Surah Taha adalah surah yang ke 20, juzuk 16. Surah yang baik untuk melembut hati yang keras terutama sekali dibacakan kepada ahli keluarga yang keras hati, malas dan degil untuk beribadat kepada Allah SWT.
Boleh diamalkan sebagai ayat pendinding diri. Ayat 1 hingga 5 yang dibaca oleh Saidina Umar Al-Khattab r.a yang pada masa dan ketika itu belum lagi memeluk Agama Islam, tersentuh hatinya dan beliau terus memeluk agama Islam pada hari itu juga dihadapan Nabi Muhammad SAW.
KELEBIHAN SURAH TAHA
Rajinlah amalkan ayat 1-5 Surah Taha.
Ini adalah salah satu doa untuk melembutkan hati suami, isteri dan anak yang kurang mendengar kata, yang tak mahu solat, mudah marah dan berhati keras.
Ads
MAKSUDNYA:
1. Taa. Haa.
2. Kami tidak menurunkan A-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan.
3. Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut yang melanggar perintah Allah.
4. Al-Quran diturunkan dari tuhan yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi.
5. Ia-itu Allah Ar-Rahmaan,yang bersemayam diatas ‘Arasy.
Ayat ini seeloknya dibaca 3 kali.
Kemudian hembuskan ke muka atau ubun-ubun anak dan pasangan yang sedang tidur nyenyak. Hembus pada waktu mereka sedang menarik nafas masuk.
Ads
Kenapa buat waktu malam?
Ini kerana waktu tidur, jiwa anak-anak dan suami/isteri berada dalam keadaan tenang.
Ads
Lakukan sekurang-kurangnya tujuh kali seminggu. Kita usaha dan berdoalah kepada Allah.
Sungguh Allah itu Maha Baik.
Sumber kredit: Instagram Skuad Pengurusan Jenazah
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Fakta anak kedua sangat menarik untuk kita bahas. Dalam keluarga, anak sulung biasanya dikenal sebagai pelindung keluarga dan rata-rata memiliki jiwa pemimpin. Berbeza dengan anak sulung, anak bongsu biasanya dikenal paling manja. Kemudian, bagaimana dengan anak kedua?
Seringkali yang menjadi pembicaraan adalah anak sulung atau bongsu sedang anak kedua memang jarang dibicarakan. Apalagi anak kedua sering dituntut untuk lebih dewasa, menghormati kakaknya dan membiasakan mengalah pada adiknya.
Biasanya sebagai anak kedua, mereka biasanya akan sangat mudah bergaul dan bersifat fleksibel. Kerana dalam hal ini anak kedua atau anak tengah haruslah menjadi perantara antara kakak dan adiknya. Anak kedua yang terbiasa berhadapan dengan sikap kakak mahupun adiknya tersebut menyebabkan anak kedua lebih mudah bergaul dengan orang lain.
Sebagai anak kedua, mereka terbiasa harus bersikap positif dan juga bersikap sabar dan tidak cemburu kepada kakak dan adik yang memang lebih diperhatikan oleh orang tuanya. Anak kedua biasanya cenderung lebih berdikari kerana hal tersebut.
Fakta anak kedua selanjutnya adalah anak kedua yang memiliki kreativiti tinggi. Hal ini merupakan usaha dari anak kedua agar mendapatkan perhatian dari kedua orang tua.
Menjadi anak kedua biasanya sering kali merasa kesepian sehingga dalam hal ini anak kedua sering akan bersikap setia dan juga suka mengalah agar memperoleh banyak teman. Sikap ini membuat anak kedua ramai yang senang dekati.
Anak kedua selalu mendahulukan dan memantingkan segala hal atas nama persahabatan. Fakta ini berkaitan dengan anggapan kurangnya perhatian yang didapat oleh anak kedua dari orang tua sehingga Ia akan mencari perhatian orang lain atau sahabatnya. Sehingga mereka menanggap sahabat lagi penting dari keluarga.
Mereka sangat ramah dan murah senyum. Anak kedua biasanya selalu ingin bersikap baik dengan siapa pun yang ada di sekitar mereka. Mereka sentiasa membantu permasalahan yang sedang dialami oleh teman-temannya. sehingga anak kedua lebih dikenal memiliki banyak teman dalam pergaulannya seharian.
Hal ini dipengaruhi sifat anak kedua yang sering mencari perhatian lebih, maka dari itu mereka kurang sesuai untuk dijadikan kekasih. Mereka cenderung akan meminta perhatian lebih kepada si kekasih. Dan kerana terbiasa berdikari pula, mereka tidak mau diatur-atur.
Namun baiknya hal ini tidak semua terjadi pada anak kedua, kerana tentunya anak kedua tidak memiliki sifat dan karakter yang sama pula.
Kerana sangat kurangnya perhatian dari kedua orang tua kadang-kadang menyebabkan kebanyakan anak kedua memang sukar diarah. Mereka cenderung memilih menghabiskan waktunya bersama teman-teman yang lebih selain berada di rumah.
Berbeza dengan kakak mahupun adiknya yang selalu merasa bahawa dirinya sering kali mengalah dari lainnya, anak kedua selalu ingin bersikap berbeza dan memilih tingkah lalu sesuka hatinya.
Anak kedua sering kali melenting kerana mereka merasa apa yang mereka buat dan dikatakan tidak selalu diperhatikan mahupun didengar. Hal tersebut kemudian membuat anak kedua sering melenting dan sangat sensitif dengan apa yang dilakukan orang-orang rumah terhadapnya.
Fakta anak kedua selanjutnya adalah mereka memiliki sifat yang tegas dan berani. Anak kedua memiliki karakter yang sangat tegas terutama dalam membuat suatu keputusan. Anak kedua pun sering kali dapat bersikap dewasa diantara anak-anak yang lainnya.
Sikap yang santai dalam menanggapi perihal kehidupannya sehari-hari. Anak kedua memanglah sangat santai kerana baginya hidup itu memang hanya untuk dirinya tanpa ada seseorang yang memperhatikan jadi terserah Ia akan menyikapi kehidupan sedemikian haknya.
Meskipun anak kedua kurang mendapat perhatian dari orang tuanya terutama dan akan bersikap berbeza dari anak lainnya, namun pada hal-hal tertentu Ia mampu bersikap bijaksana. Sikap bijaksana ini tumbuh juga kerana anak kedua pun selain memiliki kakak dia pun memiliki seorang adik yang perlu Ia jaga.
Fakta-fakta anak kedua,tentunya hal ini tidak semua akan dimiliki mereka anak kedua. Namun dengan ulasan ini, fakta-fakta tersebut kemungkinan dapat menjadi salah satu gambaran mengenai apa yang sering menjadi pemikiran para anak kedua.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Bagi wanita masa kini, jean biasanya merupakan salah satu barangan fesyen yang wajib ada. Ia tidak menghairankan, kerana jean adalah item fesyen yang fleksibel, senang digabungkan dengan sebarang bajus selain selesa dipakai dan praktikal.
Namun bagi hijabi, ada pula yang kata tidak sesuai untuk menggayakan jean. Salah satu alasannya jean dianggap tidak menutup aurat dengan sempurna. Berikut jawapan lengkap yang dipetik dari Laman Web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
SOALAN
Mohon pertanyaan berkenaan bab pakaian. Saya ada menonton video ceramah berkenaan haram dan muflis di akhirat bagi wanita memakai seluar jeans. Kenapa seluar jean diharamkan atau semua jenis seluar yang lain diharamkan? Adakah seluar tidak menutup aurat?
JAWAPAN
Aurat merupakan sebahagian anggota badan yang diharamkan untuk dibuka atau dipamerkan, samada lelaki ataupun perempuan. Dalam erti kata yang lain, aurat adalah anggota badan yang wajib ditutup dan disembunyikan kepada yang bukan mahram melihatnya.
Kewajipan ini adalah sebagaimana sabdaan Allah SWT di dalam Al-Quran:-
Maksudnya: Wahai anak-anak Adam, Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. (Surah Al-A’raf: 26)
Menutup aurat adalah satu daripada fitrah bagi kejadian manusia. Disebabkan itu, dulu-dulu Nabi yang pertama dahulu, Nabi Adam A.S dan Hawa apabila terdedah aurat baginda akibat termakan buah khuldi yang dilarang Allah SWT, lalu mereka menutupnya dengan daun-daun dari Syurga.
Kisah ini dirakamkan Allah SWT di dalam Al-Quran:-
Maksudnya: Kemudian mereka berdua memakan dari pohon itu, lalu terdedahlah kepada mereka aurat masing-masing, dan mereka mulailah menutupnya dengan daun-daun dari Syurga; dan dengan itu derhakalah Adam kepada Tuhannya, lalu tersalah jalan (dari mencapai hajatnya). (Surah Thaha, 121)
Pada hakikatnya, manusia akan mempunyai perasaan malu jika bahagian tertentu dipertontonkan kepada khalayak ramai. Sebab itu, menutup aurat amat berkait rapat dalam cerminan keperibadian seseorang. Bahkan ia berkait rapat kepada maruah dirI. Ini kerana jika tercemar maruah diri maka hilang harga diri insan tersebut.
