Bulan Zulhijjah mempunyai keistimewaan yang amat hebat dan besar. Beramal pada 10 hari ini lebih disukai oleh Allah berbanding amalan-amalan pada hari yang lain tanpa sebarang pengecualian.
Apabila ia adalah perkara yang paling disukai oleh Allah, maka ia adalah sesuatu yang afdal disisi-Nya. Melalui perkongsian Dr. Ahmad Sanusi Azmi beliau berkongsi tentang mengapa 10 hari pertama dari bulan Zulhijjah cukup istimewa.
Photo by michael-burrows-from Pexels.
HARI YANG LEBIH BAIK DARI JIHAD
1. Esok merupakan hari pertama bulan Zulhijjah. Tahukah anda bahawa 10 hari pertama dari bulan Zulhijjah ini dapat memberikan pahala yang lebih besar dari Jihad?
“Tiada amalan yang dilakukan pada hari lain yang lebih baik daripada amalan pada 10 hari ini. Para sahabat bertanya: Walaupun Jihad? Baginda menjawab: Tidak juga Jihad, kecuali jika seseorang keluar dengan nyawa dan hartanya dan tidak kembali lagi.”(HR al-Bukhari)
Photo by michael-burrows from Pexels.
2. Mengapa 10 hari pertama Zulhijjah ini lebih baik dari Jihad?
Menurut al-Imam Ibn Hajar:
Ads
والذي يظهر أن السبب في امتياز عشر ذي الحجة لمكان اجتماع أمهات العبادة فيه ، وهي الصلاة والصيام والصدقة والحج ، ولا يتأتى ذلك في غيره
“Secara zahirnya, sebab yang menjadikan 10 hari pertama Zulhijjah ini lebih utama dari yang lain kerana 10 hari ini menghimpunkan semua amalan utama di dalam Islam iaitu solat, puasa, sedeqah dan haji. Himpunan amalan-amalan ini tidak berlaku dalam hari-hari yang lain.” (Fath al-Bari)
Photo by shams-alam-ansari from Pexels.
3. Dengan sebab itu Rasulullah mengangkat hari-hari ini sebagai hari yang paling baik dalam setahun.
Sabda Rasulullah:
أَفْضَلُ أَيَّامِ الدُّنْيَا أَيَّامُ الْعَشْرِ
“Sebaik-baik hari dalam dunia ini adalah 10 hari ini.”
Ads
4. Sehingga atas dasar itu al-Imam Ibn Taimiyyah menganggap 10 hari pertama ini lebih utama dari 10 hari terakhir dari bulan Ramadan.
Kata beliau:
أيام عشر ذي الحجة أفضل من أيام العشر من رمضان والليالي العشر الأواخر من رمضان أفضل من ليالي عشر ذي الحجة
Sepuluh hari awal Zulhijjah lebih afdal daripada sepuluh hari akhir Ramadhan, dan malam sepuluh akhir Ramadhan, lebih afdal daripada malam sepuluh awal Zulhijjah. [Majmu’ al-Fatawa, jilid 25, m/s 287]
5. Atas dasar itu Rasulullah meletakkan hari ini sebagai hari yang mesti dipertingkatkan amalan harian kita. Baginda melihatnya sebagai hari yang sangat dicintai oleh Allah.
Ads
Sabda Rasulullah:
ما من أيام أعظم عند الله سبحانه ولا أحب إليه العمل فيهن من هذه الأيام العشر. فأكثروا فيهن من التهليل والتكبير والتحميد
“Tidak ada hari yang lebih besar di sisi Allah dan tidak ada hari yang lebih disayangi oleh Allah supaya kita beramal di dalamnya melainkan pada 10 hari ini. Maka perbanyakkanlah bertahlil, bertakbir dan bertahmid” (HR al-Tabrani)
Sejak bergelar ibu kepada dua cahaya mata kini, pelakon jelita, Elfira Loy mengakui bahawa perkara yang paling dirinduinya adalah jika dapat menunaikan solat dengan penuh khusyuk dan tenang.
Perkara tersebut dikongsikan Elfira menerusi hantaran di laman Instagram miliknya
Menurut Elfira, agak sukar dan amat mencabar bagi dirinya untuk menumpukan sepenuh perhatian sewaktu solat kerana terganggu dengan kerenah dan situasi anak-anak yang pelbagai ragam.
“Benda paling saya rindu sekali nak buat semenjak dah bergelar ibu ni sebenarnya adalah solat dengan khusyuk. Meskipun ramai yang kata solat je, biar je anak main sendiri atau menangis.
“Tapi kalau dah rakaat kedua macam ni (rujuk gambar anaknya), takut rakaat keempat sorang dah kat bawah (jatuh katil),” tulisnya pada ruangan kapsyen hantaran tersebut.
Tambahnya lagi, antara langkah dan usaha yang diambil oleh dia dan suami Faris Khairol Anuar bagi menyelesaikan masalah ini adalah cubaan mengajar anak sulungnya untuk tidur di bilik sendiri namun masih gagal.
