Bukan mudah untuk bergelar wanita stylish. Namun, ia tidak mustahil walaupun kita berhijab. Stylish hijabi kini sudah menjadi global trend dan ia dikenali dan approved di media sosial dan dunia fesyen.
Terdapat lima perkara seorang wanita stylish lakukan setiap hari.
1. Lakukan inventori pada closet anda
Kita mungkin tiada masa untuk melakukannya setiap hari. Ambil sedikit masa pada hujung minggu untuk lihat busana yang anda miliki. Mix & match adalah kunci yang baik untuk menjadi stylish.
2. Berpakaian yang sesuai untuk tubuh anda
Kenal pasti bentuk tubuh badan anda. Bukanlah untuk memakai busana yang menjolok mata, tetapi untuk mencari yang sesuai untuk compliment strature badan anda.
Ads
Mereka yang berbadan plus size sama sekali tidak sesuai bergaya seperti mereka yang slim. Begitu juga sebaliknya. It’s not stylish!
3. Bergaya kena dengan majlis
Jangan berbusana kasual apabila menghadiri majlis formal. Begitu juga sebaliknya. Pastikan dress code majlis yang anda perlu hadiri dan analisa busana yang anda miliki.
Ini akan menyelamatkan anda dari embarassment.
Ads
4. Jangan jadi hamba trend
Trend bukanlah sesuatu yang negatif tetapi jika anda jadi hamba trend, ia tidak akan berkesudahan. Cari style anda yang tersendiri dan sesuaikan dengan trend terkini tanpa mengorbankan style anda.
Ads
5. Pelan busana anda in advance
Plans make the world go around. Pilih busana yang anda perlu pakai esok, hari ini. Ini membenarkan anda berfikir, menukar dan menggayakannya dengan baik.
Walaupun spur of the moment itu kadangkala magic, tetapi ia tidaklah berlaku selalu.
Jika mahu menjadi hijabi stylish, pastikan juga akhlak kita juga stylo ok? Selamat bergaya!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Di Malaysia suasana hujan bukanlah suatu perkara yang asing, kerana Malaysia adalah negara panas-lembap dan merupakan antara negara tropika yang menerima taburan hujan tertinggi terutamanya pada musim tengkujuh setiap tahun.
Namun, lain pula ceritanya bagi penduduk di negara yang mempunyai cuaca panas-kering seperti Arab Saudi. Apabila diturunkan hujan ianya dianggap sebagai rezeki dan rahmat, kerana merupakan antara fenomena cuaca yang dangkal san jarang berlaku.
Justeru, adalah menjadi satu kebiasaan bagi mereka yang berada di tanah suci, Mekah untuk menikmati cuaca hujan dengan penuh rasa teruja hingga terdapat jemaah yang sanggup merakamkan momen indah berkenaan meski terpaksa bergambar dalam keadaan basah kuyup hanya demi sebuah kenangan.
Begitu jugalah dengan apa yang dialami oleh penyanyi dan aktres jelita Daiyan Trisha yang kini sedang berada di tanah suci Mekah bagi menunaikan ibadah umrah apabila berpeluang menikmati suasana hujan rintik di tanah penuh barakah itu.
Perkara berkenaan dimaklumkan oleh Daiyan sendiri menerusi sebuah muatnaik hantaran video di laman TikTok miliknya baru-baru ini.
Menerusi video berkenaan dapat dilihat Daiyan bersama syurganya yang begitu teruja menyaksikan detik-detik tanah haram ditimpa titisan hujan rahmat hingga keduanya turut menitiskan air mata teruja dan gembira direzekikan untuk menyaksikan kekuasaan Allah yang maha esa menurunkan hujan.
Meninjau ke ruangan komen pada hantaran berkenaan, Hijabista mendapati
rata-rata peminat Daiyan turut menzahirkan rasa teruja menyaksikan momen indah tersebut sebelum menitipkan doa agar mereka juga dijemput menjadi tetamu Allah kelak.
Terdahulu, Daiyan Trisha tampil meluahkan rasa syukurnya dapat mengerjakan ibadah umrah buat kali kedua.
Sekadar info, keadaan cuaca yang panas di sekitar kota suci Mekah, dengan purata suhu siang hari sekitar 43 darjah selsius, tidak sukar digambarkan kegembiraan mereka menyambut hujan rahmat itu.
