Setiap umat Islam pastinya ingin menjejakkan kaki di tanah suci, Mekah. Pelakon popular, Syifa Melvin juga tidak melepaskan peluang untuk menunaikan umrah bersama-sama dengan keluarga kekasihnya, pemain bola Johor Darul Ta’zim, Safawi Rasid. Difahamkan, kakaknya Syafiqa Melvin turut menyertai menunaikan ibadah tersebut.
Sepanjang Syifa berada di tanah suci, dia sentiasa berkongsi gambar bersama peminatnya menerusi laman Instagram miliknya. Ternyata, kecantikan yang dimiliki oleh pelakon ini ialah kecantikan yang semula jadi! Tanpa mengenakan sebarang solekan pun, wajahnya tampak berseri dan menawan!
Netizen juga tidak putus-putus memuji kecantikan semula jadi pelakon ini diruangan komen gambar. Ada juga yang turut mendoakan agar perjalanan umrah Syifa Melvin berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.
Team Hijabista juga mendoakan agar umrah yang dilakukan oleh pelakon Syifa Melvin ini diberkati oleh-Nya dan dipermudahkan segala urusannya..InsyaAllah Amin YRB!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Ads
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Viral di media sosial apabila ramai netizen mempersoalkan barangan mewah yang dirampas di kediaman mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tu Razak. Ramai marah dengan situasi berkenaan kerana pemimpin terdahulu mampu hidup mewah sedangkan rakyat bawahan hidup dalam keperitan. Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin atau dikenali dengan Dr Maza juga turut memberikan pendapatnya berhubung isu gila jenama ini.
Beliau turut memuat naik statusnya di laman sosial memberikan pandangan mengenai isu berkenaan. Menurutnya seseorang itu dinilai bukan pada jenama barangan yang dipakai, sebaliknya pada budi yang diamalkan.
Kualiti diri bukan pada jenama yang kita pakai, tapi pada budi yang kita amal. Kelebihan kita bukan pada hiasan mahal yang kita ada, tapi pada kemampuan dan kebolehan baik yang kita usaha.
Ramai manusia, khususnya wanita tertipu dengan dunia fantasi hingga merasa diri mereka istimewa pada jenama yang mereka bawa. Padahal dalam masa yang sama, rendahnya nilai diri di sudut kemanusiaan insani. Mereka mencari-cari bahagia pada barangan berjenama. Malangnya yang mereka temui ialah keresahan diri, ketamakan, kesombongan yang membawa kepada rasa tidak puas yang berpanjangan. Syaitan menipu mereka dengan katanya ‘dapatkan lagi yang baru, agar kehendak nafsumu dapat dijamu. Selepas ini kau puas”. Kemudian mereka melihat orang lain miliki yang lebih hebat. Produk istimewa dilancarkan nobat. Kembali keresahan melanda. Demikianlah sejenis penyakit gila. Gila jenama!
Kebahagiaan hakiki sumbernya dari nikmat Tuhan dalam jiwa hamba. Jika kita memiliki QANA’AH, kita akan mendapati nikmat SAKINAH yang melimpah. Sekalipun barangan kita dibeli di pasar yang murah.
Sungguh mendalam pandangan yang dilemparkan oleh mufti ini berkenaan isu gila jenama. Walaupun tidak merujuk pada sesiapa, tetapi ibarat ‘siapa makan cili, dia yang terasa pedasnya’.
Lebih bagus jika kita hidup secara bersederhana. Rasanya lebih baik banyakkan ilmu pengetahuan mengenai agama daripada asyik mengumpul dan mengira berapa barangan berjenama yang kita ada.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Kini tular video perkongsian yang menunjukkan pelakon Bollywood terkenal, Datuk Shah Rukh Khan, kini sedang berada di Tanah Suci Mekah untuk buat pertama kalinya mengerjakan ibadah umrah.
Bollywood Actor Shah Rukh Khan @iamsrk performed Umrah in #Mecca today.
Pada awalnya ramai yang sangsi adakah berita ini benar atau tidak. Ianya sama sekali betul dan jelas terakam di dalam video itu Shah Rukh Khan berada di Mekah sedang membuat umrah.
Di dalam video itu, pelakon berusia 57 tahun itu berpakaian lengkap dalam ihram dan dilihat beberapa lelaki dipercayai pengawal peribadinya. Dia dijaga rapi di sana untuk melakukan ibadah umrahnya.
Shah Rukh Khan juga memakai pelitup muka sama seperti jemaah umrah dan haji yang lain disitu. Namun, ramai dapat mengecam rupa paras pelakon terkenal itu.
Menurut laporan Hindustan Times, pelakon itu baru sahaja habis penggambaran di Arab Saudi bagi sebuah filem–Dunki. Seusai tamat sesi penggambaran itu, dia difahamkan terus membuat ibadah umrah.
Melalui perkongsian video itu juga, ramai yang terharu melihat pelakon itu mengerjakan umrah. Ramai yang menitipkan doa agar dia terus istiqamah dalam mengerjakan ibadah itu.
“Saya merasa terlalu emosional pada saat ini. Semoga Allah menjaga dia dan keluarganya,
“Gembira sekali melihat dia (SRK) memenuhi keinginan mengunjungi tempat suci ini.” komen warganet tentang perkara itu.
Sebagai info tambahan, Shah Rukh Khan merupakan seorang lelaki Muslim dan dia mendirikan rumah tangga bersama wanita bergama Hindu, Gauri Khan. Mereka dikurniakan sebanyak tiga cahaya mata iaitu Aryan, Suhana, dan AbRam Khan.
Sumber: Harian Metro
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Pernah diejek, dihina, apatah lagi dikasari, ini antara pengalaman aktres Zarina Zainuddin saat membesarkan kedua kembar autisme Muhammad Razil Azrai (Azil) dan Muhammad Raizal Azrai (Azal).
Menyelusuri perjalanan hidupnya membesarkan dua cahaya mata yang begitu istimewa, Zarina tidak pernah culas menggalas tanggungjawab sebagai ibu malah tidak memandang kekurangan itu sebagai pematah semangat, malah menjadikan ia sebagai sebuah kelebihan untuk mendidik diri menjadi ibu yang lebih sempurna.
Dalam temubual bersamanya, Zarina menyatakan kehadiran kedua-dua anaknya itu menjadikannya seorang wanita yang tabah dan sabar, malah tidak akan pernah lelah menjaga anak-anak autisme ini.
“Umum tahu, Azal boleh bercakap tetapi Azil sebaliknya. Rutin setiap pagi bagi Azil, adalah membeli surat khabar, jadi boleh atau tidak, saya akan memenuhi permintaannya. Berbeza pula dengan Azal, dialah pembantu saya, selalu ada di set pengambaran, membantu untuk memilih pakaian, aksesori, dan menemani saya ketika sedang berlatih skrip,” ujarnya.
Tambah Zarina, biarpun kadang-kala anak-anaknya akan ada tantrum dan sukar untuk dikawal, namun, dia sebagai ibu tidak pernah menjadikannya sebagai jarak pemisah dan membezakan kasih sayang untuk anak-anaknya itu.
“Mungkin mereka takut diganggu oleh anak-anak saya..”
Bukan semua orang memahami situasi yang dilaluinya. Dia juga tidak meraih simpati kepada sesiapa, cuma dia ingin anak-anaknya hidup seperti kanak-kanak lain. Melihat kedua-dua puteranya itu gelak tawa dan bermain seperti kanak-kanak lain, cukup memberikan hatinya sebuah ketenangan
Jelas Zarina, biarpun mereka menghidap autisme, tetapi itu bukanlah faktor penghalang untuk mereka tidak dapat hidup seperti kanak-kanak normal.Biarpun pernah mengalami beberapa keadaan yang memeritkan, namun Zarina anggap ia sebagai tanda sayang Allah SWT kepadanya.
Bukan itu sahaja, malah, ada juga pihak yang mengherdik saya dan anak-anak apabila mereka sudah mula datang tantrum. Saya redha.
“Ada satu situasi yang pernah berlaku apabila saya membawa mereka makan di luar. Tiba-tiba, ada keluarga mahupun individu yang duduk di sebelah meja kami bangun dan menukar tempat duduk mereka, jauh dari kami. Mungkin mereka takut diganggu oleh anak-anak saya.
Perasaan itu agak perit. Namun, saya tidak boleh tunjukkan kepada mereka, malah saya harus cekal dan tabah untuk menjadi ‘role model’ kepada Azil dan Azal. Bukan itu sahaja, malah, ada juga pihak yang mengherdik saya dan anak-anak apabila mereka sudah mula datang tantrum. Saya redha”.
“Video-video mereka untuk kita belajar tentang autisme..”
Kajian menunjukkan bahawa autisme adalah empat hingga lima kali lebih biasa di kalangan kanak-kanak lelaki berbanding perempuan. Nama autisme itu sendiri berasal dari perkataan Greek autos yang membawa maksud ‘sendiri’ dan menurut Bleuler, autisme membawa maksud ‘melarikan diri dari realiti’.
Rakyat Malaysia harini penulis kira sudah mula memahami tentang penegrtian autisme. Namun, masih ramai juga yang kurang kesedaran tentang anak-anak istimewa autisme ini. Salah satu cara yang dilakukan oleh Zarina adalah dengan memuat naik video anak-anaknya di laman Instagram untuk memberi kesedaran tentang autisme itu sendiri.
Saya percaya dengan memuat turun video- video Azil dan Azal di Instagram secara tidak langsung mengajar rakyat Malaysia untuk lebih terbuka dan peka terhadap kanak-kanak Autisme.
“Saya percaya dengan memuat naik video-video Azil dan Azal di Instagram secara tidak langsung mengajar rakyat Malaysia untuk lebih terbuka dan peka terhadap kanak-kanak Autisme.
Hari ini, ramai yang sudah boleh menerima keadaan Azil dan Azal jika tantrum mereka datang di khalayak ramai. Usaha ini juga adalah harapan saya supaya sekolah-sekolah di Malaysia ini menyediakan kelas khas untuk kanak-kanak autisme kerana kami sebagai ibu-bapa amat memerlukannya.
Bukan itu sahaja, malah ibubapa yang turut dikurniakan anak-anak autisme juga sudah berani berkongsi cerita mereka di laman sosial. Ini yang kita mahukan dimana pendidikan tentang autisme itu sudah mula meluas dan penerimaan masyarakat semakin baik,” komen Zarina.
“Anak adalah harta yang tidak ternilai..”
Biarpun sibuk dengan urusan perniagaan mahupun lakonan, namun Zarina meletakkan kedua-dua puteranya itu sebagai aspek penting dalam diari hidupnya.
“Anak adalah harta yang tidak ternilai. Jagalah mereka seperti mana yang diamanahkan oleh-Nya. Bagi mereka yang memiliki anak-anak autisme, bersabar dan redhalah dengan ketentuannya. Sesungguhnya, pasti ada hikmah disebalik apa yang berlaku. Maka bersyukurlah dan teruslah berdoa untuk sebuah kebaikan,” ujarnya menutupi kalam bicara ini.
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.