HIJABISTA sempat meninjau ruangan komen dan mendapati ruangan komen hantaran itu telah dibanjiri dengan pelbagai tip dan perkongsian pengalaman dari para pengikut El yang pernah menghadapi situasi serupa.
“Ya satu kerisauan… Solat jemaah lepastu anak panjat basikal, nak panjat belakang daddy dia… Allah khusyuk tu memang mahal.
“Sama la El, sama macam anak saya abang nya lagi pintar, nak solat yang khusyuk mungkin susah tapi cubalah walaupun susah.
“Try guna slow approach.. Transitional bed dulu.. Meaning si abang ada bed sendiri tapi dalam bilik yang sama dengan ibu bapa.. Bila dia dah biasa tidur sendiri atas katil sendiri, baru pean-pelan ajar tidur bilik sendiri.
Untuk rekod, Elfira dan Faris mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2019 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhamad Rayyan Khalaf, 2 dan Nur Aria Mikayla yang kini berusia tujuh bulan.
Setiap kali datang bulan, pasti tuala wanita menjadi teman setia untuk mengelak kebocoran. Tidak kira apa jenama asalkan ia selesa untuk dipakai. Namun begitu, dalam satu ceramah kuliah Pendakwah Bebas, Ustaz Azhar Idrus, beliau ditanya apakah hukumnya bakal suami membasuh tuala wanita kelak oleh bakal isteri.
Apakah ia boleh dibuang begitu sahaja ataupun dibungkus rapi sebelum membuangnya. Bagaimana pula dengan darah yang ada pada tuala wanita berkenaan.
Persoalan yang membelenggu kaum wanita ini telah dijawab dengan sejelasnya oleh Ustaz Azhar Idrus.
Menurut beliau, hukumnya sunat jika ditanam, tetapi jika dibuang dalam tong sampah hukumnya jatuh harus. Tetapi diingatkan supaya jangan dibuang merata-rata. Islam tidak ajar buang begitu sahaja.
Beliau juga menambah harus bagi kita kita membuang tuala wanita tanpa membasuhnya terlebih dahulu tetapi perlu dibungkus dalam plastik sebelum dibuang dalam tong sampah.
Wallahualam.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Sihir merupakan satu perbuatan yang sangat dimurkai oleh Allah dan azab yang besar pasti menimpa si pelaku yang mengamalkannya.
Berkongsi pengalamannya terkena disihir oleh orang terdekat, seorang instafamous yang sering berkongsi kisah motivasi dan juga seorang penulis buku iaitu Aisyah Hijanah berharap kisahnya ini dapat menjadi teladan pada yang membacanya.
Bismillahirrahmanirrahim, I dont know where to start, but let me thank family, followers, friends sama ada yg kenal ataupun tidak & semua yg tak putus beri nasihat, tips & kata semangat. Bersyukur sgt Allah kenalkan Aisyah dgn kalian semua. Alhamdulillah Aisyah dah pulih slowly. Alhamdulillah byk benda yg Aisyah belajar & nampak kesungguhan Ummi & suami yg betul-betul jaga Aisyah. _ Okay jom kita start. Firstly, kepada rakan-rakan perempuan, Aisyah nasihatkan kalian utk berjaga-jaga dgn siapa kalian berkawan. Before this, I went through a lot of relationships. Sebelum hijrah, Aisyah kenal dgn beberapa org lelaki utk dijadikan suami. Tapi, semuanya tak menjadi, mungkin bukan jodoh. Perkahwinan Aisyah & Alif pun bukan disebabkan Aisyah yg suka, tapi dgn redha Ummi Aisyah. _ Hati-hati dgn sesiapa yg kalian berkawan. Tak kira perempuan atau lelaki. Sebaiknya ambil tahu siapa keluarga & insan yg kalian kenal. Mungkin ini pengajaran yg Allah nak Aisyah belajar & sebarkan. _ ‘Benda’ yg dihantar kpd Aisyah ni actually sudah hampir setahun lebih. To be exact, sebelum kahwin lagi dia dah hantar. Cuma, Aisyah sendiri tak perasan. Okay, girls, get ready kalau petanda ni ada pada korang. Drpd sebelum kahwin, Aisyah ada masalah haid & istihadhah yg terlampau extreme. Kadang tu, Aisyah pun pening mana satu haid, mana satu istihadhah. Bila jumpa doktor, mesti doktor bagi pil perancang, utk smooth kan balik kitaran haid. Walaupun dah makan pelbagai jenis ubat, kitaran haid masih tak teratur & darah makin menjadi-jadi _ Aisyah tak pernah kena rasuk ataupun buatan org sebelum ni, so sgt mudah benda halus ni nak masuk dlm badan. Satu lagi perangai Aisyah, Aisyah sgt suka tgk cerita hantu. Tak takut langsung. Aisyah dpt tahu yg kena buatan org pun lepas tgk wayang cerita Makmum. Setiap kali tgk cerita seram, Aisyah akan tunggu part hantu. Teringin nak tgk mcm mana rupa hantu. Kadang tu, tak tahu kenapa teringin sgt nk tgk hantu. Jap, caption limit. Nanti Aisyah sambung lagi next part
Untuk korang yg belum baca lagi part 1, Aisyah recommend korang baca supaya korang tak salah faham. Sambung jom. Bila nak masuk bilik, kadang tu terasa macam bulu roma naik satu badan. Tapi still positif, mungkin Aisyah je yg fikir lebih. _ Ramai yg ingat benda ni dihantar lepas kahwin, tapi rupanya drpd sebelum kahwin lagi dah bersarang dalam rahim. Selama ni ingatkan masalah hormon, rupanya ada benda yg bersarang dlm rahim. Dah 5 kali Aisyah try check kehamilan , dan semuanya gagal. Of course, Aisyah pun rasa sedih sbb kawan lain semua dah pregnant, Aisyah ni masih ada masalah lagi. Korang bayangkanlah, macam mana nak pregnant kalau dah darah keluar 2 bulan non stop? Waktu subur pun tak boleh nak estimate. Kebetulan sebelum ni Alif dah 2 kali mimpi ular hitam. Aisyah pun pernah mimpi ular sekali Kitaorg dah pelik, tapi husnudzon lagi _ Then, makin lama Aisyah rasa macam badan makin sakit. Tak tahulah kenapa. Just think positif, mungkin Aisyah yg selalu sibuk, sbb tu badan sakit-sakit. Dah hampir setahun lebih, Aisyah rasa tak selesa pakai tudung kalau terlalu lama. Kepala Aisyah akan sakit teramat. Nak kata anak tudung ketat, tak pula. Kadang tu, baru je pakai tudung, tapi bila keluar rumah, terus sakit. Setiap kali pening tu mesti rasa nak muntah. Banyak kali Aisyah nak termuntah sbb pening kepala yg terlampau. _ Before pergi China utk Hijanah Haul, Aisyah memang byk sgt kerja. Meeting tak habis, pergi talk lagi. Pinggang Aisyah rasa mmg sakit sgt. Mcm nak tercabut! Aisyah belum pernah kena lagi sakit pinggang mcm ni. sampai kan, nak duduk pun rasa tak sedap. Setiap kali bangun tidur, belakang badan mesti rasa lebam & kesan kena cubit kuat. Setiap masa rasa mcm ada org perhati. Masa kat China ni la kawan Aisyah nampak ada kelibat hitam dekat Aisyah sepanjang masa. Waktu ni Aisyah x percaya, tapi kawan Aisyah memang paksa suruh berubat. Badan Aisyah pun makin hari makin sakit _ Sorry, Aisyah nak cerita sampai habis tapi caption limit. Ada masa Aisyah sambung balik okay
Aisyah terlupa nak cerita mcm mana keadaan Aisyah masa kena buatan ni. Kalau korang tak baca lagi part 1, make sure korang baca dulu okay! Dulu masa awal kahwin, rasa mcm semuanya indah. Tapi lama kelamaan, Aisyah ni jadi org yg kuat marah & mesti ada benda yg tak kena. Mesti rasa nak marah, mengamuk. Even, Alif sibuk whatsapp sbb kerja pun kadang tu boleh buat Aisyah marah. _ Sometimes, Aisyah sendiri pun pelik. Kenapa teruk sgt Aku rasa marah ni? Padahal dia cuma balas whatsapp. Kadang tu dia pergi dobi pun Aisyah rasa mcm nak marah. Tapi, syukur, Allah jadikan sifat Alif ni seorang yg sgt penyabar. Dia selalu sabar dgn Aisyah, selalu pujuk, selalu puji & always try utk buat Aisyah happy Waktu lepas berubat, Alif & Ummi sgt banyak jaga Aisyah. Alif sanggup tunggu sampai tengah malam utk tgk Aisyah tidur dulu. Dia takut kalau ada benda yg kacau Aisyah waktu tidur. Ummi pula sibuk jaga pemakanan Aisyah. Aisyah mmg totally lemah sehari lepas berubat. Alhamdulillah getting better day by day. _ Salah satu kesan kena buatan yg org hantar ni juga, Aisyah makin jauh drpd kwn. Kadang tu terasa diri mcm terpinggir, rasa nak jauh drpd org. Business partner Aisyah yg dulu mmg Aisyah rapat pun jadi mcm dah jauh. Dia tak buat salah pun, tapi Aisyah mesti akan mengelak kalau nak jumpa dia. Aisyah pun tak tahu kenapa rasa mcm tu. _ For now, Alhamdulillah semuanya dah kembali normal. Cuma kena banyakkan zikir & amalan. Akhir kata, hati-hati dgn sesiapa yg korang kenal. Kalau korang baca drpd part 1, korang akan faham apa yg Aisyah maksudkan. Aisyah nak minta tips kalau ada yg pernah kena gangguan ke, boleh share tak apa amalan korang? Doakan Aisyah sentiasa sihat & berjaya dunia Akhirat. Share dekat comment okay!
Sebagai pengajarannya, Aisyah berharap semua yang membaca kisahnya dapat menjadikannya sebagai teladan. Moga Aisyah dipermudahkan untuk kembali sembuh, terus dijauhkan daripada anasir jahat dan terus berbahagia di samping suami tercinta.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.