Untuk menjawab persoalan ini, adalah lebih baik kita melihat asal-usul dan sejarah ringkas berkenaan isu ini. Melihat kepada ringkasan fakta sejarah terdahulu, seluar panjang merupakan pakaian yang dipakai oleh para pendekar wanita ketika bertempur pada zaman kekuasaan Greek.
Sebuah artifak yang dijumpai dan dipercayai dibina pada tahun 470 sebelum masihi ditemui dengan telakarnya gambar pendekar wanita yang lengkap dengan busana perang dan berseluar panjang. Bahkan, terdapat 2 helai seluar yang dijumpai tertanam bersama di dalam perkuburan penungang kuda daripada kalangan lelaki dan wanita di Tarim Basin, China yang dipercayai ditanam semenjak tahun 1200 sehingga 900 sebelum masihi.
Jika diperhatikan, seluar telah lama wujud menerusi fakta-fakta yang telah dinyatakan. Pada waktu yang sama di zaman Nabi SAW, seluar juga merupakan perkara yang dibincangkan sepertimana yang ternukil di dalam kitab-kitab fiqh.
Seperti contoh sebagaimana sebuah hadis, Nabi SAW pernah terlibat dalam urusan jual beli seluar bersama seorang sahabat:
Maksudnya: Hadis yang diriwayatkan oleh Malik bin Umair menyatakan bahawa:- “Aku membeli daripada Rasulullah SAW seluar sebelum hijrah, maka ditimbangkan dan diberikan kepadaku. (Hadis Riwayat Imam Ahmad dan Ibnu Majah)
Begitu juga, hadis berkenaan sahabat ketika menunaikan haji / umrah:-
مَنْ لَمْ يَجِدْ إِزَارًا فَلْيَلْبَسْ سَرَاوِيلَ
Maksudnya: “Sesiapa yang tidak ada sarung, hendaklah memakai seluar panjang.” (Hadis Sahih Bukhari, No. 5804)
Bagi seluar jeans pula, sejarah utama penghasilan seluar panjang yang menggunakan jeans adalah khusus untuk digunakan kepada pekerja lombong emas dalam melakukan kerja-kerja berat.
Ketika banyak lombong-lombong emas dibuka di California, Amerika Syarikat, fenomena tersebut telah menarik ramai pemuda untuk mencari emas. Namun begitu, mereka mempunyai masalah kerana seluar yang selalu digunakan sering kali terkoyak kerana kerja berat.
Atas masalah itu, seluar jeans telah diciptakan oleh Levi Strauss dan Jacob Davis pada tahun 1873. Kain jeans adalah kain yang tebal dan amat sesuai untuk digunakan untuk membuat pakaian bagi kegunaan kerja-kerja berat dan lasak. Sehinggakan lama-kelamaan, seluar jeans telah menjadi tersohor dan diterima pakai oleh masyarakat sama ada lelaki mahupun wanita.
Seluar jeans tidak haram dan harus untuk dipakai. Tetapi ia boleh menjadi haram sekiranya ia tidak mengikut piawaan dan batasan yang telah ditentukan syara’ bagi lelaki dan wanita. Seperti contoh bagi lelaki dan wanita, haram memakai seluar jeans yang koyak di peha, betis atau dibahagian yang perlu bagi seorang muslim itu untuk menutup bagi menjaga auratnya.
Begitu juga, agensi fatwa Mesir, Dar al-Ifta’ Misriyah al-Fatawa menyatakan bahawa hukum wanita memakai seluar:-
جواز لُبْسه للمرأة، بشرط أن تتحقق فيه شروط الستر المطلوبة شرعًا
Maksudnya: Harus bagi wanita untuk memakai seluar, dengan syarat ia menutup aurat sepertimana yang dituntut oleh syara.’
Kedua, tidaklah memakai seluar jeans tersebut seperti “berpakaian tetapi bertelanjang”. Sabda Nabi SAW, terdapat dua kategori penghuni neraka yang belum pernah Nabi SAW melihatnya. Diantaranya adalah:-
Maksudnya: “Dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang (mereka memakai pakaian tetapi tidak menutup keseluruhan aurat), yang menarik perhatian orang untuk melakukan maksiat di samping dia sendiri melakukan maksiat.
Islam mengharamkan wanita memakai pakaian ketat yang boleh menampakkan bentuk badan atau pakaian yang nipis yang boleh menampakkan apa yang ada di sebalik pakaian itu, khususnya pada tempat-tempat sulit yang boleh menimbulkan fitnah diri kepada lelaki yang bukan mahram.
Ketiga, mengikut kaedah usul fiqh:
اذا زال المانع عاد الممنوع
Maksudnya: Apabila sesuatu larangan hilang perkara yang dilarang padanya, maka ia kembali harus
Harus memakai pakaian yang berasal daripada orang bukan Islam yang tidak lagi menjadi sesuatu yang khusus bagi mereka setelah berlalunya suatu jangka masa yang tertentu disebabkan halangan telah tiada.
Walaubagaimanapun, amalan yang terangkum di bawah kaedah ini hanyalah amalan-amalan yang berbentuk adat sahaja, manakala amalan ibadah keagamaan sentiasa bersifat khusus kepada penganut agama tertentu dalam apa bentuk sekalipun adalah haram bagi umat Islam memakainya.
Maka atas sebab tersebut, adalah diharuskan bagi seseorang untuk memakai seluar jeans kerana seluar jeans tidak lagi menjadi syiar atau tasyabuh kepada pakaian orang kafir. Jika dilihat pada hari ini, seluar jeans merupakan seluar yang dipakai oleh masyarakat diseluruh dunia termasuk negara-negara Islam sama ada lelaki atau wanita.
Kesimpulan bagi kajian ini, kami berpendapat bahawa harus bagi seorang wanita memakai seluar jeans sepertimana yang telah dinyatakan. Namun begitu, pemakaian seluar tersebut haruslah terhindar daripada fitnah. Begitu juga tidak menonjolkan dan memperlihatkan anggota badan seperti bahagian punggung yang mengundang perhatian hawa nafsu kepada mereka yang melihat.
Begitu juga, kami menasihatkan agar mengenakan baju atau jubah yang labuh dan longgar serta mampu menutupi sehingga ke paras lutut bagi menjaga kemaslahatan pada pemakai dan pada mereka yang melihatnya. WalahuA’lam.
Kebanyakan wanita yang melahirkan anak, pastinya akan berdepan dengan masalah berat badan. Tetapi ada juga juga yang tekad mendapatkan kembali bentuk badan idaman untuk kepentingan kerjaya.
Salah seorang adalah Catriona Ross yang semua maklum dia berjaya menguruskan berat bdannya dan kembali langsing lepas lahirkan anak ketiganya. Malah kejayaannya itu turut menjadi inspirasi kepada wanita di luar sana.
Dalam perkongsiannya di laman Instagram, Catriona yang pernah dikritik gara-gara berbadan gempal mendedahkan tip bagaimana untuk kekal langsing dan sihat.
Menurut Cat atau nama penuhnya Catriona Norhayati Bahrin Ross berkata dalam pengurusan berat badan dan penjagaan kesihatan, perlu menitik beratkan kepada tiga kriteria. Iaitu diet yang seimbang, disiplin dan latihan senaman.
Dia juga turut memberitahu diet yang dilakukan adalah dengan mengurangkan pengambilan minyak dan lemak tetapi melebihkan sayuran.
Malah dalam posting terbarunya, Catriona turut memaparkan kegigihan dia melakukan jungle trekking di Tugu Trail Walk hingga menerima pujian dari netizen yang kagum dengan usaha Catriona untuk kekal sihat dan langsing.
Inilah rahsia sebenar bagaimana Catriona berjaya mengekalkan berat badannya. Sebelum itu Catriona telah mengalami berat badan mendadak dan pernah mencapai sehingga 75 kilogram berbanding 58 kilogram sebelumnya.
Dalam satu hantaran lain, Catriona turut berkongsi 5 tip berguna yang dibuat sepanjang proses menurunkan berat badannya itu.
“Saya mahu menurunkan berat badan secara cepat, jadi saya perlu lakukan senaman yang extreme. Saya pun telah menyertai satu kelab mendaki gunung. Saya mendaki hampir setiap minggu untuk mengeluarkan peluh yang banyak,”
“Saya mahu lalukan proses penurunan berat badan secara natural sebab itu saya tidak mengambil ubat kurus atau menjalankan pembedahan untuk menurunkan berat badan. Jadi saya memang perlu lakukan aktiviti luar juga selain diet seperti berenang dan bersenam kerana ia mempercepatkan lagi proses penurunan berat badan saya,”
“Saya mengamalkan diet eat clean (makan bersih) sepanjang lima bulan ini. Contohnya waktu pagi saya mengambil roti wholemeal dan scrambled egg sahaja ,”
“Sepanjang diet itu juga saya tidak makan makanan yang berminyak dan semua makanan saya dimasak dengan cara kukus seperti sayur kukus dan scrambled egg juga digoreng tanpa minyak,” ujarnya.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA.
Solekan natural Hari Raya untuk hijabi yang mahu nampak fresh tanpa makeup tebal. Ikuti 10 teknik mudah agar wajah kekal segar, manis dan berseri sepanjang beraya.