Pelbagai cara untuk menonjolkan lagi gaya polos anda dengan hijab bercorak yang kian trending kini. Namun harus berhati-hati untuk tidak mencampuradukkan dua atau lebih cetakan pada satu penggayaan. Buat gadis hijabi, kena ambil kisah tip di bawah untuk elak anda menjadi mangsa fesyen.
Hijab bercorak jadi trend kini.
Elakkan daripada menambahkan corak cetakan yang sama pada blaus, celana mahupun sepatu anda. Tidak perlu menggunakan satu corak yang sama dari hujung rambut ke kaki.
2. Cuba pilih warna yang lebih neutral seperti ‘nude’, hitam dan putih pada pakaian anda apabila menggayakan hijab yang bercetak dan bercorak sarat. Ini adalah bertujuan agar ‘look’ itu lebih sedap dipandang.
Elak pakai baju vercorak dan tudung pun bercorak.
3. Aksesori dempak ataupun sandal rona emas dan gangsa amat sesuai dan padan untuk melengkapkan gaya anda pabila menyarungkan hijab yang bercetak.
Ads
4. Awas! Hijab yang bercetak rona terang harus dielakkan apabila menghadiri mesyuarat mahupun acara formal, kecuali anda mahukan seluruh tumpuan pada penampilanmu.
Ads
Sesuai digayakan untuk acara formal.
5. Setiap hijabi ada stail sendiri untuk menata rias hijab mereka, namun tip yang amat penting untuk tidak bermain dengan ‘volume’ yang terlampau untuk tidak membuat gaya anda terlalu sarat.
Warna tudung yang sesuai dengan pakaian dapat membangkitkan seri si pemakai. Namun itu bukan bermakna kita perlu ada tudung dengan semua warna agar kita dapat menyesuaikannya dengan semua jenis warna pakaian yang kita ada.
Sebenarnya untuk menyerlahkan penampilan, kita perlu ada sedikit ilmu. Tidak bolehlah hanya tangkap muat sahaha sehingga akhirnya kita kelihatan seperti ‘aiskrim’ dengan pelbagai warna.
Berikut perkongsian daripada seorang ‘guru imej’ iitu Puan Mary tentang warna-warna tudung yang sesuai digayakan dengan semua jenis warna baju.
Terlalu banyak pilihan warna tudung pun boleh memeningkan kepala, bukan? Jika mahu beli satu tudung untuk setiap warna baju pula boleh jadi keterlaluan dan boleh juga jadi membazir.
Mahu cari warna tudung yang senang dipadankan dengan hampir semua warna baju?
Saya kongsikan 5 warna tudung yang mudah digayakan dengan hampir semua warna baju.
Setiap warna tudung ini mempunyai sifat keserasian yang tinggi dengan warna baju yang cerah atau gelap, lembut atau terang.
Tidak perlu runsing lagi. Ada salah satu (atau dua) daripada lima warna ini pun sudah memadai dan boleh dipadankan dengan semua warna baju.
NOTA: Selain 5 warna ini, tudung berwarna hitam, putih, perang (coklat), biru navy dan kelabu juga sesuai dengan semua warna baju.
1.BLUSH PINK
2.SAND YELLOW
3.SWEETHEART PINK
4.HEART RED
5.Amethyst Purple
Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu hijabi memadankan tudung dengan pakaian dengan cara yang betul.
Rasanya setiap wanita impikan satu almari yang dipenuhi dengan tudung yang mempunyai rona tudung yang pelbagai. Seronoknya rasa bila semua warna tudung ada dalam almari. Tentunya lebih mudah untuk suai padan dengan bau-baju yang anda ada.
Tetapi perlu anda tahu bahawa anda perlu memilih warna tudung yang sesuai agar wajah anda tidak nampak kusam. Untuk mengetahui sama ada tudung tersebut sesuai dengan wajah anda atau tidak, anda perlu kenali warna kulit anda terlebih dahulu. Bila anda sudah tahu warna kulit anda, senanglah untuk anda pilih tudung yang sesuai.
Tip memilih warna tudung yang sesuai dengan kulit ini telah dikongsi oleh seorang wanita bernama Nurul Aeishah menerusi akaun Facebooknya. Diharapkan tip yang dikongsinya ini sedikit sebanyak dapat membantu hijabi di luar sana yang masih tercari-cari warna tudung yang sesuai dengan tona kulit anda.
Meh sini kita kenalpasti apakah warna tudung yang sesuai untuk kulit. Akak tau selama ni uolls hentam je kan pakai tudung warna apa,asal kena dengan warna baju. Eh akak pun sama jugak macam uolls.
