Untuk kekal istiqomah dalam melakukan sesuatu perkara memerlukan kecekalan dan tekad yang kuat dalam diri. Tidak mudah untuk istiqomah, tidak kiralah dalam apa jua perkara kerana faktor sekeliling kadangkala boleh mempengaruhi diri seseorang individu.
Ramai yang berubah hati dan tidak istiqomah dek kerana terpengaruh dengan rakan-rakan terdekat. Jangan begitu. Ketahuilah bahawa untuk melakukan kebaikan memang punya banyak halangan. Nak kekal istiqomah, cuba baca perkongsian yang dikongsi oleh Leya Sari menerusi laman Facebooknya.
Menurutnya, pastikan sentiasa membawa Al-Quran ke mana sahaja dan baca. Jangan hanya setakat bawa sahaja. Ada 4 perkara penting yang perlu anda tahu. Ayuh baca perkongsiannya.
SUSAH KE ISTIQOMAH? #60HariIstiqomah
Cara saya untuk belajar ISTIQOMAH
Jangan tinggal Al-Quran, make sure Quran sentiasa dengan kita bawak Quran macam bawa handphone dan BACA. Kalau takat bawak tapi tak baca tu baik ISTIREHAT. #UstazCakap
1. Jangan tinggal Al-Kahfi (lepas Subuh and lepas Asar: Ayat 1-10 & 101-110)- Ilmu ni saya dapat dalam Kuliah Ustaz Wadi
2. Jangan tinggal Al-Waqiah (lepas Asar) dan jangan tinggal Al-Mulk (lepas Isyak atau lepas witir) – Ilmu ni saya dapat dalam Kuliah Ustaz Jafri Mahmood, Ustaz Ahmad Dasuki
3. Jangan tinggal baca Sayyidul Istigfar setiap kali lepas Subuh and lepas Asar – Ilmu ni juga saya dapat dari Kuliah Ustaz Jafri Mahmood
4. Kalau FREE lepas atau sebelum Dhuha amalkan Surah Ar-Rahman (ni ikut saya sendiri sebab jatuh cinta dengan Surah Ar Rahman)
Saya combinekan ilmu yang saya dapat. 3 surah wajib ni saya baca setiap hari. Amalkan selama 60 hari, tengoklah perubahan diri, Allah akan dorong satu persatu InsyaAllah.
Sumber: Facebook Leya Sari
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Banyak Ganjaran Kita Boleh Dapat Pada Waktu Subuh, Jangan Tinggalkan Perkara-perkara Ini
Solat Subuh yang hanya dua rakaat mempunyai hikmah yang tersendiri jika direnungkan dalam perspektif ilmu sains khususnya sains biologi dan fizik.
Rasulullah SAW memberitahu bahawa mereka yang taat dalam mendirikan solat Subuh bakal dikurniakan cahaya yang terang pada hari kiamat kelak.
“KEGEMBIRAAN WAKTU SUBUH – JANGAN TINGGALKAN 10 PERKARA”
Kita sebagai umat Rasulullah ﷺ diberi banyak keistimewaan dengan ganjaran pahala yang tidak diberikan kepada umat terdahulu…betapa besarnya rahmat dan kasih sayang Allah kepada kita.
Waktu subuh mempunyai ganjaran yang begitu besar jika seseorang itu mengetahui kelebihannya. Kita wajib mensyukuri dan akan ketahui akan nikmatnya ketika menutup mata, berada di Padang Mahsyar dan di hari Kiamat kelak.
JANGAN TINGGALKAN 10 PERKARA
1. Solat sunat sebelum subuh (selepas fajar sadiq)
#Rasulullah ﷺ bersabda yang bermaksud: “Dua rakaat fajar (solat sunat sebelum Subuh) lebih baik daripada dunia dan seisinya.” (Riwayat Abu Daud, Muslim dan al-Nasa’i)
Malah disebabkan nilainya yang begitu tinggi, disunatkan mengqada solat sunat fajar itu sekiranya terlewat waktunya, sama ada setelah selesai solat Subuh atau setelah terbit matahari.
2. Ketika solat sunat fajar isi dengan bacaan surah
Saiyidina Umar ketika bertamu di rumah Rasulullah ﷺ “aku selalu mendengar Rasulullah ﷺ membaca surah al Kafirun (rakaat pertama) dan al-Ikhlas (rakaat ke-2). Surah ini berkaitan dengan aqidah, maka hendaklah dipasakkan dalam diri agar dapat mengukuhkan keimanan kita.
Di samping itu, boleh juga baca surah al Insyirah dan al Fiil sebab ulama berkata “tidak akan terkena padanya yang menyakitinya hari itu.” Membaca kedua-dua surah tersebut sebagai pendinding di awal pagi.
3. Solat subuh (samada berjemaah atau tidak)
Rasulullah ﷺ bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang solat pada dua waktu yang dingin, maka dia akan masuk syurga.” (Riwayat al-Bukhari, Muslim dan Ibn Hibban). Dua waktu yang dingin yang dimaksudkan dalam hadis itu ialah solat Subuh dan Asar.
4. Sesiapa yang solat Isyak berjemaah ( sekurangnya 2 orang) baginya pahala seumpama membangunkan ibadah separuh malam.
Diriwayatkan dari Uthman bin Affan r.anhu bahawasanya Nabi ﷺ bersabda:
“ Sesiapa yang solat Isyak secara berjemaah akan mendapat pahala seolah-olah bangun separuh malam dan sesiapa yang solat subuh berjemaah akan mendapat pahala bangun sepenuh malam.[ HR Imam Muslim]
5. Sesiapa yang solat Subuh berjemaah kemudian berdoa,
اللهم زقنا الإستقامة
“Allahumma zugna istiqamah”
Ya Allah rezekikan kami istiqamah
Umpama beribadah sepenuh malam mulai daripada waktu Maghrib hingga Subuh.
5. Selepas memberi salam solat Subuh, jangan dirongkai kaki (duduk tawaruk) dan jangan bercakap lalu membaca zikir tersebut.
Rasulullah ﷺ bersabda, sesiapa yang membaca zikir berikut 10 kali sesudah solat Maghrib dan Subuh:
لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ
لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ بِيَدِهِ الْخَيْرُ
يُحْيِي وَيُمِيتُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ.
Tiada Tuhan melainkan Allah yang tunggal tiada sekutu bagi-Nya,
Bagi-Nyalah kerajaan dan puji-pujian, ditangan-Nya kebaikan,
Yang menghidupkan dan mematikan serta Dia berkuasa membuat segala sesuatu.
Maka akan dicatat baginya ganjaran untuk setiap kali bacaan 10 pahala, dihapuskan 10 dosa, diangkat 10 darjatnya, di samping itu menjadi perlindungan dari syaitan.
6. Jangan tinggalkan membaca:
اَللّهُمَّ اَجِرْنَا مِنَ النَّارِ (×7)
Siapa yang selesai solat Subuh dan Maghrib lalu membaca “Allahumma ajirna minannar (Ya Allah, lindungilah kami dari api neraka)” 7 kali, jika meninggal pada malam itu nescaya Allah menulis baginya perlindungan dari api neraka.” (HR Nasa’i dan Abu Dawud dari al Harist bin Muslim)
Dengan membaca doa ini, api neraka akan berkata kepada Allah, “Ya Allah, jauhilah orang itu daripada aku Ya Allah.”
7. Sebelum ke masjid/surau, selepas solat sunat Subuh, rebahkan badan di rusuk sebelah kanan lalu baca doa “Allahumma robba Jibril wa robba Mikail wa robba Israfil wa robba Muhammad, ajirna minnar ”
اللَّهُمَّ رَبَّ جَبْرَائِيلَ وَمِيكَائِيلَ وَإِسْرَافِيلَ …اَجِرْنَا مِنَ النَّارِ
“Ya Allah, Rabb Jibril, Mikail, Israfil dan Muhammad, lindungilah kami dari api neraka.”
**Perbuatan merebahkan badan sebagai 1. Sunnah Nabi 2. Kedudukan badan dalam kubur 3. Kedudukan jantung 4. Menunjukkan betapa lemahnya kita tidak mampu melaku kan apapun tanpa kekuatan dari Allah.
8. Jangan lupa bawa dan masukkan duit dalam tabung masjid/surau
Jika tidak sempat sediakan “Tabung Subuh” di rumah, dikumpulkan setiap hari dan disedekahkan kepada masjid/surau.
Dari Abu Hurairah, dia berkata bahawa Rasulullah ﷺ bersabda,
مَا مِنْ يَوْمٍ يُصْبِحُ الْعِبَادُ فِيهِ إِلاَّ مَلَكَانِ يَنْزِلاَنِ فَيَقُولُ أَحَدُهُمَا اللَّهُمَّ أَعْطِ مُنْفِقًا خَلَفًا ، وَيَقُولُ الآخَرُ اللَّهُمَّ أَعْطِ مُمْسِكًا تَلَفًا
“Ketika hamba berada di setiap pagi, ada dua malaikat yang turun dan berdoa, “Ya Allah berikanlah ganti pada orang yang suka berinfak.” Malaikat yang kedua berdoa, “Ya Allah, berikanlah kebinasaan bagi yang enggan bersedekah (memberi nafkah).” (HR. Bukhari dan Muslim)
9. Jangan tinggal selepas solat Subuh membaca zikir ini dengan ucapan “Subhanallahi wa bihamdihi ‘adada khalqihi, wa ridhoka nafsihi, wa ziinata ‘Arsyihi, wa midada kalimatihi ” (HR Muslim).
Maknanya: Maha Suci Allah dan segala puji bagiNya sebanyak bilangan makhlukNya, dan sebesar redha diriNya, dan seberat ‘Arasy-Nya,dan sebanyak hitungan kalimatNya).’ (HR Muslim)
10. Baca ” …innama sana’uu kaidu saahir wa ka yuflihus saahiru haithu ataa”
Surah Taha: 69
وَأَلْقِ مَا فِي يَمِينِكَ تَلْقَفْ مَا صَنَعُوا
إِنَّمَا صَنَعُوا كَيْدُ سَاحِرٍ وَلَا يُفْلِحُ السَّاحِرُ حَيْثُ أَتَىٰ
“Dan campakkanlah apa yang ada di tangan kananmu, nescaya ia menelan segala (benda-benda sihir) yang mereka lakukan, kerana ….sesungguhnya apa yang mereka lakukan itu hanyalah tipu daya ahli sihir; sedang ahli sihir itu tidak akan beroleh kejayaan, di mana sahaja ia berada”.
Semoga kita tergolong dalam kalangan orang yang memuliakan waktu Subuh.
Sumber kredit: Amat Atul Mukminin
DAPATKAN HIJABISTA E-MAGAZINE DENGAN MEMUAT TURUN APLIKASI EMALL DI GOOGLE PLAY DAN APP STORE.
http://emall.karangkraf.com/Shop/Magazine/HIJABISTA
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Walaupun Perit, Paksalah Diri Untuk Bangun Tahajud. Menangislah PadaNya
“PAKSALAH DIRI”
Benar apa yang dikatakan
Walaupon perit untuk kita terima
Memang itulah caranya untuk kita bertahajud di 1/3 malam. Memang dengan memaksa diri adalah cara mudah & praktikal untuk kita semua kecapi magis-magis dari Allah swt.
Bila saya mula-mula wujudkan group ini atas sebab kekhilafan diri ramai yang join dari pelbagai usia, negara, pangkat, dan yang paling saya “salute” pada otai yang sudah istiqamah selama lebih 10 tahun.. Allahuakbar
Secara teori & praktikalnya memang dengan paksaan mental & fizikal untuk bangkit dan kalahkan selimut kita. Bagi saya itu juga titik permulaan bila saya mula ingin bertahajud . Sebab nak sangat rayu padaNya, nak sangat nangis padaNya, nak sangat mengadu keluh kesah padaNya. Tiada cara lain melainkan saya paksa diri pada waktu itu . Wallahualam
Di samping pelbagai tips yang saya terima dari “otai-otai” dalam ahli GT5P.
Di antaranya:-
Jangan makan selepas 8-9 malam,
Tidur awal sebelum 11malam,
Minum air sebelum tidur,
dan macam-macam lagi tips dari mereka yang saya sangat salute ada yang istiqamah lebih dari 10 tahun .
Subhanallah Subhanallah Subhanallah
Semoga Allah pandang usaha kita untuk bermunajat padaNYA
Ikhlas dari Puan Saira
#gengtahajud5pagi
#Jomkalahkanselimutanda
Salam Tahajud
kredit: Puan Saira
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Keputusan IVF Tidak Berjaya, Achey Dan Isteri Akan Cuba Sedaya Mungkin
Satu beri yang cukup hiba dikongsikan oleh pelawak terkenal, Achey Bocey, mengenai keputusan proses persenyawaan in-vitro atau In Vitro Fertilisation (IVf) yang dijalankan oleh isterinya. Ramai juga tersentuh dengan berita itu dan mendoakan yang terbaik buatnya.
Artikel berkaitan: Hati Makin Tenang Lepas Berhenti Kerja di ‘Bar’, Wanita Ini Tak Sangka Allah Kurniakan Rezeki Lebih Baik!
Masih belum ada rezeki…
Terdahulu Mohd Nasir Hamzah atau lebih dikenali sebagai Achey Bocey membuat perkongsian isterinya, Nur Hasanah Yahya, menjalani proses in-vitro (IVF). Namun, rezeki masih belum lagi menyebelahi mereka.
Dia juga ada memuat naik video untuk berkongsi bersama meski pun momen itu merupakan satu perkara yang agak sedih. Ramai juga yang memberikan kata-kata semangat buat isterinya yang di sapa mesra sebagai Anne untuk terus kuat.
Anne juga memanjatkan rasa syukur yang tidak terhingga kerana suaminya kekal bersamanya di saat suka dan duka. Dia juga berterima kasih buat semua yang sudi mendoakan kesejahteraan buat dirinya.
“Terima kasih by, selama ini menjadi tulang belakang saya…banyak bagi kekuatan pada saya, jaga saya, jaga anak…bahagikan masa awak, kerja dan kami berterima kasih banyak-banyak,
“Jaga saya time sakit…saya hargai sangat-sangat. Maafkan saya belum ada rezeki untuk saya bagi awak zuriat. InsyaAllah saya akan usaha sehingga hujung nyawa saya, saya sayang awak @acheykintangkintung“. tulisnya.
InsyaAllah ada rezeki Tiara jadi kakak…
Di samping itu, Anne juga memuat naik momen dia bersama anak yang tercinta, Tiara Zinnirah. Mereka berdua berpelukan sambil menangis kerana keputusan IVF negatif.
Dalam video itu juga Anne sedang asyik memujuk Tiara yang teresak-esak menangis. Dia juga memberitahu bahawa satu hari nanti akan ada masanya untuk Tiara menjadi kakak juga, jadi dia tekad untuk usaha selagi boleh.
“Kita usaha,Allah menentukan….Mungkin belum ada rezeki utk kita….Kakak sabar ya,insyaAllah ada rezekinya nanti,
“kalau kakak sedih,mama dgn ayah 10x lagi sedih….Mama sayang awak dan ayah awak @acheykintangkintung.” ujarnya.
Achey juga membuat satu hantaran yang menyatakan dia dan isterinya tidak akan putus asa untuk mencuba lagi. Walaupun masih terkesan tetapi ada lebih masa untuk mereka mencuba dan buat ‘comeback‘.
“4bulan keluar masuk sini…. jumpa lagi… bukan tak move on tapi ianya sedikit perlahan… ruang masa mungkin lebih.. 🤲🤲🤲 @anne_achey._ will comeback stronger… aku? Kerja tetap jalan cuma perasaan masih di situ.” katanya di ruangan kapsyen.
Kami dari Hijabista mendoakan yang terbaik buat Achey dan juga Anne untuk dipermudahkan urusan kelak. Dengan izinNya, ada rezeki yang menanti buat anda berdua, jangan putus asa!
Artikel berkaitan: Lonjakan Paras Gula, Penghidap Diabetes Bimbang Jika Terlebih Makan Kurma
Sumber: Instagram @anne_achey._ dan @acheykintangkintung
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI