Jika mahu menjadi seorang usahawan berjaya, seseorang itu perlu bijak mencari peluang perniagaan. Bukan satu bisnes diceburi tetapi perlu ada dua tiga cabang perniagaan untuk mengembangkan lagi perniagaan. Seperti pemilik Bella Ammara yang sebelum ini terkenal mengusahakan produk pakaian di awal kemunculannya hingga mampu mencetus fenomena. Setelah berjaya dalam bisnes yang dilakukan bersama suami tersayang, pemilik nama Sharifah Nabilla Al Yahya Syed Sheikh ini kini mengorak langkah memasarkan pula produk penjagaan diri ‘baby’. Ketika ditemui di MIHAS baru-baru ini, Bella berkongsi rahsia kejayaan dan berkongsi tip bagaimana mahu menjadi usahawan muda yang berjaya dan membina empayar sendiri.
Menurut Bella seseorang itu perlu sentiasa fokus dengan apa yang mahu dilakukannya. Paling penting jangan cepat putus asa dan banyakkan bersabar jika berdepan dugaan.
“Bagi yang baru nak berjinak-jinak buat bisses ini, sikap paling penting adalah jangan mudah give up kerana setiap perniagaan itu memang ada pasang surutnya.
“Tidak semua perniagaan yang kita bina itu semuanya akan naik sahaja. Ada masanya kita akan rasa diri down, tetapi jangan ambil masa lama. Terus kena pulih semangat balik kerana perniagaan yang kita bina adalah dari titik peluh sendiri,” ujarnya ketika ditemui di pelancaran produk rangkaian penjagaan baby jenama Bella Boo.
Menurutnya juga, dia dan suami bukan sahaja mengusahakan bisnes pakaian tetapi juga kosmetik. baginya tidak salah untuk mencuba pelbagai cabang bisnes asalkan bijak mengatur perjalanannya.
“Tak kisah kalau kita nak ceburi pelbagai bidang binses. Tetapi perlu bijak untuk mengagihkan masa dalam setiap cabang bisnes yang diusahakan.
“Lagi satu jangan sesekali bersikap ego dan perlu belajar dari kesilapan. Jika bisnes yang dibuat tidak berapa menjadi, cuba belajar dan perbaiki apa kesilapan yang dilakukan sebelum ini,” ujarnya.
Menurutnya buat masa ini dia akan lebih fokus kepada jenama baru ini dan produk Bella Ammara diusahakan bermula 2015 pula akan dipantau secara berkala.
Ini kerana ada team yang memang sudah mahir untuk mengendalikannya. Sejak penubuhannya Bella Ammara kini sudah mempunyai tujuh cawangan butik di seluruh negara.
Ads
Permintaan di butik sentiasa ada, lebih-lebih lagi menjelang musim perayaan nanti dan Bella Ammara sedang gigih mengeluarkan koleksi terbaru mereka.
Wanita hebat yang kini sarat mengandung anak keduanya ini dilihat begitu berseri-seri. Walaupun hamil tetapi berat badannya tetap ‘maintain’ seperti sebelumnya.
Menurut Bella dia sebenarnya tidak minum air manis dan juga banyak ambil air kosong. Selain itu dia beruntung kerana dari kalangan genetik bertubuh kecil daripada arwah ibunya sendiri.
Wanita dan kecantikan ibarat irama dan lagu yang tidak dapat dipisahkan. Ada yang sanggup berhabis ribuan ringgit ada juga yang selesa mengamalkan petua secara alami dan bersederhana sahaja.
Bagi Siti Nordiana binti Alias, atau juga dikenali sebagai Nana dia mempunyai rutin penjagaan kesihatan sama ada dari segi luaran dan dalaman. Tidak hairanlah Nana antara selebriti yang sentiasa tampil cantik dan anggun setiap kali membuat persembahan.
Tidak keterlaluan, Nana senang dengan kaedah alami dan memilih makanan sunnah sebagai makanan tambahan. Tambahan, kerjayanya sebagai seorang penyanyi menuntut dirinya untuk kelihatan cantik sepanjang masa.
Populariti Nana kembali berada di puncak sebaik memenangi tempat pertama program Gegar Vaganza pada musim kedua. Buat masa ini selain menyanyi Nana juga kini sibuk berlakon dan mengacara.
Nana antara artis yang sudah lama berada dalam industri ini. Apakah rahsia kecantikan Nana sehingga hari ini?
Saya mengamalkan pemakanan yang sihat dan mengambil makanan sunnah seperti madu dan juga habbatus sauda untuk mengekalkan tahap kesihatan yang konsisten. Begitu juga dengan kecantikan, saya percaya kecantikan bermula dari dalam dan disebabkan itu saya menjadikan ulam-ulaman sebagai menu harian dan wajib minum dua liter air suam setiap hari. Selain mampu menambah stamina, ia juga mampu membersihkan organ dalaman dan menguruskan badan secara semula jadi.
Alhamdulilah, saya tidak mempunyai sebarang masalah pada wajah namun sesekali ada juga jerawat yang tumbuh pada bahagian dahi. Bukan jenis jerawat besar tetapi yang kecil. Jadi untuk mencegahnya, menjadi rutin kepada saya untuk mencuci wajah setiap hari dan akan menggunakan krim siang juga pelembap. Dan jika pulang daripada bekerja, saya akan mencuci solekan dan tidak akan sesekali tidur dengan solekan pada wajah.
Bagaimana Nana menjaga pemakanan dan adakah mengamalkan sebarang diet?
Saya pernah melalui satu fasa di mana saya memiliki berat badan melebihi dari apa yang sepatutnya. Jadi mulai saat itu, saya mula mengamalkan diet yang betul agar berat badan saya kembali ideal. Saya menetapkan yang saya tidak akan makan selepas jam lapan malam. Kuantiti nasi juga dikurangkan dan menggantinya dengan makanan yang lebih berkhasiat.
Tak susah pun nak kelihatan cantik, janji ada kemahuan untuk memastikan wajah dan penampilan sentiasa jelita dan menawan. Seperti perkongsian wanita ini di laman sosial facebook menggunakan 4 bahan alami untuk memastikan wajah lebih cerah dan paling penting kelihatan pinkish.
Dalam posting yang dikongsi melalui laman facebook Seri Sairi menggunakan amalan minum campuran susu kunyit bersama badam dan madu.
Menurutnya minuman ini berkhasiat bukan sahaja untuk luaran, tetapi juga dalaman. Apa yang penting selamat kerana menggunakan bahan semulajadi dan juga menjimatkan.
PETUA UNTUK WAJAH PINKISH BERSERI-SERI
Seri nak share petua orang dulu-dulu nak naikkan seri wajah agar nampak lebih cerah ‘pinkish’ dan berseri-seri.
Salah satunya dengan mengamalkan minuman campuran susu kunyit badam madu ni.
Banyak khasiatnya baik dari segi kecantikan dalaman dan luaran.Ia selamat sebab menggunakan alam semulajadi serta menjimatkan.
Minum sebelum tidur,lagi-lagi masa datang bulan.
Boleh diamalkan seminggu 2x.
Korang cubalah.komfem bangun pagi nampak muka glowing pinkish.
Bahan
susu rendah lemak 2 inci kunyit hidup ditumbuk kasar badam ditumbuk kasar 2 sudu madu
Caranya
– masukkan susu rendah lemak di dalam periuk – kemudian masukkan kunyit yang ditumbuk kasar,kacau sebati dengan api yang perlahan. – masukkan pula badam dan kacau sebati. – masukkan susu ke dalam gelas dan biarkan suam. – selepas itu masukkan pula 2 sudu madu.
Khasiat susu
– mengurangkan stress – mengurangkan senggugut ketika haid(PMS)
Khasiat madu
– mengatasi insomnia – memperlambatkan penuaan – menjaga kelembapan kulit
Khasiat badam
– rendahkan risiko darah tinggi dan serangan jantung – turunkan berat badan – melancarkan peredaran darah
Khasiat kunyit
– kurangkan tahap kolestrol dalam badan – memperbaiki sistem penghadaman – mencegah kanser
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Perkara yang diimpikan oleh setiap gadis, ialah memiliki kulit yang licin, lembut dan anjal. Tetapi, seperti piramid tidak dibina dalam sehari, kulit licin juga tidak boleh dicapai dalam sekelip mata. Ia memerlukan kesabaran, masa dan banyak penjagaan untuk mendapatkan kulit idaman anda.
Jadi, sebagai sahabat terbaik penjagaan kulit anda, kami telah menyediakan rutin penjagaan kulit tiga langkah yang ringkas dan mudah yang boleh anda ikuti untuk menjadikan kulit anda licin dan bercahaya. Jom semak 3 langkah ini…
Menyingkirkan sel kulit mati adalah langkah pertama untuk menghaluskan kulit. Sel-sel kulit mati menyumbat pori-pori dan menyebabkan jerawat, bintik hitam dan kusam. Menambah skrub lembut pada rutin anda boleh mendorong anda lebih dekat dengan kulit idaman. Ekstrak oren dan walnut dalam skrub, salah satu bahan yang membersihkan kotoran luar juga yang mendalam dari kulit, menjadikannya licin, bersih dan bercahaya. Gunakan dua kali seminggu untuk hasil terbaik.
Produk ini menjadikan kulit anda kelihatan seperti baru mendapat rawatan profesional. Kombinasi kedua-dua asid alfa-hidroksi dan beta-hidroksi (glikolik, tartarik, laktik, sitrik dan salisilik) yang kedua-duanya melicinkan tekstur kulit anda dan membantu meminimumkan rupa garis halus dan kedutan. Kerana produk dirumus khas untuk mempunyai pH 3.5, ia lebih berkesan tanpa risiko kemerahan atau sensitiviti.
Dr. Dennis Gross Alpha Beta Universal Daily Peel
Bagi mereka yang mencari kaedah pengelupasan yang lebih mudah dan lebih berbanding sebelum ini, pad ini tidak boleh dikalahkan. Apa yang anda perlu lakukan ialah leret dan buang, tiada air diperlukan. Di antara banyak versi di luar sana, ini tetap menjadi kegemaran. Sistem dua langkah itu menampilkan pad yang diprados dengan campuran lima asid pengelupasan berbeza, diikuti dengan formula retinol dan resveratrol (antioksidan yang kuat) untuk faedah anti-penuaan tambahan.
Sunday Riley Good Genes All-in-One Lactic Acid Treatment
Ya, secara teorinya, ia mengambil masa untuk melihat hasil yang berkekalan daripada produk penjagaan kulit ini, tetapi peminat setia pengelupasan ini mengatakan bahawa mereka melihat kesannya selepas hanya satu malam. Asid laktik melakukan tugas pengelupasan, walaupun ia juga mengandungi bahan pencerah seperti likuoris dan serai, sesuai untuk sesiapa yang berurusan dengan bintik hitam. Sapukan lapisan nipis pada waktu tidur dan bersedia untuk kagum apabila anda melihat cermin pada esok pagi.
Sebaik sahaja anda telah mengelupas wajah anda, sudah tiba masanya untuk menyuburkan kulit dengan serum yang baik. Serum yang mengandungi sumber Vitamin C , melembapkan kulit, mencerahkannya dan membantu menyekatakan tekstur kulit, memberikan anda kulit yang lembut, anjal dan tona sekata.
OLEHENRIKSEN Banana Bright Vitamin C Serum
Mempunyai kulit kusam? Formula vegan dirumus dengan dos kuat 15% vitamin C dan mengandungi beberapa kuasa pencerahan dan anti-penuaan yang serius. Di samping semua manfaat pencerahan vitamin C, serum ringan ini juga dirumus dengan 5% asid polihidroksi, alternatif AHA yang berfungsi untuk mengelupas kulit, melonggarkan dan mengangkat sel kulit mati untuk mendedahkan kulit yang segar dan berseri. Selain itu, ia mengandungi asid hyaluronik untuk ledakan tambahan penghidratan.
Formula peningkatan wajah, menambahkan kepekatan vitamin C tulen yang lebih tinggi (asid L-askorbik) bersama-sama dengan asid hyaluronik yang meningkatkan kelembapan. Bahan-bahannya adalah padanan yang dibuat di syurga kerana formula ini membantu mencerahkan kulit dan memperbaiki tekstur kulit sambil mengurangkan penampilan garis-garis halus dan kedutan.
THE ORDINARY Vitamin C 23% + HA Spheres 2%
Jenama kecantikan Kanada, The Ordinary menawarkan alternatif mesra dompet kepada produk penjagaan kulit yang lebih mahal tanpa mengorbankan keberkesanan. Serum ini, yang menggandingkan vitamin C dengan asid hyaluronik yang meningkatkan kelembapan, pastinya tidak mengecewakan. Ia bukan sahaja mencerahkan dan memperbaiki tona dan tekstur kulit yang tidak sekata, tetapi ia mengurangkan penampilan garis-garis halus dan kedutan sambil memberikan kulit dengan kesan gebu yang halus. Ia menjadikan kulit lebih lembap, licin dan cerah.
Kulit anda tidak akan kelihatan lebih licin jika anda meninggalkan parut jerawat dan jeragat anda tanpa pengawasan. Jadikan spot booster sebagai sebahagian daripada rutin penjagaan kulit harian anda untuk mendapatkan kulit yang mulus dan licin. Carilah primer pelembap 2-dalam-1 dan rawatan pembetulan tempat tanpa asid salisilik, alkohol, paraben atau phthalates. Anda boleh menggunakannya sebagai rutin asas untuk kawalan kilauan di sekitar T-zon dan sebagai krim bintik untuk membantu mengurangkan kemerahan dan meredakan kerengsaan. Diperkaya dengan campuran menyahtoksik thyme, zink dan witch hazel, formula lembut ini mengekalkan cela masa depan dan menjadikan kulit kelihatan bersih, segar dan seimbang.
Dermalogica Clear Start Breakout Clearing Booster
Formula dual fungsi ini boleh digunakan sebagai rawatan spot atau serum keseluruhan untuk pencegahan jerawat. Ia adalah penggalak yang sangat kuat yang membunuh bakteria penyebab jerawat dalam masa 15 minit. Asid Salisilik pergi terus ke sumber tempat anda, membantu menghilangkan jerawat degil, sambil juga menghalang jerawat yang akan datang. Cepat menyerap dan tidak kelihatan, ia boleh digunakan pada waktu siang atau sebelum tidur untuk menenangkan jerawat semasa anda tidur.
Skin Inc. Ceramide Serum Strengthen and Soothe
Kulit kering tidak pernah menjadi #matlamat sesiapa, itulah sebabnya ini sangat penting. Ia menambah semula ceramide anda (lipid yang secara semula jadi ditemui dalam penghalang kelembapan kulit) untuk membaiki dan melindungi kulit.
Innisfree Jeju lava seawater boosting ampoule
Campurkan serum dan booster untuk mendapatkan hasil yang diinginkan. Booster dari innisfree ini diformulasikan dari air dasar laut jeju yang mempunyai nutrient yang membantu menghilangkan garis halus dan mengurangkan penampilan kedut. Kulit akan lebih licin dan tegang.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.