Setiap kali datang bulan, pasti tuala wanita menjadi teman setia untuk mengelak kebocoran. Tidak kira apa jenama asalkan ia selesa untuk dipakai. Namun begitu, dalam satu ceramah kuliah Pendakwah Bebas, Ustaz Azhar Idrus, beliau ditanya apakah hukumnya bakal suami membasuh tuala wanita kelak oleh bakal isteri.
Apakah ia boleh dibuang begitu sahaja ataupun dibungkus rapi sebelum membuangnya. Bagaimana pula dengan darah yang ada pada tuala wanita berkenaan.
Ads
Persoalan yang membelenggu kaum wanita ini telah dijawab dengan sejelasnya oleh Ustaz Azhar Idrus.
Menurut beliau, hukumnya sunat jika ditanam, tetapi jika dibuang dalam tong sampah hukumnya jatuh harus. Tetapi diingatkan supaya jangan dibuang merata-rata. Islam tidak ajar buang begitu sahaja.
Ads
Beliau juga menambah harus bagi kita kita membuang tuala wanita tanpa membasuhnya terlebih dahulu tetapi perlu dibungkus dalam plastik sebelum dibuang dalam tong sampah.
Mulai menunjukkan minat untuk mengenal agama Islam seawal umur tujuh tahun, Atlet kelahiran Sarawak, Nur Eilisha Rania Muhammad Abrar Raj tidak menyangka bahawa dia akhirnya dikurniakan hidayah untuk memeluk agama Islam diusia muda 13 tahun.
Penerjun muda negara itu juga mengakui bahawa dia amat tertarik dan kagum melihat cara umat Islam di Malaysia mengamalkan ajaran Islam.
Jelas Eilisha lagi, dia mula mengenal agama Islam menerusi rakan-rakanya ketika di sekolah rendah. Dan mulanya sekadar suka-suka mengikuti cara yang diamalkan mereka, seperti membaca doa sebelum makan dan cuba untuk berpuasa di bulan Ramadan meski tidak penuh.
“Saya tertarik dengan agama Islam kerana saya percaya bahawa tuhan itu satu dan tiada tuhan selain Allah.
“Saya mula minat dengan agama Islam ketika usia tujuh tahun apabila bergaul dengan kawan-kawan yang beragama Islam.
Eilisha berkata, dirinya amat bersyukur dan bertuah apabila hasratnya untuk memeluk agama Islam mendapat galakan dan sokongan yang memberangsangkan dari kedua orang tuanya yang sudah memeluk Islam terlebih dahulu berbanding dirinya.
“Dulu saya Kristian dan juga kedua-dua ibu bapa saya. Sebenarnya daddy saya sudah lama nak peluk Islam cuma mommy saya ketika itu belum bersedia untuk bertukar agama.
“Namun selepas satu kejadian berlaku, barulah ibu saya terbuka untuk memeluk Islam.
“Setahun selepas itu kami adik beradik memeluk Islam cumanya tak semua kerana tiga daripada lima sahaja yang bersetuju,” katanya.
Sekadar info, Eilisha yang kini berusia 17 tahun merupakan anak kepada bekas atlet terjun wanita Sarawak, Victory Emmy.
Hidup berumah tangga ada pasang surutnya. Kalau sekadar gurauan manja tidak salah. Tetapi bagaimana pula jika suami yang kita sayang dan taat selama ini rupa-rupanya mempunyai kekasih lain selain dari kita isterinya. Pasti hati akan hancur lebih-lebih lagi apabila memikirkan sudah lama tempoh berumahtangga. Bagaimana sebenarnya kita mahu tahu bahawa suami kita itu sebenarnya curang dan mempunyai hubungan dengan wanita lain? Ini antara 7 tanda dia adalah pasangan yang curang. Jadi berhati-hati dan berdoa agar hubungan anda suami isteri bahagia hingga ke jannah.
1. Suami terlihat mudah marah atau tersinggung saat berada di dalam rumah. Padahal dulunya dia adalah seorang suami penyabar dan penyayang. Kesalahan isteri atau anak-anak sedikit saja, biasanya cepat diredakan, tapi ternyata hal ini tidak.
2. Suami terlihat lebih suka menyendiri ketika berada di rumah, tidak suka kumpul-kumpul di tengah keluarga. Padahal sebelumnya dia termasuk suami yang ramah dan bersahabat dan suka berkongsi cerita.
3. Lebih suka sibukkan diri sendiri yang di luar kebiasaan, atau lebih suka dengan handphone-nya atau laptopnya, padahal tiada tugasan melibatkan pekerjaanya.
4. Suami enggan diajak berbincang mengenai keharmonian rumah tangga, dia banyak mengalihkan pada topik yang lain.
5. Tiba-tiba suami suka membanding-bandingkan isteri dengan wanita lainnya, sedangkan sebelumnya sama sekali tidak.
6. Mempunyai kebiasaan baru yang sebelumnya tidak pernah dilakukan. Misalnya tiba-tiba menyukai olahraga berbasikal pagi, suka pergi ke kafe atau pergi ke mall sendirian dan lain-lain tanpa mahu mengajak keluarga.
7. Suami terlihat mempunyai kebiasaan mengelamun sendiri, atau tersenyum-senyum sendiri seolah mengingat suatu peristiwa tertentu, dan saat ditanya dia agak mengelabah.
SUMBER: VIA PETUA IBU
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Kagum dengan kesungguhan Asyalliee yang gigih pergi camping dengan anak-anak kecil! Pertama kali menikmati perkhemahan di samping keluarga tersayang, usaha ibu kepada tiga cahaya mata ini menjadikan ruang khemah lebih selesa dan indah nyata menarik perhatian ramai. Sekaligus menginspirasikan kaum ibu untuk bawa anak-anak beriadah!
Memilih tapak perkhemahan di Bukit Tinggi, Bentong, Asyalliee atau mesra disapa Asya yang dikenali sebagai antara influencer yang bijak mengatur hias ruang gigih membawa pelbagai perkakas memasak dan kelengkapan perabot demi mencipta suasana selesa buat seisi keluarga.
Bukan saja lengkap dengan pinggan mangkuk dan cawan, segala sudip, periuk, cerek, kuali dan toaster pun ada. Dah macam dapur bergerak!
Patutlah followers puji usaha isteri Eboy Arbaain ini.
Kongsi Asya, “My first time camping. Bagi aku yang selalu sibuk dengan hal bisnes aku, sampai masa pun tak ada dengan anak-anak. Dan masa dengan suami pun tak ada walau pun hari-hari bersama, bercamping ni aku dapat masa bersama keluarga aku.
Aku hanya fokus kepada keluarga aku, kerjasama, komunikasi dan tolong-menolong dapat mengeratkan kami lagi dan menambahkan lagi kasih sayang dalam keluarga aku. Tak sabar next camping!”
Asya yang juga pengasas Loveliee dan Asyalliee Group ini bersyukur dapat mengisi masa berkualiti dengan suami serta anak-anak sepanjang perkhemahan tersebut.
“Allah jentikkan ke dalam hati suamiku untuk mengajak aku bercamping. Pada permulaannya, aku macam teragak tapi entah tiba-tiba hati aku macam teringin juga, macam Allah juga menjentik hatiku untuk mengizinkan suamiku bercamping.
Setelah kali pertama aku camping, aku terus jatuh cinta. Sepertinya cinta pandang pertama, aku rasa tenang sangat. Ibarat bila aku camping, aku masuk ke dunia lain.
Duit boleh dicari, tapi kenangan begini tidak akan dapat di mana mana.”
Asya atau nama sebenarnya Siti Syasya Rosaelmi Baba berusia 27 tahun berkahwin dengan Eboy Arbaain pada 25 Februari 2017.
Hasil perkongsian hidup selama tujuh tahun itu, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Haider Mikael, Helena Adrianna dan Hayyan.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula NONA.
Wan Sharmila berkongsi bagaimana pengaruh sahabat membawanya menjadi mutawifah selepas mengurangkan aktiviti lakonan, sekali gus memulakan perjalanan baharu dalam bidang pengurusan haji dan umrah.