Photo by Muhammad Ruqi Yaddin on Unsplash

Makanan yang mengandungi gula memang enak! Terasa betul nikmat kemanisannya. Karbohidrat kristal manis ini nampaknya ada di mana-mana. Sebilangan besar daripada kita suka membayangkan rasa pencuci mulut kegemaran kita yang tidak dapat dilupakan sewaktu kita lapar.

Segalanya nampak begitu indah namun tanpa kita sedari sebenarnya ia akan mengundang banyak masalah kesihatan apabila kita menikmatinya dalam jumlah yang banyak. Ramai yang tidak sedar hingga menjadi begitu ketagih dibuatnya. Di sini, Hijabista senaraikan beberapa tanda amaran yang diberikan oleh badan anda yang menunjukkan sudah waktunya untuk menjauhkan diri daripada makanan manis.

  1. Anggota badan kemerahan, bengkak dan sakit sendi
depositphotos

Kandungan gula yang tinggi dalam makanan anda menjadikan sel-sel imun mengeluarkan rembesan keradangan ke dalam darah anda lalu menyebabkan tahap kesihatan dan kecergasan anda menjadi makin buruk.

2. Mengidam makanan manis dan bergula
Photo by cottonbro from Pexels

Otak melihat gula sebagai ganjaran atau makanan dan semakin banyak gula yang anda makan, semakin banyak badan anda menginginkannya. Ini adalah kitaran yang tidak baik dan menyebabkan ketagihan. Selain itu, makanan yang tinggi gula tidak akan membuat anda merasa kenyang kerana tidak mengandungi nutrien berguna.

3. Tenaga naik dan turun kerana badan mahukan gula yang lebih
wavebreakphotos

Untuk mengekalkan tahap tenaga anda, elakkan makan gula-gula dan makanan ringan yang tidak sihat. Sebaliknya, pilih protein tanpa lemak dan lemak sihat. Dapatkan tenaga “sebenar” untuk badan anda dari makanan sihat. Tahap gula yang lebih sekata dalam darah anda tidak akan menyebabkan lonjakan dan penurunan tenaga.

IKLAN
4. Kulit wajah sering breakout
Photo by Dhyamis Kleber from Pexels

Makanan yang mengandungi gula tambahan menyebabkan kadar insulin meningkat dan memulakan proses glikasi, atau ikatan gula dengan molekul protein. Sebaik sahaja glukosa memasuki darah anda, ia akan melancarkan rangkaian proses fisiologi yang rumit yang akhirnya boleh menyebabkan masalah keradangan dan kulit.

5. Berat badan naik
Photo by Ketut Subiyanto from Pexels

Makanan ringan dan gula-gula biasanya menyimpan pound di bahagian tengah anda. Gula yang tinggi meningkatkan pengeluaran insulin yang menyimpan lebihan lemak di perut anda daripada di tempat lain.

IKLAN
6. Kerosakan gigi

Makanan bergula yang berbeza seperti gula-gula dan bijirin kering boleh tersekat di antara gigi anda dimana ia sukar dicapai dan mempercepatkan proses pembusukan. Oleh itu, jagalah kebersihan mulut dengan sebaiknya.

IKLAN
7. Setiap hari mahukan makanan yang lebih manis daripada kebiasaan
Photo by Pixabay from Pexels

Apabila anda makan banyak gula setiap hari, selera anda terbiasa dengan tahap kemanisan yang sama dan mungkin tidak merasainya seperti dulu. Gula yang berlebihan akan menghilangkan selera anda dan buah-buahan yang manis tidak terasa manis seperti yang seharusnya.

8. Sering demam dan selsema

Makan atau minum terlalu banyak gula menghalang sel-sel sistem imun daripada menyerang bakteria ketika anda sakit.

9. Perut rasa kembung
Photo by Polina Zimmerman from Pexels

Terlalu banyak gula boleh menyebabkan kekacauan dalam perut anda. Jadi, elakkanlah minuman bergas, makanan dengan pemanis dan juga bar snek.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI