Sebut sahaja filem Istanbul Aku Datang, pasti hijabi kenal dengan watak utamanya Dian, yang dimainkan oleh pelakon jelita, Lisa Surihani yang sekaligus melonjakkan namanya hingga mempunyai barisan peminat yang tersendiri.
Umum sedia maklum, bahawa Lisa Surihani kini sudah tampil selesa dengan imej muslimahnya, sehingga ramai yang menjadikan dirinya idola untuk berubah ke arah yang lebih baik.
Tapi, siapa kata bila dah berhijrah dan mematuhi syariah Islam dalam menutup aurat, tak boleh menjadi model atau peragawati? Lisa Surihani dah buktikan bahawa tanggapan itu sememangnya salah!
Meski Jadi ‘Model’ Lisa Kekal Pendirian Gayakan Tudung Patuh Syariah!
Islam merupakan agama yang mudah dan syumul, adalah tidak menjadi satu kesalahan jika seorang wanita mahu menjadi model, asalkan apa sahaja yang diperagakan mematuhi syariah dan gambarnya tidak mendedahkan aspek kemolekan, kecantikan, kemanjaan, dan sebagainya yang bertentangan dengan hukum syarak.
Ads
Baru-baru ini, satu muatnaik foto menerusi laman Instagram milik Lisa Surihani telah berjaya menjadi sorotan serta meraih pujian netizen.
Dalam hantaran berkenaan, dapat dilihat Lisa Surihani yang sedang menjadi model bagi sebuah jenama terkemuka namun Lisa masih kelihatan anggun meskipun menggayakan busana muslimah yang serba indah dan menutup aurat.
Hijabista sempat menjengah ke ruangan komen pada hantaran berkenaan dan mendapati netizen telah membanjiri ruangan komen dengan memuji kecantikan Lisa Surihani serta cara beliau menggayakan tudung yang labuh menutupi serta menutup aurat dengan sempurna tanpa meraih pandangan tabarruj.
Melihat perkembangan pelakon Emma Maembong yang kini sedang hamil anak kedua bersama pasangan, Muhammad Shazli Azhar, terselah seri wajah yang manis pada mukanya. Emma kelihatan lebih ceria dan kulit putih kemerahan jambunya menjadi tanda tanya apa rahsia penjagaan kulitnya.
Ketika ditemubual, Fatimah Rohani Ismail atau lebih dikenali sebagai Emma Maembong turut berkongsikan tentang pengalamannya ketika mengandungkan anak sulungnya, Shariq, dimana mengalami masalah kulit wajah.
“Masa first time saya hamil, muka saya agak teruk sehinggakan tak berjumpa dengan orang,
“Saya sendiri tak biasa lihat perubahan badan dan ada satu ketika saya menangis di dalam tandas. Suami terpaksa pujuk disebabkan perubahan yang saya alami ketika itu mengejutkan diri ini.” ujarnya.
Pelakon berusia 30 tahun itu berkata lagi tiada tip penjagaan wajah namun dia lebih akur dalam penjagaan emosi ketika hamil. Malah dia juga akui selepas bersalin, penjagaan pantang amat ditekankan dan cuba untuk melangsingkan badan bagi kesihatannya.
“Bila dah hamil kali kedua, saya dah pandai jaga emosi. Tengok sahaja muka naik jerawat, saya pakai face masker atau skincare, jaga sebelum makin teruk,
“Mengandung memang akan berbadan besar, lihat pula ramai kakak-kakak saya jaga badan jadi saya ikut cara mereka untuk penjagaan badan,
“InsyaAllah lepas bersalin saya akan cuba untuk kecilkan semula badan tapi bukan untuk suami atau orang, malah lebih demi diri sendiri dan kesihatan.” katanya lagi.
Sekadar info, Emma Maembong dan suaminya mendirikan rumah tangga pada 20 Ferbruari 2020. Perkahwinan mereka diserikan lagi dengan kedatangan anak sulungnya, Shariq Arshan Gabriel pada 8 November 2020.
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Kurang seminggu lagi, bulan Ramadan Al-Mubarak akan membuka tirainya! Bermakna hijabi semua dah boleh merancang untuk berbuka puasa di mana, sepanjang bulan puasa ni!
Tak mungkin selama sebulan hanya iftar di rumah sahaja kan? Tambahan pula, masa berbuka puasa ni lah waktu yang amat tepat untuk kita mengeratkan ukwaah sesama ahli keluarga, rakan taulan, jiran dan juga pasangan.
Jadi sementara masih ada masa lagi, apa kata Hijabi sediakan Wishlist Iftar untuk Ramadan tahun ini, tapi dua destinasi ni ‘wajib’ ada dalam senarai tau, sebab dua destinasi pilihan Hijabista ini, menawarkan juadah iftar yang amat berbaloi dengan tawaran harga berpatutan.
Bermula pada 23 Mac sehingga 21 April nanti, Ormond Hotel yang terleak di Chow Kit bakal menjamu ‘taste buds’ Hijabi dengan juadah berbuka puasa bertemakan ‘Citarasa Malaya’, lebih menarik lagi ia menawarkan variasi hidangan serantau yang popular dan kaya dengan budaya nusantara Malaysia.
Antara hidangan yang bakal membuatkan anda kecur air liur adalah, Nasi Ulam atau Nasi Minyak yang dihidangkan dengan lauk pauk yang cukup membuka selera yang terkenal di negeri-negeri sekitar Malaysia seperti Udang Sambal Petai Berlada yang terkenal di Kedah dan Ikan Bakar panggang ala Johor yang diperap menggunakan ramuan istimewa turun temurun.
Selain itu, terdapat juga Gulai daging kentang dan kerisik yang berasal dari Terengganu, serta ayam Percik Madu bersalut kelapa dan kunyit dari Kelantan. Tidak dilupakan juga pelbagai jenis ulam-ulaman bersama sambal belacan sebagai pelengkap hidangan.
Usai menjamu hidangan utama, jika masih lapar, anda boleh menikmati pelbagai jenis hidangan sampingan seperti satay ayam, cucur udang, Sup Gear Box Kambing, Roti Bakar ataupun Laksa Johor!
Setelah puas bersantap, boleh lah sis nikmati pemanis mulut pula yang terdiri daripada pelbagai kuih muih tradisional melayu (Seri Muka, Gula Melaka Indulgence and Corn Custard Pudding) atau nikmati dua pencuci mulut terbaik Malaysia iaitu Bubur Pulut Hitam dan Sago Gula Melaka dan basahkan tekak dengan air Milo atau Teh Tarik panas.
Banyak betul juadah yang menyelerakan, tentu harganya mahal! Jangan risau, harga yang ditawarkan untuk anda nikmati Bufet ‘Citarasa Malaya’ ini amat mampu milik dimana untuk tiga orang, hanyalah bernilai RM420++ sahaja!
Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan promosi bufet pada bulan Ramadan nanti dan ingin membuat sebarang tempahan, boleh layari laman sesawang thechowkit.com/eat-drink atau hubungi +603 2778 6688 untuk sebarang pertanyaan.
Bagi Hijabi yang gemarkan makanan kampung sebagai juadah berbuka puasa di bulan Ramadan nanti, Tune Hotel KLIA-KLIA2 adalah tempat yang WAJIB dituju, kerana MAKAN@Tune Hotel menawarkan bufet Ramadan bertemakan ‘Selera Kampung’.
Hijabista difahamkan bufet ‘Selera Kampung’ ini akan mula menjamu orang ramai bermula 27 Mac ini hingga 16 April nanti.
Antara juadah dan tarikan menarik yang bakal menjadi menu hidangan bufet ini semestinya hidangan utama iaitu Nasi Beriyani, Nasi Arab dan Nasi Putih, Sup Ayam Berempah, Ikan Bakar Daun Pisang, Gulai Kawah, Asam Pedas Tenggiri, variasi pelbagai jenis ulam-ulaman segar yang lengkap dengan sambal belacan, sambal tempoyak, budu dan bermacam lagi yang pasti membuatkan anda rambang mata memilih!
