Lambakan jenama tudung yang menghiasi laman sosial dan menjadi trending tahun 2017. Pastinya hijabi tidak lepas pandang untuk memiliki setiap tudung yang keluar bagai cendawan tumbuh ini.
Trend penggunaan simbol hashtag (#) dan outfit of the day (OOTD) di laman sosial juga salah satu faktor pengguna obses terhadap jenama-jenama popular.
Obsesnya wanita terhadap tudung popular ketika ini tidak terhenti dengan membeli koleksi terbaharu yang dikeluarkan, malah tudung yang telah dipakai (pre-loved item) dan kotak simpanan tudung (scarf box) turut menjadi rebutan. Itulah penangan tudung kepada wanita.
Pengaruh iklan dan gaya selebriti dan influencer terkenal menjadi tarikan hijabi untuk memiliki setiap tudung yang digayakan. HIJABISTA senaraikan 10 jenama tudung ini yang pasti ada di wadrobe setiap hijabi.
Kenali silk bonnet, rahsia rambut tidak kering, kusut dan mudah meleper walaupun bertudung mungkin jawapan yang anda cari selama ini. Masalah rambut kering, kusut atau hilang bentuk bukan sahaja dialami wanita berambut panjang, malah turut menjadi cabaran buat hijabi yang mengikat rambut hampir setiap hari.
Geseran berulang antara rambut dan tudung, ditambah pula dengan ikatan rambut yang ketat, boleh menyebabkan rambut menjadi rapuh, mudah patah dan kehilangan kelembapan semula jadi. Di sinilah silk bonnet mula mendapat perhatian sebagai salah satu solusi penjagaan rambut yang praktikal.
Silk bonnet ialah penutup kepala yang diperbuat daripada kain sutera atau satin berkualiti tinggi, biasanya dipakai ketika tidur. Fungsi utamanya adalah melindungi rambut daripada geseran dengan bantal sepanjang malam, yang sering menjadi punca rambut kusut dan rosak.
Menurut pakar rambut terkenal, Antonio Weinitschke, pemakaian silk bonnet sebelum tidur mampu mengurangkan kerosakan rambut dengan cara yang sangat mudah. Anda hanya perlu menyarungkan bonnet ke atas rambut sebelum tidur supaya ia bertindak sebagai lapisan perlindungan.
“Rambut akan lebih mudah mengekalkan bentuk asal dan kurang terdedah kepada kerosakan,” jelasnya.
Silk bonnet juga sangat sesuai untuk individu yang banyak bergerak ketika tidur kerana ia membantu mencegah rambut daripada mudah patah dan bercabang.
Sutera dianggap bahan ideal dalam penjagaan rambut kerana teksturnya yang licin serta keupayaan menyesuaikan suhu. Ia terasa sejuk ketika cuaca panas dan mengekalkan haba ketika suhu sejuk, menjadikannya selesa dipakai sepanjang malam.
Berbeza dengan kain kapas, sutera hampir tidak menyerap kelembapan. Ini bermakna minyak semula jadi rambut dan produk perapi kekal pada helaian rambut, bukannya diserap oleh sarung bantal. Hasilnya, rambut terasa lebih lembut, tidak rapuh dan tampak lebih sihat keesokan pagi.
Selain itu, silk bonnet membantu gaya rambut bertahan lebih lama. Sama ada rambut bergelombang, berkerinting atau diluruskan dengan pengering rambut, bentuknya kekal kemas walaupun selepas tidur.
Pada asalnya, silk bonnet banyak digunakan oleh pemilik rambut Afro kerana tekstur rambut mereka lebih mudah kering dan rapuh. Namun kini, wanita berambut lurus, halus, panjang serta hijabi juga mula menjadikannya sebahagian daripada rutin penjagaan rambut harian.
