernah ditolak hanya kerana dia tiada duit yang mencukupi.
Namun segalanya berubah apabila Noh ditakdirkan bertemu dengan Mizz Nina dan kemudiannya mendirikan rumah tangga hingga ke hari ini. Ternyata perjalanan hidup yang diatur oleh Allah kepadanya sungguh indah. Sebaik berkahwin, Mizz Nina perlahan-lahan berubah. Dia berhijrah meninggalkan urusan duniawi dan kekal istiqomah dengan perjuangannya.
Jadi kepada wanita di luar sana yang masih atau sudah berkahwin boleh jadikan kisah ini sebagai inspirasi untuk mengetahui sejauh mana iman imam anda yang sebenarnya. Carilah lelaki yang boleh membimbing anda ke jalan di redai Allah SWT.
Noh Hujan..
“Saya tak berpeluang belajar di IPTA, tamat SPM saya memilih untuk ceburi bidang nyanyian. Rezeki ikut musim ada permintaan, ada duit, ada hari hanya makan nasik lemak pagi, tengahari dan malam berpuasa. Pernah pinangan ditolak sebab tiada duit.Kemudian niat dalam hati. “Ya Allah, aku tak kutip harta yang haram, aku nyanyi sekadar untuk cari rezeki halal, aku tidak buat benda-benda haram, mudahkanlah urusan aku”
Kemudian Allah bukak pintu rezeki, masih merangkak kemudian saya berjumpak Misz Nina, saya pinang dia. Alhamdulillah, dia tak tolak padahal dia orang hebat, anak orang hebat. Dalam poket hanya ada RM8 ribu genap. Saya ulang, RM8 ribu genap sahaja dalam akaun untuk menikah.Saya katakan pada Nina;“Girl, if you want to marry me, i’m a nothing… I have nothing. I could not promise wealth, but If you looking for someone to take care of you, be the real husband, guide you to Allah, inshaAllah I’m able to do it” dan Nina terima.
Sekarang alhamdulillah, dari niat yang baik, dan niat Nina yang baik, menikah dengan saya hanya untuk kenal Allah, Nina berubah. Berhijab, sudah tidak make up, bajunya semua besar-besar, dia reject semua konsert, tinggalkan dunia nyanyian.
Semuanya, LILLAHI TA’ALA. So ladies, if you found a man who can increase you level of iman and taqwa and through him, he guides you to practise islam, do not let him go, marry him.”
sc : Azfar Mohd
KREDIT FOTO: INSTAGRAM MIZZ NINA
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.