Sebagai seorang Muslim, tahukah kita kenapa berselawat itu amat ditekankan dalam kehidupan seharian? Mungkin ada yang tak perasan, kita sebenarnya berselawat dalam setiap kali solat (ketika bacaan tahiyat) serta setiap kali memulakan dan mengakhiri doa. Selain itu, kita digalakkan untuk berselawat pada bila-bila waktu di luar solat dan apabila nama Baginda disebutkan.
Anjuran untuk berselawat adalah sesuatu yang dirakamkan di dalam Al-Quran. Dalam surah Al-Ahzab ayat 56, Allah berfirman yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah S.W.T. dan para Malaikat-Nya berselawat kepada Nabi. Maka, wahai mereka yang beriman berselawatlah kamu kepadanya dan ucaplah salam penghormatan kepadanya dengan sebaik selawat dan salam.”
Sedangkan Allah serta para malaikatNya juga sentiasa melahirkan rasa hormat dan kasih sayang kepada baginda, apatah lagi kita sebagai hamba yang serba kekurangan ini.
Oleh sebab itu, berselawat ke atas Rasulullah adalah salah satu cara kita menurut perintah Allah di samping mengingati segala jasa baginda dalam memperjuangkan Islam serta peribadinya yang unggul.
Walaupun berselawat nampak mudah, namun fadhilatnya besar sekali bagi mukmin yang melaziminya. Allah mengasihi hambaNya yang sentiasa meletakkan Rasulullah di dalam hati.
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda : “Sesiapa berselawat kepadaku sekali selawat, maka Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali.” [HR Muslim]
Jika kita berzikir dan berselawat dengan memohon supaya Allah melimpahkan kemuliaan, kehormatan, dan kepujian kepada Nabi Muhammad, Allah pula membalas selawat kita dengan cara menurunkan rahmat, berkat serta kemuliaan kepada kita.
Selawat adalah jaminan terpelihara dan terselamatnya kita daripada segala apa yang mendukacitakan dan membimbangkan dari perkara dunia dan akhirat. Seperti yang disebutkan dalam sebuah Hadis Tirmizi, Imam Ahmad, dan Hakim:
Dari Ubai bin Ka’ab, r.a. katanya:
“Ya Rasulullah! Aku banyak menggunakan masa berdoa, memohon rahmat untuk diriku, sekarang aku hendak untukkan masa berselawat bagi tuan maka sebanyak mana yang elok aku untukkan?” Baginda s.a.w., menjawab: “Sekadar mana yang engkau suka”; Aku berkata: “Aku hendak untukkan sesuku dari masaku”; Baginda s.a.w., bersabda: “Sekadar mana yang engkau suka, dan jika engkau lebihkan lagi, maka itu lebih baik untukmu”;
Aku berkata: “Kalau begitu aku untukkan setengah dari masaku” Baginda s.a.w bersabda: “Suka hatimulah dan jika engkau lebihkan lagi, maka itu lebih baik untukmu”;
Aku berkata: “Kalau demikian, aku untukkan dua pertiga dari masaku” Baginda s.a.w., bersabda: “Suka hatimulah, dan jika engkau lebihkan lagi, maka itu lebih baik – untukmu”;
Aku berkata:
“(Kalau begitu) aku jadikan masa berdoaku semuanya untuk berselawat kepada tuan”; Baginda s.a.w., bersabda: “Jika demikian, terpeliharalah dan terselamatlah engkau dari apa yang mendukacitakan dan membimbangkanmu, sama ada perkara dunia mahu pun perkara akhirat dan diampunkan dosamu …”
Allah amat menyenangi hambaNya yang sentiasa mengingati Nabi Muhammad serta menghidupkan sunnahnya dalam kehidupan seharian. Allah turut menjanjikan pengampunan dosa bagi hambaNya yang rajin berselawat kepada Rasulullah.
Dari Anas bin Malik r.a. berkata Rasulullah s.a.w. telah bersabda : “Barangsiapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali dan akan dihapuskan daripadanya dosa dan diangkat baginya sepuluh darjat.” [HR An-Nasaie]
Sebagai seorang hamba, kita tidak pernah terlepas dari melakukan kekhilafan. Oleh itu, berselawat boleh membantu kita menghapuskan dosa-dosa.
Walaupun kita tidak pernah bertemu dengan Rasulullah, seorang mukmin sejati perlu menghidupkan rasa kerinduan terhadap Nabi sama seperti Nabi yang sentiasa kasih akan kita iaitu umat selepas zamannya.
Selawat merupakan cara istimewa buat umat Nabi Muhammad menyampaikan kata salam dan doa kepada Baginda. Setiap selawat yang dialunkan akan dikirimkan ke Rasulullah melalui malaikat. Rasulullah pula membalas ucapan salam tersebut.
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda; “Tiada seseorang pun yang memberikan salam kepadaku (setelah kewafatanku), melainkan Allah mengembalikan rohku sehinggalah aku dapat menjawab salam orang itu.” [HR Abu Daud dan Ahmad, Riyadus Solihin]
Selain mengamalkan sunnah dalam rutin harian serta menteladani pekertinya yang mulia, berselawat kepada baginda juga dituntut terutamanya pada hari Jumaat. Ini kerana Rasulullah lebih dekat dengan hambaNya yang sentiasa berselawat untuknya.
Daripada Abu Aus bin Aus RA bahawa Rasulullah SAW bersabda : Sesungguhnya di antara hari yang paling mulia bagi kamu semua ialah hari Jumaat, oleh yang demikian hendaklah kamu semua memperbanyakkan membaca selawat kepadaku pada hari itu, kerana sesungguhnya ucapan selawat kamu semua akan ditunjukkan kepadaku (pada hari kiamat nanti). [HR Abu Daud]
Allah juga menyalurkan banyak cara supaya doa lebih mudah diterima, dan salah satunya adalah dengan memperbanyakkan berselawat ke atas Nabi Muhammad.
Ali bin Abi Talib r.a berkata : “Doa seseorang itu terdinding (terhalang) sehinggalah dia berselawat ke atas Rasulullah dan ahli keluarganya.” [HR Imam Ath-Thabrani]
Lafaz bacaan selawat yang paling ringkas yang sesuai dengan dalil-dalil yang sahih adalah:
Maksudnya: Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Semoga usaha kita mengingati Rasulullah dengan sentiasa mengalunkan selawat dapat mendekatkan diri kita bersama dengan Nabi Muhammad kelak serta turut mendapat rahmat daripada Allah.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Kagum dengan kesungguhan Asyalliee yang gigih pergi camping dengan anak-anak kecil! Pertama kali menikmati perkhemahan di samping keluarga tersayang, usaha ibu kepada tiga cahaya mata ini menjadikan ruang khemah lebih selesa dan indah nyata menarik perhatian ramai. Sekaligus menginspirasikan kaum ibu untuk bawa anak-anak beriadah!
Memilih tapak perkhemahan di Bukit Tinggi, Bentong, Asyalliee atau mesra disapa Asya yang dikenali sebagai antara influencer yang bijak mengatur hias ruang gigih membawa pelbagai perkakas memasak dan kelengkapan perabot demi mencipta suasana selesa buat seisi keluarga.
Bukan saja lengkap dengan pinggan mangkuk dan cawan, segala sudip, periuk, cerek, kuali dan toaster pun ada. Dah macam dapur bergerak!
Patutlah followers puji usaha isteri Eboy Arbaain ini.
Kongsi Asya, “My first time camping. Bagi aku yang selalu sibuk dengan hal bisnes aku, sampai masa pun tak ada dengan anak-anak. Dan masa dengan suami pun tak ada walau pun hari-hari bersama, bercamping ni aku dapat masa bersama keluarga aku.
Aku hanya fokus kepada keluarga aku, kerjasama, komunikasi dan tolong-menolong dapat mengeratkan kami lagi dan menambahkan lagi kasih sayang dalam keluarga aku. Tak sabar next camping!”
Asya yang juga pengasas Loveliee dan Asyalliee Group ini bersyukur dapat mengisi masa berkualiti dengan suami serta anak-anak sepanjang perkhemahan tersebut.
“Allah jentikkan ke dalam hati suamiku untuk mengajak aku bercamping. Pada permulaannya, aku macam teragak tapi entah tiba-tiba hati aku macam teringin juga, macam Allah juga menjentik hatiku untuk mengizinkan suamiku bercamping.
Setelah kali pertama aku camping, aku terus jatuh cinta. Sepertinya cinta pandang pertama, aku rasa tenang sangat. Ibarat bila aku camping, aku masuk ke dunia lain.
Duit boleh dicari, tapi kenangan begini tidak akan dapat di mana mana.”
Asya atau nama sebenarnya Siti Syasya Rosaelmi Baba berusia 27 tahun berkahwin dengan Eboy Arbaain pada 25 Februari 2017.
Hasil perkongsian hidup selama tujuh tahun itu, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Haider Mikael, Helena Adrianna dan Hayyan.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula NONA.
Ketahui cara pilih gaya tudung ikut bentuk muka supaya penampilan lebih seimbang, manis dan yakin di Hari Raya. Panduan lengkap kenal 5 bentuk muka wanita.