Hidangan sampingan pula terdiri daripada Sate Ayam yang dibakar panas-panas dan Roti John yang dimasak secara terus dihadapan tetamu. Manakala, sebagai pencuci mulut terdapat pelbagai jenis kuih muih tradisional, Buah-buahan segar, variasi kek dan juga puding untuk dinikmati.
Hijabis juga boleh membasahkan tekak anda dengan menikmati ais Cendol atau Air Batu Campur yang disediakan dengan pelabagai jenis ‘toppings’.
Harga bagi bufet ‘Selera Kampung’ ini adalah seperti berikut:
Dewasa – RM98++ (seorang)
Kanak-kanak (6-12 tahun) – RM48++ (seorang)
Kanak-kanak di bawah umur 6 tahun – Percuma
Lebih menarik lagi sekarang sedang berjalan promosi harga ‘Early Birds’ yang menawarkan harga lebih rendah, jika anda membuat tempahan sebelum 26 Mac ini, iaitu hanya RM88++ bagi seorang individu dewasa.
Anda juga dapat menikmati dikaun tambahan sebanyak 10 peratus sekiranya menempah secara berkumpulan sekurang-kuranya 10 orang dewasa atau lebih.
Jika hijabi berminat untuk membuat tempahan dan mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi 03-87871726 atau emailkan pertanyaan anda di makanminum.klia2@tunehotels.com
Pemilik nama Muhammad Hairi Amin Hamdan atau lebih mesra dengan panggilan MK yang juga ahli kumpulan hip hop K-Clique mendedahkan bahawa dia sebenarnya sudah lama menyimpan hasrat untuk menjejakkan kaki ke tanah suci bagi menyempurnakan ibadah rukun Islam kelima iaitu menunaikan haji dan umrah.
Tambahnya lagi, perancangan sudah lama dibuat, namun tidak dapat direalisasikan atas beberapa kekangan.
Justeru, sebaik sahaja meyambut Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini, MK dan keluarga dijangka akan berangkat ke Mekah bagi tujuan ibadah Umrah.
“Sebenarnya saya sudah lama merancang kerana belum pernah sampai ke sana. Insya-Allah, saya ingin membawa keluarga untuk bersama menunaikan umrah.
“Mengikut perancangan, kami mahu ke sana selepas Syawal tetapi masih dalam perbincangan,” katanya lapor salah sebuah portal hiburan.
Menurut MK, beliau tidak bercadang untuk menuar-uarkan perkara ini, kerana bimbang niatnya untuk melaksanakan ibadah akan disalahtafsir dan menjadi buah mulut orang ramai.
“Sejujurnya, saya tak mahu berkongsi mengenai perkara ini kerana tak mahu orang bercakap mengenainya
Niat untuk beribadah di sana, takut nanti jika ia diperkatakan, niat saya bakal disalahtafsir. Saya mohon doa yang baik-baik agar urusan dipermudahkan,” ujarnya.
Mengulas berkenaan persiapan untuk menyambut kedatangan Ramadhan Al Mubarak yang hanya berbaki seminggu sahaja lagi, MK berkata dia berniat mahu memperlahankan aktiviti dalam industri hiburan.
“Tahun ini saya mahu mengurangkan kerja seni dan mahu fokus beribadah. Ada tawaran untuk menjalani penggambaran, tapi masih dalam pertimbangan.
“Jika sesuai dengan jadual, saya akan terima tetapi saya memang meletakkan had untuk bekerja di bulan Ramadan sebab saya pun tak tahu kemampuan saya,” jelasnya.
NIVEA LUMINOUS630 Skin Glow mencuri tumpuan di Piala Seri Endon 2025 apabila Tuanku Zara Salim tampil anggun dengan kulit berseri. Ketahui rahsia serum ini yang beri hasil dalam 3 hari!