Silk bonnet hadir dalam pelbagai rekaan bagi memenuhi keperluan berbeza, antaranya:
Bagi mereka yang kurang selesa memakai silk bonnet, alternatif lain ialah menggunakan sarung bantal sutera atau satin. Ia juga membantu mengurangkan geseran, haba dan kehilangan kelembapan pada rambut ketika tidur.
Untuk penjagaan silk bonnet, bahan sutera memerlukan perhatian khas. Antonio Weinitschke menyarankan cucian tangan menggunakan air suam bagi mengekalkan kelembutan kain.
Jika menggunakan mesin basuh, pilih mod lembut dengan suhu maksimum 30 darjah dan elakkan pusingan kuat. Biarkan ia kering secara semula jadi dan elakkan pengering haba tinggi supaya sutera tahan lebih lama.
Ringkas, praktikal dan berkesan, silk bonnet boleh menjadi pelaburan kecil yang memberi impak besar kepada kesihatan rambut. Terutama buat hijabi moden, ia membantu mengekalkan rambut sihat walaupun sering bertudung dan mengikat rambut setiap hari.
Kenali silk bonnet sebagai sebahagian daripada rutin penjagaan diri kerana rambut yang sihat bermula daripada penjagaan ketika tidur.
Mengosok tudung bukan semudah menggosok baju harian yang kita gunakan malahan ia perlu perhatian yang penuh. Bukan semua hijabis tahu mengendalikan cara mengosok tudung dengan betul. Sebelum menggosok sesuatu tudung, iron yang digunakan mesti lah sesuai dengan tekstur tudung yang ingin digosok. Bagi mengelakkan kerosakan pada tudung tersebut.
Ikuti cara gosok yang betul ini dengan pelbagai jenis fabrik tudung:
Hanya perlu mengawal suhu seterika supaya tidak terlalu panas. Jangan lupa gunakan semburan air bercampur pelembut untuk memudahkan lagi gosokan.Untuk yang mempunyai manik atau sulaman, hanya perlu digosok di bahagian belakang sulaman.
Antara tudung yang terbaru dan paling mudah untuk digunakan. Tudung ini hanya perlu digosok dengan menggunakan suhu yang sederhana. Ini kerana, struktur kainnya yang mudah digosok dan sukar berkedut.
Selendang ini agak keras sedikit kainnya tetapi sangat mudah dipakai dan dibentuk. Gunakan suhu empat atau lima semasa menggosok selendang ini kerana jenis kain yang kasar dan tahan kepanasan.
Selendang yang mendapat perhatian dan sambutan para gadis muslimah. Ia mudah dipakai bersama anak tudung jenis kapas kerana struktur selendang ini yang agak licin. Gunakan suhu tiga atau empat walaupun ia bersifat sukar berkedut. Tetapi kalau selendang ini berkedut, gunakan semburan air pada bahagian yang berkedut.
Ia sama dengan tudung awning yang lain. Cuma bezanya ia mempunyai manik pada bahagian awning dan menyukarkan proses menggosok. Cara menggosok iaitu gosok pada bahagian dalam awning tetapi jangan terlalu kuat kerana ia bakal meninggalkan kesan pada tudung
NOTA: Kaedah dry clean adalah sangat baik. Guna suhu yang rendah dan sederhana.
Tudung yang paling digemari kerana mudah dipakai. Penjagaan yang rapi pada bahagian awning tudung agar tidak patah atau rosak. Cara menggosoknya sangat mudah dan ringkas dan hari perlu digosok di bahagian dalam awning dengan suhu rendah antara dua atau tiga.
Tetapi perlu diingat, semasa membeli tudung, perlu mengambil tahu adakah awning nya perlu digosok atau tidak? Jika jenis awning yang tidak boleh digosok hingga menyebabkabkertasnya mengecut, kamu gunakan pelapik seperti kain kapas dan diletakkan di bahagian dalam awning.
Jangan sesekali menyembur air pada bahagian awning tudung kerana dikhuatiri akan merosakkan awning tudung tersebut.
Corak pada selendang ini sememangnya cantik dan menarik tetapi agak sukar dipakai kerana strukturnya yang terlalu licin. Ia sesuai dipakai bersama anak tudung jenis kain yang kasar. Selendang ini bersifat sejuk dan sukar berkedut.
Suhu yang sesuai digunakan ialah dua dan tiga, ia bagi mengelakkan kain selendang mengecut akibat panas.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Sejak mengumumkan niatnya untuk bertudung dan berhijrah ke arah lebih baik sejak memeluk Islam, bintang youtuber Maryam You Narae mendapat permintaan tinggi sebagai model berhijab. Malah, ramai yang memintanya untuk membuat tutorial hijab.
Wanita yang berasal dari Korea Selatan, yang bertemu jodoh bersama Ryzal atau nama lengkapnya Nik Muhammad Rizal Nik Ibrahim ini pernah digelar sebagai selebriti media sosial dengan nama media sosialnya Durian Kimchi.
Penghijrahan Maryam mendapat pelbagai respond dari pengikut-pengikutnya di media sosial.
Meninjau akaun instagramnya Maryam You Narae ada berkongsi tutorial tudung ringkas hingga berjaya menarik perhatian ramai. Pernah dikencam ketika ‘on-off’ memakai hijab, sebagai seorang mualaf pastinya Maryam memerlukan masa untuk menjadi muslimah yang sempurna.
Melalui sebuah hantaran video yang dimuatnaik Maryam dilaman Instagram miliknya, ramai yang memuji. Cantik dan simple!
Tak melawak tak sah! Pasangan ini pastinya membuat ramai yang terusik dengan gurauan dan cara penyampaian Maryam untuk menerangkan cara dia memakai hijab hanya 3 saat dah siap.
“Hanya perlukan 3 saat untuk siap tudung begitu, pegang bucu tudung kanan dan kiri, yang bucu pendek macam Ryzal, yang bucu panjang macam Ryzal,” selorohnya di dalam video itu.
Perkongsian Maryam raih tanda suka daripada wargamaya, rata-ratanya terhibur sambil memberi tanda sokongan untuk dia terus kekal istiqomah.
“suko dengar Mariyam kecek..
You look fine Maryam. For a start you’re doing good. Slowly but surely.
Kak Maryam lucunya, insyaallah istiqamah 😍 #from Indonesian
Tak kurangnya kata-kata semangat sebagai seorang mualaf yang mahu belajar dan memberi inspirasi pada yang lain.
Cantik bertudung. Semoga Allah SWT permudahkan Maryam untuk terus istiqamah bertudung dan melakukan segala kebaikan. Aamiin ya rabbal’aalamiin. ❤️
Comelnya Maryam 😍 takpe Maryam slow2 berubah… Allah sentiasa permudahkan urusan mereka yang berusaha ke arah kebaikan. Semoga istiqomah ye. 😍😍
Mashaa Allah Maryam cantik. Semoga sentiasa dalam dakapan kasih sayang Allah
Diberi kepercayaan sebagai model mengayakan koleksi terbaharu jenama hijab tempatan, perubahan Maryam memberi kesan positif dan diterima ramai. Pada permulaannya dia hanya dilihat sebagai model tetapi fikiran ramai meleset kerana bintang media sosial ini benar-benar mencuba menjadi muslimah sejati.
Terdahulu pasangan media sosial ini Ryzal dan Maryam berkahwin pada 15 Ogos 2019 selepas setahun mengenali hati budi masing-masing di Korea Selatan. Pasangan suami isteri itu kemudiannya mengambil keputusan untuk pulang dan menetap di Malaysia dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan Ryna.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Linda Hashim bakal bergelar mutawifah bermula tahun hadapan selepas mengikuti kursus sebagai persediaan membimbing jemaah wanita menunaikan ibadah umrah, sambil terus aktif dalam dunia lakonan.