Wanita dengan makanan memang tidak dapat dipisahkan. Bila ada makanan yang viral di laman sosial, pasti wanita orang pertama yang akan mencuba makanan tersebut. Bukan itu sahaja, bila stress pasti wanita akan memilih untuk makan.
Bila dah makan banyak, mulalah mengadu berat naik, perut buncit dan sebagainya. Bagaimana mahu kurus jika anda tidak menjaga jumlah pengambilan makanan anda?
Jika anda masih tidak dapat mengawal nafsu makan anda, cuba ikut 10 tip yang dikongsi oleh Coach Ina Fitlife di Facebook.
1. Jangan lupa ambil sarapan pagi
Sarapan pagi itu sangat penting. Bila anda tidak ambil sarapan pagi, gula dalam darah akan turun dan keadaan itu akan menyebabkan anda menjadi lapar daripada biasa. Bila tiba waktu makan tengah hari, semua benda anda rasa nak makan.
2. Jangan biar diri berlapar
Cara terbaik untuk memastikan selera dan nafsu makan anda terkawal adalah dengan tidak membiarkan diri anda berlapar. Sebaiknya, makan 3 hingga 4 jam sekali.
3. Minum air kosong secukupnya
Air kosong dapat mengurangkan selera dan nafsu makan anda daripada makan makanan yang bergula dan tidak mempunyai nutrisi. Menariknya, air kosong juga tidak mengandungi sebarang kalori dan sangat bagus untuk anda yang sedang dalam proses menurunkan berat badan.
4. Bersenam
Apabila anda bersenam, badan akan mengeluarkan hormon endorphins. Hormon ini membantu anda untuk mengawal selera dan nafsu makan yang membuak-buak.
5. Jangan mulakan dengan pencuci mulut
Elakkan mengambil pencuci mulut pada permulaan hidangan makanan. Gula daripada pencuci mulut akan meningkatkan selera anda untuk menikmati makanan dengan lebih banyak. Pilih makanan yang lebih seimbang seperti buah.
6. Makan kekacang
Kekacang seperti badam dan gajus amat bagus untuk mengurangkan rasa lapar. Tetapi, kekacang mengambil masa lebih kurang 30 minit untuk membuatkan anda kenyang. Makan bila anda tidak terlalu lapar. Jika tidak, anda mungkin akan makan lebih daripada yang sepatutnya.
7. Kosongkan peti sejuk
Sekiranya anda suka mengambil coklat, kentang goreng, nugget atau makanan segera, jangan penuhi peti sejuk anda dengan makanan yang boleh membangkitkan nafsu anda. Buang makanan yang tidak elok dan simpan makanan yang sihat sahaja di rumah.
8. Jangan berbelanja mengikut nafsu
Sebelum membeli-belah, makan terlebih dahulu. Makanan karbohidrat kompleks dan protein sebelum anda berbelanja. Ia dapat mengawal dan mengurangkan nafsu makan anda. Kalau tidak, anda akan berbelanja mengikut nafsu anda.
9. Lakukan aktiviti berfaedah kalau stress dan tertekan
Perasaan bosan dan stress merupakan salah satu punca selera dan nafsu anda jadi tidak terkawal. Kawal dan lawan stress anda. Jangan biarkan diri anda bosan dan jika bosan, lakukan aktiviti yang anda gemari seperti berbasikal, window shopping dan sebagainya.
10. Tidur secukupnya
Tidur yang tidak cukup akan meningkatkan nafsu makan seseorang. Jadi, pastikan anda mendapat tidur yang secukupnya.
Sumber: via FB Coach Ina Fitlife
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI