Mempunyai seseorang untuk berkongsi bebanan yang ditanggung bersama selama lapan tahun dan tidak berkira kudrat untuk bersama menguruskan ibu yang diserang strok sehingga lumpuh seluruh badan merupakan satu kelegaan buat Nurfatin Amira Abdul Razak.
Menurut Fatin, lelaki yang dikahwininya, Muhammad Syaamil Sabarudin ibarat ‘menantu kiriman tuhan’ kerana sudi menerima dirinya dan keluarga seadanya serta sabar membantu menguruskan kedua ibu bapa, tanpa pernah mengeluh sedikitpun.
Ketika ditanya kepada Syamil, apa yang membuatnya sabar dan sanggup berkongsi bebanan dengan isterinya meskipun telah mengetahui kepincangan keluarga sebelah isteri sebelum bernikah lagi, ini respon yang diberikan.
“Saya sudah anggap emak mentua sama seperti ibu sendiri malah tiada beza taraf kedua-duanya.
“Jadi macam mana jaga ibu bapa kandung, begitulah saya jaga mentua,” kata Muhammad Syaamil Sabarudin lapor media tempatan.
Mengulas lanjut, Syaamil berkata apa yang membuatkan dirinya tertarik dan akhirnya mengambil keputusan untuk menikahi isterinya selain atas dasar cinta, adalah kerana sifat empati melihat wanita yang dicintai itu bertungkus lumus menguruskan ibunya seorang diri.
Justeru, selepas lapan tahun mengenali hati budi masing-masing Syaamil mengambil keputusan untuk menikahi Nurfatin Amira pada Januari tahun lalu.
“Saya berkenalan dengan isteri pada 2015 ketika ibunya sihat sebelum diserang strok tahun berikutnya, akibat darah tinggi serta kencing manis.
“Jadi, sebelum berkahwin lagi, saya sudah melihat susah payah isteri dan kasihan melihat dia menguruskan sendiri semuanya memandangkan emak (ibu mentua) terlantar, tidak dapat bercakap malah matanya juga kabur.
“Oleh kerana itu, saya tiada masalah untuk bawa sekali ibu mentua tinggal bersama selepas berkahwin kerana selagi terdaya, saya akan bantu isteri.
Malah, Syaamil menjelaskan sejak kecil dia pernah melihat ibunya menjaga nenek sejak kecil lagi, sehubungan itu dia memahami kepayahan serta kesusahan menguruskan orang sakit.
Menurutnya lagi, cabaran terbesar untuk menguruskan pesakit yang kronik lumpuh seluruh badan, bukanlah satu perkara yang mudah, serta memerlukan kesabaran yang tinggi.
Tambahan pula, ibu mertuanya tidak boleh bercakap dan mereka mengalami kekangan komunikasi kerana perlu mengambil masa untuk memahami apa yang dimahukan ibu mertuanya itu.
IKLAN
“Cabarannya mesti ada lebih-lebih lagi apabila menjaga pesakit terlantar yang tidak boleh bercakap kerana ada kalanya kita tidak faham apa dia mahu.
“Tambahan, emak tidak boleh bercakap dan apabila sakit, dia akan tunjuk perasaan dan memberontak hingga isteri pernah beberapa kali tertekan.
“Bagaimanapun, saya dan isteri perlu banyakkan sabar dan cuba faham emosi emak. Daripada segi tugas pula, isteri lebih banyak menjaga ibunya namun saya akan bantu lakukan kerja berat seperti angkat dan alihkan daripada katil ke kerusi roda untuk duduk atau mandi,” ujarnya.
Bersyukur Dijodohkan Dengan Lelaki Ikhlas Seperti Suami
Sementara itu, isterinya, Nurfatin Amira menzahirkan rasa syukur kerana dikurniakan suami yang ikhlas dan boleh menerima ibunya daripada awal perkenalan hingga kini.
“Daripada awal perkenalan lagi saya sudah cakap dengan dia (suami) yang emak saya sakit jadi tiada masa untuk keluar ‘dating’ kerana perlu jaga emak sepenuh masa.
IKLAN
“Saya pernah meminta suami untuk mencari orang lain sebagai pengganti kerana kalau berkahwin mungkin tidak boleh fokus sepenuhnya padanya (suami) kerana perlu bahagikan masa tetapi dia tetap setia dan tunggu saya.
“Jujurnya saya tidak yakin pada mulanya dan risau jika dia malu dengan keadaan keluarga saya.
“Lama kelamaan, saya nampak keikhlasan suami terima emak serta sikapnya yang lebih dahulukan ibu bapa dan pada masa sama beri layanan baik kepada saya,” dedahnya.
Sekadar info, video Syaamil yang membantu menguruskan ibu mertuanya itu tular di laman sosial setelah di muatnaik oleh isterinya sendiri menerusi laman Tik Tok akaun @xxmeeraxx kini telah ditonton seramai 999.3k dengan 94.8 tanda suka.
Pelakon dan juga pengarah filem Prof. Dr Azhari Zain yang kembali ke rahmatullah dan menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 12.05 malam tadi akibat serangan angin Ahmar telah selamat dikebumikan sebentar tadi.
Menurut Setiausaha Agung Seniman Malaysia, pelakon itu meninggal dunia setelah sembilan bulan terlantar kerana menghidap penyakit sama.
Arwah Meninggal Dunia Pada Usia 50 Tahun
Seniman berkata, arwah meninggal dunia di Sunway Alam Suria, Shah Alam, Selangor iaitu rumah kediaman milk keluarganya.
Setelah dimandikan dan disempurnakan di Masjid Ar-Raudhah, Seksyen U10, Shah Alam, jenazah telah selamat disemadikan di di Tanah Perkuburan Islam Jalan Paip Meru, Klang, Selangor.
Terdahulu, Azhari dikhabarkan telah diserang strok sehingga terpaksa dirawat di hospital kerana mengalami fasa kritikal kerana mempunyai pendarahan di kepala sehingga mengakibatkan saluran darah dalam otak tersumbat.
Ini sekaligus telah melumpuhkan pergerakkan badan termasuklah tidak mampu untuk berkomunikasi.
Bagaimanapun, setelah berada di dalam pemantauan doktor selama tiga bulan, dan kembali stabil, Azhari telah dibenarkan pulang ke rumah.
Meskipun mempunyai pergerakkan terhad, iaitu menggunakan isyarat mata sahaja, allayarham Azhari tetap positif dan bersemangat meneruskan kehidupan. Namun, keadaan kesihatannya mulai merundum sejak minggu lepas.
Sebagai rekod, Azhari mula berkecimpung dalam dunia seni dengan memulakan kerjaya penerbitan pada 2004.
Beliau kemudiannya diberi kepercayaan sebagai penulis skrip dan pelakon pembantu filem. Antara filem yang oernah dibintanginya adalah Tangkai Jering, Potret Mistik, Anak Mami Kembali, Nana Tanjung, Otai dan Duyung.
Selain bergiat aktif di hadapan layar, Azhari juga kerap membantu di beberapa produksi di belakang tabir, antara produksi yang mendapat sentuhan tanganya adalah filem Santau, Zoo, Hantu Dalam Botol Kicap, Mantra, Flat 3A, Seram Sejuk, Salam Cinta, Minyak Dagu, Sabda Kekasih, Hantu Kelima dan Siku 12: Langkah Derhaka.
Selepas itu, Allahyarham Azhari melebarkan sayapnya dalam bidang pendidikan dengan mencurahkan ilmu sebagai Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar di Fakulti Filem, Teater dan Animasi di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan telah mengarahkan sebanyak 20 filem.
Jagung rebus memang sedap dimakan terutama pada musim hujan. Seperti juga sumber makanan yang lain, jagung juga mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan. Jagung kaya dengan serat makanan dan pelbagai jenis vitamin.
Jagung juga turut dikenali sebagai sumber karbohidrat yang tinggi, jadi ia boleh digunakan sebagai pengganti nasi. Serat dalam jagung membantu anda kekal kenyang lebih lama. Serat yang terkandung di dalam jagung juga bermanfaat untuk penghadaman.
Serat ini akan mengambil masa yang lebih lama untuk dihadam dan boleh menjadikan saluran penghadaman lebih aktif. Hal ini kerana ia mengandungi serat. Jagung boleh dimakan untuk melegakan dan mengelakkan sembelit.
Jagung enak dimakan panas-panas, jadi lebih elok kita masak sendiri sahaja di rumah. Namun selalunya jagung yang dimasak menjadi kecut. Secara tidak langsung ia membuatkan jagung nampak tidak menarik untuk dinikmati. Boleh cuba cara Shahira Amira masak jagung. Selamat mencuba!
CARA MASAK JAGUNG REBUS SUPAYA TIDAK MENGECUT:
1.Ketika membuang kulit jagung, jangan buang sampai habis. Biar ada sehelai, dua yang tinggal.