Orang yang mempunyai kulit putih dan cerah amat beruntung kerana boleh mengenakan kebanyakan warna tanpa sebarang masalah. Warna yang sesuai untuk orang berkulit cerah adalah warna-warna solid seperti hijau, merah, hitam dan biru.
Namun harus dihindari warna-warna pastel yang terlalu lembut seperti baby blue, soft green atau kuning cair. Warna putih juga harus dielakkan kerana akan membuatkan wajah anda kelihatan pucat.
Untuk anda yang berkulit sawo matang, warna pastel dan warna gelap adalah pilihan yang baik. Memilih warna lavender dan maroon akan membuatkan muka anda lebih cerah dan cantik. Sila hindari warna-warna yang seakan warna kulit anda iaitu warna coklat dan juga warna yang terlalu terang seperti kuning.
Bagi anda yang mempunyai kulit kuning langsat sangat sesuai mengenakan tudung berwarna cerah seperti pink,biru dan kuning. Warna-warna ini akan membuatkan wajah anda lebih segar dan akan menyerlahkan kecantikan wajah anda. Warna-warna yang harus dielakkan ialah coklat, oren, kelabu, hitam dan gold kerana akan membuatkan wajah anda nampak kusam.
Anda yang berkulit gelap selamat dengan warna-warna pastel atau keemasan kerana akan mencerahkan kulit anda. Sila hindari warna-warna malap dan gelap seperti hitam, coklat dan oren gelap kerana akan membuatkan kulit anda menjadi semakin gelap.
Pemilihan warna yang tepat bukan sahaja dapat menyerlahkan kecantikan anda tetapi dapat menaikkan mood anda sehari-harian.
Mengosok tudung bukan semudah menggosok baju harian yang kita gunakan malahan ia perlu perhatian yang penuh. Bukan semua hijabis tahu mengendalikan cara mengosok tudung dengan betul dan En suami pun patut tahu ya! Sebelum menggosok sesuatu tudung, iron yang digunakan mesti lah sesuai dengan tekstur tudung yang ingin digosok. Bagi mengelakkan kerosakan pada tudung tersebut.
Ikuti cara gosok yang betul ini dengan pelbagai jenis fabrik tudung:
Hanya perlu mengawal suhu seterika supaya tidak terlalu panas. Jangan lupa gunakan semburan air bercampur pelembut untuk memudahkan lagi gosokan.Untuk yang mempunyai manik atau sulaman, hanya perlu digosok di bahagian belakang sulaman.
Selendang ini agak keras sedikit kainnya tetapi sangat mudah dipakai dan dibentuk. Gunakan suhu empat atau lima semasa menggosok selendang ini kerana jenis kain yang kasar dan tahan kepanasan.
Selendang yang mendapat perhatian dan sambutan para gadis muslimah. Ia mudah dipakai bersama anak tudung jenis kapas kerana struktur selendang ini yang agak licin. Gunakan suhu tiga atau empat walaupun ia bersifat sukar berkedut. Tetapi kalau selendang ini berkedut, gunakan semburan air pada bahagian yang berkedut.
Ia sama dengan tudung awning yang lain. Cuma bezanya ia mempunyai manik pada bahagian awning dan menyukarkan proses menggosok. Cara menggosok iaitu gosok pada bahagian dalam awning tetapi jangan terlalu kuat kerana ia bakal meninggalkan kesan pada tudung
NOTA: Kaedah dry clean adalah sangat baik. Guna suhu yang rendah dan sederhana.
Tudung yang paling digemari kerana mudah dipakai. Penjagaan yang rapi pada bahagian awning tudung agar tidak patah atau rosak. Cara menggosoknya sangat mudah dan ringkas dan hari perlu digosok di bahagian dalam awning dengan suhu rendah antara dua atau tiga.
Tetapi perlu diingat, semasa membeli tudung, perlu mengambil tahu adakah awning nya perlu digosok atau tidak? Jika jenis awning yang tidak boleh digosok hingga menyebabkabkertasnya mengecut, kamu gunakan pelapik seperti kain kapas dan diletakkan di bahagian dalam awning.
Jangan sesekali menyembur air pada bahagian awning tudung kerana dikhuatiri akan merosakkan awning tudung tersebut.
Corak pada selendang ini sememangnya cantik dan menarik tetapi agak sukar dipakai kerana strukturnya yang terlalu licin. Ia sesuai dipakai bersama anak tudung jenis kain yang kasar. Selendang ini bersifat sejuk dan sukar berkedut.
Suhu yang sesuai digunakan ialah dua dan tiga, ia bagi mengelakkan kain selendang mengecut akibat panas.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Solekan natural Hari Raya untuk hijabi yang mahu nampak fresh tanpa makeup tebal. Ikuti 10 teknik mudah agar wajah kekal segar, manis dan berseri sepanjang beraya.