Laudya Cynthia Bella atau lebih mesra dipanggil Bella merupakan seorang pelakon Indonesia yang mula dikenali menerusi filem Di Bawah Lindungan Ka’abah dan juga Syurga Yang Tak Dirindukan.
Baru-baru ini, heboh di dada akhbar apabila Bella dikatakan bakal berkahwin dengan Engku Emran. Macam manalah Engku Emran tidak terpikat kerana Bella ini memang cantik, anggun dan ayu orangnya. Boleh dikatakan mereka berdua ini sama cantik dan sama padan.
Ads
Tidak hanya pandai memainkan peranan dalam sesuatu watak, Bella juga bijak dalam soal gaya. Apa sahaja yang dipakai, pasti nampak menawan.
Bakat penyanyi Yuna yang berjaya memperkukuhkan namanya di luar negara memang begitu dikagumi. Dia bukan sahaja bijak membawa imej negara (melalui muzik), namun secara tidak langsung turut mempromosi adat dan budaya kita di sana, salah satu penampilan dalam berfesyen. Dalam posting terbarunya, Yuna begitu bangga menggayakan persalinan kardigan kimono dari fabrik songket yang direka oleh ibu kesayangannya, Penyanyi yang menetap di US itu kini berada di Kota Paris sempena Paris Fashion Week (PFW).
Menurut Yuna, baju yang direka oleh ibunya Datin Anum ini memang kena sekali dengan penampilan dan cita rasanya yang sebenar.
Ternyata fabrik songket ini diberi sentuhan moden dengan rekaan kimono yang ringkas tetapi begitu eksklusif sekali. Jika diintai di laman instagram penyanyi ini, Yuna memang gemar sekali menggayakan kardigan atau jaket dalam setiap OOTDnya.
Malah ibunya juga turut memuat turut posting memberitahu baju dari butik @srikandi.clothier itu telah dipakai oleh anak perempuan kesayangannya di Kota Paris.
Bukan itu sahaja, rata-rata netizen turut teruja dan memebri komen positif apabila dia memilih persalinan songket untuk OOTD di kota besar yang sungguk romantik itu.
daisyariell you are really beautiful, adore you so much
iamnotshaf_ You look good! And the songket kimono looks so beautiful
aryberry85 Oh my dear Lord! I need tht songket kimono in my life! It’s beautiful Yuna!
Tidak dinafikan sejak mengambil keputusan berhijab beberapa tahun lalu, penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza cukup cantik dan santun menggayakan tudung. Malah dirinya jadi inspirasi buat wanita di luar sana untuk cuba-cuba berhijab dan kekal istiqamah.
Dan setelah menimang cahayamata perempuan tahun lalu, anaknya Siti Aafiyah juga tidak dilepaskan peluang turut dipakaikan hijab walaupun secara suka-suka.
Dalam posting terbaru, Siti muat turun foto anaknya Siti Aafiyah yang sangat comel mengenakan tudung.
Anak kecil ini yang baru sembuh dari demam dan baru mendapat ‘kaki’ begitu laju berjalan ke sana ke mari dengan menggayakan tudung terletak cantik di kepalanya.
natashaisaaq makin da besar, aafiyah anak ibu macam muka ibu dia dah
Sebelum ini sebelum Syawal lalu penyanyi kesayangan ramai ini juga ada membawa Siti Aafiyah mengerjakan ubadah umrah di tanah suci Mekah dan Siti Aafiyah juga dipakaikan hijab oleh Siti.
Pandora Malaysia mengeluarkan koleksi inspirasi dari file ‘Star Wars’ kegemaran anda. Jangan lepaskan peluang bergaya sakan didatangi khas untuk anda dan si dia pengumpul koleksi ini.
Pada 1 Oktober, Pandora melancarkan koleksi inspirasi Star WarsTM yang dinanti-nantikan. Dalam meraikan kisah yang berjaya menawan imaginasi dunia, koleksi 12 karya membangkitkan watak dan simbol galaksi Star Wars.
“Kami ingin memanfaatkan estetika Star Wars yang futuristik namun terkenal dari trilogi asalnya hingga ke siri Disney + baru, The Mandalorian,” kata Francesco Terzo dan A. Filippo Ficarelli, Pengarah Kreatif VP Pandora. “Kami berusaha keras untuk mengubah kepingan Star Wars menjadi perhiasan dengan menggunakan perincian reka bentuk yang rumit dan teknik pertukangan pakar.”
Dibuat secara mampan dari 71% logam kitar semula, koleksi 12 charm ini merangkumi 10 pesona, gelang dan daya tarikan pengumpul edisi terhad tambahan. Setiap bahagian dikonseptualisasikan dengan teliti, dirancang dengan mahir dan akhiri dengan pilihan gaya yang tidak berkesudahan.
“Terinspirasi oleh galaksi Star Wars, koleksi ini merangkumi pelbagai pilihan untuk peminat di seluruh dunia untuk menyesuaikan penampilan mereka,” kata Paul Southern, Wakil Presiden Kanan, Perlesenan dan Francais, Lucasfilm. “Koleksi ini berjaya menangkap simbol dan watak-watak Star Wars yang disayangi dan menayangkannya semula dalam bentuk perhiasan.”
Menariknya anda boleh jadikan koleksi ini sebagai hadiah peribadi untuk si dia abadikan Bersama dalam himpunan gelang tangan perak. Edisi terhad ini didatangi khas untuk anda mengimbau dunia galaksi imaginasi anda. Koleksi baru akan tersedia di kedai dan dalam talian di Pandora mulai 1 Oktober.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Fabrik polyester mudah berbau walaupun sudah dicuci? Ketahui punca sebenar menurut penyelidik UiTM serta cara berkesan menghilangkan bau hapak pada pakaian sukan.