Semalam telah berlangsungnya satu anugerah berprestij iaitu Anugerah Juara Lagu ke-32 (AJL32) yang menyaksikan 12 penyanyi tanah air bertanding untuk merebut gelaran Juara Lagu. Hijabista sendiri akui para peserta yang terpilih ke pertandingan akhir hebat-hebat belaka dan saingan memang sengit.
Tahun ini menyaksikan lagu Jampi nyanyian Hael Husaini diangkat sebagai pemenang Anugerah Juara Lagu 32 (AJL32) yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil. Lagu Sejati nyanyian Azmi Caliph Busker berjaya mendapat tempat kedua manakala Tergantung Sepi nyanyian Haqiem Rusli berada di tempat ketiga.
Dengan tema Fesyen dan Muzik, AJL32 telah mendapat sambutan yang cukup meriah dihadiri barisan selebriti dan para tetamu yang cukup sporting. Bila tibanya anugerah, tentunya perkara yang paling ditunggu-tunggu adalah pakaian yang digayakan oleh selebriti. Inilah masa untuk melaram dan bergaya sakan di karpet merah.
Ayuh kita saksikan #OOTD 10 selebriti berhijab yang turut hadir memberi sokongan kepada para peserta pada Ahad lalu.
Sebaik melangsungkan pertunangan dengan jejaka pilihan hatinya, Elfira Loy nampaknya lebih sibuk dengan pelbagai aktiviti seni. Terbaru, dia dikatakan telah berkunjung ke AS untuk menghadiri satu acara di sana. Tetapi bila sampai di sana bukan itu sahaja yang terjadi, tetapi sebaliknya.
Di sana Elfira dikatakan telah berbelanja untuk produk kecantikan hingga jumlahnya mencecah RM10 ribu. Dia dikatakan tidak mampu menahan godaan dengan berbelanja sakan dalam hanya dalam tempoh satu jam.
Menurut tunangan kepada Sufian Suhaimi ini dia sebenarnya tidak menyangka membeli barangan solekan yang begitu banyak selepas tiba di kaunter pembayaran. Dia hanya ambil masa sejam untuk berbelanja sebanyak RM10 ribu. Dan apabila sampai di kaunter, dia tidak boleh patah balik dan hanya menerimanya sahaja.
Katanya lagi, ada barangan yang dibeli berharga agak tinggi antara RM600 hingga RM400 untuk setiap satu barangan. Dan ada beberapa barangan yang dibelinya berdasarkan apa yang disarankan dan pesanan oleh orang terdekat.
Elfira berkongsi perkara itu menerusi video yang dimuat naik di saluran YouTube, Twinkel TV yang kini mendapat lebih 225,000 tontonan. Macam biasalah, di kalangan netizen yang meninggalkan pelbagai komen mengatakan Elfira bersikap boros.
Walau apapun, Elfira sebenarnya sudah cukup cantik walaupun tanpa mengenakan mekap tebal. Tetapi biasalah naluri wanita yang memang sentiasa ingin bergaya dan berpenampilan cantik. Apatah lagi sebagai seorang public figure yang mahu sentiasa tampil menarik sepanjang masa.
Jom kita lihat #OOTD Elfira Loy yang memiliki follower sebanyak 3.8 juta ini tanpa mengenakan solekan tebal. Artis wanita kecil molek ini memang bijak sekali berselfie dan aksi yang digayakan sentiasa ceria, enjoy dan ‘happening’.
Sebut sahaja mengenai pilihan lagu k-pop pasti ramai yang meminatinya. Bukan sahaja kerana melodinya yang segar, malah tariannya juga menjadi kegilaan ramai sehinggakan ia mennjadi trend di aplikasi Tiktok. Nah, kami senaraikan pilihan lagu K-pop yang wajib didengari untuk menceriakan hari anda!
Mewah! Anda dinasihatkan untuk menonton sambil mendengan video muzik dari BTS ini kerana ia mampu membawa anda ke dimensi yang berbeza! Rentak dance pop menjadikan single terbaru kumpulan ini memecah rekod dalam sekelip mata. Rentak lagunya yang catchy serta miliki runut pop-techno pasti menjadi kegilaan ramai! Sudah pasti gaya tariannya yang cemerlang serta tangkas antara kunci mengapa single ini digilai ramai. Berbicara mengenai video muziknya, pembukaan hitam putih yang klasik namun masih moden mewujudkan rasa segar dalam video ini. Gaya fesyen yang sangat baik dengan gabungan gaya formal serta sukan, ia sungguh sempurna! Tunggu apa lagi?
Rentak lagu ini bisa buat kamu menari saat itu juga! Melodi nya pasti akan melekat terus di minda saat pertama kali mendengar lagu ini. Single ASAP ini merupakan simbol comeback kumpulan ini selepas sekian lama tidak mengeluarkan single terbaru. Ternyata, single yang dipetik dari album STAYDOM memberi kelainan pada muziknya yang lebih matang namun ‘sweet’. Dilancarkan pada tahun ini juga, single ASAP ini juga menjadi trend dengan begitu pantas terutamanya gerak tarian dalam video muziknya yang popular di aplikasi Tiktok!
Dilancarkan pada tahun ini, single terbaru dari kumpulan Fromis_9 ini sebuah karya yang bakal memberi kamu tenaga apabila kamu mendengarnya. Rentaknya yang mudah diingati serta rancak, menjadikan single dari Fromis_9 ini berbeza dari yang lain! Apa yang menariknya, lagu ingin mengingatkan kepada sebuah single dari penyanyi Barat, Katy Perry, California Gurl. Tak percaya? Cuba dengar!
Miliki elemen misteri dalam alunan melodi lagu ini, single Advice mempertaruhkan kesemua kelebihan yang dimiliki oleh penyanyi berwajah kacak ini. Bermula dengan alunan piano yang mendebarkan kemudian disambung pula dengan nada rancak, cukup menjadikan single Advice ini antara single yang patut anda dengari. Lebih menarik jika dengar sambil menonton video muziknya yang begitu berkualiti tinggi. Tariannya sungguh tajam sehingga membuatkan mata yang menonton terus terpesona.
Bonusnya dalam single ini adalah bait liriknya yang begitu positif tentang keyakinan diri. Setiap lirik yang dihasilkan seolah seperti membakar semangat untuk ke arah yang lebih positif.
Sebut sahaja tentang kumpulan gergasi ini, pasti ramai yang sudah bayangkan tentang keseluruhan lagu-lagu mereka serta tarian yang memukau! Kali ini, kita bawakan single yang sedikit berbeza dari yang lain, You Never Know. Melodinya yang perlahan seolah irama pop, sisi yang berbeza dari barisan lagu-lagu lain yang pernah dipopularkan oleh kumpulan ini. Apa yang kurang mengenai single ini? Tiada! Jadi anda harus simpan sebagai single wajib yang harus kamu dengari di playlist anda!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Wanita dan aksesori tidak dapat dipisahkan. Sama juga seperti padanan solekan yang sempurna, pilihan aksesori yang betul boleh menjadikan keseluruhan gaya anda lebih menyerlah dan ‘on-point’. Terdapat pelbagai jenis dan rekaan aksesori yang dijual di pasaran dari pelbagai jenama dan harga. Daripada anting-anting hinggalah kepada gelang kaki, semuanya dijual demi memenuhi kehendak pelanggan wanita yang mengidamkan kecantikan dalam penggayaan.
Namun, berapa ramaikah yang benar-benar tahu cara untuk menjaga barangan kemas atau aksesori anda? Ramai yang memilih untuk menukar kepada yang baru apabila aksesori sudah mula berkarat dan tidak lagi bersinar. Sebenarnya, mudah sahaja untuk anda menjaga barangan kemas mahupun aksesori anda untuk sentiasa tampak berkilat dan cantik. Hanya lakukan beberapa langkah di bawah ini, pastinya aksesori anda tampak seperti baru sahaja dibeli.
1. Jauhkan daripada bahan kimia mahupun asid.
Tahukah anda, sebenarnya bahan peluntur dan klorin boleh merosakkan barangan kemas dan aksesori? Ia boleh menghilangkan kilauan dan merosakkan permukaan produk.
