Enaknya tidur di atas katil empuk, lebih-lebih lagi  musim hujan sekarang dan diulit mimpi indah. Namun tahukah anda tidur berlebihan boleh menyebabkan kita alpa dalam 18 perkara ini.

Ingat, kita hanya digalakkan tidur 8 jam sehari. Jangan lebih, bimbang membinasakan diri kita. Seperti perkongsian di laman facebook Penceramah Bebas, Ustaz Azhar Idrus beliau membariskan 18 kebinasaan yang dialami jika banyak tidur.

1. Sakit Kepala

Banyak tidur akan mengakibatkan tidak elok pada neurotransmitter yang ada di otak anda. Yang menjadi salah satu punca sakit kepala.

2. Diabetes

Para ahli kesihatan mengatakan bahwa orang yang tidur kurang dari 5 jam atau lebih dari 9 jam memiliki risiko 50% lebih besar terkena diabetes.

3. Obesiti

Bila banyak tidur, akan kurang bergerak. Semakin lama badan tidak bergerak, semakin banyak lemak berkumpul di dalam tubuh. Dari kerana obesiti maka terjadi pula berbagai2 penyakit yang lain.

4. Sakit Bahagian-Bahagian Badan

Antara yang akan menjadi sakit ialah punggung, belakang, leher, buah dada (bagi wanita) dan bahu.

5. Depresi

Satu kajian yang dijalankan menyebutkan adalah tidur 7-9 jam setiap dalam sehari mempunyai risiko terkena depresi sebanyak 27%, sedangkan tidur lebih dari 9 jam berisiko lebih banyak yakni 49%. Perkara ini menunjukkan bahwa orang yang mengalami depresi cenderung memiliki waktu tidur yang lebih banyak.

6. Kurang Tumpuan

Tidur terlalu banyak dapat memengaruhi penurunan fungsi sel-sel otak. Akibatnya kehilangan tumpuan dalam kerja2 yang dilakukan.

IKLAN

7. Malas & Kurang Mengurus & Berurusan Dengan Orang Lain

Jika suami atau ayah banyak tidur, akan kurang menguruskan keluarga. Anak isteri akan kehilangan tumpuan dan layanan dari seorang ayah. Suami tidak ambil berat perkara berkaitan isteri. Anak2 pula tidak mendapat layanan yang sepatutnya dari ayah. Jika isteri atau emak banyak tidur, suami menjadi mangsa kerana isteri berkurangan masa untuk melayan suami.
Terhadap anak2 pula, akan terbiar tanpa urusan yang baik dari ibu.
Rumah dalam keadan tidak terurus yang mengakibat keburukan yang lain. 
Malas memasak, membasuh pakaian dan membersihkan rumah.

Jika dia seorang pekerja, kerjanya akan berkurangan dan mutu kerja juga akan menurun.

8. Suasana Hati Yang Tidak Baik

Terlalu banyak tidur juga dapat menyebabkan suasana hati yang tidak baik. Anda akan menjadi mudah marah dan suka membesarkan hal-hal kecil. 
Kebanyakkan orang yang banyak tidur adalah seorang yang panas baran, tidak bolih bergurau dan suka memekik apabila menyuruh sesuatu. Akibatnya orang sekeliling tidak akan menghurmatinya.\

9. Menjadi Kurang Menarik

Banyak tidur tidak dinafikan lagi mengakibatkan perubahan bentuk badan yang menjadi bengkak pada bahagian pipi, leher, pinggang dan paha. Muka akan kelihatan semakin hodoh dari masa sebelumnya. Bahagian muka & badan akan cepat jatuh atau kendur sebelum menjangkau usia 30an.

10. Gangguan Jantung

Tidak berarti orang yang banyak tidur akan kena penyakit jantung tetapi kebanyakkan yang kena penyakit jantung ada berkaitan dengan tabiat banyak tidur dan sebab2 lain.

IKLAN

11. Diet Yang Keji

Orang yang banyak tidur akan menjadi sentiasa lapar. Mereka akan memberi tumpuan yang lebih untuk makan dengan berbagai menu yang melazatkan. Kuantiti yang dimakan pula akan bertambah dari kerana badan keletihan lama akibat tidur yang mendatangkan rasa lapar.

12. Merosakkan Otak

Dalam satu kajian yang dibuat di Universiti London pada tahun 2011 menunjukkan bahwa terlalu banyak tidur maupun terlalu kurang tidur mengakibatkan terjadinya penuaan pada otak 7 tahun lebih cepat. Biasanya, hal ini sangat berisiko pada pelajar dan mahasiswa. Selain itu, pada wanita berusia 45 tahun ke atas yang tidur lebih dari 9 jam sehari berisiko mengalami penuaan otak 2 tahun lebih cepat. Penuaan otak mengakibatkan menurunnya kemampuan otak untuk mempelajari hal-hal baru dan kesukaran menerima informasi.\

13. Mempengaruhi Kesuburan

Kebanyakan tidur dapat memengaruhi siklus menstruasi, pengeluaran hormon, dan ritme sikardian. Wanita yang kurang tidur atau tidur melebihi biasa berisiko mempengaruhi kesuburan sel telur.

14. Pelupa

Metode untuk mengasah otak yang paling baik adalah berpikir. Dengan berpikir, kita bolih meningkatkan pengetahuan. Sementara pada masa tidur, kita tidak mampu melakukan hal tersebut. Bila otak tidak digunakan lama sebab tidur, otak akan menjadi perlahan dari kerana kurang bekerja dan mengakibatkan mudah lupa atau lembab.

IKLAN

15. Stroke

Sebuah kajian menyatakan bahwa tidur lebih dari 8 jam sehari meningkatkan 14% risiko terkena stroke. Bahkan pada mereka yang tidur lebih dari itu maka risiko terkena stroke adalah 3 kali lebih besar.

16. Murung

Terlalu banyak tidur bukan membuat kita menjadi lebih tenang bahkan yang terjadi adalah sebaliknya. Kita bolih menjadi stress serta mudah emosi. Akibatnya akan melakukan hal yang tidak sepatutnya seperti mudah merajuk yang akhirnya akan dibenci olih kawan dan keluarga.

17. Merosakkan Hati

Berkata Imam Ibnul-Qayyim ra : “Adapun lima perkara yang merosakkan hati adalah banyak sangat berosial, banyak angan-angan, bergantung kepada selain Allah swt, banyak makan dan banyak tidur. Inilah lima penyebab utama yang dapat merusak hati ”

18. Malas Beribadah

Yang terakhir ini sememangnya benar. Banyak tidur maka kurang jaga. Bila kurang berjaga maka kuranglah waktu kita untuk beribadah seperti solat, belajar agama, berzikir, membaca quran, bersedekah, ziarah dan lain2. Bila kurang ibadah, maka kuranglah pahala. Di akhirat nanti orang yang kurang pahala dari dosanya akan dimasukkan ke dalam api neraka.

Wal’iyazabillah..

Wallahua’lam.

Sumber: Facebook Ustaz Azhar Idrus

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI