Sedekah merupakan pemberian yang ikhlas sebagai bukti ketaatan kepada Allah s.w.t. Sedekah sememangnya tidak dapat dipaksa melainkan lahir dari hati untuk memberi berdasarkan kemampuan seseorang itu.
Erti sedekah dalam Islam itu sangat luas sekali. Sedekah bukan sahaja dalam bentuk kebendaan, tetapi boleh dilakukan dengan pertolongan, mengajarkan ilmu, senyuman, memberi nafkah, berzikir dan sebagainya. Nabi Muhammad s.a.w bersabda;
“Kamu menyingkirkan batu, duri dan tulang dari tengah jalan itu adalah sedekah bagimu.”
– Hadis Riwayat Bukhari
Sedekah Meringankan Beban
Bersedekahlah kita walau sedikit dengan seikhlasnya. Kerana, dalam setiap rezeki dan harta yang kita miliki itu terdapat juga hak orang lain. Jadi, adalah lebih baik jika ia dikongsi dan dinikmati bersama. Beriman dengannya dan bersedekah seikhlasnya.
Sedekah seikhlasnya mampu meringankan beban seseorang dan menjauhkan diri kita daripada panas api neraka. Semua perkara atau wang yang kita sedekahkan kepada golongan yang memerlukan mesti terdiri daripada hasil yang halal. Kerana, pemberian yang halal akan menggugurkan dosa dan mendatangkan pahala.
Selain itu juga akan dijauhkan dari bala. Seseorang yang bersedekah dengan harta yang halal juga akan dijauhkan daripada api neraka dan akan dimasukkan ke dalam syurga. Sekiranya seseorang bersedekah dengan harta yang haram, dia tidak akan memperolehi sebarang kebaikan kecuali azab kerana memberi sesuatu yang haram kepada orang lain.
Terdapat sebuah hadith mengatakan bahawa di dalam neraka Jahanam terdapat sebuah rumah yang bernama ‘Baitul Huzni’ yang disediakan Allah bagi orang yang bersedekah daripada harta yang haram. Selain dapat membantu sesama manusia, Allah SWT juga akan membalasnya dengan pahala bagi mereka yang ikhlas melakukannya.
Berikut adalah janji-janji Allah kepada golongan yang suka bersedekah:
1. Menghapuskan dosa-dosa orang yang bersedekah
Janji Allah yang pertama bagi orang yang rajin bersedekah adalah sedekah itu dapat menghapuskan dosa orang yang mengerjakannya.
Rasulullah SAW, beliau bersabda :
“Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.” (HR. Tirmidzi)
Ads
2. Dapat berteduh di hari kiamat
Nabi SAW menceritakan tentang 7 jenis manusia yang akan mendapat berteduh pada hari yang tidak ada teduhan dari kepanasan di padang mahsyar.
Salah satu golongan yang mendapat teduhan itu adalah orang yang suka bersedekah. Rasulullah SAW bersabda :
“Seorang yang bersedekah dengan tangan kanannya, ia menyembunyikan amalnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya.”(HR. Bukhari )
3. Harta tidak akan berkurang tetapi makin bertambah banyak
Sedekah juga perbuatan yang sangat disukai Allah s.w.t selain menjadi amalan baik yang memberi ganjaran pahala kepada sesiapa yang bersedekah. Janji Allah SWT yang sangat hebat bahawa harta orang yang rajin bersedekah tidak akan berkurang meskipun disedekahkan semuanya, hanya sedikit yang tersisa buat keperluan sehari-hari. Rasulullah SAW bersabda :
“Perumpamaan orang-orang yang mendermakan (sedekah) harta bendanya di jalan Allah, seperti (orang yang menanam) sebutir biji yang menumbuhkan tujuh untai dan tiap-tiap untai terdapat seratus biji dan Allah melipat gandakan (balasan) kepada orang yang dikehendaki, dan Allah Maha Luas (anugerahNya) lagi Maha Mengetahui.”
Surah al-Baqarah:261
4. Dapat Membebaskannya dari Siksa Kubur
Rasulullah SAW bersabda: “Sedekah akan memadamkan api siksaan di dalam kubur.” [HR. Ath-Thabrani]
5. Terdapat Pintu Surga Hanya Untuk Orang Yang Bersedekah
Dalam sebuah hadits, Rasulullah SAW bersabda:
Ads
“Orang memberikan menyumbangkan dua harta di jalan Allah, maka dia akan dipanggil oleh salah satu dari pintu syurga: Wahai hamba Allah, ke marilah untuk menuju kenikmatan. Jika dia berasal dari golongan orang-orang yang suka mendirikan solat, dia akan dipanggil dari pintu solat, yang berasal dari kalangan mujahid, maka akan dipanggil dari pintu jihad, jika dia berasal dari golongan yang gemar bersedekah akan dipanggil dari pintu sedekah.” [HR. Bukhari dan Muslim]
Janji Allah terakhir kepada mereka yang rajin bersedekah adalah akan menjauhkan diri dari api neraka. Ternyata meskipun hanya sedekah dengan jumlah yang sedikit, namun sedekah tersebut memiliki andil untuk menjauhkan diri dari api neraka.
Semakin banyak sedekah yang dilakukan, maka akan semakin jauhlah darinya. Rasulullah SAW bersabda:
Jauhilah api neraka, walau hanya dengan bersedekah sebiji kurma. Jika kamu tidak punya, maka bisa dengan kalimah thayyibah” [HR. Bukhari dan Muslim]
7. Melalui Jambatan Siratal Mustaqim Dengan Cepat
Siratal Mustaqim yang tidak ramai berjaya harungi akan menjadi lebih mudah kepada pemberi sedekah. Lalu janganlah kedekut kerana dengan berdekah akan menjadi pembantu dan penolong kita di hari akhir nanti.
8. Menambah Rezeki dan Kekayaan
Jangan sesekali bimbang akan berkurangnya rezeki kerana memberi sedekah kepada orang lain. Sesungguhnya dengan bersedekah akan meluaskan dan membukakan pintu rezeki kepada kita. Sabda Baginda;
“Tidak akan berkurang rezeki orang yang bersedekah, kecuali bertambah, bertambah dan bertambah.”
Ads
9. Amalan Yang Tidak Putus Sampai Mati
Sedekah juga merupakan amalan yang pahalanya berpanjangan sehingga meninggal dunia. Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
“Apabila anak cucu Adam itu mati, maka terputuslah semua amalnya, kecuali tiga perkara iaitu: sedekah jariah, anak yang sholeh yang memohonkan ampunan untuknya (Ibu dan bapanya) dan ilmu yang berguna setelahnya.”
10. Memanjangkan Umur
Seungguh indah dan ajaib amalan bersedekah ini sehinggakan Nabi s.a.w bersabda bahawa dengan bersedekah dapat memanjangkan umur pemberi sedekah itu.
“Sesungguhnya sedekahnya orang muslim itu dapat menambah umurnya, dapat mencegah kematian yang buruk, Allah akan menghilangkan darinya sifat sombong, kefakiran dan sifat bangga pada diri sendiri.”
Hadis Riwayat Thabrani
11. Mengubati Penyakit
Dengan bersedekah seikhlas hati dapat menyembuhkan penyakit-penyakit orang yang bersedekah itu, kerana sedekah itu dapat membersihkan hati dan fikiran. Namun semua itu adalah dengan izin Allah s.w.t. Baginda bersabda;
“Ubatilah orang-orang yang sakit di antara kalian dengan bersedekah.”
12. Menghindarkan Dari Segala Bala Dan Bahaya
Sedekah juga sebagai penolak bala, musibah serta kejahatan terhadap pemberi sedekah.
Rasulullah s.a.w bersabda:
“Bersegeralah untuk bersedekah. Kerana musibah dan bencana tidak bisa mendahului sedekah.” Sesungguhnya sangat besar ganjaran yang Allah s.w.t berikan kepada hamba-Nya yang bersedekah.
Sungguh banyak keutamaan yang akan diperoleh mukmin yang gemar bersedakah ini. Oleh itu, janganlah berkira-berkira untuk memberi sedikit rezeki kita kepada golongan memerlukan. Hulurkanlah sedikit bantuan dengan kudrat yang ada, paling mudah dan ringan senyumlah kerana sombong itu sifat yang tidak disukai Allah bahkan menjauhkan punca rezeki. Untuk itu, keluarkan sedikit harta untuk bersedekah, agar Allah memberikan kita janji-janji mulia tersebut.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Retinol adalah bahan penjagaan kulit yang tidak perlu diperkenalkan. Anda mungkin sudah mengetahui faedah yang ditawarkannya.
Keajaiban pada garis halus dan kedutan, hingga memperbaiki tekstur kulit, mengurangkan parut dan liang yang membesar. Ia juga bagus untuk mereka yang mempunyai jerawat.
Apa itu retinol?
Ini adalah salah satu ramuan penjagaan kulit yang paling berkesan di luar sana … “Retinol dipuji kerana terbukti secara perubatan dan saintifik keupayaan untuk mempercepat kitaran sel kulit ” katanya pakar.
Bilakah harus mula menggunakan retinol?
Secara teori, anda boleh mula menggunakan retinol pada pertengahan hingga akhir 20-an. Pencegahan lebih awal lebih baik daripada mengubatinya, tetapi jelas jika anda berusia di bawah 25 tahun, anda mungkin tidak memerlukannya.
Cara memilih retinol?
Terdapat variasi retinol dan juga kekuatan yang berbeza. Sekiranya anda baru bermula, harus menggunakan peratusan yang rendah. La Roche-Posay Redermic R, adalah titik permulaan yang sempurna kerana hanya mengandungi 0.3%, ia juga merupakan pilihan yang baik untuk individu yang mempunyai kulit sensitif. Retinoid Granaktif Biasa 2% di Squalane juga merupakan pesaing baru untuk pemula, dan ia sangat berpatutan.
Sekiranya anda pengguna retinol yang kuat, Medik8 Crystal Retinal 3 adalah pilihan yang bagus. Salah satu formula terkuat di luar Sunday Riley’s A + High-Dose Retinoid Serum adalah serum supercharged yang sangat kuat yang akan memberikan hasil yang pantas.
Bagaimana menggunakan retinol?
Sapukan pada waktu malam dan elakkan mencampurkannya dengan bahan penjagaan kulit aktif yang lain. Ia boleh dilapisi dengan asid hyaluronik, tetapi cuba meminimumkan mencampurkannya dengan banyak produk.
Apakah terdapat kesan sampingan?
Malangnya, retinol mempunyai beberapa kesan sampingan, walaupun ini dapat dikurangkan dengan memilih formula yang tepat untuk jenis kulit anda dan menggunakannya dengan betul. Anda harus selalu memasukkan retinol ke dalam rutin penjagaan kulit pada awalnya, kemudian tambahkankan perlahan-lahan kerana kulit anda menjadi lebih toleran.
Mulailah menggunakannya beberapa kali seminggu dalam dos yang lebih kecil. Apabila anda mula melihat hasil dan kurang kerengsaan, terus tingkatkan peratusannya, tetapi ini mesti dilakukan dari masa ke masa. Penggunaan retinol yang berlebihan boleh menyebabkan kemerahan, kepekaan dan pengelupasan. Perlu diingat bahawa semasa menggunakan produk yang mengandungi retinol, anda perlu menggunakan pelindung matahari setiap hari.
Ini adalah senarai formula retinol yang terbaik digunakan
Jika anda bukan pengguna retinol biasa, ini bukan perkara yang perlu dilakukan. Formula pro-kekuatan yang dikuasakan oleh retinoid 5%, retinol 1% liposomal-encapsulated dan 0,5% alga biru-hijau, memasukkan ini ke dalam rutin anda setelah anda tetap setia pada peratusan yang lebih rendah sekurang-kurangnya beberapa minggu. Ia sangat berkesan sehingga mengharapkan hasil yang serius dalam jangka waktu yang singkat.
Ini adalah jenama yang boleh dipercayai keberkesanannya, sesuatu yang ingin mereka buktikan ketika meningkatkan formula retinol ke formula baru yang disebut ‘Granactive Retinoid’. Berbanding dengan tawaran lama, Granactive Retinoid memberikan hasil yang lebih baik terhadap tanda-tanda penuaan tanpa memburukkan kulit.
Boleh dikatakan pelancaran penjagaan kulit yang paling hiped, Krim Retinol A-Passioni Drunk Elephant adalah grail suci untuk kulit yang reaktif. Seperti semua produk mereka, anda tidak akan menemui apa-apayang ‘mencurigakan 6’, (SLS, wangian, pewarna, minyak pati, skrin kimia, pengeringan alkohol, silikon dan SLS) di sini. Sebaliknya, retinol 1% mereka telah diadun dengan ekstrak botani yang menenangkan, markisa, kangkung, aprikot dan ceri. Ia juga penuh dengan peptida dan asid lemak yang kuat, membantu mempercepat pembaharuan permukaan, meningkatkan kolagen dan meningkatkan kulit penuaan. Tandakan, tandakan, tandakan.
4. La Roche-Posay Redermic [R] Anti-Wrinkle Retinol Treatment
Sesuai untuk pengguna kali pertama, krim ini mengandungi 0.3% retinol tidak akan membuat wajah anda kemerahan. Seperti semua formula minimalis La Roche-Posay, ini dibuat dengan mempertimbangkan kulit sensitif dan bebas dari bahan pengawet, pewangi, pewarna, atau paraben. Perlu diingat betapa harganya berpatutan juga.
5. Olay Retinol24 Night Serum With Retinol & Vitamin B3
Salah satu serum retinol terbaik dan bernasib baik. Serum Malam Retinol24 Olay dikemas dengan kompleks retinoid yang kuat dan vitamin B3 (Niacinamide), memungkinkan untuk membantu melicinkan garis-garis halus & kedutan, mengurangkan tekstur kulit, memperbaiki kecerahan dan memudarkan bintik-bintik gelap. Formulanya juga sangat menghidratkan, jadi harap dapat melihat peningkatan segera kerana kulit mendapat kelembapan maksima.
Pixi melabel rangkaian penjagaan kulit mereka sebagai ‘rawatan kulit’. Kolagen, retinol dan niacinamide dalam kumpulan formula ini bersama-sama untuk membantu kulit anda kelihatan lebih anjal. Serum ini memperbaiki warna dan tekstur kulit dengan kandungan niacinamide.
Dalam soal ramuan, Paula’s Choice adalah jenama yang boleh anda percayai. Retinol Booster 1% nya telah dirancang dengan bijak sehingga anda dapat menambahkannya ke dalam pelembap yang sudah anda gunakan, dengan segera mengubahnya menjadi formula anti-penuaan. Pastikan anda membaca panduan retinol kami terlebih dahulu.
Minyak wajah kaya retinol Sunday Riley adalah kekuatan yang harus diperhitungkan. Dikemas penuh dengan ekstrak anti-inflamasi untuk menenangkan dan menenangkan, ia berfungsi dengan hebat pada keadaan seperti jerawat, rosacea, eksim dan psoriasis serta memberikan semua faedah anti-penuaan yang biasa dari retinoid.
Minyak ajaib menghapuskan kedutan dilekatkan dalam kapsul serum, ini adalah impian jika anda selalu dalam perjalanan. Pod kedap udara untuk penggunaan tunggal mengekalkan potensi, menjadikannya 76% lebih kuat daripada retinol yang tidak dikemas, sementara ceramida menghidrat mencegah kekeringan.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Malam Anugerah Juara Lagu ke 36 berlangsung dengan begitu meriah semalam menyaksikan barisan artis berentap hebat beraksi di pentas berprestij itu. Bukan hanya sekadar susunan muzik, irama lagu serta lantunan vokal yang mantap, malah penggayaan busana yang disarungkan oleh setiap penyanyi yang berentap jua menjadi tumpuan ramai dalam menyerikan lagi AJL-36.
Antara gaya fesyen yang menjadi pilihan team Hijabista pada malam gemilang AJL-36 semalam ialah Siti Nordiana, Bunga Isme & Noraniza Idris serta Aina Abdul. Bukan sahaja susunan muzik yang mantap dan memukau, busana yang digayakan juga turut menjadikan seluruh persembahan kelihatan begitu sempurna!
“Malam ni Nana cantik sangat…”
Meskipun tidak membawa pulang sebarang trofi, namun Siti Nordiana tetap tampak mewah dalam sebuah persalinan gaun berwarna emas menyeliputi dirinya yang membangkitkan sedikit elemen padang pasir ataupun ‘Cleopatra’. Meskipun berhijab, namun gaya fesyen penyanyi Siti Nordiana ini sudah cukup sempurna dengan memberi efek yang begitu eksklusif apabila pancaran cahaya lampu pentas menyuluhi dirinya yang menyanyi solo di atas pentas AJL-36 itu. Auranya sendiri sudah menghantui keseluruhan pentas semalam!
Pereka fesyen yang menggalas tanggungjawab menghasilkan rekaan ini bijak dalam permainan ‘less is more’ dengan hanya memberi sentuhan perincian manik pada bahagian dalam serta di bahagian pinggang untuk memberi elemen kesempurnaan busana ini. Apa-apapun, yang paling mahal dalam rekaan ini ialah teknik ‘drapping’ nya yang kelihatan begitu cantik terbentuk terutamanya dibahagian bahu penyanyi ini.
“Comelnya Bunga, welcome back Kak Ani…”
Ternyata, netizen bersetuju untuk mengatakan penyanyi rap Bunga kelihatan begitu comel semalam dengan padanan warna ungu bersama dengan penyanyi popular Noraniza Idris. Tema warna ungu yang dipilih oleh pihak penaja dari jenama produk kecantikan, NOIR amat menyerlahkan kejelitaan kedua-dua anak seni ini serta menjadikan keseluruhan malam AJL-36 nampak lebih meriah!
Bunga yang kelihatan selesa dan santai menyarungkan busana dari fabrik songket ini tampak seperti Puteri Melayu klasik sambil ditambah pula dengan ‘headgear’ bunga menjadikan Bunga paling comel di pentas berprestij itu. ‘Headgear’ itu juga seolah menginterpretasi sinonim panggilan Bunga untuk dirinya. Rekaan yang persis kebaya itu juga amat sesuai dengan tema lagu Intan Payung yang dibawanya, yang lebih berkonsepkan pop tradisional.
Sama juga seperti penyanyi yang tidak asing lagi dalam dunia etnik kreatif ataupun tradisional, Noraniza Idris, tampil menawan dengan gaun seakan ‘princess’ dalam rona ungu gelap. Fabrik songket juga turut digunakan sebagai penyeri gaun yang digayakan untuk menaikkan lagi unsur tradisional lagu Intan Payung. Pastinya ramai yang teruja dengan kehadiran Noraniza Idris pada malam gemilang AJL-36 semalam.
“Aina Abdul tak pernah mengecewakan!”
Sebut sahaja nama penyanyi Aina Abdul, pasti ramai yang tertunggu-tunggu untuk melihat rekaan busana yang akan disarungkan oleh penyanyi ini apabila setiap kali membuat persembahan. Aina Abdul bukan sahaja seorang penyanyi yang bersuara lunak, malah dia berani untuk menggayakan gaya fesyen yang berbeza dan unik sehingga mencipta epik dalam karier seninya.
Berjaya membawa pulang trofi Vokal Terbaik serta Penyanyi Pilihan Popular di AJL-36 semalam, Aina Abdul masih lagi pemenang untuk gaya fesyen terbaik di pentas berprestij itu. Lihat saja rekaan busana yang dihasilkan oleh pereka tempatan Melinda Looi untuk lagu duet bersama Khai Bahar, Nafas Cinta, itu sahaja sudah cukup untuk Aina Abdul menjadi topik utama serta menjadi tumpuan lensa kamera pada malam semalam. Biarpun sarat dengan perincian bunga, daun dan ranting, seakan-akan mencedok inspirasi dari filem fantasi Alice In Wonderland, namun rekaan avant-garde itu sudah pun menjadi sebuah simbol ikon fesyen bagi penyanyi Aina Abdul sendiri!
Malah, penampilan kedua Aina untuk lagu Sepi juga turut memukau pandangan ramai apabila busana rekaan Tengku Syahmi yang sarat dengan warna keemasan menyinari pentas AJL-36. Tiada kata yang mampu diucap kerana rekaannya begitu mewah dan eksklusif. Rata-rata peminatnya juga turut teruja dan tersenyum lebar apabila melihat artis kesayangan mereka itu sekali gus menjuarai label ikon fesyen pada malam penuh gemilang itu! Meskipun ada yang menyamakan rekaan emas itu seperti trofi Anugerah Oscar atau Grammys, namun, sudah terang lagi bersuluh, Aina Abdul ialah seorang artis yang berani bereksperimentasi untuk menjiwai diri bersama dengan nukilan lagunya sendiri! Syabas Aina!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Minggu lalu, penulis dijemput khas untuk menghadiri jamuan minum petang bersama penyanyi nombor satu negara ini. Dalam suasana penuh eksklusif yang mengumpulkan media dan juga pempengaruh media sosial di ibu kota itu, mata dijamu dengan koleksi terkini lebaran 2022 jenama perhiasan kemas Swarovski.
Majlis yang diadakan di hotel bertaraf lima bintang ini merupakan simbolik kepada pengumuman Datuk Seri Siti Nurhaliza sebagai wajah kepada koleksi lebaran ini. Siapa sangka selepas Neelofa yang sebelum ini selama beberapa tahun menerajui sebagai wajah kempen jenama ini di Malaysia, kini baton diserahkan kepada wanita anggun berusia 43 tahun ini pula.
Memeriahkan suasana petang itu Datuk Seri Siti Nurhaliza turut memeriahkan suasana dengan alunan dua buah lagu bertajuk Can’t Take My Eyes of You dan lagu berhantunya, Aku Cinta Padamu. Tetamu yang hadir semuanya terbuai dengan suara merdu beliau.
Menjawab soalan dalam sesi soal jawab, ibu kepada dua cahaya mata ini berkongsi perihal pemilihannya sebagai wajah kepada kempen lebaran Swarovski 2022 sehinggalah kisah lebaran.
“Ini adalah satu peluang yang amat baik untuk diri saya, untuk terus melebarkan lagi kerjaya saya. Sebagai seorang wanita perhiasan kemas adalah sesuatu yang begitu dekat dengan jiwa saya. Sebenarnya sebelum jadi duta untuk koleksi lebaran ini pun, saya memang penggemar jenama Swarovski dan saya antara pembeli tegar. Harganya sangat berpatutan dan datang dalam pelbagai koleksi, rekaannya sangat-sangat cantik,” kongsinya menyatakan perasaan apabila dilantik sebagai wajah baharu untuk koleksi lebaran.
Setiap wanita mesti ada aksesori kegemaran yang selalu digayakan, begitu juga dengan Datuk Seri Siti Nurhaliza. “Kalau perhiasan kemas saya mesti pakai cincin dan gelang untuk melengkapkan gaya. Selain itu kerongsang juga akan saya pakai sebab saya berhijab, jadi kerongsang menarik akan melengkapkan penampilan saya,” jawabnya soal perhiasan kemas apabila ditanya oleh hos.
Kongsi beliau tentang lebaran tahun ini,“Kalau bercakap soal kenangan lebaran, pastinya kenangan berkumpul dengan adik beradik, dan apabila saya bergelar selebriti pastinya saya ada ramai peminat yang mahu berkumpul dan beraya bersama saya. Sambutan raya tahun ini paling istimewa kerana kita sudah berada di fasa endemik dan saya pasti apa yang paling saya nantikan adalah berjumpa dengan keluarga, sahabat dan peminat untuk meraikan hari raya.”
Berbicara tentang koleksi lebaran ini, Swarovski memperkenalkan pilihan rekaannya yang berharga untuk Hari Raya, dengan gelang, cincin dan rantai. Setiap satu menjadi aksesori yang sempurna untuk mencipta satu statement fesyen menarik.
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Pada 10 Februari lalu genaplah usia usahawan, pelakon dan pengacara terkenal Neelofa yang ke-36 tahun.Masih belum terlambat untuk Hijabista titipkan ucapan selamat ulang tahun...