Teruja lihat sahabat-sahabat di sekelingnya sudah mula berniqab membuatkan keinginan Yatt Hamzah untuk memakainya juga semakin membuak-buak.
Luahnya di Instagram, dia pernah menangis sewaktu mengandung dahulu sebelum keguguran kerana terlalu ingin memakainya namun belum ada kekuatan lagi. Dia juga kagum melihat bagaimana kuatnya mereka di luar sana yang memakainya sehingga menjadi inspirasi dan motivasi untuknya.
SOON.
Ads
In shaa Allah.
#throwback Pernah post gambar ni Jumaat beberapa minggu lalu kalau perasan. Sebelum keguguran dulu. Masa ni tak tahu sedang hamil. Emosi memang tak stabil, patutlah begitu, rupanya sedang hamil. Masa ni memang teringin sangat nak berniqab atau at least berpurdah dulu. Tapi tak kuat lagi. Sungguh-sungguh teringin.. Wallahi teringin sampai menangis bagitahu suami.
Ads
Lihat sahabat-sahabat sekeliling sudah mulakan dulu. Diri jadi teruja..MashaaAllah kuatnya mereka. Jadi inspirasi dan motivasi buat diri ini.
Mohon doakan Bonda bernama Haryati binti Hamzah ini dan semua wanita lain yang sedang struggle untuk jadi lebih baik diberikan KEKUATAN dlm PERJUANGAN (MUJAHADAH) ini. Mohon sokongan dan doa semua.. Terutama dari Suami @Zulfadhli_khiruddin AAMEEN.. 🤲❤😇
Perkongsian Yatt itu mendapat respon positif daripada para pengikutnya termasuklah suaminya iaitu Zulfadhli. InsyaAllah Yatt, kita sama-sama perbaiki diri ke arah yang lebih baik!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Proses menjadi seorang peguam tidaklah semudah yang disangkakan. Perjalanannya yang berliku itu sering membuatkan seseorang itu rasa mahu mengalah dan berundur daripada mencapai impian yang dihajati.
Berjaya mendapat Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) pada Oktober 2019, Nursyahirah Mohammad Jubri,25, bersyukur akhirnya berjaya menamatkan latihan dalam kamar (chambering) iaitu latihan wajib selama sembilan bulan di firma guaman sebelum didaftarkan sebagai Peguambela & Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya biarpun diuji dengan pelbagai dugaan pada awalnya.
Di firma guaman pertama, saya banyak didedahkan dengan undang-undang berkaitan conveyancing.
Namun setelah lima bulan menjalani latihan dalam kamar di sebuah firma guaman, saya terpaksa menarik balik petisyen penerimaan masuk sebagai Peguambela & Peguamcara kerana perlu mengambil cuti yang panjang untuk pembedahan appendiks dan menjalani proses pemulihan setelah pembedahan.
Hal tersebut tidak mematahkan semangat saya untuk terus berusaha mencapai cita-cita untuk bergelar seorang peguam. Saya sekali lagi menjalankan latihan dalam kamar di firma guaman yang kedua.
Sepanjang tempoh latihan dalam kamar, saya telah mempelajari selok-belok perundangan Malaysia dengan lebih mendalam terutama dalam bidang korporat dan litigasi sivil.
Saya turut menyertai Program ‘Dock Brief and Legal Aid Training’ dan menimba banyak pengalaman berharga selain didedahkan dengan pelbagai skop undang-undang termasuk undang-undang berkaitan jenayah, famili dan lain -lain.
Saya diberi peluang untuk mewakili orang kena tuduh (OKT) dalam prosedur mitigasi selain diberi peluang untuk menemubual klien sendiri.
Saya kemudian mengikut Pengajar (Master) berpindah ke firma guaman lain (firma guama ketiga) dan menamatkan tempoh latihan dalam kamar disitu. Perjalanan yang sangat panjang dan berliku namun saya percaya ada hikmah disebalik kejadian dan bersyukur atas segala ilmu dan pengalaman yang ditimba.
Cabaran pada waktu itu ialah saya terpaksa menarik balik petisyen setelah 5 bulan menjalani latihan dalam kamar dan berbaki 4 bulan lagi untuk tamat. Kemudian, saya terpaksa memulakan latihan dalam kamar selama 9 bulan sekali lagi dari awal di firma guaman kedua.
Selain itu, agak mencabar juga apabila perlu menjalani latihan dalam kamar sewaktu pandemik dimana pejabat perlu ditutup untuk jangka masa yang agak panjang dan memberi kesan kepada elaun yang diterima serta lain-lain kesukaran.
Bukan itu sahaja, saya juga sering ditertawakan oleh kawan-kawan kerana terpaksa menarik balik petisyen setelah 5 bulan dan terpaksa mula dari awal sekali lagi dan pindah pula buat kali yang ketiga ke firma guaman lain. Memang sukar namun alhamdulillah saya berjaya lalui semua itu!
Rezeki ada di mana mana jangan pernah berhenti berusaha dan berharap. Bila rasa penat, belajar untuk berehat, bukan berhenti sebab setiap usaha kita, tanpa kita sedar kita sebenarnya satu langkah kehadapan dalam mencapai impian atau cita-cita kita.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Kehilangan pasti membuat anda kusut dan kalut untuk mencari, apatah lagi bila anda benar-benar kehendaki barang tersebut. Barang berharga pasti akan kita jaga seutuh-utuhnya, namun ada kalanya juga manusia tanpa sengaja dan tidak diinginkan harus kehilangan suatu barang berharga. Anda boleh melakukan amalan barang hilang ini supaya cepat kembali.
Barang hilang tentu membuat anda tidak tenteram dan membuat anda tidak tenang bahkan boleh jadi tekanan. Setiap individu mungkin pernah mengalami kehilangan barang. Masalah ini tentu menimbulkan perasaan tidak menyenangkan. Hati rasanya menyesal ketika mengetahui ada barang hilang kemungkinan di sebabkan kecuaian diri sendiri.
Banyak amalan dan ibadah yang membolehkan kita mendapat barang yang hilang tetapi harus mempunyai usaha dan tawakal kepada Allah s.w.t. Beberapa himpunan potongan ayat dan amlan di bawah ini boleh membantu anda yang kusut akan kehilangan. Cuba amalkan dan pastinya tawakal.
Pertama adalah dengan menahan lisan ketika barang anda hilang. Perkara ini untuk mencegah hilangnya akal sihat supaya tidak merugikan banyak orang lain yang tidak ada sangkut pautnya dengan hilangnya barang anda. Boleh juga mencarinya berkali-kali di tempat terakhir anda meletakkan barang tersebut. Jangan biarkan menuduh orang lain yang sudah jelas bukan melakukannya.
Lalu boleh berdoa supaya barang yang hilang ditemukan. Kemudian tanyakan kepada orang di sekitar mengenai keberadaan barang anda dan minta bantuan orang lain untuk membantu mencari barang tersebut.
Seperti yang diketahui, Imam al-Syaukani dalam kitab Fathul Qadir, juga disebutkan oleh Imam al-Munawi dalam kitab Faidhul Qadir bahwa jika seseorang kehilangan barang dan mencarinya, agar barang tersebut segera dikembalikan oleh Allah, maka ia boleh membaca doa kehilangan barang berikut ini:
Allahumma ya jami‘an nasi li yaumin la raiba fihi, ijma’ baiia wa baina dlallati fi khairin wa ‘afiyah.
“Ya Allah, wahai Tuhan yang mengumpulkan semua manusia di hari yang tiada ragu lagi padanya. Pertemukan aku dan barangku yang hilang dengan kebaikan dan ‘afiyah.”
Baca SELAWAT (berulang-ulang kali) ketika anda sedang mencari barang itu sambil fikiran anda ingatkan kembali bilakah waktu akhir anda Nampak atau pegang barang itu. Sekiranya barang itu masih ada di dalam rumah anda, anda akan menemuinya semula.
Baca:
Sesudah selesai semuanya, tadahkan tangan lalu berdoa, mohon dari ALLAH pertolongan supaya dipulang/digantikan barang yang hilang tersebut.
Doa yang menjadi amalan para awliya’ dan solihin yang terdapat di dalam kitab Bustanul Arifin (Taman Orang-orang yang A’rifin / Ahlillah / Awliya’ Allah) tulisan Imam an Nawawi. Imam Nawawi meriwayatkan doa ini daripada kitab Risalah al Qusyairiah tulisan Imam Abul Qasim al Qusyairi radiyAllahu anhu di dalam bab ‘Karamah Awliya’.
Doa itu adalah:
“ Ya Jami’an Naasi li yaumil la raiba fihi, ijma’ alayya dhollati”
Maksudnya: “ Wahai Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya,himpunkanlah aku dengan barang aku yang hilang itu.”
Berkata Imam Nawawi:
“ Sebenarnya doa ini telah saya cuba maka saya mendapatinya sangat bermanfaat dan menjadi sebab untuk mencari barang yang hilang itu dengan tidak bersusah payah mencarinya. Barang itu juga tidak jauh dari tempat yang kita sangka. Saya juga telah mendengar perkara yang sama daripada Sheikh al Hafiz Abu Baqa’ ketika beliau mengajarkan doa ini dahulu kepada saya.”
Perkara kedua ini sangat berbeza. Simpati merupakan sebuah interaksi sosial yang menentukan proses interaksi dan menjadikan orang lain tertarik kepada anda. Ini muncul ketika dilandasi dengan sebuah kejadian yang menimpa orang tersebut. Berbeza halnya dengan empati yang lebih peduli dibanding simpati, sehingga kedua hal ini hanya beza di taraf seseorang.
Hal seperti ini masih boleh melakukannya, seperti memberi maaf kepada pelaku yang mengambil barang anda. Dengan memberikan maaf dan menekan rasa marah akan memberikan kesan ketenangan jiwa tersendiri bagi yang mengambil barang anda. Daripada mengumpat dan kesal yang tidak akan mengembalikan barang anda, alangkah baiknya untuk mencari solusi supaya barang tersebut dijumpai.
Tidak semua orang yang setelah mengalami peristiwa kehilangan akan kehilangan akal sihatnya. Banyak orang yang lebih memilih untuk pergi ke dukun atau guru ilmuan untuk beri petunjuk menemukan barang yang hilang, atau mencari pelakunya. Padahal seorang dukun pun pasti pernah mengalami barang hilang, sehingga tidak logik jika anda meminta bantuan kepada dukun.
Dengan pergi ke dukun pun tandanya anda telah menduakan Allah SWT, sehingga boleh dikatakan Anda sudah musyrik. Jauhi perkara-perkara ini dan mintalah bantuan hanya kepada Allah SWT, nescaya akan segera digantikan dengan yang baru atau yang lebih baik.
Dan amalan yang terakhir ketika barang anda hilang bahwa selalu ada hikmah di setiap peristiwa. Sudah menjadi hal yang tetap peristiwa yang sudah terjadi sudah ditentukanNya. Menyerahkan sepenuhnya urusan tersebut dan menerimanya dengan lapang dada.
Kemudian anda boleh renungkan mengenai perkara yang sudah anda buat, sudahkah anda perbaiki di sekitar anda. Tentu hal ini tidak akan membuat anda kaget, kerana dengan sedekah sama saja seperti kehilangan sebahagian dari barang yang anda miliki.
Jika anda kehilangan barang berharga serta sudah berusaha mencarinya ditambahkan melakukan amalan dan juga doa di atas namun masih belum ketemu juga, janganlah terlampau bersedih. Mungkin barang, wang, atau sesuatu itu memang bukan rezeki kita. Selain itu kita pun harus sedar jika semua barang yang kita punya pada dasarnya hanya merupakan titipan Allah.
Sehingga Allah berhak juga untuk mengambilnya bila-bila pun, kerana sangat mudah sekali juga jika Allah berkehendak mengembalikan lagi barang tersebut. Untuk itulah kita harus ikhlas dan redha terhadap apa pun ketentuan Allah akan barang yang hilang tersebut. Tetapi jangan putus asa, berdoalah kepada Allah Swt dan berkhusnudzonlah, semoga akan diganti yang lebih baik olehNya.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Walau sesibuk mana sekalipun urusan kerja dan aktiviti yang dilakukan dalam sehari, kita tetap diperingatkan supaya tidak meninggalkan amalan membaca al-Quran. Membaca al-Quran bermakna seseorang itu sentiasa mengingati Allah SWT.
Satu perkara yang perlu sentiasa terpahat dalam hati dan fikiran kita setiap Muslim adalah membaca al-Quran itu bukan hanya mampu memperoleh pahala bacaannya sahaja, malah ia bakal menjadi penyelamat, pelindung serta syafaat kepada pembacanya pada hari akhirat kelak.
Umamah al-Bahili meriwayatkan, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Bacalah al-Quran. Pada hari kiamat, ia akan memberi syafaat kepada orang-orang yang membacanya.” (Sahih Muslim)
Bukan saja mereka yang membaca al-Quran, malah golongan yang mendengar bacaan al-Quran juga dikira sebagai melakukan amal kebaikan.
Ustaz, saya baca Al-Mulk tiap hari Ustaz. Boleh?
Saya kata Alhamdulillah.
Ustaz, saya baca sehari 1 muka boleh ke?
Boleh.
Ustaz, saya busy. Separuh muka boleh kan?
Boleh juga..
Ustaz, separuh muka pun susah Ustaz. Tak dan.
Suku pun boleh.
Ustaz, baca 2-3 ayat sehari ok jugak kan?
Pun boleh..
Rasulullah SAW ada kata : “Sesiapa membaca satu huruf daripada al-Quran maka dia melakukan satu kebajikan. Dan satu kebajikan itu dilipatgandakan sepuluh kali. Aku tidak mengatakan Alif Lam Mim itu satu huruf, tetapi Alif itu satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.” (Riwayat At-Tirmizi)
Ustaz, saya pasang YouTube ngaji, dengar dan follow baca ok?
Boleh juga..
Rasulullah SAW pun ada sebut : “Sesiapa mendengar (bacaan) satu ayat daripada al-Quran, dia dicatat melakukan kebajikan yang dilipatgandakan. Sesiapa membacanya, maka dia akan mendapat cahaya pada hari kiamat.” (Musnad Imam Ahmad)
Ustaz, baca mana yang hafal je ok ke? Surah lazim
Boleh…
Ustaz, saya mengaji lintang pukang boleh kan?
Boleh.. Nanti cari guru..
Saya ngaji perlahan, sangkut-sangkut.
Takpa, comey gak tu
Aisyah ada sebut, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Orang yang membaca al-Quran dan menjaganya (membacanya dengan betul dan mengamalkannya) akan bersama para malaikat yang mulia. Adapun orang yang membaca al-Quran dengan sungguh-sungguh dan mengalami kesulitan, dia akan mendapat dua pahala.” (Sahih Bukhari dan Muslim)
Ustaz, saya baca tapi tak tau maksud takpa ka
Yang penting baca, ada masa baca tafsir
Saya baca surah al-Waqiah tiap hari boleh?
Boleh, cuma kesian dengan surah lain sama
Saya baca surah lazim je boleh Ustaz?
Boleh, tapi sampai bila..?
Abang kakak, baca Al-Quran ni adalah tentang diri kita. Sebab kita yang perlukan Quran, Quran tak perlukan kita. Nabi kata apa? “Bacalah al-Quran kerana sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat sebagai syafaat kepada para pembacanya”. [Riwayat Muslim (804)] Nampak? Kita yang perlu syafaat untuk nak masuk syurga.
Saya nak kata apa abang kakak. Sibuk mana pun kita, Quran jangan tinggai. Bagi ada dalam rutin kita sama ada baca, dengaq, ngaji walau satu ayat. Sebab hidup kita tak lama, kita tau ka bekai kita banyak mana? Konfiden sangat ka kita boleh masuk syurga? Tak konfiden kan? So, mengajilah.
Jangan malu tak reti mengaji.
Tapi malulah sebab tak mau mula mengaji
NIVEA LUMINOUS630 Skin Glow mencuri tumpuan di Piala Seri Endon 2025 apabila Tuanku Zara Salim tampil anggun dengan kulit berseri. Ketahui rahsia serum ini yang beri hasil dalam 3 hari!