Semua orang mesti pernah ada pengalaman sakit gigi kan. Kadang kala, sakit itu terlalu perit hingga tak dapat tidur lena. Malah ada yang sakit hingga demam dibuatnya. Ada yang mengambil ubat tahan sakit untuk melegakan kesakitan tetapi ada juga yang menggunakan bahan di dapur sahaja seperti esen vanilla. Mujarabkah?
Menerusi twitter @ib_shah, doktor ini telah menerangkan mengapa bahaya menggunakan bahan ini sebagai penawar kesakitan. Kelegaannya hanya seketika namun kesannya mungkin melarat.
Umum sedia maklum ibu kepada pempengaruh media sosial, Ubai Rohani Jamal terpaksa ditidurkan apabila keadaan kanser Ovari yang dihadapinya semakin kritikal.
Bagaimanapun, menerusi satu hantaran terbaharu di laman Instagram milik Ubai atau nama lengkapnya, Muhammad Ubaidillah Mohd Zukefli petang tadi memaklumkan bahawa ibu kesayanganya itu telahpun meninggal dunia pada Ahad, jam 6.45 petang tadi.
Bila seharian membanting tulang, antara perkara yang memang setiap individu nantikan adalah untuk merehatkan badan dikala cuti. Paling best jika bergolek-golek diatas tilam dan bermalas-malasan sepanjang hari. Heaven weh!
Memandangkan tilam menjadi antara elemen terpenting dalam kediaman dan juga kehidupan kita, pernah tak hijabi terfikir macam mana cara nak mencuci tilam kepam anda yang penuh dengan peta dunia tu?
Mudah je sis! Di sini hijabista kongsikan kaedah ‘deep clean’ untuk mencuci tilam kepam anda tu tanpa perlu bersusah payah mengangkatnya! Hanya gunakan tiga bahan mudah ni je sis. Ini caranya:
1. Pertama sekali, anda perlu memulakan proses mencuci tilam secara ‘deep clean’ dengan langkah pertama, iaitu menyedut segala kekotoran dan debu tilam menggunakan penyedut hampagas (Vacuum). Hijabista mencadangkan agar anda menggunakan kepala vacuum berjenis muncung tirus dan bersaiz kecil.
2. Kedua, anda perlu masukkan baking soda ke dalam botol spray. Kemudian campurkan ia bersama hydrogen peroxide.
3. Setelah itu, masukkan pula cecair pencuci dan titisan pewangi. Kacau sehingga kesemua bahan sebati. Pastikan anda tidak menggunakan teknik menggoncang untuk mencampurkan kesemua bahan.
4. Setelah semua bahan sebati, spraykan campuran berkenaan di mana bahagian tilam yang dipenuhi peta. Biarkan dalam tempoh masa 5 hingga 10 minit. Kemudian anda akan menyaksikan keajaibanya, dimana sedikit demi sedikit peta dunia itu akan mulai menghilang dari tilam anda.
5. Sekiranya, terdapat bahagian peta yang degil, adalah digalakkan agar anda spray sekali lagi pada bahagian tersebut. Biarkan seketika sehingga sedikit kering dan ulang langkah sama sehingga peta benar-benar hilang dari radar.
6. Setelah itu jemurkan sahaja tilam anda di dalam bilik. Hanya perlu tingkatkan kelajuan pusingan kipas dan biarkan tilam kering secara semulajadi sepenuhnya.
Sekadar info, tilam yang empuk dan bersih bukan sekadar menjanjikan tidur yang lena, malah ia mampu menghalang bakteria yang menjadi punca penyakit berkaitan kulit.
Setiap individu mahu sentiasa sihat dan terhindar daripada segala penyakit berbahaya. Jika anda lihat, ramai individu di usia muda sudah dijangkiti pelbagai penyakit berbahaya seperti kencing manis, darah tinggi dan kanser.
Faktor utama tentulah dari segi pemakanan. Anda perlu menjaga pemakanan sejak muda lagi untuk memiliki kesihatan yang baik. Sebaiknya elakkan daripada mengambil makanan segera kerana ia tidak elok untuk kesihatan.
Memahami hal ini, Hijabista paparkan 35 informasi yang berguna untuk kesihatan anda.
Wan Sharmila berkongsi bagaimana pengaruh sahabat membawanya menjadi mutawifah selepas mengurangkan aktiviti lakonan, sekali gus memulakan perjalanan baharu dalam bidang pengurusan haji dan umrah.