Penat bekerja menjadi salah satu faktor tubuh badan menjadi sakit, sendi dan otot membengkak dan tidak selesa. Oleh itu, salah satu rawatan terbaik adalah dengan melakukan senaman Tai Chi. Senaman Tai chi merupakan latihan minda dan tubuh yang berasal dari tradisi negara Asia. Ini adalah salah satu daripada banyak jenis latihan qigong, yang menggabungkan prinsip seni mempertahankan diri, kawalan pernafasan, perubatan tradisional Cina dan falsafah Timur.

Sumber gambar: Naturally Rebecca

Ia telah diamalkan selama bertahun-tahun di China. Tai chi atau “taiji” adalah “latihan minda badan”. Pergerakan dalam senaman ini amat perlahan dan lembut. Semasa melakukan senaman ini, anda dapat memberikan tumpuan kepada pergerakan dan pernafasan. Ia juga mmapu untuk mengurangkan rasa tekanan dan bebanan dalam minda.

Antara kelebihan senaman Tai Chi adalah:

Sumber gambar: University Of California

1. Meningkatkan fleksibiliti

Pergerakan Tai Chi membantu meningkatkan fleksibiliti badan dari bahagian atas hinggalah ke bawah. Senaman Tai Chi ini boleh dilakukan dalam pelbagai posisi contohnya berdiri atau duduk, yang membantu untuk memanaskan badan, meregangkan dan mengendurkan otot dan tisu sendi yang tegang. Apabila melakukannya dengan kerap, ia dapat mengurangkan kekejangan, kesakitan dan tekanan pada minda juga fizikal tubuh badan. 

IKLAN

2. Memberikan keseimbangan

Senaman Tai Chi dapat meningkatkan keseimbangan dan kekuatan, serta mengurangkan risiko jatuh pada orang tua, terutama yang “berisiko tinggi.” Ia juga dapat menyusun kembali susunan urat dan tolong untuk menjadi lebih kemas dan rapi. Tai Chi membantu untuk mengembalikan kekuatan dan koordinasi otot.

Sumber gambar: Korea Portal

3. Meningkatkan kekuatan otot dan sendi

IKLAN

Pergerakan Tai Chi juga dapat meningkatkan kekuatan badan bawah dan kekuatan badan bahagian atas secara serentak, bahkan setanding dengan bentuk latihan ketahanan yang lembut seperti yoga. Secara amnya, ia juga boleh meningkatkan kekuatan lutut dan bahagian bawah badan seperti punggung dan perut kerana menggabungkan pergerakan dinamik contohnya gerakan mencangkung, memusingkan, menendang dan membengkok.

4. Kesihatan jantung yang lebih baik

IKLAN

Tai chi menolong menurunkan tekanan darah dengan mengurangkan tindak balas tekanan badan, meningkatkan “pertukaran gas” dan pernafasan, dapat membantu mengurangkan keradangan dan ia juga dapat berfungsi sebagai salah satu kaedah senaman aerobik. Amalan senaman Tai Chi yang kerap dapat membantu meningkatkan kekuatan jantung dan daya tahan saluran darah dan tisu badan yang lain. Ia juga membantu mengurangkan tindak balas keradangan yang disebabkan oleh sistem saraf autonomi yang terlalu aktif.

Sumber gambar: Huff Post

5. Menurunkan tekanan, kegelisahan & kemurungan

Ramai yang memandang Tai Chi lebih daripada sekadar Hakikatnya, senaman ini mempunyai dimensi spiritual yang kuat dan meningkatkan kekuatan mental yang lebih tinggi. Kajian menunjukkan bahawa Tai Chi adalah penghilang tekanan semula jadi dan mendorong kesan positif terhadap kemurungan dan kegelisahan dengan cara yang serupa dengan yoga atau latihan minda-badan yang lain.

https://www.youtube.com/watch?v=FLHfiNnAArs

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI