Tarikh 11 Januari cukup bermakna buat penyanyi nombor 1 negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza. Pada tanggal inilah hari kelahirannya dan ramai peminat turut teruja menantikan sambutan hari kelahiran penyanyi dari Pahang ini. Hampir 23 tahun berada dalam industri ini, ternyata beliau tetap menjadi kesayangan semua peminatnya. Beliau bukan sahaja cantik, jelita tetapi juga bijak dalam menjaga penampilan. Bak kata pepatah sedap mata memandang.
Selain menjadikan ibunya, sebagai sumber inspirasi untuk memacu kejayaan, Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PBBM) yang juga Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman turut melihat penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sebagai idolanya. Bukan penampilan penyanyi berhijab ini sahaja yang beliau gemar lihat, tetapi juga turut mengagumi personaliti Datin Norjuma dan juga Neelofa.
“Bagi saya mereka ini sangat powerful dalam bidang masing-masing. Saya tidak menolak jika jodoh dengan wanita berhijab satu hari nanti, tetapi saya tidak mahu melihat hanya kerana paras rupa sahaja.
“Saya melihat secara holistik dan paling penting adalah inti pati dan jati dirinya. Bagi saya sikap itu jauh lebih penting dan itu adalah kriteria utama jika bertemu jodoh satu hari nanti.
“Saya tidak mahu melihat hanya berdasarkan gaya pemakaian seseorng itu sahaja. Contohnya ibu saya dulu juga adalah seorang wanita yang tidak berhijab, tetapi jati diri dan sikapnya sangat baik. Dan apabila ibu sudah berhijab, sikapnya itu tetap berkekalan.
“Jadi bagi saya, saya melihat bukan hanya kerana pemakaiannya pada masa tersebut tetapi lebih kepada sikap dan jati dirinya ketika itu,” ujar YB Syed Saddiq ketika ditanya pandangannya mengenai wanita berhijab.
Namun menurutnya, walau pun suka pada wanita berhijab tetapi bukanlah bermaksud beliau mengkritik mereka yang tidak berhijab.
Bagi beliau, wanita itu merupakan tulang belakang negara dan kejayaan lelaki itu juga terletak pada wanita yang bersama dengannya.
Sejak menang dalam pilihan raya yang lalu, populariti juara debat asia ini semakin menjadi trending. Setiap hari ada sahaja berita mengenai beliau disiarkan di medium laman sosial.
Malah gambarnya bersama seorang wanita berhijab yang dikenali sebagai Salmah Jones baru-baru ini juga menjadi viral kerana dikatakan itu adalah teman wanitanya dan dikatakan mahu berkahwin.
Susulan itu, Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ini muncul memberi kenyataan berkaitan isu foto tersebut menerusi akaun media sosialnya miliknya, awal pagi Isnin lalu.
“Mak cakap memandangkan kita dalam semangat demokrasi telus, kena ada sistem tender terbuka di mana mak saya akan menjadi penentunya. Mak masih lucu!,” tulisnya.
VIDEO PENUH DI SINI
KREDIT FOTO: INSTAGRAM SYED SADDIQ, CTDK, AIDIJUMA & NEELOFA
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Pastinya untuk pulihkan kulit wajah daripada masalah breakout mengambil masa yang agak lama. Apatah lagi jika perlu bereksperimen dengan beberapa produk agar dapat betul-betul yang sesuai dengan wajah.
Kita mesti pernah mencuba produk yang dicadangkan oleh pengguna di internet. Tapi kadang kala kita juga terfikir mengapa produk itu berkesan pada orang lain tapi bukan pada kita. Mesti situasi seperti ini pernah terjadikan pada kita?
Jika hijabi pernah mengalami situasi seperti itu, cuba baca penerangan oleh Billie Kim di Facebook ini. Dia telah menjelaskan mengapa sesetengah produk itu tidak berkesan pada kita walhal elok sahaja digunakan oleh orang lain.
Setiap orang mempunyai ragam kulit yang berbeza, adakala kita sangka produk mahal boleh selesaikan semua masalah kulit wajah, ternyata sangkaan itu salah. Tepis segala septikal produk kecantikan mahal dan mampu milik, apa yang penting jalani ujian kulit dan minta cadangan pakar. Produk viral mungkin menjadi pada kulit si pemilik yang review tapi mungkin bukan anda. Jom lihat apa yang lelaki ini lakukan:
Biarpun figura yang satu ini seorang wanita, namun popularitinya setaraf dengan ustaz selebriti seperti Ustaz Don, Imam Muda Asyraf ataupun Pu Azman. Siapa tidak kenal dengan Ustazah Datuk Dr. Norhafizah Musa, 43 tahun yang sering berkongsi ilmunya melalui dakwah di media sosial. Sikapnya yang lembut dan mesra menjadikan dirinya dikenali ramai. Baru-baru ini beliau membuktikan usia bukan penghalang untuknya menggengam ijazah Doktor Falsafah (PhD), malah ibu kepada tujuh anak ini juga membuktikan kesibukan menguruskan segala-galanya tidak menghalang untuknya mengecap kejayaan.
Inilah yang dikatakan beauty with brain kerana memberi semangat kepada hijabi di luar sana untuk mengecap kejayaan walaupun sudah mempunyai anak.
Kejayaannya yang jadi inspirasi buat wanita di luar sana telah dikongsi oleh pemilik akaun facebook Nurul Husna Kamarudin di laman sosial facebook miliknya.
Ternyata posting ditulis mendapat respon positif dari netizen apabila mendapat butang like 15 ribu dan share pula hampir 8 ribu.
Rata-rata cukup bangga dengan kejayaan dikecapi. Bukan sahaja memiliki wajah cantik, tetapi juga bijak menguruskan segala-galanya termasuk urusan rumah tangga sementelah dikurniakan anak-anak yang semakin meningkat dewasa.
Tahniah Ustazah Dato Dr Norhafizah Musa.
Inilah indikasi contoh terbaek untuk seorang “beauty with brain”.
Orang yang serba cantik raut wajah dan akhlaknya. Santun butir bicara dan lontaran katanya. Indah pakaian dan sejuk mata memandang. Beliau sepatutnya di jadikan idola seluruh muslimah Malaysia.
Ustazah Dato Dr Norhafizah Musa ni memang buat saya rasa inspired sangat nak berjaya macam dia. Even dia dah kaya dan femes dan ada Dato dah pun, tapi still dia spend time and effort unt PhD. PhD ni semua orang tahu bukan benda mudah. Bukan celik celik bangun pergi kelas ambil exam, siap. Bukan. PhD ni macam kena validate knowledge, invent new stand, prove knowledge and provide conceptual and theoretical framework untuk kajian tu.
Mudah kata memang bukan benda mudah. PhD ni bukan kena pandai je, tapi kena ada usaha dan semangat menuntut ilmu yang tinggi. Beliau; yang dah berilmu pun masih tak berhenti menuntut ilmu. Kita pun haris mencontohi beliau. Bekerja keras untuk belajar ilmu terutama ilmu agama; secara langsung (sampai PhD) mahupun secara tak langsung (hadiri kuliah/majlis agama). Semangat menuntut ilmu nak jadi “beauty with brain”.
Tahniah Ustazah. Semoga ilmu dan tauliah yang dicapai dapat menambah ‘power’ dalam dakwah Ustazah. Semoga Allah meredhai perjuangan ustazah.
Percayalah, tak sikit yang beliau berkorban untuk berada di tempat beliau sekarang. Dengan izin Allah, beliau menempa kejayaan demi kejayaan. Semoga terus sukses.
Dan semoga kita, muslimah; sentiasa berusaha untuk tambah ilmu pengetahuan (taksemestinya belajar PhD), sentiasa berusaha nak majukan diri, tak jadi pemalas yang pilih untuk goyang kaki.
Semoga kita, muslimah; tak ambil mudah dengan peranan seorang Wanita. Wanita ni “power” dia besar tau. Sebab dia yang akan didik anak dia. Dia pintu syurga anak dia. So kalo baek wanita tu, insya Allah baeklah generasi hasil didikannya. Jadi nak taknak, kena lengkapkan diri dengan ilmu agama sebaiknya dan kemahiran-kemahiran yang berguna juga.
Begitulah perempuan. Harganya bukan pada kecantikan mahupun pada hartanya. Tapi harga seorang wanita adalah pada hati dan fikirannya. Hatinya yang baik dan penyayang. Hatinya yang jernih dan penyabar. Fikirannya yang tajam dan berilmu. Dari hati dan fikiran yang baek; lahirlah akhlak yang mulia. Disitulah letaknya harga seorang wanita. Bukan pada cantik, bukan dengan pandai bergaya, bukan dengan harta mahupun kekayaan.
Tapi Percayalah, dengan agama, akhlak dan ilmu; seorang wanita akan jadi wanita yang paling cantik dan kaya.
Apa sebenarnya yang kita cari dalam hidup ini selain Redha Tuhan akan kita? Apa yang kita cari dalam dunia ini selain keberkatan? Apa lagi yang kita mahu selain merasa senang dan sejuk hati memandang pasangan dan anak-anak kita? Itulah syurga dunia.
Wanita solehah ni digambarkan adalah sebaik-baik perhiasan. Semoga kita berjaya menjadi dan mendidik wanita solehah.
Dari rahim seorang ibu yang solehahlah akan lahir benih zuriat yang baik. Semoga kita sentiasa berusaha untuk itu.
Begitulah kehidupan. Kalo jadi manusia, jadilah manusia yang banyak memberi manfaat buat masyarakat. Hidup adalah perjalanan menuju akhirat.
Buat semua muslimah yang berhajat menjadi “beauty with brain”, semoga all the forces be with you.
Semoga berbanggalah ibu ayah kerana mempunyai anak yang berilmu, cantik akhlak dan peribadinya.
Semoga beruntunglah suami yang memiliki isteri yang menjadi gedung ilmu dalam rumahtangga dan besar manfaatnya buat masyarakat.
Semoga berbahagialah anak-anak yang diasuh seorang ibu yang salim agamanya dan mulia akhlaknya juga bersih hatinya.
Semoga bergembiralah seorang wanita yang di sayang Allah dan seluruh makhluknya kerana ketinggian ilmu, akhlak dan budinya. Dan semoga perempuan itu adalah KITA SEMUA. Amiiin.
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.