2.Masak air biar betul-betul mendidih. Selepas itu masukkan jagung dan garam.
3.Masak selama lebih kurang 8 hingga 10 minit. Tutup api.
4.Jangan terus angkat jagung daripada periuk. Bila hendak makan baru ambil. Hasilnya jagung kelihatan ‘cantik’ sebiji-sebiji dan tidak mengecut.
5.Inilah hasil jagung yang telah siap direbus. Memang mengundang selera!
Setiap tahun menjelang bulan Februari pasti ada sesuatu yang istimewa bakal dilancarkan dari jenama tudung yang tidak asing lagi Naelofar. Sempena kelahiran pengasas jenama tudung ini Neelofa keluar dari kebiasan sambutan ulang tahun harijadinya.
Peluang membuat kebajikan dengan membeli
Hijabi sempena kempen #NaelofarJourneyofHope, bersama kita membeli dan menderma. Seronok bukan dapat sesuatu yang anda inginkan di samping itu dapat membantu mereka yang memerlukan. Jenama fesyen Naelofar akan bekerjasama dengan Shopee melalui Shopee Celebrity Squad untuk mengangkat masyarakat setempat di tengah-tengah wabak dan bencana alam yang telah melanda negara. Untuk tujuan ini, 10% daripada jumlah penjualan dari “Naelofar Kindness Box” dari koleksi Silk Road yang boleh dibeli dari kedai rasmi Shopee, akan disumbangkan kepada Pertubuhan Kasih Neelofa untuk memberikan bantuan dan pertolongan kepada mereka yang terjejas teruk oleh malapetaka ini.
Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada kempen Naelofar
#NaelofarJourneyofHope yang telah dilancarkan pada Februari 2021 sempena ulang tahun pengasas Noor Neelofa Mohd Noor. Lari dari sambutan kebiasaan, Menyambut ulang tahun kali ini, Naelofar ingin menghormati komuniti wanita atas kekuatan, sokongan dan harapan mereka yang kuat seperti yang kita lalui pada tahun 2020 yang sukar dengan memberikan kembali kegembiraan, kebaikan dan tujuan kepada masyarakat setempat.
āSetelah hampir setahun dipenuhi dengan cabaran yang belum pernah terjadi sebelumnya telah memberi impak kepada negara dengan cara yang tidak dapat dibayangkan, kami berhasrat untuk memberikan kembali kepada masyarakat yang telah melalui rintangan dengan harapan yang tidak tergoyahkan. Perkara paling mudah yang dapat kita lakukan satu sama lain sekarang adalah untuk membantu menaikkan semangat satu sama lain dengan cara yang kita boleh, sama ada besar atau kecil. Setiap kata, setiap tindakan mempunyai kekuatan untuk membuat perbezaan yang signifikan, ākata Noor Neelofa.
Pertubuhan Kasih Neelofa adalah aktiviti kebajikan Noor Neelofa yang bertujuan untuk membantu mereka yang memerlukan melalui kerja amal, seperti warga tua, anak yatim dan ibu tunggal. Ia juga merupakan sebahagian daripada # ShopeeGivesBack Shopee – inisiatif oleh platform e-commerce dalam mewujudkan kewaspadaan dan mendorong sumbangan untuk pelbagai organisasi kebajikan untuk menyokong tujuan masing-masing dari penjagaan kesihatan dan di bawah komuniti istimewa hingga yang terpinggir, termasuk haiwan.
Kelainan rekaan penuh kerohanian
Sementara itu, koleksi Naelofar ‘SilkRoad ‘merangkumi perjalanan pelbagai aspek kerohanian pengasas Noor Neelofa, serta aspek kehidupan peribadi dan awamnya. Sebahagian daripada reka bentuknya diilhamkan oleh banyak perjalanan bermakna Neelofa sepanjang kariernya, dengan gabungan elemen timur dan barat menjadi tumpuan dan ditafsirkan semula kepada nuansa yang lebih kontemporari, mengekalkan elemen berkelas dan bergaya.
Koleksi ini akan menampilkan selendang bercetak dan padat, pin edisi terhad, sejadah, telekung dan abaya dalam empat reka bentuk yang berbeza dan akan dilancarkan di kedai makan sepanjang bulan Februari. Item dalam koleksi berharga dari serendah RM29 RM249 dan akan tersedia di kedai rasmi di Shopee boleh beli di sini, Naelofar LuxeBoutique, Naelofarstores, dan Naelofar.com mulai 8hb Februari2021.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!