Masih lagi membuat orang ramai tertanya-tanya dengan rupa anaknya, selebriti dan usahawan terkenal, Neelofa asyik memberikan hanya gambar sipi-sipi sahaja wajah anaknya, Bilal. Sampaikan ada yang tidak keruan ingin melihat wajah anaknya.

Sudah memberikan kenyataan, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa dan suami, Haris Ismail, enggan mendedahkan wajah anak lelakinya, Muhammad Bilal. Walaupun begitu, usahawan terkenal itu tidak lupa untuk berkongsi perkembangan anaknya di ruangan media sosialnya.

Kemunculan ‘sipi’ Bilal lagi!

Tular lagi di ruangan media sosial mengenai perkongsian Noor Neelofa Mohd Noor atau lebih gemar di kenali sebagai Neelofa, 33, di akaun Instagram miliknya dengan sekeping foto dia bersama anaknya, Muhammad Bilal. Di dalam gambar tersebut, Neelofa sedang mendukung Bilal yang kini sudah hampir mencecah usia sembilan bulan itu telah menarik perhatian orang ramai serta rakan artis yang lain.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Neelofa (@neelofa)

Satu foto yang manis menunjukkan keakraban Neelofa bersama Bilal meski pun kita tahu bertapa sibuknya dia menguruskan perniagaan dan juga kehidupan sebagai seorang selebriti. Perkongsian di Instagram itu juga di tulis dengan kapsyen yang cukup ringkas tetapi manis, “Bilal ummi sayang.”

Artikel berkaitan: Konsultan Kongsi Neelofa Gigih Tuntut Ilmu Parenting; “Bilal Dah Boleh Tidur Tanpa Dukung,”- Neelofa

Setelah sekian lama juga perkongsian perkembangan Bilal di ruangan akaun Instagram milikinya itu hanya menunjukkan sipi-sipi sahaja wajah Bilal, ramai peminat masih setia melihat dan menantikan kemunculan wajah anaknya itu. Keterujaan juga dapat di lihat melalui ruangan komen apabila ramai yang memberikan reaksi yang gembira dan meluahkan perasaan tidak sabar mereka untuk lihat wajah Bilal.

IKLAN

Ramai peminat yang memberikan komen serta mendoakan agar kesejahteraan Bilal di masa hadapan akan di lindungi Allah swt dan juga mengharapkan supaya menjadi anak yang soleh. Ada juga yang meluahkan perasaan gusar dan tidak sabar untuk lihat wajah anaknya yang masih di ‘sorok’ olehnya.

“…Saya sendiri pun selalu intai nak tengok bertapa comelnya Bilal tapi tak nampak pun. Allah, ibarat menunggu buah yang tak gugur-gugur. Apa pun, semoga Bilal membesar dengan sihat menjadi anak yang soleh berjaya dunia jua akhirat.

“Setiap kali Neelofa post gambar Bilal tanpa nampak muka, aku terus imagine muka Jebat sahaja, haha.

IKLAN

“MasyaAllah, Semoga membesar dengan sihat, sentiasa dalam lindungan Allah SWT dan jadi anak yang soleh ya Muhammad Bilal.

“MasyaAllah, comelnya Bilal, anak soleh penyejuk hati ummi dan abah, semoga membesar dengan sihat dan dalam rahmat Allah swt.” begitulah antara komen yang di kongsikan oleh peminatnya.

Sebelum ini, Neelofa dan suaminya, PU Riz, pernah membuat keputusan untuk tidak mahu mendedahkan sekali pun muka anaknya itu. Pasangan itu juga telah menjelaskan kenapa mereka membuat demikian adalah kerana sebab yang tertentu yang membuatkan mereka tidak mahu mendedahkan wajah Bilal. Tambahan lagi, mereka khuatiri jika pendedahan wajah Bilal di media sosial akan mendedahkan anaknya terkena penyakit ‘Ain.

IKLAN

Apa pun yang ingin Neelofa dan PU Riz lakukan, kita sebagai pemerhati perlulah beringat bahawa mereka mempunyai tindakan tersendiri untuk melindungi anaknya, Bilal. Sebagai umat sesama Islam, kita doakan yang terbaik buat kesihatan Neelofa dan keluarganya agak di lindungi dan juga dapat juga kongsikan lagi gambar-gambar ‘sipi’ Bilal yang tetap comel!

Sumber: Neelofa

Artikel berkaitan: “Muhammad Bilal, Hadiah Teristimewa Buatku..”- Neelofa Titip Rasa Teruja Sambut Hari Jadi Sebagai Seorang Ibu!

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI