Sebelum ini pernah tiga kali berumah tangga yang akhirnya berakhir dengan perpisahan.  Namun tidak membataskan bagi pelakon Natasha Hudson untuk sekali lagi mengecapi kebahagian. Dia dikhabarkan selamat berkahwin buat kali ke empat dengan seorang usahawan dari Kelantan, Noor Nashriq Sekarnor malam semalam.

Dikatakan pasangan ini diijab kabulkan dengan hanya sekali lafaz pada jam 8.30 malam dalam majlis penuh sederhana di Masjid Al-Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian Kelantan.

Dalam majlis ini juga turut hadir adalah adik Natasha, Tania Hudson yang turut mengucapkan tahniah dengan memuat naik gambar bersama kakaknya di laman sosial, insta story di Instagram.

IKLAN

Majlis pernikahan itu menyaksikan Natasha cukup manis mengenakan kurung rona putih dipadankan dengan hijab rona peach. Pasangannya juga tampil segak dalam persalinan baju Melayu lengkap bersamping juga dari rona sedondon.

Dalam kapsyen yang ditulis, Tania memberitahu bahawa dia akan sentiasa berada di samping kakaknya itu tanpa mengira situasi walaupun kadang-kadang dia boleh hilang akal.

IKLAN

Sebelum ini, Natasha mengambil keputusan untuk menetap di Kelantan setelah berpisah dengan suami ketiganya yang juga bekas penyanyi hip hop, Carleed Khaza atau nama lengkapnya Khalid Kamal tanpa mengetahui sebab perpisahan berkenaan.

Hasil perkahwinan ini mereka dikurniakan dua cahaya mara, Naeema Kalila, 5 tahun dan Faatimah, 3 tahun.

Walau bagaimanapun sebelum itu Natasha juga pernah berkahwin dengan dua bekas suami terdahulu sekitar tahun 2007 dan 2006.

IKLAN

Walaupun tiada sebarang penjelasan oleh empunya diri di laman sosial milik Natasha, namun netizen turut mendoakan kebahagiaan pelakon yang sudahpun berubah menjadi insan lebih istiqomah.

Apa pun Hijabista ucapkan selamat pengantin baru buat pasangan ini dan semoga rumah tangga di bina bahagia till jannah.

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI