Kontroversi video pendek temu bual pelakon, Fauzi Nawawi bersama beberapa rakan artis lain termasuklah Khir Rahman dan Shuk Sahar di sebuah rancangan televisyen telah menjadi tular di media sosial hinggakan ahli keluarganya turut menerima tempiasnya.
Walaupun telah meminta maaf, namun netizen masih belum boleh melupakannya dan ada segelintir yang turut mengaitkan sama isterinya iaitu Lisdawati serta anak perempuannya, Hanna Faresha dalam hal ini.
Tidak menyebelahi sesiapa, Hanna tampil memuat naik keterangan di laman Instastory dan memohon maaf kepada semua di atas keterlanjuran kata oleh ayahnya itu.
Hanna juga mengakui dia tidak bersetuju dengan kata-kata ayahnya sewaktu temu bual tersebut dan berharap netizen berhenti mengecam dia dan keluarga yang langsung tidak terlibat dalam situasi tersebut.
Ads
Assalamualaikum, saya dengan merendah hati memohon maaf atas kesilapan ayah saya. Sebagai seorang wanita, saya juga tidak bersetuju dengan kenyataan beliau dan terkesan. Saya berharap kesilapan ini dapat dijadikan pengajaran buat kita semua, terutamanya buat keluarga kami.
Saya tiada di tempat kejadian dan tidak terlibat secara langsung dalam hal ini.
Ads
Oleh itu, biarlah beliau selesaikan hal ini dengan pihak yang terkesan. Harap tidak lagi diperbesarkan.
Buat semua, tolong hentikan komen dan DM yang tidak sepatutnya, cacian dan makian kepada saya dan ahli keluarga yang lain. Terima kasih.
Ads
Jika marah sekalipun, janganlah lemparkannya kepada yang tidak terbabit. Bertindaklah dengan matang agar kita tidak menyesal di kemudian hari.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Acara kemuncak bagi peminat fesyen tanah air, Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) kini kembali lagi bagi edisi 2018. Bermula pada 8 Ogos yang lalu sehingga 12 Ogos kini masih lagi sedang berlangsung ramai selebriti dan hijabis hadir ke KLFW bagi melihat sendiri koleksi terbaru 20 pereka terkenal yang diadakan di pusat membeli belah terkemuka ibu negara, Pavilion.
KLFW 2018 juga menjadi pentas fesyen untuk hijabis melaram sakan. 20 pereka terkenal tanahair seperti Afiq M, Alia Bastaman, Rizman Ruzaini, MIMPIKITA, FiziWoo, Nuritha Harith, Jovian Madagie dan ramai lagi.
Pentas fesyen ini juga salah satu pentas rujukan hijabis melaram sakan dan pentas fesyen ini juga mengumpulkan selebriti-sebriti terkenal bertemu dalam menyokong industri fesyen tempatan.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Usahawan terkenal, Vivy Yusof meluahkan hasratnya untuk menulis buku mengenai jatuh bangunnya sebagai seorang ahli perniagaan selepas 10 tahun terlibat dalam industri ini.
Jelas Vivy, banyak lagi kisah mengenainya yang belum diceritakan dan ingin dikongsikan pada semua.
“Fashion Valet (FV) bakal memasuki usia 10 tahun bulan depan. Menandakan sudah 10 tahun juga saya bergelar seorang usahawan.
“Dengan pembelajaran selama satu dekad ini, saya rasa saya patut menulis sebuah buku! Terlalu banyak pencapaian, kesilapan dan kisah yang belum saya ceritakan lagi.
“Bidang keusahawanan ini seperti ‘roller coaster’ yang banyak naik turunnya, dan saya bakal memasuki dekad kedua pula perjalanan hebat ini. Ikuti saya? Bismillah!,” tulis pengasas jenama dUCK itu di laman Instagramnya.
Di ruangan komen, ramai yang mengucapkan tahniah kepadanya dan tidak menyangka perniagaannya berkembang dengan berjaya sehingga dikenali ramai pada hari ini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Untuk menimbulkan kebiasaan atau memulakan ketagihan dalam menyimpan wang bukanlah bermakna bahawa anda harus menjadi pakar kewangan atau anda berhenti berbelanja! Tidak sama sekali! Apa yang perlu diubah adalah cara hidup anda serta kekuatan dalaman diri untuk kurangkan perbelanjaan dalam masa yang sama tingkatkan pendapatan. Kalau nak kaya cepat, ikut 5 cara terpantas menyimpan wang yang boleh diamalkan.
Jika penyimpanannya konsisten tidak mustahil apa jua barang yang dihajati akan dapat dimiliki. Ataupun hujung tahun boleh bercuti ke negara orang seperti trend hari ini.
Langkah pertama untuk menjimatkan duit adalah dengan mengurangkan perbelanjaan. Sebelum bermula, lihat dan semak kembali ke mana wang anda banyak dibelanjakan dan cari cara untuk mengurangkannya. Contoh, jika kadar sewa rumah anda RM900 sebulan, tidak salah untuk anda kurangkan jumlah itu dengan menyewa rumah yang lebih murah atau cuba mencari rakan untuk berkongsi sewa bilik bersama. Tiada had cara untuk anda berjimat. Kuncinya adalah anda tidak perlu menyeksa diri dengan memberhentikan perbelanjaan secara drastik tetapi cubalah dengan mengurangkan perbelanjaan secara konsisten.
Wang sudah semakin kurang, maka apa yang perlu anda lakukan? Selain daripada mengurangkan perbelanjaan, anda juga perlu meningkatkan pendapatan. Tidak kiralah betapa hebatnya anda dalam soal menyimpan duit, pendapatan tambahan akan berguna kelak. Cuba cari kerja sambilan seperti menulis blog, menjadi ‘personal shopper’ dan mungkin menjadi guru tuisyen. Untuk memilih kerja sambilan juga haruslah tepat bergantung kepada kecenderungan dan kepakaran anda. Boleh juga mengiklankan servis atau perkhidmatan anda di Facebook secara percuma untuk tambahkan pendapatan. Inilah masanya menggunakan laman sosial untuk tujuan yang lebih berfaedah selain menjadi wira papan kekunci atau ‘keyboard warrior’.
Duit adalah motivasi yang kuat untuk kita memulakan apa yang patut dimulakan sebelum ini. Jika terdapat banyak busana atau barangan yang tidak termuat lagi ke dalam almari, maka bolehlah memulakan langkah untuk menjualnya sebagai item ‘pre-loved’(pastikan masih dalam keadaan yang baik). Setiap ringgit tambahan membawa anda kepada gol anda. Jadi, apa tunggu lagi? Daripada terbiar dan terbuang begitu sahaja, ayuh asah daya kreatif dan jana lebih banyak wang!
Berjimat tidak bermaksud kita hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Anda juga perlu manjakan diri. Sekali-sekala nikmati makan malam di luar, memanjakan diri dengan terapi membeli-belah. Kuncinya adalah dengan memilih tempat perbelanjaan yang berbaloi dengan pendapatan anda. Salah satu cara untuk mendapatkan diskaun adalah dengan berbelanja menerusi laman web. Kebanyakan barangan di Internet adalah lebih murah. Beberapa buah laman web e-dagang yang terkenal menawarkan kod-kod baucar diskaun seperti iPrice.my dan Groupon. Kesemua kod baucar dikemas kini setiap hari untuk memastikan anda tidak terlepas peluang untuk berjimat.
Setelah mengubah dan menjana lebih pendapatan, menyimpan wang di dalam tin atau meletakkannya di bawah bantal bukanlah cara penyimpanan wang yang bagus. Berusaha sedikit untuk menjadi lebih pintar dan berjimat dalam masa yang sama mengira wang yang bakal diperoleh daripada bantuan faedah berganda. Terdapat beberapa cara untuk anda menyimpan duit dan mendapat imbuhan ke atasnya seperti:
Jadi bagaimana? Bukan hal yang mustahil dan susah pun untuk menyimpan wang, bukan? Kadangkala satu matlamat sudah mampu merangsang kita untuk dapatkan wang dengan segera seperti menyimpan untuk sebuah percutian idaman atau membeli rumah. Mahu atau tidak mahu, anda yang buat andalah yang dapat.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Sunburn hijabi boleh menyebabkan kulit merah, pedih, panas dan menggelupas akibat pendedahan kepada sinaran UV. Ketahui 8 cara berkesan untuk meredakan selaran matahari dan melindungi kulit dengan selamat.