Kesibukan ke tempat kerja setiap pagi membuatkan hijabi tidak ada masa untuk bersiap lebih sempurna. Malah kadang-kadang tudung juga tidak sempat digayakan mengikut trend terkini. Janji boleh sarung dan gaya itu akan berkekalan dari pagi hinggalah waktu untuk balik kerja. Sebenarnya tidak susah untuk menggayakan stail tudung yang diimpikan. Hanya dengan sehelai selendang dengan sedikit kreativiti gaya anda mampu kelihatan stailo dan menarik. Ayuh Hijabista kongsikan tutorial hijab tanpa menggunakan banyak pin tetapi tetap terampil kemas dan stailo.
Nama, Noor Faezah Md Elai atau Faezah Elai mula melonjak naik dalam industri hiburan tanah air sejak membintangi drama slot Akasia di TV3 yang berjudul Sutera Maya. Meski pembabitan seninya tidak lagi seaktif dulu, namun penampilan ibu kepada lima cahaya mata ini sering menjadi sorotan dan meraih perhatian!
Sehubungan itu, Pelakon Faezah Elai sememangnya menekankan setiap pemakaian yang digayakan olehnya. Malah, jelasnya makna sebenar fesyen itu terletak pada penampilan setiap individu yang menggayakannya.
Tegasnya lagi, fesyen tidak hanya berladaskan pada sebuah penjenamaan semata-mata, sebaliknya keserasian dan keselesaan pemakai ketika berfesyen adalah antara perkara yang perlu diutamakan.
Bintang jelita anak jati kelahiran Pulau Mutiara ini, turut mempunyai sudut pandang sendiri mengenai cara berpakaian, berfesyen dan menutup aurat.
“Satu perkara yang saya fahami tentang fesyen adalah, ia tidak terletak pada jenama. Anda tidak perlu menyandarkan fesyen pada jenama seperti Prada, Chanel atau Louis Vuitton untuk kelihatan ‘Fashionable’, tetapi semuanya tertakluk bagaimana anda menggayakanya.
“Fesyen bermakna selesa dan berkeyakinan.. Tapi sedih bilamana pemahaman orang kita tentang fesyen, sampai orang luar tengok, keliru yang menggayakan fesyen itu beragama apa.
“Saya tak bermaksud bila berfesyen perlu menggayakan tudung labuh, pakai jubah, pakai seluar atau skirt, sebab saya tidak menilai orang dari apa yang mereka pakai.
“Islamnya seseorang itu terletak pada Rukun Islamnya, bukan baju dia. Kalau semua tutup aurat sekalipun hingga nampak mata saja.
“Tapi Rukun Islam pun tak penah buat, yang tu bukan islam, setakat pakai jubah dan tudung labuh ke lutut, perempuan arab yang bukan islam pun pakai yang sama,” kongsinya.
Dalam pada itu, Faezah, 38, turut mengajak orang ramai untuk istiqamah berhijab dengan cara yang sempurna dan mematuhi syariah.
“Cuma, untuk yang bertudung tu, bila orang tengok, orang tau hang tu Islam.. tak kisah lah hang lilit tudung macam mana pun.
“Contoh macam sis, walaupun sis macam Jessica Alba, tapi memang semua tau dah sis Muslim. Kalau Trumph tengok, dia tembak terus. Walaupun langsung tak sempurna cara sis tutup aurat..
“You know what I mean? Jangan salah faham pulak.. Don’t manipulate my words okay.. Moga kita terus istiqamah,” akhirinya.
Untuk rekod, Faezah Elai mula yang mula berhijab sekitar tahun 2015 dan sehingga kini Faezah Elai amat menitikberatkan soal penampilan agar selari dengan imejnya sebagai seorang muslimah.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari Media Hiburan
Permulaan setiap manusia adalah pada saat seorang ibu yang melahirkan. Peritnya mereka itu tidak terhingga, bahkan, sukar untuk dibayangkan momen yang mendebarkan itu.
Begitu juga bagi mereka yang masih tertanya-tanya bagaimana keadaan sebenarnya saat mengandung. Soalan ini banyak di tujukan pada Elfira Loy dan ini jawapannya…
Sudah sedia maklum pelakon terkenal tanah air, Elfira Loy, selamat melahirkan anak keduanya pada 20 Mei yang lalu. Ramai yang memberikan sokongan buatnya serta keluarga kerana dikurniakan lagi cahaya mata.
Bukan sahaja pelakon berumur 28 itu berkongsi melalui teks malah dia juga memuatnaik video di laman sosial medianya untuk visual yang jelas. Di dalam video itu, Elfira sudah pun berada dalam bilik bersalin dan siap sedia untuk melahirkan cahaya matanya yang kedua, Nut Aria Mikayla.
“Ramai minta tip untuk push, Alhamdulillah Allah SWT permudahkan untuk El dengan bantuan bidan Puan Sharifah,
“Daripada video ini anda boleh dengar sendiri cara bidan terangkan apa yang perlu dilakukan sebelum meneran,” ujarnya.
Meskipun sudah 6 bulan berlalu, masih ada lagi yang tertanya-tanya bagaimana keadaan ketika bersalin itu kerana ramai bakal ibu yang mengikutinya. Elfira tidak teragak untuk menjawab kerana ia merupakan pengalamannya buat kali kedua.
Pada masa yang sama, Elfira juga menjelaskan segala proses yang perlu dilaluinya ketika bersalin. Dia turut mendedahkan bahawa suntikan epdural juga diberikan untuk mengurangkan rasa sakit.
Elfira juga memaklumkan dia pernah mengambil juga suntikan itu saat melahirkan anak sulungya, Muhammad Rayyan Khalaf. Jadi dia tidak khuatir untuk melakukannya buat kali kedua.
“El ingin kongsi juga untuk kehamilan kedua ini, El ada ambil epidural sebab kita induced the baby…sebab mengikut pengalaman sebelum ini, kontraksi ada tapi bukaan lambat dan El dah tak tahan sakit berhari-hari tapi masih bukaan 2cm,
“Tapi bila bukaan dah hampir 6cm, El dah kurangkan dos epidural sebab kesan dia untuk El kali ini, rasa lebih penat dan macam tidak boleh bernafas,” katanya lagi.
Bukan sahaja detik cemas itu menjadi pehatian orang ramai, malah, reaksi wajah Elfira yang tenang membuatkan ramai yang tertanya tidakkah dia berasa sakit? Elfira jelaskan mengapa dia masih tersenyum oleh kerana mendapat support daripada bidan di hospital.
“Dalam klip ini, anda ada nampak El senyum…senyum sebab bidan dah pesan; ‘kalau muka buruk, salahlah teran tu.’,
“Punyalah takut, rupanya tersenyum saya. Masa itu tak perasan pun senyum, cuma ‘control‘ sahaja,” katanya lagi.
Ulas Elfira, jika mimik muka berubah buruk maksudnya teknik itu salah dilakukannya. Maka, ia sangat memainkan peranan untuk memudahkan urusan bersalin.
Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid atau Mawar Rashid merupakan figura wanita tabah yang membesarkan tiga orang cahaya mata sendirian, setelah mengumumkan berpisah dengan bekas suami, Raf Yaakob pada November tahun lalu.
Tak dinafikan Mawar Rashid memiliki wajah cantik dan peribadi yang baik. Malah, Mawar disifatkan sebagai seorang wanita yang mesra dan tak lokek dengan senyuman. Selain itu, Mawar dilihat cukup akrab dengan ibu tersayang iaitu Marinee Abdullah atau disapa dengan panggilan Abai.
Setiap posting Mawar di media sosial, pasti ada momen jelitawan ini di samping Abai. Bahkan peminat tersentuh dengan cara wanita ini menghargai ibu tersayang, meski dia juga kini sudah bergelar ibu kepada tiga anak.
Menelusuri latar belakang Mawar, ibu kepada Raden Muhammad, Raden Seri Rosabella Cinta, dan Raden Seri Riyanna Sayang ini sebenarnya mempunyai darah keturunan Melayu-Siam.
HIJABISTA difahamkan ibu Mawar, berasal dari Chiang Mai, Thailand sebelum berkahwin dengan ayahnya iaitu Wan Abdul Rashid yang meninggal dunia ketika Mawar masih kecil.
Meskipun ibu Mawar kini sudah berumah tangga sekali lagi, bersama sahabat karib jejaka asal Brunei, namun Abai sentiasa berada di sisi Mawar dalam keadaan susah mahupun senang.
Pada tahun 2020, usahawan Mawarose ini pernah membawa ibunya mengerjakan ibadah umrah di Tanah Suci dan mengagumi kekuatan insan istimewa ini sepanjang membesarkan dirinya.
“Abai (Mummy), adik nak minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki kalau adik ada terbuat salah dengan Abai. Kalau adik ada terkasar, kalau adik ada buat Abai kecik hati. Abai memang the best mom, the best grandmother..
“Adik tak dapat balas jasa Abai terlalu besar. Adik hanya boleh berusaha sebaik-baiknya untuk bagi kesenangan kat Abai. Adik tak nak terlambat cause I love you so much. And Abai dah banyak guna tenaga Abai untuk anak-anak sampailah sekarang.
“Abai tolong jaga semua cucu-cucu Abai, termasuklah Rafael. Sampai sakit pinggang Abai. Abai memang satu dalam sejuta Abai. Abai baik dengan semua orang, selalu nak masakkan bagi orang, selalu nak tolong orang, pemurah, sangat lembut dengan orang, sangat rendah diri, sangat bijak, sangat rajin, sangat CEKAL.
I wanna be like you. Tu pun tak tahu mampu ke tak sebab tu adik selalu panggil Abai bidadari sebab Abai terlampau baik dengan anak-anak, cucu-cucu, keluarga dan semua orang! I love you so much Abai. Doakan bisnes Mawarose berjaya Abai,” titip Mawar di Instagram miliknya.
Untuk rekod, Mawar Rashid berkahwin dengan Raden Ahmad Faizal Yaakob yang juga adik kepada selebriti popular Dato’ Fadzley Yaakob pada 9 November 2017. Bagaimanapun jodoh mereka putus ditengah jalan apabila sah bercerai pada November tahun lalu.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata Raden Muhammad, Raden Seri Rosabella Cinta, dan Raden Seri Riyanna Sayang.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari NONA
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.