Sekiranya mahu berenang di kolam renang yang penuh dengan kandungan klorin, pastikan anda membuka dahuku barangan kemas dan aksesori anda. Bukan itu sahaja malah, anda juga turut digalakkan membuka barangan emas kerana sewaktu mengemas rumah kerana ia terdedah dengan bahan kimia untuk mencuci pakaian, lantai atau perabot rumah boleh merosakkan emas. Untuk langkah yang baik, pakailah sarung tangan ketika kerja membersih untuk melindungi barangan emas seperti cincin dan gelang.
2. Jangan biarkan semburan minyak wangi terkena aksesori anda!
Pasti ramai yang tidak tahu berkaitan hal ini! Sebenarnya minyak wangi pun boleh merosakkan struktur barangan kemas ataupun aksesori anda tahu! Ia boleh memudarkan warna kerana sifatnya yang beralkohol. Trik yang terbaik, usah sembur minyak wangi sewaktu anda memakai barangan akesesori anda. Pakai selepas beberapa minit anda menyemburkan minyak wangi anda. Selain daripada itu, cuba tumpukan semburan ke bahagian kulit dan elakkan ia mengalir dan terkena barangan emas sama ada pada leher, lengan atau telinga.
3. Rajin cuci barangan kemas secara konsisten.
Sama juga seperti pakaian, barangan kemas atau aksesori juga harus selalu dicuci untuk memastikan kotoran termasuk sel kulit mati tidak melekat padanya. Jika anda tidak mahu mencucinya sendiri di rumah, hantarkan barangan anda ke kedai. Selalunya, jenama-jenama seperti Pandora menyediakan perkhidmatan untuk mencuci barangan kemas ataupun aksesori yang dibeli dari butik mereka.
Sekiranya mahu ia kelihatan berkilauan seperti baru, anda juga boleh melakukan proses mengelap pada aksesori anda.
4. Jangan bawa jika ingin mandi.
Ini berlaku apabila ramai yang malas untuk menanggalkan barangan kemas ataupun aksesori anda!Sebenarnya, apabila anda memakai barangan kemas ketika mandi, ia akan menyebabkan warna produk menjadi pudar kerana produk mandian seperti sabun badan, pencuci muka, syampu ataupun pelembap rambut mungkin mengandungi bahan kimia.
Jadi, lebih baik anda menanggalkan barangan perhiasan itu dan hanya dipakai semula selepas semburan minyak wangi. Mudah kan?
5. Menyediakan kotak simpanan yang sesuai
Khas untuk anda yang terkenal dengan sifat pelupa, lebih baik jika anda sediakan sebuah kotak yang membolehkan anda meletakkan kesemua barangan perhiasan anda. Bukan sahaja ia bagus untuk tidak hilang ataupun tercicir, tetapi ia juga dapat memastikan kualiti produk terjaga dan rapi. Sekurang-kurangnya ia tidak terdedah kepada persekitaran yang melunturkan kilauannya.
Kotak barangan kemas yang sempurna mempunyai bahagian dalaman yang dibalut dengan kain untuk mengelak barangan emas daripada tercalar.
Anda juga perlu memastikan ketika disimpan, barangan perhiasan tidak terbelit atau berada terlalu hampir sehingga boleh bergeser antara satu sama lain.
6. Konsisten memeriksa kondisi barangan perhiasan anda!
Keadaan barangan kemas perlu sentiasa diperiksa terutama pada bahagian cangkuknya yang boleh rosak jika emas dibuka dan dipakai berulang kali.
Sekiranya cangkuk sudah lemah, barangan kemas boleh tercicir tanpa disedari terutama apabila sibuk melakukan urusan.
Cara Untuk Mengekalkan Kilauan Emas
1)Elakkan emas anda daripada terkena sabun(semasa membasuh pinggan mangkuk)dan klorin(terutamanya di kolam renang)kerana ia lama kelamaan akan memudarkan emas anda.
2)Jangan disimpan atau diletakkan bersama atau berdekatan dengan alat mekap seperti minyak wangi,gincu dan lain-lain.Kerana tindakbalas kimia(alat mekap) akan berlaku dengan barang emas,akan menyebabkan berlakunya tompokan kehitaman dan lain-lain.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Fabrik polyester mudah berbau walaupun sudah dicuci? Ketahui punca sebenar menurut penyelidik UiTM serta cara berkesan menghilangkan bau hapak pada pakaian sukan.