Perut yang buncit memang memalukan dan boleh buat anda hilang keyakinan diri untuk berhadapan dengan orang ramai. Walaupun sudah mengawal pemakanan, perut tetap tidak kempis. Malah, badan pun semakin naik. Produk-produk menguruskan badan yang ada di pasaran sememangnya tidak elok untuk kesihatan.

Daripada anda mengambil produk yang belum tentu elok untuk kesihatan, apa kata cuba minum air rebusan yang boleh membantu anda mencairkan lemak. Petua ini telah dikongsi oleh Nurul Arija menerusi laman Facebooknya. Dia telah mengamalkan air rebusan ini dan ternyata ia memberi kesan yang baik pada tubuhnya.

Jom kita baca perkongsian Nurul Arija:

Cara Nurul pecah lemak tang perut dan maintain 45kg.

Selain jamu Nurul amalkan air rebusan ni sangad elok untuk yang nak cairkan lemak tepu.

Bila anak makin bertambah ni Nurul lebih memilih untuk menjaga kesihatan dan dalaman bila badan dah terlampau banyak lemak energy pun sendu.

Ni nurul nak share air rebusan untuk detoks cairkan lemak dengan senang. Sangat ajaib bagi yang nak menurunkan berat badan. Rasa dia sedap, tak pahit ada hawa hawa masam suwit.

Bahan-bahan:

  • Lemon
  • Serai
  • Halia
  • Kulit Kayu Manis Ceylon
  • Bunga Cengkih
Foto: Facebook Nurul Arija

Cara-Cara:

  1. Masukkan air, serai, halia, 7 biji bunga cengkih dan kulit kayu manis ceylon ke dalam periuk.
  2. Rebus dan biarkan ia mendidih selama lebih kurang 20 minit.
  3. Tuang ke dalam cawan dan perahkan lemon. Selepas itu, masukkan madu ke dalam cawan tersebut.
  4. Biarkan hingga suam. Kemudian, minum!
Foto: Facebook Nurul Arija
Foto: Facebook Nurul Arija
Foto: Facebook Nurul Arija

 

Sumber: Facebook Nurul Arija

 

Tinggalkan Komen