Kekejangan ketika datang bulan sering menjadi punca sesetengah wanita mengambil cuti atau MC sewaktu sedang bekerja.
Kebanyakan wanita berharap agar masalah ini tidak timbul ketika sedang bekerja kerana ia boleh buat mood anda melayang. Masalahnya, ketua serta rakan-rakan lelaki anda tidak memahami situasi ini.
Sesetengah negara seperti Jepun, Korea Selatan, Indonesia, Taiwan dan yang terkini, Itali telah memberi inisiatif kepada pekerja wanita dengan memberi cuti haid berbayar. Untungnya kalau Malaysia pun beri inisiatif seperti ini kan!
Jangan bimbang hijabi, ada beberapa cara yang boleh anda lakukan untuk elakkan masalah kekejangan ketika datang bulan sewaktu anda sedang bekerja. Jadi, tak perlulah anda MC setiap bulan!
1. Pilih Kopi Atau Teh
Secawan kopi menjadi kebiasaan bagi sesetengah individu untuk memulakan hari mereka. Kopi cenderung menjadikan anda lebih ‘gembira’ dan ‘bertenaga’ kerana kafein mampu merangsang perasaan psikologi ini.
Walau bagaimanapun, jika anda mengalami kekejangan haid yang tidak baik (dysmenorrhea), langkah yang terbaik adalah dengan mencegah kafein. Kafein bertindak untuk menyekat saluran darah, mengurangkan aliran oksigen dan pemakanan yang menimbulkan kekejangan.
IKLAN
Teh merupakan alternatif yang lebih baik. Walau bagaimanapun, anda harus memilih teh tanpa kafein seperti chamomile, peppermint dan halia. Ia mengekalkan paras estrogen menjadi lebih stabil. Jadi, masalah kekejangan serta gejala PMS akan berkurangan.
Pil perancang boleh diambil untuk mengawal keadaan hormon anda sepanjang tempoh anda period. Pil ini dapat membantu mengekalkan tahap hormon yang mantap dan mengurangkan masalah kekejangan yang anda hadapi.
Walau bagaimanapun, adalah penting untuk anda berunding dengan doktor terlebih dahulu kerana ia mungkin mempunyai kesan sampingan (berat badan, peningkatan selera makan) jika anda tidak mengetahui jenis serta dos pil perancang yang anda perlukan.
IKLAN
3. Gunakan Patch Terapi Haba
Terapi panas telah terbukti secara saintifik untuk mengurangkan kekejangan. Dengan menggunakan haba ke abdomen, saluran darah akan melebar, meningkatkan aliran oksigen dan nutrien ke otot yang sempit.
Haba juga membantu menghentikan isyarat sakit pada otak anda lalu meningkatkan tahap keselesaan. Terdapat patch terapi haba yang boleh diguna semula dijual di pasaram, seperti MenstruHeat, yang bertahan selama 12 jam (satu hari di tempat kerja).
4. Berjalan-Jalan
Berjalan kaki dari meja ke tandas, pantri (untuk mendapatkan teh) atau mesin fotostat benar-benar membantu anda.
IKLAN
Ia mampu meregangkan otot abdomen dan meningkatkan aliran darah ke otot yang sempit, melepaskan tekanan dan mengurangkan kekejangan anda.
5. Makan Makanan Ringan! Tentunya Yang Sihat. 🙂
Sesetengah makanan yang anda makan akan memberikan manfaat yang besar ketika anda sedang datang bulan. Walau bagaimanapun, adalah penting untuk kurangkan pengambilan makanan ringan. Lebih baik ambil buah-buahan kering, teh dan timun.
Coklat gelap juga merupakan antara solusi yang boleh membantu mengurangkan kesakitan period. Ia juga merupakan pilihan yang lebih baik berbanding coklat yang kandungan lemak dan tenusu tinggi.
Makanan sampingan seperti oat, buah-buahan dan salad juga boleh membantu mengurangkan gejala-gejala PMS seperti kembung, cirit-birit dan sembelit.
Perlu anda tahu bahawa tip ini hanya dapat ditangani untuk jangka masa yang singkat sahaja. Tetapi tip ini boleh membantu anda daripada mengambil MC setiap bulan!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Apabila menyarung hijab, benda paling tidak selesa adalah apabila anak rambut mula menjalar keluar dari hijab. Ini berlaku apabila kita memakai hijab untuk satu jangka masa yang lama.
Kadang kala kita punya masa untuk membuka hijab dan memperbetulkan ikatan rambut tetapi selalunya masa yang kita ada sangat terhad. Lebih-lebih lagi jika kita mengenakan inner neck yang sudah longgar.
Hijabi usah risau kerana ada beberapa trik boleh dilakukan dalam menyelesaikan masalah rambut terkeluar dari hijab dan memastikan aurat tetap terjaga.
1. Gunakan klip rambut, bobby pin ataupun cekak getah
Hanya mengikat rambut tidak mencukupi untuk mengelakkan anak rambut dari terkeluar. Gunakan klip rambut, bobby pin ataupun cekak getah untuk memastikan rambut sentiasa dalam keadaan rapi. Tapi jangan pin terlalu ketat ya. Sakit nanti!
2. Pakai anak tudung ataupun bandana
Ada juga di antara kita yang tidak biasa memakai anak tudung tatkala berhijab. Bagi anda yang lebih sukakan selendang, pilih anak tudung yang berleher dan pakai cekak getah di dalam agar rambut anda kekal rapi. Jika anda mahu bersukan, penggunaan bandana sangat sesuai. Ia bukan sahaja menyerap peluh, rambut anda tidak akan mudah terlihat jika hijab anda basah. Kalau boleh anda perlu tukar anak tudung yang sudah longgar kerana boleh membuatkan rambut lebih banyak terkeluar.
3. Periksa gaya potongan rambut anda
Jika rambut anda tetap terkeluar walaupun sudah berklip rambut dan beranak tudung, cuba periksa stail rambut anda. Jika rambut anda panjang dan ‘layer’, cuba ikat tocang. Ia mungkin akan membantu sedikit. Sebolehnya elakkan dari rambut anda terkeluar tatkala berhijab. Rambut itu aurat yang wajib ditutup jadi peka akan keadaan hijab anda. Pastikan anda selesa sebelum melangkah keluar dari rumah.
Jika anda tidak mahu menggunakan inner neck, boleh terus membeli tudung yang direka dengan menyertakan inner neck sekaligus. Ini memudahkan anda terus menyarung dengan kemas tanpa memikirkan masalah anak rambut yang akan keluar. Biasanya tudung instant begini sangat selesa dan mudah sekali digayakan.
Boleh juga gunakan inner neck yang mempunyai tali di kiri kanan dan boleh diikat dengan kemas di belakang. ada juga tudung yang mempunyai inner neck rekaan begini dan memudahkan penggunanya untuk menggayakan hijab tanpa ada sebarang rambut terkeluar.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Wanita dan juga usahawan ini tidak pernah ketandusan idea dalam menghasilkan rekaan tudung terbaru. Baru-baru ini sempena drama bersiri yang di tayangkan di saluran Astro Ria HD, Red Velvet, Neelofar telah menperkenalkan koleksi terbaru sempena wataknya sebagai Helena dalam drama berkenaan.
Koleksi terbaru ini telah mengangkat tema ‘bakery dan kek’ iaitu Sweet Helena, Sweet Helena-Swarovski, Fluffy Helena, Milky Helena, Creamy Helena, dan Silky Helena. Rekaan ‘square satin’ merupakan idea peribadi Neelofa yang menginginkan mainan warna bagi mengambarkan karektor beliau dalam drama tersebut..
Umum ketahui Lady Boss Naelofar Hijab apabila menggayakan hijabnya nampak terletak cantik sepanjang drama berkenaan. Begitu juga jika penampilannya di luar set. HIjab diperaga memang sangat kena dengan figuranya yang aktif, lasak dan ceria.
Rupa-rupanya ada rahsia yang ingin di kongsikan bersama para peminat tegar hijab Neelofa mahupun hijabi yang bertudung. Admin kongsi tiga gaya tudung ini bagi hijabista di luar sana yang mahu tampak stailo sepanjang masa.
Rahsia tudung Neelofa ‘maintain’ cantik 24 jam.
2. Pengayaan Tudung Helena oleh penata gaya tudung, DD.
3. Gaya ini yang sering dan menjadi kegemaran Neelofa ketika menghadiri majlis-majlis tertentu.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Warna tudung yang sesuai dengan pakaian dapat membangkitkan seri si pemakai. Namun itu bukan bermakna kita perlu ada tudung dengan semua warna agar kita dapat menyesuaikannya dengan semua jenis warna pakaian yang kita ada.
Sebenarnya untuk menyerlahkan penampilan, kita perlu ada sedikit ilmu. Tidak bolehlah hanya tangkap muat sahaha sehingga akhirnya kita kelihatan seperti ‘aiskrim’ dengan pelbagai warna.
Berikut perkongsian daripada seorang ‘guru imej’ iitu Puan Mary tentang warna-warna tudung yang sesuai digayakan dengan semua jenis warna baju.
Terlalu banyak pilihan warna tudung pun boleh memeningkan kepala, bukan? Jika mahu beli satu tudung untuk setiap warna baju pula boleh jadi keterlaluan dan boleh juga jadi membazir.
Mahu cari warna tudung yang senang dipadankan dengan hampir semua warna baju?
Saya kongsikan 5 warna tudung yang mudah digayakan dengan hampir semua warna baju.
Setiap warna tudung ini mempunyai sifat keserasian yang tinggi dengan warna baju yang cerah atau gelap, lembut atau terang.
Tidak perlu runsing lagi. Ada salah satu (atau dua) daripada lima warna ini pun sudah memadai dan boleh dipadankan dengan semua warna baju.
NOTA: Selain 5 warna ini, tudung berwarna hitam, putih, perang (coklat), biru navy dan kelabu juga sesuai dengan semua warna baju.
1.BLUSH PINK
2.SAND YELLOW
3.SWEETHEART PINK
4.HEART RED
5.Amethyst Purple
Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu hijabi memadankan tudung dengan pakaian dengan cara yang betul.
Baru-baru ini Izara sekali lagi memukau netizen dengan kejelitaannya yang tak ubah seperti 'wanita timur tengah' apabila tampil dalam busana mewah patuh syariah yang bergemerlapan rekaan pereka fesyen selebriti terkemuka Rizman Ruzaini.